Sunday, September 30, 2018

Pakej Rawatan Selepas Bersalin





Tarikh: 30/09/2018

Hari : Ahad
Masa: 9:00 am – 6:00 pm
Lokasi: HQ Shaklee, Sunway Geo Tower
Trainer: Puan Heni Yuni
Anjuran: Akademi The Walking Beauty (TWB)


Hai ! Assalamualaikum :) Mila baru beberapa jam sahaja menamatkan Kursus Berpantang & Penjagaan Selepas Bersalin sesi 2 bertempat HQ Shaklee Sunway Geo Tower hari ini. Best sangat ! Dan secara tidak langsung ianya memberi peluang kepada kami ahli TWB untuk upgrade pakej spa ke pakej berpantang. Boleh la kami jadi Confinement Lady lepas ni inyaAllah :)

Pengalaman yang amat menyeronokkan sepanjang kursus dijalankan. Dilatih oleh trainer yang berpengalaman dan berpengetahuan luas tentang ilmu penjagaan selepas bersalin.




MODUS OPERANDI GABUNGAN KURSUS BERPANTANG TRADISIONAL DAN MODEN TWB

Objektif kursus berpantang anjuran TWB ini adalah untuk memberi kemahiran kepada setiap peserta TWB dalam membantu para ibu selepas bersalin.

Selain itu, kursus ini juga memberi pendedahan yang lebih kepada setiap ibu tentang pengetahuan dan kepentingan nutrisi yang cukup serta seimbang selepas kelahiran agar ibu sentiasa bertenaga, kembali sihat dan berjaya mengadaptasi dengan pengalaman baru (mempunyai anak kecil).

Ia adalah bertujuan bagi membantu ibu dalam menghadapi beberapa isu selepas bersalin seperti :-

1) Ingin mendapat kembali bentuk ramping, sihat, menawan dan kembali seperti asal

2) Ingin memastikan tubuh badan dalam keadaan terbaik terutamanya bahagian intim, untuk kembali sembuh dan sihat selepas pelbagai yang dilalui ketika proses mengandung dan bersalin

3) Menangani penyakit tekanan perasaan atau meroyan yang sering dihadapi oleh ramai wanita selepas melahirkan.


Set Bersalin Shaklee



TEORI DAN PRAKTIKAL


Semasa kursus ini berjalan, setiap peserta didedahkan tentang ilmu penjagaan selepas bersalin secara teori dan juga praktikal. Kami didedahkan tentang rawatan kepada ibu iaitu :

1) Cara urutan ibu hamil

2) Cara urutan ibu berpantang bersalin normal dan juga pembedahan.

Peserta juga diberi pengetahuan tentang perbezaan dua jenis urutan iaitu urutan pantang dan juga tradisional, dimana urutan pantang tidak dibenarkan untuk menyentuh bahagian-bahagian tertentu berbeza dengan urutan tradisional bagi mengelakkan berlakunya pendarahan kepada ibu, teknik sengkak yang betul dan tidak menyakitkan, teknik dan cara memasukkan tombong faraj yang terkeluar dan banyak lagi.


Kami juga diajar bagaimana cara untuk menghasilkan beberapa jenis minyak urut antaranya minyak urut rempah yang dimasak lama dengan beberapa jenis rempah yang bertujuan untuk membantu mengeluarkan angin dalam badan, boleh juga diamalkan Peppermint ginger plus Shaklee sebagai rawatan moden untuk melegakan angin didalam badan. Boleh dapatkan dari mila ya pengedar Shaklee anda.



Peserta juga dikenalkan dengan beberapa jenis bengkung dan cara pemakaian bengkung mengikut step yang betul bagi ibu bersalin normal dan juga pembedahan.

Ha jangan tak tahu ibu yang bersalin secara pembedahan juga boleh memakai bengkung tetapi sudah tentu ada caranya. Antaranya bengkung yang terkenal adalah :-

1) Bengkung tali kasut


2) Bengkung barut


3) Bengkung jawa

Kemudian kami diajar pula cara BERTUNGKU menggunakan batu sungai.

Ia adalah bertujuan bagi memecahkan darah beku di sekitar rahim ibu. Kami diajar bertungku menggunakan batu sungai yang dibakar atas api kemudian dialas beberapa jenis daun dan dibalut dengan kain batik mengikut teknik yang betul supaya batu panas tadi tidak terkeluar semasa proses bertungku.

Nak balut pon ada caranya. Bertungku boleh dilakukan untuk ibu yang bersalin secara pembedahan tetapi ada teknik tersendiri juga, tidak boleh ditekan sebarangan.

Bertungku juga boleh dilakukan jika ibu mengalami bengkak susu. Caranya tekan perlahan sekeliling payudara sambil tolak perlahan keatas.


Batu sungai yang digunakan untuk bertungku


Selain itu kami juga belajar cara untuk BERTANGAS. Terdapat dua jenis tangas, iaitu tangas kering dan tangas basah. Jujurnya mila tak pernah lakukan aktiviti bertangas ni walaupun sudah melahirkan dua orang anak. Inilah kali pertama belajar dan lihat sendiri cara bertangas. Terus rasa nak nak buat sendiri je kat rumah. Ilmu dah ada kan :) Wahh. Berharga betul ilmu yang dapat harini! Rasa bertuah sangat berada dalam team TWB :)

Ok kembali kepada tujuan bertangas. Bertangas adalah untuk merapatkan miss v especially bagi ibu yang bersalin normal. Sebaiknya ia dilakukan selepas kering darah nifas. Bertangas juga menggunakan batu sungai yang dibakar selama 10 minit, beralaskan beberapa jenis daun didalam periuk tanah, kemudian diletakkan batu sungai yang panas tadi dengan ramuan asam kunyit diatas batu. Aromanya sangat wangi dan memikat hati. Hehe.

Kemudian ibu bolehlah duduk diatas kerusi tangas dengan memakai kain tebal separas ketiak hingga ke bawah menutupi kerusi tengas. Itu adalah tangas kering.

Macamana dengan tangas basah?

Tangas basah merangkumi seluruh badan seperti bersauna dan menggunakan ramuan herba moden produk Shaklee yang terbukti terbaik.

Tangas Kering

Alfalfa Complex, jamu moden shaklee


Akhir sekali, kami belajar cara PENGHASILAN PARAM DAN PILIS menggunakan gabungan bahan tradisional dan juga moden. Ini betul-betul mengujakan Mila! hasil bancuhan dari trainer TWB Puan Heni Yuni, beliau berjaya menghasilkan param dan pilis dengan menggunakan rempah-rempah terpilih dan juga beberapa jenis produk Shaklee, bahan-bahan ini digabungkan bagi menghasilkan param dan pilis yang sangat best dan berkesan untuk kegunaan ibu berpantang!

Inovasi menggantikan bahan-bahan semulajadi dengan produk Shaklee menjimatkan masa dan tenaga malah memberi kesan yang sangat baik kepada pemakainya. Korang rasa-rasa apa campuran produk Shaklee yang ada dalam param dan pilis ni? Nah tengok cara penghasilan param dan pilis moden dan tradisional ni.

Proses pembuatannya agak leceh kerana perlu menyukat dengan sukatan yang tepat. Jika ada terlebih atau terkurang bahan hasilnya param dan pilis itu menjadi kurang berkualiti.

Belajar membuat param, pilis, tapel


Pada sebelah petang pula para peserta diajar untuk melakukan praktikal pelbagai jenis URUTAN.

Ia dilakukan di dalam bilik bertutup kerana semua peserta perlu berkemban untuk praktikal mengurut Rupanya ada cara untuk mengurut yang betul supaya badan kita tak cepat merasa penat, point-point urutan badan, dan beberapa teknik serta pantang larang urutan ibu hamil dan juga berpantang diajar kepada kami.

.

Alhamdulillah kursus tamat pada jam 6.00 petang, terlajak masa sebab masing-masing rasa seronok bila badan kena urut free-free je. Hihi.

Terima kasih tak terhingga buat Puan Heni Yuni diatas tunjuk ajar dan perkongsian ilmu yang bermanfaat. Tidak lupa jutaan terima kasih kepada founder TWB Puan Ainul Shahrazad diatas inisiatif menganjurkan kursus bermanfaat seperti ini.

Untungnya kami hari ini, juga diadakan Kelas nutrisi oleh Nutritionist Shaklee tentang bagaimana Set postnatal Shaklee dapat membantu si ibu untuk mendapatkan nutrisi yang lengkap dan seimbang selepas proses melahirkan.

Set Berpantang Shaklee





Dan untuk anda yang ingin menyertai kami;

Berita baik kepada anda yang beminat untuk menyertai kursus berpantang Akademi The Walking Beauty, anda hanya perlu mendaftar terlebih dahulu pakej spa TWB RM1,999, dimana pakej ini menawarkan 5 jenis kursus iaitu

1)Sauna herba

2) Body scrub dan urut lulur

3) Face treatment & relaxing massage

4) Mandian aura susu

5) Spa cantik kaki dan tangan




Kemudian anda hanya perlu upgrade kursus berpantang dengan RM100 sahaja dan dingatkan harga ini sah untuk bulan September dan oktober sahaja.




Bermula November 2018 harga pakej akan naik kepada RM2,999 gabungan lengkap kursus mobile home spa dan juga kursus berpantang TWB. Boleh call atau whatsapp mila untuk maklumat lanjut.

014-5082724
Puan Noor Kamilah Ibrahim
Trainer & beautician The Walking Beauty

Tuesday, September 4, 2018

Kursus Berpantang 2018



Kursus Spa The Walking Beauty semakin dikenali dan mendapat sambutan yang sangat-sangat menggalakkan dari seluruh negeri di malaysia juga di luar negara !


Bacaan Lanjut : TWB The Glamorous Mobile Spa


Pengasas Projek The Walking Beauty, Puan Ainul nampak peluang untuk menjana pendapatan lebih sebagai Confinement Lady. Jadi, kini terdapat penambahan satu lagi kursus iaitu 

Pakej berpantang & urutan selepas bersalin. 

Sebelum ini TWB tawarkan 5 Courses + 1 Advance Course (Klik disini)




  • Facial Relaxing Treatment (Cleansing, scrubbing. masker, massage etc)
  • Body scrub & urut lulur
  • Mandian Aura Susu
  • Foot & Hand Spa
  • Herba Sauna

Tambahan 1 Course mengenai "How To Setup Your Own Home Spa"



Tapi kini anda akan mampu mempelajari sehingga 6 Courses + 1 Advance Course ! 

Sangat-sangat berbaloi !


Pakej berpantang & urutan selepas bersalin. Anda akan pelajari :

1. Urutan tradisional 2. Rawatan selepas bersalin 3. Cara bertungku 4. Cara bertangas kering dan basah 5. Cara sengkak yg tak memudaratkan 6. Spa & Rawatan baby 7. Cara pembuatan jamu 8. Demo/praktis



Penjagaan selepas bersalin memerlukan penjagaan yang sangat rapi untuk ibu yang baru melahirkan dan juga bayi 


Set pantang Shaklee dan 
Set hamil Shaklee yang sudah terbukti berkesan menjadi pilihan TWB dalam usaha memberi rawatan dan servis yang terbaik kepada pelanggan.


Berikut adalah Set-set yang disarankan di ambil untuk ibu hamil dan dan ibu yang berpantang serta menyusu.








Atau boleh singgah ke entry ini untuk dapatkan info-info lanjut tentang setiap satu produk shaklee  

>>> 10 Produk Terbaik Shaklee


Bagaimana sambutan TWB kepada rakyat malaysia? Dan bagaimana ahli-ahli TWB sangat-sangat aktif BUAT DUIT HARI-HARI ???  
TWB adalah satu peluang kerjaya yang mana sudah ramai agen spa TWB berjaya buat duit setiap hari !


Terima kasih kerana membaca :)



Spa Trainer & Beautician
014-5082724





Wednesday, August 15, 2018

Hebatnya Facial dgn team Spa TWB

Mobile Spa TWB adalah sebuah perniagaan Spa bergerak Tanpa kedai. Konsep yang dibawa dalam bisnes spa ini adalah 1) Home Spa :Pelanggan spa datang ke rumah pengusaha spa untuk menerima rawatan spa.




2) Mobile Spa : Pengusaha spa pergi ke tempat pelanggan, samada di rumahnya, tempat kerja, tempat mereka menginap ketika bercuti atau dimana sahaja atas permintaan pelanggan itu sendiri.






TWB adalah singkatan kepada THE WALKING BEAUTY. Dilancarkan pada tahun 2015 menjadikan kini sudah 3 tahun TWB bertapak dan membina nama. Spa TWB menggunakan rangkaian produk shaklee dan antaranya adalah, Youth Shaklee untuk sesi rawatan wajah kepada pelanggannya. 


 Bacaan lanjut : Kehebatan Youth Skincare Shaklee 






Youth Skincare merupakan produk terhebat dari shaklee yang menjalani kajian terperinci dari pakar kulit antarabangsa antaranya Chris Kyrou. 8 tahun penyelidikan dijalankan keatas Youth sebelum ianya dipasarkan. Oleh kerana keyakinan yang tinggi keatas produk shaklee ini, Pengasas TWB Puan Ainul Shahrazad memilih untuk menjadikan TWB sebagai bisnes Home & Mobile Spa Shaklee. 


Spa yang hanya menggunakan produk yang bermutu tinggi dari set penjagaan wajah, masker, scrub dan sebagainya. Ini adalah untuk menjamin hasil yang pelanggan spa TWB adalah hasil yang terbaik. Walaupun dengan modal minima TWB tidak menggunakan produk berkualiti rendah jauh sekali menggunakan produk "timbang kilo" dan lambakan produk yang tidak melepasi piawaian dan KKM. 


 Bacaan lanjut : Bina Spa Atas Nama Sendiri Dengan MODAL MINIMA 


 5 Course yang ditawarkan dalam Pakej Belajar Spa TWB iaitu : 

 1) Facial & Face Relaxing Treatment 
2) Sauna 
3) Hand & Foot Spa 
4) Body Scrub 
5) Aura Milk Bath 

 Modal minima 

 Teknik yang Simple tapi POWER 

 Mari kita lihat, beberapa hasil dari ahli - ahli Spa TWB sendiri. Sangat mengagumkan ! 












Hebat bukan? 


 Kerana produk yang digunakan sudah ternyata sangat hebat dan berkualiti tinggi Sudah pasti hasil kepada pelanggan spa juga sangat hebat ! 

Sebab itulah tertalu ramai yang sudah bersedia untuk menjadi salah seorang beautician TWB. Yakin dengan produk juga yakin dengan Sistem TWB yg mantap. 

6 PENJURU INCOME dari TWB !!! 

 Kami membuka peluang seluas-luasnya bagi wanita khususnya surirumah, pelajar, wanita bekerjaya untuk menceburkan diri dalam bisnes spa TWB. Pakej Bisnes Lengkap disediakan : 

1) Latihan 
2) Produk 
3) Peralatan Spa 




 Let's Join Us Now !!!! 



Beautician & Trainer TWB 
Owner Merah Jambu Beauty Spa 
Contact No : 014-5082724 



Monday, August 6, 2018

Bisness Mobile Spa TWB



Tok ! Tok ! Tok !

Bunyi pintu rumah kami diketuk. Waktu itu, kami sedang bersiap sedia nak berjemaah solat asar.

Dengar je bunyi tu, mila mintak suami buka kan pintu dulu. Dan mila cepat-cepat capai handphone hihi. Itulah video yang sempat dirakam. Meleret-leret senyumannya.




Bahagia :)


Puas dapat "Self Reward" dengan reward kan barang kegemaran si dia :'). Dia tulang belakang dalam keluarga. Dia happy, kita pon happy. Kira macam self reward la jugak hihi

Bulan lepas birthday suami. Awal-awal dah fikir. Sebab jun memang banyak duit habis untuk persiapan raya Aidilfitri. Alhamdulillah sempat jugak buat sesuatu untuk suami, biarlah tak seberapa pun.

Sekarang mila anggap bonus shaklee yang mila dapat bulan-bulan tu seperti gaji tetap. Dan income 6 penjuru hasil bisnes spa TWB (Spa Shaklee) seperti side income :grinning:

Jadi, bila-bila je ada keadaan terdesak nak pakai duit atau nak buat sesuatu yang kita nakkk sangat. Walaupun waktu kita belum ada duit. Mila boleh target buat duit dengan spa. Cari client spa atau dapatkan semua penjuru income dari TWB. #TWB_Sparkle





Screenshot target yang dibuat hihi

Target dibuat awal bulan julai (Birthday suami 8 Julai). Waktu ni takde duit sebab banyak habis untuk raya. Tapi yakin boleh dapat. Sebab? Mila ada ilmu spa :)





Mila terima client nak facial pada 2 Julai 2018

Client spa, mila cari dari awal bulan julai. Memang aim nak belikan hadiah untuk suami. Alhamdulillah dapat cash dan client berhasrat dan repeat facial lagi.

Sorang je mila facial kan hihi. Sebab masa sangat terhad bila suami kerja waktu tak menentu. Mila ada 2 orang anak perlu dijaga. Jadi tak boleh nak betul-betul fokus mencari client spa buat masa ni. Kecuali jadual kerja suami dah tetap atau waktu dia cuti panjang. Nak iklankan pakej spa mila pon pening sebab jadual kerja dia tak tentu. Tapii...tengoklah. MBila nak cari client tu. Ada je Allah hantar. Bukti bisnes Mobile spa ni betul-betul high demand. Selain daripada itu, untungnya mila join TWB. Mila masih dapat cash dari penjuru income yang lain. TWB tawarkan 5 PENJURU income tau. Yang mana, kalau mila tak betul-betul fokus mencari client spa pon boleh dapat :) Menarik tak?? Kalau nak tahu, pm la mila. Mila explain details

Jadi,

Buat spa untuk target dapatkan "instant cash". Shaklee pula sebagai lifetime career.

Bersyukur sangat bila ada ilmu spa.

Ilmu ni ibarat "pelampung". Di kala kita hampir lemas, ia datang sebagai pembantu :')

Alhamdulillah. Dia happy sangat waktu tu :heart_eyKita pon bahagia.

Surirumah yang asalnya tak mampu berbelanja, even untuk diri sendiri. Sekarang boleh belanja barang kegemaran suami dan anak-anak juga :')









Bahagia

Kalau pembaca entri mila kali ini nak tahu,

TWB stand for The Walking Beauty. Bisnes Spa Bergerak Tanpa Kedai.

Menjalankan...

1) Home Spa :Pelanggan spa datang ke rumah pengusaha spa untuk menerima rawatan spa.

2) Mobile Spa : Pengusaha spa pergi ke tempat pelanggan, samada di rumahnya, tempat kerja, tempat mereka menginap ketika bercuti atau dimana sahaja atas permintaan pelanggan itu sendiri.

TWB adalah satu Pakej Bisnes iaitu :

1)Menyediakan kurus spa yang lengkap dengan training secara praktikal, bersijil & modul

2)Menyediakan semua kelengkapan untuk memulakan bisnes spa. Dari produk hingga lah ke peralatan spa seperti beg, ion massager dan mangkuk facial.

Seperti pakej bisnes yang lain. Contoh : Ramly Burger. Disediakan satu pakej bisnes. Pengusaha perlu mengeluarkan modal permulaan. Kemudian pengusaha diberikan latihan dan diberikan peralatan sesuai dengan modal dikeluarkan. Hanya tinggal usahakan sahaja. Dan dapatkan semula modal, kemudian nikmati keuntungan sahaja.


Sama seperti TWB !

Malah bagi mila, sangat-sangat beruntung apabila kita menjadi salah seorang ahli TWB.

Sudah ramai bukti yang boleh dapat semula modal dalam sebulan ! Malah hari-hari mereka tunjukkan bukti buat duit dengan bisnes ni. Sangat mudah dan tak renyah. Tapi boleh buat duit sangat banyak :)


Salah satu bukti, wanita yang sedang berpantang bersalin hari ke-9, tidak terkecuali menerima pendapatan hasil spa. Sebab ilmu yang TWB berikan sangat mudah, praktikal dan power !



Dahsyat bukan? :)


Bacaan lanjut :Kerjaya Bersama Spa TWB

                      Buat Duit Hari-Hari Dengan Spa TWB


Jom mila cerita,

Apa yang boleh dapat melalui Pakej Bisnes Spa TWB ?

Dengan Harga Pakej TWB : RM2,999

Apa yang akan dapat??

:point_right:Youth Skincare
:point_right:scrub
:point_right:masker

Dan produk-produk yang berkualiti Shaklee lain , yang bakal digunakan dalam 5 kursus Spa TWB

- - - - - - - - - -
:point_right:Beg SPA
:point_righ:point_right:Ion massage
:point_right:Trial kit
:point_right:Sijil
- - - - - - - - - -
Belajar 5+1 courses

-Relaxing facial
-Body Scrub
-Aura Bath
-Hands & Foot Spa
-Sauna

+1 how to set up home & mobile spa


Belajar Make Over (rujuk poster)

:rose:BONUS:rose:

:heavy_check_marmodule lengkap
:heavy_check_marksupport group
:heavy_check_mark:beauty products lengkap
:heavy_check_mark:basic tools
:heavy_check_mark:lifetime coaching
:heavy_check_mark:income 6 penjuru


Selepas habis training, peserta boleh terus boleh menjalankan bisnes spa









Kami sangat mengalu-alukan penyertaan dari anda. Jika anda berminat untuk menambah pendapatan, nak keluar dari masalah kesempitan hidup, atau sebagai back up pendapatan yang sudah sedia ada. Jom setai TWB. Peluang dibuka seluas-luasnya untuk anda.

Mila sudah merasa pendapatan hasil dari TWB, sebab itulah mila kongsikan disini. Semoga memberi manfaat serta membuka mata anda yang masih cuba mencari peluang perniagaan untuk menambah pendapatan :)





Spa Beautician & Trainer TWB
TWB_Sparkle
Owner Merah Jambu Beauty Spa
014-5082724