Monday, September 19, 2016

Polycystic Ovarian Syndrome (PCOS) Punca Sukar hamil?

Polycystic Ovarian Syndrome (PCOS) adalah penyebab biasa di dalam masalah kesuburan wanita. PCOS adalah satu situasi di mana ovari menjadi bengkak akibat benih terperangkap di dalam ovari dan x boleh menetas pada hari subur. So ni la sbb trjdi masalah haid x teratur dan ketidaksuburan tu.


Antara simptom PCOS :


 Period yang tidak teratur yang mana selalunya datang setelah 2 bulan atau kitaran yang lebih lama.
 Sukar untuk hamil
 Jerawat
 Peningkatan bulu pada wajah dan badan
 Kegemukan
 Hasil ultrasound di bahagian pelviks menunjukkan pembesaran cyst ovari


Sebelum kita ketahui punca dan penyelesaian kepada masalah cyst, jom fahami apa itu cyst dahulu

Cyst merujuk kepada poket yang berisi cecair, bahan separa pejal atau gas tapi yang biasa kita dengar adalah cyst ovari (ovarian cyst). Ramai wanita yang menghidap cyst ovari ni tetapi tidak menyedarinya kerana tiada simptom atau gejala yang jelas. Tapi cyst ovari menunjukkan masalah pada sistem peranakan dan menjadi antara punca masalah ketidaksuburan dan sukar hamil.


Ada beberapa jenis cyst ovari tapi 2 jenis yang biasa kita dengar adalah:

1.Endometriosis
Terjadi bila tisu endometriosis melekat pada ovari dan memerangkap darah haid yang keluar setiap bulan. Lama-kelamaan membentuk cyst pada ovari dan menyebabkan sakit ketika haid dan semasa seks.

2. Polycystic Ovaries (PCOS)
Terjadi apabila folikel yang sepatutnya melepaskan telur (sel ovum) gagal menjadi matang dan bertukar menjadi cyst. Lama kelamaan lebih banyak cyst terbentuk dan memenuhi ovari.



Punca terjadinya PCOS


Para pengkaji masih tidak menemui punca sebenar masalah penyakit PCOS ini memandangkan ia berlaku berbeza-beza setiap wanita. Pengkaji mengariskan beberapa sebab terjadinya PCOS antaranya ;
  • Genetik 
  • Rintangan insulin – Insulin di dalam badan tidak berfungsi dengan baik menyebabkan lebih banyak insulin akan dihasilkan. 
  • Hyperadrogenism – Terdapat hormon lelaki di dalam darah yang berpunca daripada peningkatan hormon LH.
  • Obesiti – Hampir 35%-60% wanita yang menghidap PCOS mempunyai lebih daripada 30. Keadaan ini menyebabkan berlakunya rintangan insulin. 
Cara rawatan

Cyst boleh dikesan dengan mudah melalui ultrasound tetapi selalunya dikesan secara tidak sengaja ketika pemeriksaan faraj atau pelvis. Rata-rata wanita menghidap cyst tapi yang tidak serius dan hilang dengan sendiri. Tapi jika anda menghidap endometriosis atau PCOS, ia mungkin punca anda tidak subur dan sukar hamil! Cyst ovari juga boleh bertukar menjadi kanser ovari.


Bagaimanakah cara rawatan Cyst Ovari?

Kebiasaannya, doktor akan ‘tunggu dan lihat’ kerana kadang kala cyst mengecut dan hilang dengan sendiri. Andaikata, cyst ini semakin  membesar dan serius, cyst akan dibuang melalui pembedahan. Selain itu, ada rawatan hormon untuk menyeimbangkan hormon dan mengelakkan pembentukan cyst

Ada kajian mengatakan untuk mengatasi masalah PCOS dibuat. Iaitu dengan mengurangkan berat badan
Boleh teruskan rawatan doktor dan berusaha menurunkan berat badan, tapi jika anda mencari alternatif untuk merawat cyst, GLA Complex Shaklee adalah jawapannya.


Cubalah berikhtiar dengan GLA Complex Shaklee. Seperti tetstimoni yang dikongsi ini :





Apakah keistimewaan Gla Complex Shaklee?

Dengan mengamalkan pengambilan GLA Shaklee dapat menstabilkan hormon. Saya yakin anda biasa dengan tentang EPO (Evening Primrose Oil) kan? Untuk pengetahuan anda, EPO begitu digemari oleh kaum wanita adalah disebabkan oleh kandungan GLA di dalamnya, dan jika anda ingin tahu lagi GLA Shaklee yang diperbuat daripada Borage Oil mempunyai 4 KALI GANDA kepekatan GLA berbanding apa yang ada di dalam EPO. Inilah sebabnya pada masa ini, ramai wanita di luar sana yang bertukar ke GLA Shaklee lebih-lebih lagi kerana ianya semujaladi, 100% dijamin selamat digunakan dan yang paling best sebab ianya BERKESAN! 


Bagaimana saya tahu ianya berkesan? Sebab rata-rata pelanggan yang menggunakan GLA ni dapat mengatasi masalah haid tidak teratur, kurang masalah PMS, cyst mengecut dan yang paling best sehingga ada yang mengandung setelah mengambil Set Kesuburan shaklee (dengan kuasa Allah)

(Klik disini) untuk mengetahui perbincangan lanjut mengenai Gla Complex Vs Evening Primerose Oil 


Bagaimana GLA Complex membantu merawat cyst?


GLA (gamma linolenic acid) adalah sejenis asid lemak Omega-6 yang diperlukan badan untuk membentuk prostaglandin iaitu sejenis bahan berupa hormon yang mengawal keradangan dan mengawal atur proses badan yang normal. Jadi dengan menambahkan kuantiti prostaglandin dalam badan, ia dapat mengecutkan cyst dan mengawal imbangan hormon untuk mengelakkan pembentukan cyst baru sekaligus merawat masalah cyst anda.

Merawat cyst dengan GLA Complex Shaklee adalah alternatif terbaik buat anda kerana selain 100% semulajadi, ia memang terbukti dapat merawat cyst dan mengelakkan pembentukan cyst baru apabila diamalkan berterusan. Malah kelebihannya ia turut mengandungi Vitamin E yang mampu mengelakkan atau mengurangkan risiko kanser dan diakui oleh doktor.







Untuk tempahan dan info lanjut :

Noor Kamilah Ibrahim
Pengedar Sah Shaklee
ID: 1164704
014-5082724

Sunday, September 18, 2016

Set Merancang Kehamilan Shaklee


Saat kita berdoa sebenarnya kita sedang mengakses sumber tenaga yang luar biasa. Dengan berdoa sebenarnya kita sedang “meminjam” kekuatan Tuhan. Dan dengan berusaha setelah berdoa kita sedang menyediakan “media” agar kekuatan-kekuatan tersebut bekerja 


Setiap benda dlm hidup ini perlukan elemen-elemen ini utk mencapai hasil. Perkara pertama adalah matlamat..

Matlamat untuk mendapatkan seorang CAHAYA MATA kerana sudah lama berumah tangga, tapi belum rezeki katanya. Kadang-kadang kita tak sedar yg kita selalu skip elemen USAHA & IKHTIAR. Mungkin itu yg menjadikan kita belum layak utk menerima hasilnya (..LOADING..)..jadi apa perlu buat ya?

Jawapannya adalah nak tak nak perlu lah buat sedikit ULANGKAJI. Tahu tentang diri kita & pasangan, Ada masalah ke, ada kekurangan ke. InsyaAllah bila dh tahu punca masalah kita boleh berusaha untuk mengatasinya pula. Juga, perlu sentiasa jaga apa yang kita fikirkan. sentiasalah berfikir yang baik-baik tau. Seperti cerita pengalaman saya sendiri (KLIK DISINI) 


USAHA & IKHTIAR


Cara nak dapatkan anak, saya pasti ramai yang dah tahu kan...hehe Tapi saya yakin, tak semua tahu cara untuk BERJAYA dapatkan anak.

Dunia sekarang kan kita boleh dptkan ilmu dimana-mana, entri kali ini sekadar nk berkongsi apa yang saya tahu dari hasil pembacaan dan pengalaman sendiri. Mana lah tahu jika diizinkan Allah apa yang saya kongsi disini dijadikan langkah pertama anda sehingga BERJAYA dapat "double line" pada UPT seperti dlm gambar. Dapat results camtu apelagi melompat la..hihihi. Saya juga boleh pahala kongsi ilmu untuk anda kan? InsyaAllah :)

1. Belajar mengira waktu subur isteri


Pertama sekali, perlu tahu waktu subur isteri. Waktu subur(ovulasi) adalah tempoh tertentu untuk telur bersenyawa dengan sperma.Tempoh ovulasi adalah 12-24jam. Namun ada juga yang lebih pendek, ada juga yang lebih lama dari tempoh ini. Jangka hayat sperma pula adlh 3-6 hari (ada yg lebih lama!) dlm badan wanita dan hanya 1 sperma diperlukan utk bersenyawa dgn telur tadi. Jadi, jika pasangan 'bersama' dlm waktu subur (lebih-lebih lagi pada hari & ketika ovulasi), anda mempunyai peluang yg cerah utk MENGANDUNG!


Untuk mengetahui bila terjadinya ovulasi, ada beberapa cara yang dapat digunakan:

- sistem calender
- suhu tubuh basal /Body Temperature
- Pengeluaran cecair lendir serviks
- strip penguji masa subur OPK (biasanya dapat dibeli di farmasi terdekat)

Contoh pengiraan waktu subur:

Jika tempoh haid kita adalah 28 hari, justeru waktu subur adalah:


28 hari – 14 hari = 14 hari. Hari ke 14 adalah waktu paling subur.

Jika tempoh haid bulan tersebut adalah 30 hari:
30 hari – 14 hari = 16 hari. Hari ke 16 adalah waktu subur.

Jika tempoh haid bulan tersebut adalah 33 hari:
33 hari – 14 hari = 19 hari. Hari ke 19 adalah waktu subur wanita.

Senang je cara kiranya.TAPI ini hanya dapat dikira sekiranya kitaran haid anda tetap & teratur setiap bulan. Haa..yg tak teratur ni yg perlu ambil perhatian..mungkin mengalami masalah-masalah kesuburan yg kita taknak.

Saluran falopio terhalang dengan penyakit radang pelvik dan endometriosis. Masalah dengan rahim seperti fibroid atau cyst. Semua ni adalah penyebab kepada kitaran haid yang tidak teratur dan membawa kepada ketidaksuburan.

Selain itu faktor umur, stress, pemakanan seharian yang kurang berkhasiat, kurangnya bersenam, terlebih berat badan atau terlalu kurang berat badan, merokok, mengambil alkohol, penyakit kelamin dan masalah kesihatan yang disebabkan hormon.

Hurm..kalau dah ada masalah seperti ini cepat-cepat la ikhtiar dgn cara lain..ujian Allah nk bagi seorang anak ada bermacam-macam. Segeralah berjumpa doktor untuk mengetahui masalah yang dihadapi.  Boleh Juga berikhtiar dengan Set Kesuburan Shaklee ni.



2. Berhenti Merokok dan Minuman Beralkohol


Berdasarkan kajian yang dikeluarkan oleh  ESHRE (Human Reproduction & Embryology) di Barcelona, minuman beralkohol dapat menurunkan kebarangkalian wanita untuk cepat hamil secara normal sebanyak 44%, dan 28% untuk wanita yang merokok. Bahkan merokok bukan sahaja menurunkan peratusan untuk hamil, malah ianya akan meningkatkan risiko kepada janin yang dikandungkan.


3. Ambillah Vitamin

Untuk cepat hamil, ambillah vitamin secara konsisten dan disertakan dengan jenis-jenis makanan yang mengandungi zat-zat yang sangat-sangat diperlukan untuk kesuburan. Dan kedua-duanya harus amalkan….Anda dan juga pasangan anda. Antara contoh vitamin yang menggalakkan kesuburan ialah:-



Vitamin C – dipercayai dapat meningkatkan kualiti sperma.
Vitamin E - dapat meningkatkan kesuburan para suami dan isteri.

Dan wanita yang mengamalkan pengambilan asid folik, akan meningkatkan lagi kebarangkalian untuk cepat hamil berbanding mereka yang tidak mengambilnya. Asid folik juga berperanan penting dalam pembentukan otak janin di dalam kandungan kelak..

Bagi anda yang sedang dalam usaha untuk cepat hamil, ambillah vitamin anda bermula daripada sekarang. Saya ada menyediakan Set Kehamilan yang mengandungi vitalea (multivitamin yang lengkap dengan iron, b complex yang lengkap dengan asid folik, vitamin C, Esp, Omega guard dan juga kalsium). 


4. Pilihlah Posisi yang Tepat ketika Berhubungan

Untuk pasangan yang sangat mendambakan kehadiran cahaya mata, missionary adalah posisi yang paling disarankan untuk cepat hamil. Posisi ini memungkinkan penetrasi yang cukup dalam sehingga rahim dapat menyimpan sperma untuk waktu yang lebih lama. Dan….sebaiknya hindari posisi woman on top, kerana akan mengurangkan kemungkinan rahim untuk menyimpan sperma.





5. Amalkan Senaman Kegel (Senaman Kemutan)




Senaman juga dapat membantu memantapkan otot yang menjadi benteng anggota  perempuan seperti senaman Kegel atau senaman kemutan.Senaman kemutan membabitkan gerakan mencengkam otot pembukaan lubang najis dan lubang kencing atau mencengkam otot lantai pelvis, seolah-olah mahu menahan kencing atau tahan membuang air besar dan ia dilakukan secara serentak.




6. Kawal Berat Badan Anda

Berat badan yang normal atau seimbang dapat meningkatkan peluang terjadinya kehamilan. Sering kita dengar sebahagian besar pasangan yang memiliki masalah dengan berat badan, umumnya juga akan menghadapi masalah untuk cepat hamil. Ini kerana, berat badan berlebihan akan membawa pengaruh yang kurang baik bagi kesuburan anda. Jadi, usahakanlah untuk mencapai berat badan yang ideal terlebih dulu untuk meningkatkan peluang anda untuk cepat hamil. Anda boleh cuba Set Kurus atau sebaiknya Detox dahulu dengan Set Detox yang saya sediakan..



Sebaliknya, jika terlalu kurus juga membawa pengaruh negatif yang sam. Jadi, bagi anda yang mempunyai berat badan terlalu ringan, berusahalah untuk menaikkan berat badan anda secara sihat. Dan saya sarankan anda mengambil Mealshake, b complex dan vitalea. Dan saya akan guide anda InsyaAllah


7. Amalan berdoa kepada Allah (TAWAKAL)


Perlu diakui setiap rancangan dan kejadian ini Allah yang menentukan. Puas kita merancang dan berusaha tapi kita lupakan Allah. Allah adalah tempat kita sebagai hambanya mengadu memohon pertolongan. Sempat saya ikuti pengalaman seorang yang diuji Allah yang memerlukan penantian selama 5 tahun untuk dapatkan cahaya mata pertama. 



Next time, saya akan kongsikan kisah selajutnya 
bagaimana pasangan ini berjaya mendapatkan cahaya mata yang pertama :)


Set Merancang Kehamilan Shaklee adalah sama seperti Set Kesuburan Shaklee (klik disini) iaitu terdiri daripada :
1. Gla Complex
2. Alfalfa Complex
3. Vita-E Complex
4. Zinc Complex

TETAPI, jika anda tiada masalah seperti kitaran haid tidak teratur, masalah cyst, masalah kegemukan. Sudah beberapa kali membuat pemeriksaan tetapi tiada masalah yang tepat yang menyebabkan anda sukar untuk hamil, cubalah Set Kesihatan Optimum (Klik Disini) ini beserta dengan ESP (sumber protein). Kerana, sudah beberapa orang yang saya temui yang tiada apa-apa masalah kecuali doktor cuma mengatakan ''kurang makan sayuran & buah-buahan" ketika pemeriksaan. Ya ! itulah sebenarnya masalahnya ! Kerana tubuh badan kita juga memerlukan nutrisi yang mencukupi untuk menjayakan proses persenyawaan. InsyaAllah Set Kesihatan Optimum ini boleh membantu :)


Terima Kasih kerana sudi membaca, Sampai jumpa lagi di lain entri :)




sebarang pertanyaan & info lanjut sila hubungi saya :

Noor Kamilah Ibrahim
Pengedar Sah Shaklee
ID: 1164704
014-5082724

Thursday, September 8, 2016

TANDA - TANDA KEKURANGAN KALSIUM

Assalamualaikum. :)

Adalah beberapa bulan yang lepas, banyak benda menimpa mila. Bukan la serius sangat, tapi buat mila fikir

'' aku ni sebenarnya cukup tak kalsium?"

Sebab mila ni tak rajin minum susu, Minum tu minum..tapi setakat segelas sehari boleh, Nak minum 2 gelas pon dah malas. Yela, minum susu tu buat jadi kenyang kot. Segelas pagi cukup..paling2 minum segelas lagi sebelum tidur. Dapat dua gelas sehari macam rasa terbaik sangat dah tu. Lebih dari tu boleh buat rasa mual nak muntah :$

Pastu, bila aryan dah masuk setahun ni..mila rasa mila makin banyak tanda-tanda kekurangan kalsium.hinggap kt diri ini ;'(


Status FB 4 Jun 2016. Sakit gigi menyerang dengan kerap sangat.


Bila scroll FB, tertengok pula orang share tentang tanda-tanda mengesan penyakit melalui kuku. Macam ni haa..


Tapi, nak percaya 100% tu tak boleh juga, sebab tak dinyatakan kajian- kajian saintifik bersama gambar-gambar tu. Cuma boleh kita ambil sebagai tindakan awal, jika anda ada tanda-tanda pada kuku sedemikian, cuba rujuk dengan doktor pakar. Mana tahu itu merupakan langkah awal anda mencegah penyakit-penyakit yang lebih kronik. 

Atau cuba baca disini mengenai : Nails in nutritional deficiencies

Mila ada juga cek kuku sendiri. Macam gambar di bawah, tulah keadaan kuku mila sekarang. Kuku mila tak rata dan bergaris dan adakalanya, kuku ada bintik-bintik putih tu. ( lupa plak ambik gambar semasa kejadian, so kita cilok gambar google la..TQ mr. google ;)  )



Apa kaitan kuku ni plak dengan masalah kurang kalsium mila tu? Inilah antara gambar yang dah dikongsi tadi. Haaa...yang ni  ada kaitan dengan kalsium. Kuku kuning dan rapuh merupakan tanda-tanda diri kita kurang kalsium & Vitamin D



Oleh itu, marilah kita baca apakah tanda-tanda sebenar badan kita kekurangan kalsium :


TANDA KEKURANGAN KALSIUM  



Menurut pakar pemakanan untuk tulang yang lebih baik anda perlukan kalsium yang mencukupi, orang dewasa memerlukan 1,000 hingga 1,200 miligram kalsium setiap hari. Berbeza dengan ibu mengandung atau ibu menyusu. Mereka memerlukan sekitar 1000 hingga 1,500 miligram  kalsium setiap hari untuk kesihatan sendiri dan bayi. 


Tanda utama kekurangan kalsium adalah sakit otot, sakit tulang dan kuku rapuhKekurangan vitamin D juga boleh menyebabkan kalsium kurang diserap ke dalam badan


1)KEKEJANGAN OTOT


Kekejangan otot adalah salah satu tanda awal dilihat apabila anda mempunyai kekurangan kalsiumIa menyebabkan sakit otot, sakit paha, lengan dan menyebabkan rasa sakit ketika berjalan dan bergerak. ini biasa dialami oleh ibu hamil, lebih2 lagi yang dah masuk trimester kedua dan ketiga. 


2)KUKU RAPUH 


Untuk kuku lebih kuat dan kesihatan yang diperlukan jumlah kalsium yang cukup. Kalsium yang rendah boleh menyebabkan kuku rapuhkuku bewarna kuning dan kelihatan tekstur kuku yang tak cantik dan normal.


3)INSOMNIA 



Insomnia atau masalah sukar untuk tidur boleh disebabkan kerana kekurangan kalsium. Oleh itu, orang yang tidak mengambil kalsium dengan cukup setiap hari mudah untuk mengalami  kesukaran tidur, sakit kepala dan keresahan. Akibatnya, ia juga menganggu prestasi kerja anda pada hari esok. Orang tak cukup tidur ni mood pon mudah terganggu kan.


4)GIGI REPUT


Seperti bahagian badan yang lain seperti tulang, kuku, gigi juga memerlukan kalsium yang mencukupi untuk menjadikannya kuat dan sihat.Selain gigi yang rapuh, kekurangan kalsium juga boleh membawa kepada masalah lain seperti gusi berdarah, gigi cepat rosak (berlubang) dan tidak bewarna putih bersih.

5)SENGGUGUT TERUK PADA WANITA

senggugut yg teruk pada wanita kerana ketika haid juga wanita akan lebih kehilangan magnesiumm, kalsium, zat besi dan pelbagai lagi nutrien. Jadi, jgn abaikan pengambilan kalsium lebih2 lagi pada kaum wanita


6) MASALAH PERNAFASAN


Sesak nafas dan berdebar2 adalah petanda jantung lemah dan kekurangan kalsium. Jadi, berhati2 ye jika ada alami masalah ini 


7) MASALAH KULIT


Kulit yg kering dan boleh terjadinya masalah kulit seperti eczema dan psoriasis juga ada kaitan dgn kekurangan kalsium, jangan main-main, kalsium juga penting untuk kulit tau.



Kalsium yang terbaik adalah diambil bersama-sama dengan Vitamin D dan Magnesium. Hal ini adalah mengikut kajian, kalsium dapat diserap secara optimum apabila hadirnya vitamin D dan magensium. Jadi, selepas ini jika memilih kalsium pastikan ia didatangkan dengan pakej lengkap Vitamin D dan Magnesium ye :)






Nilah ostematrix Shaklee. Sebiji mengandungi 250miligram kalsium,
 ibarat segelas susu berkalsium tinggi. 
Tak larat daku nk minum 4 gelas susu sehari untuk dpt 
1000miligram kalsium minimum bagi ibu yang menyusu.


Ostematrix setiap tablet mengandungi 250mg kalsium setiap satu dan dilengkapi dgn vitamin d berserta magnesium. Inilah yang mila cuba usahakan sekarang bersama-sama Set Penyusuan Shaklee yang lain. Dah banyak tanda kekurangan kalsium pada diri mila sendiri. Yelah, ibu-ibu yang mempunyai pengalaman mengandung dan menyusu anak sehingga setahun lebih macam mila mesti memahami. Kadang-kadang kita ingat dah cukup kalsium diambil setiap hari..tapi rupanya belum cukup. So, dah tahu macam tu kenalah rajin-rajin minum susu atau nak mudah telan 4 biji ostematrix Shaklee ni setiap hari :) 


Noor kamilah Ibrahim
Pengedar Sah Shaklee
ID: 1164704
014-5082724

Sunday, September 4, 2016

Set Menyusu Shaklee


Assalamualaikum.

Untuk ibu-ibu menyusu, pastikan anda mengambil cukup nutrisi setiap hari..untui kesihatan anda & bayi

Jika bayi masih dalam kandungan..ibu2 makan la makanan yg berkhasiat tau..utk keihatan si kecil kt dalam tu

Jika dh selamat dilahirkan..ibu2 yg memilih utk menyusu sepenuhnya..juga perlu jaga pemakanan supaya bayi mendapat khasiat yg sepatutnya untuk dia membesar dgn sihat 

Jom lihat betapa perlunya Set Breastfeeding Shaklee yg cukup lengkap untuk Ibu2 & Bayi 

SET MENYUSU SHAKLEE
=====================
1. Vitalea with Iron Formula (multivitamin dgn zat besi)
•fungsinya bekalkan zat besi utk penghasilan darah yg cukup, elakkan pitam dan anemia (HB rendah/kurang sel darah merah), elakkan wajah kelihatan pucat.
• cukupkan nutrisi ibu yg banyak pantang makan slps bersalin

2. Vitamin B-Complex with asid folik
•membantu mengawal tekanan/stress (anti -stress pill) terutamanya ibu pantang yg kepenatan.
•elakkan pigmentasi dan bantu lembabkan kulit
•membantu pembebasan tenaga dari makanan
• penting utk pembentukan darah dan hormon

3. Vitamin C
•bantu tingkatkan sistem imun ibu & bayi menyusu. Kita tak mudah jatuh sakit, demam, selsema.
• Untuk kulit cantik dan membantu mencerahkan lagi
•membantu membekalkan vitamin c harian kita dan bertindak sbg antioksidan pencegah kanser, mengurangkan pendarahan dan mencegah terjadinya serangan penyakit jantung koronari.

4. OsteMatrix (pil kalsium)
•bekalkan kalsium utk membina tulang & gigi bayi yg sihat
•elakkan kekejangan otot dan sakit2 badan
•elakkan sembelit yg sering dialami ibu berpantang.
•menstabilkan denyutan jantung.
•mengurangkan risiko untuk terkena gejala tekanan darah tinggi/pre-eklampsia

5. Energizing Soy Protein (ESP)
•membantu ibu dgn memberikan tenaga yang lebih
•menjadikan kulit ibu dan bayi lebih lebih putih dan licin
•mengelakkan ibu terkena kencing manis kerana kandungan indeks glisemik yang rendah
•mmbantu meningkatkan bekalan darah
•membantu mengekalkan berat badan ideal selepas bersalin
•mmbantu menghasilkan susu badan dan memekatkan supaya bayi mudah kenyang

6. Alfalfa Complex
•Sebagai "jamu moden" baik utk ibu berpantang
•Mengatasi masalah keputihan teruk lepas bersalin
•Memanaskan badan & Penggalak susu badan (milk booster)
•Membantu melawaskan pembuangan air besar
•Lancarkan pengeluaran darah nifas slps bersalin

Mila


ID : 1164704
Your Trusted Shaklee Independent Distributor
No. Telefon :014-5082724

Seberapa Perlukah Supplement Untuk Banyakkan Susu ibu?

Sebenarnya, dalam banyak keadaan, anda tidak memerlukan supplement untuk banyakkan susu. Hal Ini kerana susu banyak adalah disebabkan permintaan (demand) yang banyak. Semakin banyak bayi menyusu, semakin banyak susu akan bertambah.

Jadi apa perlunya supplement untuk ibu menyusu?
Betul, supplement tidak perlu untuk ibu menyusu, tetapi ibu menyusu masih perlukan supplement untuk:
  • Jadikan susu berkualiti agar bayi mendapat khasiat nutrisi sepenuhnya
  • Menjaga kesihatan ibu
  • Memberikan tenaga kepada ibu supaya dapat menghasilkan susu
  • Memberikan perasaan gembira kepada ibu agar mudah menghasilkan susu
Supplement yang bagaimana? Anda boleh merujuk kepada Set Penyusuan Shaklee,

Mengapa ESP Shaklee Penting Untuk Ibu Menyusu

1. ESP Shaklee Memberi Tenaga Kepada Ibu Menyusu

ESP Shaklee membantu memberikan tenaga berpanjangan disebabkan ESP mempunyai indeks glisemik yang rendah. Aktiviti penyusuan menyebabkan kalori dibakar sekitar 200-500 kalori sehari. Sekiranya ibu menyusu tidak makan secukupnya bagi memenuhi keperluan kalori harian mereka, ini akan menjadi penyebab keletihan di kalangan ibu menyusu. Menyusukan anak memerlukan tenaga dan kalori yang banyak bagi seorang ibu.
Aktiviti menyusu membakar kalori ibu, justeru ibu akan mengalami keletihan dan kurang tenaga jika tidak mengambil pemakanan rendah indeks glisemik
ESP Shaklee dengan indeks glisemik yang rendah iaitu sekitar 39, membantu ibu menyusu mendapat tenaga berpanjangan. Bagaimana indeks glisemik memberikan kesan ini?
Memahami bagaimana indeks glisemik makanan memberi kesan tahap tenaga anda boleh membantu anda sentiasa alert dan fokus sepanjang hari. Tubuh manusia menghadamkan dan metabolisme makanan dengan indeks glisemik rendah secara perlahan-lahan. Dengan itu ia menyediakan jumlah tenaga berterusan untuk tubuh.
Bagi makanan dengan indeks glisemik yang tinggi pula, makanan mudah dihadamkan dan karbohidrat akan tersedia untuk otot gunakannya dengan segera. Sebab itu selepas kita makan nasi (indeks glisemik tinggi), kita akan mudah rasa lapar sebab karbohidrat telah digunakan dengan segera.
Graf menunjukkan tenaga selepas hidangan nasi (garis hitam) menjunam meyebabkan rasa lapar yang cepat, sebaliknya ESP menunjukkan graf yang lebih stabil dari segi pelepasan tenaga

2. Memberikan khasiat protein dan kalsium

Dengan pengambilan ESP Shaklee, secara tidak langsung ibu menyusu boleh mencukupkan keperluan protein harian mereka. Protein membantu dalam pembentukan sel dan merupakan kandungan yang penting dalam susu ibu. Protein juga adalah blok bangunan untuk pertumbuhan bayi.
ESP Shaklee menyediakan khasiat protein dan kalsium dalam hidangannya
Susu yang mengandungi protein yang sempurna seperti ESP Shaklee adalah baik untuk bayi. ESP Shaklee bukanlah untuk memperbanyakkan susu semata-mata, tetapi ia merupakan suatu bonus kepada ibu untuk menghasilkan susu yang mencukupi kepada bayi.
Pengambilan ESP Shaklee adalah untuk mengisi kekurangan sumber nutrisi yang tidak diambil oleh ibu di dalam pemakanan setiap hari. Menurut Ohio State University, ibu menyusu harus mengambil 71gm protein setiap hari.
1 hidangan ESP Shaklee pula menyediakan 14gm protein sihat kepada badan. Kalau ibu menyusu memerlukan 71gm protein, ini bermakna ibu menyusu boleh mengambil ESP Shaklee sehingga 4 hidangan sehari. Selebihnya ibu menyusu boleh mengambil protein daripada pemakanan seharian.

3. Kulit Ibu Menyusu Lebih Gebu dan Cantik dengan ESP Shaklee

Ini merupakan satu bonus kepada ibu menyusu. Di samping menggunakan ESP sebagai makanan tambahan, ibu menyusu akan mendapati kulit mereka lebih gebu, halus dan cerah berbanding sebelumnya.
ESP Shaklee menjadikan kulit ibu menyusu lebih cantik dan gebu. Kasi can la nak letak gambar sendiri plak :P  (saya juga pengguna ESP)
Protein diperlukan untuk membaiki tisu dan pembinaan tisu baru. Setiap sel memerlukan protein untuk mengekalkan kehidupan. Protein juga merupakan bahan utama yang digunakan untuk menggantikan sel-sel rosak / mati. Sebab itu ibu menyusu akan mendapati kulit mereka lebih segar dan cantik selepas pengambilan ESP.

Kesimpulan

Selain mengamalkan ESP Shaklee, ibu menyusu perlu mengamalkan teknik penyusuan yang betul, pengambilan air yang mencukupi dan jadual pam susu yang konsisten bagi menyokong kejayaan penyusuan ibu. Ibu menyusu perlu memahami konsep supply and demand, jauhkan tekanan perasaan (stress) dan dapatkan sokongan ahli keluarga terdekat terutama suami. InsyaAllah anda mampu melengkapkan tempoh penyusuan selama 2 tahun dan ini adalah terbaik untuk anak anda.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua. Dapatkan supplement Shaklee daripada saya melalui maklumat berikut.
Mila SID 1164704
No tel: 014-5082724
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Shaklee Bukit Jalil/Puncak Jalil/Seri Kembangan