Sunday, April 22, 2018

Keistimewaan ESP Shaklee (Energizing Soy Protein)

Manfaat & Kelebihan ESP Shaklee Yang Sukar Dilepaskan !





Terlalu banyak manfaat yang ada pada ESP Shaklee hingga rasa rugi kalau dilepaskan begitu saja. Apa tak nya, cakap je nak kulit cantik, nak subur, nak meriahkan bekalan susu ibu, nak hilangkan parut jerawat atau parut pembedahan, nak atasi gastrik, nak tambah tenaga dan macam-macam lagi lah manfaat yang kita semua boleh dapat dengan mengamalkan ESP ni.

Apa yang istimewanya ESP ni hingga dalam kebanyakan set cadangan ada je ESP? Ha..kalau nak tau..jom teruskan membaca :)




Boleh pilih set mana yang bersesuaian untuk anda. Senang je kan? Lepas tu boleh order melalui saya :)



Mari kita lihat fungsi utama protein yang mana kandungan ESP adalah terdiri daripadanya (protein). Protein melakukan berbagai-bagai jenis fungsi dalam tubuh badan kita. 


Di antara fungsi protein ialah :

Menghasilkan/menggantikan sel-sel dan tisu badan yang telah rosak atau mati dengan sel atau tisu yang baru. Rambut, kulit, mata, otot dan organ-organ kita semuanya dibina daripada protein.

Sumber utama tenaga

Menghasilkan hormon. Protein kecil iaitu insulin ialah contoh hormon yang mengawal gula dalam darah.

Elemen utama yang berfungsi mengangkut bahan seperti vitamin, mineral, dan lipid ke seluruh badan.  Hemoglobin (protein) pula berperanan mengangkut oksigen ke seluruh badan.

Menghasilkan antibodi yang membantu mencegah penyakit dan menguatkan sistem imun badan.











Setelah kita mengetahui fungsi protein, maka sekarang tahulah kita mengapa ESP sangat banyak manfaatnya kerana apabila anda mengamalkan ESP Shaklee, secara tak langsung, anda membekalkan/membaiki sel-sel dan tisu dalam badan anda dengan zat protein yang berkhasiat.



Keistimewaan ESP Shaklee.

1. ESP Shaklee diiktiraf seluruh dunia melalui kajian klinikal yang sangat komprehensif dengan memiliki kualiti protein yang bermutu tinggi.

2. Kacang soya yang digunakan hanya mengandungi non-GMO (non- Genetically Modified Organism) yang diproses pada suhu rendah.

3. Adalah produk tunggal di pasaran yang menyediakan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh kita.

4. Juga kaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral. Sangat sesuai untuk semua peringkat umur tak kira muda atau tua.

5. Sangat sesuai untuk penghidap kencing manis kerana kandungan Indeks Glisemik (GI) yang rendah iaitu 39.

6. Membekalkan sumber tenaga segera pada kadar yang lama. (Di bulan puasa memang bertenaga badan apabila mengambil ESP ni).




Manfaat Utama ESP Shaklee

1. Awet muda dengan asid amino penting untuk membina rambut, darah, kulit, otot, kuku dan lain-lain.

2. Baik untuk hormon.

3. Memusnahkan radikal bebas di dalam sel badan, juga baik untuk prostat.

4. Merangsang penghasilan semula kulit dan otot, mengembalikan radian kulit serta memudarkan kesan parut.

5. Pembekal tenaga segera dan meningkatkan sistem imun badan dan membantu cegah migrain.

6. Membaiki masalah rambut gugur/beruban. 

7. Mengekalkan paras gula dalam darah yang rendah sangat membantu mereka yang nak mengurangkan berat badan dan untuk menjaga kesihatan jangka panjang.




Dengan begitu banyak manfaat yang ada pada ESP Shaklee ni, memang tersangatla rugi untuk dilepaskan begitu saja. Daripada kita menyelesaikan masalah kita pada permukaan saja, alangkah elok jika kita dapat membaiki dari peringkat sel tubuh iaitu dari akar umbi. Jom melabur untuk sesuatu yang menguntungkan untuk jangka masa panjang demi kesihatan dan kecantikkan anda. 



Bukan satakat berkhasiat, ESP juga boleh djadikan menu yang sangat LAZAT !











Dan sangat special ESP ini juga boleh dijadikan masker ketika ber SPA !



Macamana nak masker ESP ? Boleh ke?



Tentulah boleh ! Esp Shaklee kan untuk kulit cantik. Cantik dalaman, cantik luaran juga :)

Jom Terjah !






Semoga Bermanfaat :)



 Shaklee Independent Distributor
ID : 1164704
Certified Agent & Trainer of Mobile Spa The Walking Beauty
Spa Shaklee
Merah Jambu Beauty Spa

Contact No : 014-5082724




Keistimewaan Ostematrix Shaklee


Assalamualaikum. Harini saya nak berkongsi mengenai KALSIUM

Hasil penemuan penyelidikan bersama Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Otago, New Zealand menunjukkan kebanyakan wanita di Malaysia mendapat kurang daripada 50% jumlah kalsium yang disarankan untuk kesihatan tulang. Pengambilan kalsium yang rendah merupakan antara faktor risiko utama yang menyumbang kepada berlakunya penyakit osteoporosis yang bermaksud ‘tulang poros’.

Pakar Runding Ortopedik dan Pakar Bedah Trauma, Dr. Chin Chee Howe berkata OSTEOPOROSIS adalah sejenis penyakit yang ‘senyap’ dan serius. Kebanyakan wanita hanya mengetahui mereka menghidapinya selepas mengalami retak atau patah tulang !  Kesihatan tulang manusia merosot secara berperingkat dan beransur-ansur dari umur 30-an. Namun, ianya belum terlambat untuk mula menjaga kesihatan tulang anda.


Boleh Dicegah !


Osteoporosis bukannya sejenis penyakit yang boleh disembuhkan TETAPI IA BOLEH DICEGAH. Retak atau patah tulang pinggul merupakan antara yang paling biasa berlaku di kalangan penghidap osteoporosis. Ia hampir pasti akan membawa kepada kemasukan wad dan juga boleh membawa maut dalam satu daripada setiap lima (20%) kes patah tulang pinggul. 



KELEBIHAN KALSIUM SHAKLEE OSTEMATRIX MENGEKALKAN TULANG YANG SIHAT

1. Vitamin D - Membantu merawat penyakit rickets. Ia meningkatkan penyerapan kalsium dan fosforus untuk meninggikan ketumpatan tulang, menguatkan kerangka, memperbaiki penyakit periodontal. Vegetarian, yang kurang terdedah kepada matahari sewaktu musim panas, individu melebihi 55 tahun, wanita hamil dan kanak-kanak perlu menyambil supplement vitamin D.

2. Magnesium – Ini merupakan ion positif nombor 2 yang paling penting dalam badan kita. Ianya menggalakkan komposisi tulang dan rawan. Membantu sistem saraf, mengaktifkan enzim tubuh untuk menghasilkan tenaga, pengecutan saraf dan otot, menstabilkan denyutan tidak sekata pesakit jantung, memudahkan rembesan keluar sisa dari perut dan usus, menghalang endapan kalsium, melarut dan mengurangkan formasi batu karang atau batu hempedu. Ianya juga penting untuk mereka yang mempunyai masalah fluktuasi glukos.

3. Zink, boron, manganese dan kuprum – Memelihara metabolisma kerangka dan pertumbuhan otot, menyusun enzim yang diperlukan untuk membaiki tulang, rawan dan mengahalang arthritis







PENGAMBILAN KALSIUM SECARA BERTERUSAN DAPAT :

- Meredakan migrain, sakit belakang, period pain, kebas2/kekejangan
- Beri tidur yang lena, mengekalkan kecergasan tubuh bila bangun pagi, mengurangkan kelesuan tubuh
- Penting untuk ibu hamil, ibu menyusu, berpantang
- Penting untuk orang tua, ahli-ahli sukan, wanita dan lelaki yang pentingkan kesihatan




TERLEBIH KALSIUM, APA KESANNYA?


Kalsium berlebihan boleh memberi kesan kepada buah pinggang seperti terjadinya batu karang / batu dalam hempedu.

Ini terjadi apabila jurang nisbah kalsium-magnesium sangat besar dimana kekurangan magnesium akan menyebabkan kalsium tidak dapat diserap sepenuhnya oleh tubuh, lalu buah pinggang menjadi toksik.

Sebab itu apabila membeli supplemen kalsium, anda wajib meneliti kandungan magnesium dan vitamin D ada bersama kerana kedua-dua perlu untuk membantu penyerapan maksimum kalsium. Dan ya, Ostematrix sangat lengkap !

 Lihat gambar dibawah dan anda akan faham analoginya. Bagaimana kandungan kalsium, magnesium, vitamin D, boron, manganese, copper dan zinc di dalam ostematrix menjadikannya jauh lebih berbeza dari pil kalsium yang lain. Ostematrix bukan hanya sekadar kalsium !




MANFAAT OSTEMATRIX SHAKLEE ADALAH

1. Menguatkan Tulang - Kalsium menghalang osteoporosis, menguatkan kuku, kerangka, gigi, sistem saraf. Ia juga merawat tulang retak, osteomalacia (rickets dewasa), kuku rapuh, eczema, kekejangan, gusi berdarah dan merangsang darah untuk memekat.

2. Memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas - Pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur akan memperbaiki kebas-kebas, kekejangan, sakit sendi dan arthritis

3. Meringankan stress - Ianya mengimbangi tekanan darah, memelihara denyutan jantung, impuls saraf, penenang saraf, menggalakkan tidur selesa, memperbaiki jantung berdebar, gementar, mimpi buruk dan stress. Juga memperbaiki depresi, mood swing, sakit kepala dan pitam.

4. Memperbaiki masalah haid - Kajian menunjukkan dengan pengambilan 1000mg kalsium dan magnesium serentak meringankan sakit waktu haid dan membantu membuang air kecil.

5. Pengalkalian tubuh - Kalsium adalah mineral alkalin, dan ianya berkesan memastikan imbangan pH tubuh. Ianya juga menghalang obesiti diwaktu umur tua. 
Tambahan pula kalsium membantu sel menyerap nutrien dan merangsang detoksifikasi.

6. Memperbaiki hiperaktiviti perut dan gastrik.


Keperluan Kalsium Mengikut Umur



Jadi sudah jelas bahawa setiap daripada kita, tidak kira kanak-kanak atau dewasa sangat memerlukan kalsium yang lengkap untuk kesihatan jangka masa panjang. 

Bagaimana bayi nak dapatkan kalsium yang terbaik & secukupnya? Sudah tentulah hasil kalsium daripada ibunya yang menyusu. Jadi seorang ibu menyusu perlu melengkapkan pengambilan kalsium nya setiap hari untuk mengelakkan dari terkena perbagai penyakit yang lebih cenderung kepawa wanita seperti Osteoporosis.


Terima kasih kerana sudi membaca, Semoga bermanfaat :)






Untuk pesanan & pertanyaan hubungi :
Noor Kamilah Ibrahim 
Shaklee Independent Distributor
ID: 1164704
014-5082724



Collagen Powder Shaklee

Collagen Powder Yang Lain Daripada Yang Lain



Serbuk Collagen Shaklee adalah salah satu produk Shaklee yang  premium. Ia merupakan produk kolagen terbaik dan berkualiti tinggi serta tulen yang mengandungi 4000mg RSS (Red Snapper Scale atau Sisik Ikan Merah) dan bukannya diperbuat daripada kolagen seperti produk-produk lain seperti gamat, lembu, Yak, rumpai laut, jagung atau daripada plasenta tetapi daripada sisik ikan merah yang lasak, mahal dan berkualiti tinggi. Collagen Shaklee ini mudah diserap oleh badan kerana mempunyai molekul yang sangat ringan iaitu kira-kira 1000 Dalton per molekul. Berbanding dengan kolagen di pasaran yang molekulnya besar dan kurang memberikan kesan kerana sukar diserap oleh tubuh badan.
Collagen Shaklee juga ada probiotic di dalamnya yang membantu penyerapan maksimum di dalam usus. Ditambah lagi dengan Vitamin C dan B-Complex.

Berikut merupakan tujuh bahan utama collagen powder Shaklee:
– Carmellia japonica
– Ekstrak Pfaffia
– Kolagen ikan merah
– Ekstrak kerang-kerangan
– Lactobacillus acidophilus
– Vitamin C
– Vitamin B
Tahukah anda bahawa ikan merah ini berada di kedalaman 5000m dari paras laut? Ia menjadikan sisik ikan merah ini sumber collagen yang premium dengan kurangnya kadar pencemaran dan tahan lasak.
Kadar penyerapan tinggi collagen sisik ikan merah berbanding dengan collagen dari sumber biasa.
Fungsi-fungsi bahan-bahan utama yang terdapat dalam collagen powder.
Bila sebut tentang collagen, ramai yang beranggapan collagen hanya untuk awet muda, kulit anjal dan gebu. Namun sebenarnya ramai pengamal collagen terutamanya Shaklee Collagen Powder menjadi pengguna setia kerana masalah sakit sendi tulang semakin berkurangan. Masalah rambut putus dan bercabang pun dah berkurangan. Selain awet muda, kulit gebu dan anjal, banyak kesan positif lain yang diterima. Antaranya juga, senang nak bangun tidur.
Banyak testimoni yang pernah diterima, antaranya muka dah kelihatan lebih licin, parut-parut dan jeragat dah makin hilang dan yang paling mudah perasan perbezaannya biasanya suami masing-masing. Bukan kulit muka sahaja yang semakin halus malah seluruh badan pun sama sebab produk ini memberikan kecantikan luaran dari dalaman.
Kelebihan dan Kebaikan Collagen Powder Shaklee :
1) Anti Penuaan
– Mengecilkan liang-liang pori yang kelihatan
– Menghilangkan kedutan dan garis-garis halus
2) Melembap
– Melembabkan kulit bagi mengurangkan rasa kering dan gatal-gatal pada muka
3) Mencerah
– Mengurangkan pigmentasi, jeragat dan kulit tidak sekata
4) Menegang
– Membantu menegangkan dan menganjalkan payudara
5) Menyubur
– Menjadikan rambut lebih sihat, tidak mudah gugur dan bercabang serta tebal dan bersinar.

6) Mengembalikan keanjalan

– Menjadikan kulit lebih tegang, anjal dan lembut

7) Meningkatkan Pergerakan

– Menyokong kesihatan sendi dan kekuatan tulang

Antara faedah-faedah yang bakal anda terima sekiranya mendapatkan satu set Shaklee Collagen Powder :
– Anda akan rasa perubahan kulit dari kasar ke halus mulus.
– Anda akan dapati parut jerawat dan jeragat semakin pudar.
– Anda akan perasan rambut kurang gugur malah makin kuat.
– Anda akan rasa lebih bertenaga dan segar bila bangun pagi.
– Anda akan perasan yang pergerakan tulang dan sendi lebih lancar tanpa bunyi kriok kriok.
Sekotak collagen powder mempunyai 15 sachet dan biasanya orang akan perasan perubahan pada sachet ke-4. Menakjubkan!
Whatsapp/SMS Mila 014-5082724 segera untuk sebarang pertanyaan atau order. Nak menjadi ahli juga boleh. Pastinya ia pelaburan untuk kesihatan dan kecantikan yang menguntungkan ;-).

Tuesday, April 17, 2018

Modal Minima Buka Spa

" Di kala banyak bisnes kedai yang ditutup, bisnes Spa Tanpa Kedai bak cendawan tumbuh selepas hujan "

Realiti ya

Realiti !

Realiti di malaysia dan negara-negara lain juga bisnes tanpa kedai lebih menjadi pilihan ramai peniaga dan usahawan kini kerana jauh lebih menguntungkan malah jauh dari masalah HUTANG. Mula berniaga untuk keluar dari masalah kewangan, namun apabila perlukan modal permulaan yang besar untuk membuka kedai ada kemungkinan besar untuk akan MENAMBAH HUTANG. Mana pilihan kita?

Pengalaman saya menyaksikan mama saya sendiri yang pernah membuka butik pakaian pada tahun 2010 dahulu. Pada awalnya sudah memerlukan modal yang agak besar. Sewa kedai yang asalnya RM600 sebulan. Tahun berganti tahun penyewa naikkan harga sewa sesuai dengan kos yang terpaksa ditanggung. Belum masuk bil elektrik dan air yang agak tinggi kerana butik mama berpenghawa dingin untuk keselesaan pelanggan. Lokasi kedai hanyalah di jalan kecil berhampiran dengan bandar. Dan waktu itu, kedudukan butik mama agak tersorok (kurang strategik). Memang susah nak dapat pelanggan masuk ke butik walaupun hanya untuk window shopping.

Persiapan dan kelengkapan di butik untuk menarik pelanggan masuk. Banyak juga duit dihabiskan untuk perabot seperti rak display aksesori, meja pejabat, alatan menggantung pakaian, upah electrician, upah pekerja. Dan modal utama haruslah pakaian. Nahh..tak kurang susah nak mencari pakaian yang menepati selera masyarakat setempat ketika itu. Datang ke Kuala Lumpur untuk mengambil stok pakaian. Sesekali mama travel ke luar negara untuk dapatkan stok pakaian yang lain daripada yang lain. Semuanya melibatkan kos yang sangat banyak.

Pekerja. Ya, bukan senang untuk mencari pekerja yang baik, jujur dan amanah walaupun seorang. Kerana bukan setiap masa mama boleh datang untuk buka dan tutup butik. Jadi memerlukan seorang pekerja yang cekap dan tidak bermasalah. Macam-macam ragam pula bila diingat kembali sebelum dapat pekerja yang baik. 


" Biasalah nak mula berniaga. Perlu lah keluarkan modal  dan tenaga "


Mama masuk paper :D


Ya, dengan tekad dan semangat untuk memulakan sesuatu perniagaan tidak perlu terlalu berkira. Sekiranya ada modal, teruskan impian untuk memiliki perniagaan sendiri. Tetapi, jika sudah ada peluang untuk memulakan sesuatu perniagaan yang bersifat jangka masa panjang, Atas Nama Sendiri dan tidak memerlukan kedai, kenapa perlu pilih sesuatu yang susah ? 

The Walking Beauty (TWB) telah membuka seluas-luas peluang untuk semua wanita tak kira yang masih belajar, yang sudah tamat pelajaran, yang menganggur, wanita bekerjaya, surirumah sepenuh masa atau sesiapa sahaja. Kerana ternyata Bisnes Spa Tanpa Kedai jauh lebih MUDAH, MENGUNTUNGKAN dan memerlukan MODAL MINIMA


"Kerana TWB Dicipta Dari Wanita Untuk Wanita"



Kelebihan Bisnes Spa Tanpa Kedai

-Tidak perlu membayar sewa kedai bulanan
-Tidak perlu menunggu di kedai
-Tidak perlu upah pekerja
-Tidak perlu usaha mencari perkerja yang bermacam ragam
-Tidak perlu keluar duit petrol untuk ke kedai setiap hari
-Tidak perlu buka dan tutup kedai setiap hari yang memakan masa dan tenaga
-Tidak perlu membayar bil utiliti ( Elektrik, air, Wifi dan sebagainya) 
-Tiada risiko barang atau premis rosak dan tidak perlukan maintenance fee 
-Keluar dan pergi kepada client apabila hanya ada permintaan sahaja (ada banyak masa untuk menyelesaikan urusan lain di rumah)
-Tidak perlu kos perabot dan kelengkapan kedai
-Tidak bermusim (sentiasa mendapat permintaan tinggi. Dimana ada wanita, disitu ada peluang)
-Senang dijalankan untuk para surirumah yang bermasalah meninggalkan anak (Boleh jalankan Home Spa) 






Home Spa & Mobile Spa

Sebelum ada yang keliru, saya jelaskan apabila berkaitan dengan bisnes Spa Bergerak Tanpa Kedai yang dibuka oleh TWB, anda akan memiliki Home Spa Atau Mobile Spa Atau Kedua-duanya sekali !


1) Home Spa






Home Spa ini dilakukan di rumah sahaja. Pelanggan akan datang ke rumah beautician itu sendiri untuk menerima khidmat spa. Peluang ini dibuka khas untuk para surirumah atau pelajar yang inginkan pendapatan sampingan, tetapi tidak mampu keluar rumah kerana kekangan kenderaan ataupun tidak boleh meninggalkan anak untuk jangka masa yang panjang dibawah jagaan orang lain. Bagi bukan surirumah dan pelajar juga boleh menjalankan home spa kerana ianya lebih mudah dan tidak perlu keluar rumah. Jadi tiada halangan untuk sesiapa sahaja menjalankan bisnes spa ini.




2) Mobile Spa 






Mobile Spa adalah dengan cara, beautician bergerak ke tempat yang dikehendaki oleh pelanggan. Sama ada di rumahnya, di pejabat, di tempat pelanggan bercuti, atau dimana sahaja. Bertujuan untuk memberi kemudahan kepada pelanggan yang mempunyai kekangan masa, tak boleh tinggal anak, tiada kenderaan dan sebagainya. Jadi beautician akan pergi kepada pelanggan dengan kelengkapan spa yang ada.



3) Home & Mobile Spa

Dengan menyertai The Walking Beauty anda boleh pilih yang mana yang anda lebih selesa lakukan sama ada mobile spa, home spa atau lakukan kedua-duanya sekali ! 


Jadi sangat jelas bahawa bisnes Spa Tanpa Kedai Ini sangat mudah dijalankan, tidak membebankan dengan modal permulaan yang sangat rendah dan boleh menjadi bisnes jangka masa panjang (Lifetime Business) !

Bacaan lanjut : The Walking Beauty Adalah Bisnes SPA SHAKLEE. Bisnes Yang Boleh Diwarisi 





Agen Spa Diperlukan Segera !!!


Gelombang The Walking beauty sudah menjadi FENOMENA! Setiap negeri di Malaysia sudah terdapat wakil beautician TWB Dan juga sudah ada agen spa TWB di luar negara seperti Melbourne, Australia, Mesir dan Dubai. 


Jom tengok Video TWB Bride-To-Be Di Melbourne :D



Facial untuk bakal pengantin di Melborne Australia



Dengan menyertai The Walking Beauty SEKARANG  anda akan menikmati modal permulaan yang rendah dan lengkap dengan Training, Sijil dan semua kelengkapan Home & Mobile Spa


Ramai yang sudah berjaya menjana 6 PENJURU PENDAPATAN dengan Bisnes Spa Bergerak Tanpa Kedai The Walking Beauty











Noor Kamilah Ibrahim
Pemilik Dan Pengusaha Merah Jambu Beauty Spa
No Tel : 014-5082724
Email : milaibrahim89@gmail.com

Facebook : Noor Kamilah Ibrahim
Instagram : noor_kamilah_ibrahim