Thursday, October 10, 2019

Kegemukan punca sakit kronik



Assalamualaikum !


Harini mila nak share sedikit petikan perkongsian dari salah seorang yang pernah mengalami masalah kesihatan akibat kegemukan...


" ... Kalau masa tu saya tak join detox, masih diet dengan cara saya, hingga saat ini saya rasa berat saya masih sama atau mungkin bertambah.
Pergerakan saya juga terhad. Saya kelihatan lebih tua dari usia saya.

Bila badan semakin membesar, susah untuk menggayakan pakaian yang cantik. Kulit muka yang kusam akan menyebabkan muka nampak gelap dan tak berseri, terpaksa guna make up tebal. Keyakinan diri juga terganggu dengan penampilan sebegini.

Dan yang amat menakutkan adalah penyakit yang semakin menghampiri. Kalau saya tak join detox sebelum ini, kemungkinan saya terpaksa makan ubat darah tinggi seumur hidup disebabkan gaya hidup dan pemakanan yang tidak betul.

Kegemukan adalah satu perkara yang amat saya takut. Sebab dari situ macam-macam penyakit boleh datang kepada kita... "

Risau bagi yang mengalami masalah kegemukan ini. Ia bukan perkara main-main. Ianya perlu dipandang serius.

Kenapa?


KEGEMUKAN BOLEH MENJADI PUNCA SAKIT KRONIK !


Kegemukan atau Obesiti adalah satu masalah kesihatan yang patut dirisaukan. Boleh mula mengambil tahu tentang berat badan, BMI (Body Mass Index)  sebagai langkah untuk memgelakkan dari masalah yang lebih serius.



Boleh rujuk kepada pengiraan BMI diatas untuk mengetahui kategori manakah diri kita. 


Antara risiko apabila mengalami masalah kegemukan




Berikut adalah 20 jenis penyakit atau keadaan yanh boleh berpunca dari kegemukan/obesiti :

1. Kencing Manis –
Kencing Manis – Diabetes yang merupakan satu gangguan di mana pankreas tidak menghasilkan cukup atau kadang-kadang tidak mana-mana insulin. Diabetes boleh membawa kepada pelbagai isu-isu perubatan lain dan obesiti merupakan salah satu punca utama disebabkan oleh badan yang mempunyai glukosa berlebihan akibat makan berlebihan.

2. Kanser -
Kanser mempunyai berbagai bentuk dan jenis dan kebanyakan mereka boleh dicegah dengan perhatian yang lebih kepada pemakanan yang sihat dan mengelakkan obesiti

3. Kegagalan jantung akibat tersumbat –
Kegagalan Jantung yang kongestif adalah suatu keadaan di mana jantung tidak boleh mengepam darah yang mencukupi kepada organ-organ lain badan.

4. Pembesaran jantung –
Jantung yang diperbesarkan adalah satu lagi keadaan jantung di mana otot jantung menjadi lebih besar kerana bekerja terlalu keras yang secara semulajadi akan berlaku jika anda mempunyai berat badan yang berlebihan ..

5. Embolisme Pulmonari –
Embolisme pulmonari ialah keadaan arteri tersumbat yang kadang-kadang boleh membawa maut. Berlebihan berat badan menyebabkan kebanyakan orang mengurangkan aktiviti dan selepas satu masa dimana tiada aktiviti ianya boleh menyebabkan embolisme

6. Polycystic Ovarian Syndrome -
Sindrom ovari polisistik adalah apabila sista wujud dalam ovari. Ianya boleh pecah dan akan menyebabkan walaupun masalah-masalah lain.

7. Penyakit Refluks esofagus Gastro –
Penyakit Refluks esofagus Gastro bermakna bahawa asid perut dan aliran jus dari perut kembali ke dalam esofagus. Ini adalah masalah biasa pada orang yang berlebihan berat badan.

8. Penyakit Hati berlemak –
Penyakit Hati berlemak adalah suatu keadaan berbalik di mana lemak dalam jumlah yang besar berkumpul dalam sel-sel hati. Hati berlemak boleh dianggap sebagai satu penyakit tunggal yang berlaku di seluruh dunia dalam orang-orang yang dengan pengambilan alkohol yang berlebihan dan mereka yang gemuk

9. Hernia -
Hernia disebabkan apabila lubang pada diafragma menjadi lemah dan membesar.

10. Mati pucuk –
Disfungsi erektil adalah ketidakupayaan untuk membangunkan atau mengekalkan ketegangan yang boleh disebabkan oleh masalah perubatan disebabkan oleh kegemukan atau kesan psikologi.

11. Inkontinens Urinari -
Inkontinens Urinari ketidakupayaan untuk mengawal air kencing yang sering dikaitkan dengan obesiti, pundi kencing lemah dan otot lantai pelvik.

12. Kegagalan Ginjal kronik –
Kegagalan Ginjal kronik bermaksud buah pinggang gagal untuk bekerja adalah risiko yang lebih besar kepada orang-orang yang mempunyai berat badan yang berlebihan atau obes.

13. Lymph edema -
Edema limfa adalah keadaan yang berlaku dari sistem limfa rosak atau tidak berfungsi yang kadang-kadang berpunca akibat orang-orang yang mengalami masalah kegemukan dimana kegemukan itu sebenarnya menghancurkan sistem limfatik.

14. Cellulitis -
Selulitis mengikut definisi klinikal ialah jangkitan merebak yang melibatkan kedua-dua dermis dan tisu subkutaneus akibat aliran limfa yang lemah yang disebabkan oleh kegemukan.

15. Strok -
Strok adalah kekurangan bekalan darah apabila badan terpaksa bekerja lebih keras apabila seseorang itu berlebihan berat badan
.
16. Sindrom Pickwickian –
Sindrom Pickwickian boleh menyebabkan apnea tidur dimana kegemukan meletakkan beban yang berlebihan ke atas sistem paru-paru.
Sindrom Pickwickian adalah suatu keadaan di mana orang teruk berlebihan berat badan gagal bernafas pesat cukup atau secara mendalam cukup, menyebabkan tahap oksigen darah rendah dan darah tinggi karbon dioksida (CO2) peringkat. Ramai orang dengan keadaan ini juga sering berhenti bernafas sama sekali untuk jangka masa yang pendek semasa tidur (tidur apnea obstruktif), mengakibatkan mereka terjaga dari tidur dengan kerap sepanjang malam, yang membawa kepada mengantuk berterusan pada siang hari. Penyakit ini meletakkan tekanan pada jantung, yang akhirnya boleh membawa kepada simptom kegagalan jantung, seperti bengkak kaki dan pelbagai gejala lain yang berkaitan.

17. Kemurungan -
Ia adalah satu keadaan di mana seseorang terasa amat sedih sepanjang masa dan boleh akhirnya membawa kepada perasaan ingin membunuh diri. Masalah ini akan lebih serius bagi seseorang yang mempunyai masalah berat badan.

18. Osteoartritis -
Ia adalah satu sindrom klinikal di mana keradangan gred-rendah menyebabkan kesakitan pada sendi. Ini disebabkan oleh kehausan tulang rawan tidak normal yang biasanya disebabkan oleh kegemukan.

19. Gout -
Berlaku apabila asid urik berkumpul dalam darah. Hujung saraf kemudian menjadi jengkel menyebabkan kesakitan yang amat sangat yang dibuat lebih teruk dengan membawa berat badan tambahan.

20. Penyakit pundi hempedu –
Penyakit pundi hempedu biasanya menyerang mereka yang berlebihan berat badan akibat paras kolesterol darah tinggi dan menyebabkan batu karang hempedu.

Sangat merisaukan bukan? ! Dan sebenarnya banyak lagi masalah yang timbul tanpa disedari akibat kegemukan. Contohnya :

1) Kulit bermasalah jerawat, jeragat, kusam dan mudah nampak tua dari usia sebenar

2) Masalah bau badan

3) Asyik letih dan semput

Dan banyak lagi. Semuanya mungkin berkaitan antara satu sama lain dengan penyakit-penyakit yang mila nyatakan di atas.

Oleh yang demikian, boleh lah mula mengambil langkah pencegahan atau mula berusaha untuk menurunkan berat badan. Dengan cara :

1) Kawal pemakanan, dari segi portion, berminyak, berlemak, makanan berproses, perasa dan pewarna yang berlebihan

2) Mula bersenam dengan senaman ringan

3) Boleh juga berdetox dengan cara Detox Shaklee. Dinasihatkan untuk tidak membuat semua ini secara drastik kerana proses nya memerlukan masa dan kesabaran. Jangan ambil langkah mudah dengan mengambil apa-apa pil kurus atau ubat yang tiada kajian terperinci dan tidak berkelulusan. Program kurus memang banyak, tapi pandai-pandai lah memilih yang berkesan dengan cara yang betul !


PAUTAN BERKENAAN DETOX (Detox Shaklee) !  (Sila klik dibawah ):













Wednesday, October 9, 2019

Kenapa Suri Rumah Wajib Buat Bisnes




Assalamualaikum !

Kalau korang perasan lah, sekarang dah macam trend " berbisnes dari rumah ". Golongan surirumah lah yang mewujudkan trend ini. Sebenarnya, keadaan hidup pada zaman sekarang yang menuntut dan membawa kepada trend tersebut.

Kenapa ? Dan boleh dikatakan hampir jatuh WAJIB pula untuk suri rumah buat bisnes.


10 SEBAB KENAPA SURIRUMAH WAJIB BUAT BISNES ?


1. Kos hidup tinggi

Desakan hidup yang memerlukan perbelanjaan dan memakan kos yang agak tinggi demi kelangsungan hidup

- makan minum seharian dengan harga barang yang sentiasa naik. Tempat tinggal, kenderaan, bil utiliti, internet, takaful keluarga juga memerlukan kos yang tinggi.

- kos pendidikan yang agak tinggi. Yuran persekolahan, tuisyen, kelas tambahan dan lain-lain perlu dibiayai. Kalau dulu tuisyen atau kelas tambahan luar seperti tidak perlu. Sekarang hampir semua pelajar pergi ke tuisyen, seawal darjah 1 pun ada ! Mila pun tak pasti tentang keperluan tuisyen ni, sebab belum ada anak yang bersekolah. Mungkin kerana persaingan dalam pelajaran yang berbeza dari pelajar zaman dahulu.


2. Bantu suami

Akibat desakan hidup juga, mendesak untuk wanita bergelar surirumah untuk mencari pendapatan untuk tujuan menampung perbelanjaan yang tak mampu ditanggung oleh suami sahaja. Perlu ada kerjasama

3. Dah terbiasa ada duit sendiri

Stress di tempat kerja atas beberapa faktor dan membawa kepada keputusan untuk meletakkan jawatan. Wanita lebih cenderung berhenti kerja dan memilih untuk menjadi seorang surirumah. Tetapi kerana sudah terbiasa berkerja dan punyai pendapatan sendiri, maka dengan cara berbisnes dari rumah boleh membantu mengelakkan diri dari terpaksa berkerja makan gaji, dan dalam masa sama memiliki pendapatan sendiri.

4. Isi masa lapang dengan aktiviti bermanfaat & memberi imbuhan

Menjadi seorang surirumah bukan tak sibuk dan tak buat aktiviti bermanfaat. Malahan tersangat sibuk !

Rutin harian seperti memasak, basuh gosok dan lipat baju, uruskan anak-anak, makan pakai suami, rumah tangga, hantar ambil anak sekolah. Sampai kan dah terlalu ramai surirumah yang mengadu kepenatan dan tak cukup rehat.

Tetapi, pernah mila mendengar perkongsian dari seorang suami. Kesian melihat isterinya yang sehari-hari, selama bertahun-tahun asyik membuat rutin yang sama. Sedangkan punyai pelajaran tinggi. Langsung tiada ruang untuk si isteri membuat aktiviti yang boleh menggembirakan hatinya, ber "me time" atau melakukan pekerjaan yang ada pendapatan.

Jika isteri yang bergelar surirumah ini mulakan berbisnes, ada juga sedikit pendapatan sendiri untuk membeli barang kehendak yang diingini.

Soal masa juga boleh di kompromi apabila dah berpendapatan ni. Boleh lah sekali sekali upah penjaga atau menghantar ke taska untuk beberapa jam sekiranya perlu kan ruang untuk fokus berbisnes atau selesaikan tugas yang sangat sukar dilakukan jika bersama anak-anak. Alah, cuma RM30-RM50 apa lah sangat untuk di bayar kepada penjaga jika dah boleh jana pendapatan ribuan ringgit apabila mula berbisnes


5. Kekalkan motivasi

Pengalaman diri sendiri sewaktu menjadi surirumah dan belum mula berbisnes. Memang kurang motivasi dan tidak tahu di mana nak cari motivasi setiap hari. Sangat mudah DOWN. Dan buntu untuk mengadu kepada siapa. Apabila mula berbisnes, berkenalan, berjumpa dengan ahli team dan pelanggan, pasti minda akan lebih terbuka, positif dan sentiasa bersemangat. Kadang-kadang timbul masa kurang motivasi pun, masih ada tempat untuk berkongsi rasa dengan kawan-kawan yang sama-sama berbisnes, mentor ataupun pelanggan (serius !). Yang penting, apabila dah mula berbisnes tu jangan lah terus menyendiri. Aktifkan diri !


6. Tidak dipandang rendah

Lumrah kehidupan, apabila kita tidak menunjukkan apa-apa pencapaian dalam hidup, tidak buat apa-apa, sekadar mengulangi rutin yang sama dan tidak nampak yang kita sedang berusaha kearah kehidupan yang lebih baik - ada segelintir pihak yang suka memandang rendah

Terutamanya, golongan surirumah. Tambah-tambah lagi surirumah yang pernah mempunyai pelajaran tinggi !

Memang stigma masyarakat. Susah nak di elakkan.

Dan tak di nafikan, ada golongan yang bertindak menegur kerana mempunyai niat yang baik kerana tidak mahu kita mensia-siakan semua peluang yang ada didepan mata.

Sedikit tips :

Tidak perlu peduli dan ambil kisah tentang pandangan orang lain terhadap diri kita. Samada nak pandang rendah atau tinggi, kita takkan mampu mengubah fikiran orang lain terhadap kita. Tetapi, buat lah sesuatu untuk memberi sumbangan kepada masyarakat. Sudah ramai surirumah mula berbisnes yang sangat banyak membantu masyarakat.

Contohnya : menjual nasi lemak, supaya golongan yang berkerja dan tidak berkesempatan untuk memasak sendiri dapat membeli dan mengisi perut dengan mudah.

Atau, yang membuat servis mobile spa atau confinement lady dapat menyenangkan para ibu sedang berpantang dan wanita yang ingin kekal cantik dan bersih

Bukan kah ini sebahagian daripada aktiviti menyumbang kepada masyarakat?

Apabila kita sibuk menyumbang, insyaAllah tiada ruang untuk yang lain memandang rendah dan memperlekehkan kita yang hanya bergelar surirumah ini :)

Yang penting, niat mesti betul. Bukan mulakan bisnes sebab nak tutup mulut orang, tetapi ingin mula menyumbang kepada masyarakat.


7. Membina & memperkasakan diri

Berbalik kepada point no. 4 tadi, buat aktiviti bermanfaat ini sebenarnya dapat membantu para surirumah untuk "upgrade" diri. Kalau boleh, taknak la jadi orang biasa-biasa. Apa kata, jadi surirumah luar biasa. Barulah cool !

Luar biasa tu macam mana? Jadi superman ? Wonder woman? Adiwira ?

Hehe..bukan. Tetapi buat di luar kebiasaan sebagai seorang surirumah. Tak la rasa bosan je bila berkenalan dengan sesiapa dan dan mempernalkan diri sebagai seorang surirumah...

" You buat apa sekarang ?"

Err..I tak buat apa pun. Surirumah je 😔

Rasa sedih pun ada kan bila ayat tu keluar dari mulut sendiri

Tapi, katakanlah kita dah berbisnes. Rasa happy dan teruja sangat apabila berkenalan dengan orang baru. Dan rasa nak cerita semua aktiviti kita kita kepada orang lain hehe

" I fulltime housewife. But, I ada la buat bisnes sikit. Sambil-sambil. Boleh juga tengok anak-anak depan mata. Tak la risau sangat nak bagi orang lain jaga. Ok la..ada juga pendapatan bla bla bla... "

Happy kan. Dan ada modal untuk bercerita dan bukan sekadar membawang !

Sebenarnya, berbisnes ini jika yang membuat secara serius dan tidak menganggap nya sebagai side income, ianya lebih dari sebuah KERJAYA

Kenapa?

Dengan berbisnes, kita belajar banyak perkara dan akan cuba perbaiki banyak perkara :

- kita belajar untuk tidak merendah-rendahkan diri sendiri. Rasa sayang dan menghargai diri sendiri kerana mula berbangga dengan aktiviti yang kita lakukan (aktiviti bisnes). Kemudian kita mula akan rasa bangga kerana mampu menjadi surirumah yang serba boleh, menjaga rumahtangga & berbisnes menambah pendapatan. Penting rasa ini untuk kekalkan motivasi diri

- belajar berkomunikasi dengan lebih baik dan berkesan. Tidak hanya cakap-cakap dan sembang kosong tiada manfaat

- bina keyakinan diri. Apabila kerap berkomunikasi dengan orang lain dan menghadapi bermacam situasi bisnes, dalam tak sedar kita semakin yakin dengan diri dan tak mudah goyah dengan kritikan dan dan kejian

- Minda terbuka dan dan positif. Tidak hanya nampak hal hal kecil di dalam rumah sahaja. Banyak lagi kelas, majlis ilmu, seminar yang kita berpeluang untuk sertai untuk bertemu ramai orang dan belajar banyak lagi perkara yang penting dalam kehidupan ini


8. Bina hubungan baik

Percaya tak, dengan menjadi seorang surirumah dan lebih lebih lagi kurang bergaul dengan orang sekeliling, adakala kita tidak cuba untuk membina silaturrahim. Aktiviti bisnes menuntut kita bertemu dengan ramai orang dan dalam masa sama, hubungan baik terjalin tanpa disedari.


9. Hidup memberi

Berbisnes jika betul niat nya, kita mampu memberi dengan lebih banyak lagi. Mungkin selama ini maksud memberi seorang surirumah terhad kepada memberikan seluruh tenaga kepada keluarga sendiri sahaja, namun apabila berbisnes mata akan lebih terbuka apabila menyedari sangat ramai orang di luar sana memerlukan khidmat kita.

Berbisnes boleh menjana pendapatan. Maka boleh lah disumbangkan sedikit kepada yang memerlukan duit kerana kemelaratan hidup

Berbisnes yang berbentuk servis, boleh membantu ramai orang yang memerlukan servis kita kerana terdesak, terpaksa, tiada masa dan sebagainya. Contohnya servis mengurut badan, servis memasak makanan orang berpantang, servis mengemas rumah. Sumbangkan tenaga kita kepada yang memerlukan

Sumbangkan idea & ilmu kepada yang tidak mempunyai itu melalui bisnes. Sekarang sudah banyak bisnes yang mempunyai mentor, leader, team yang sarat dengan perkongsian ilmu. Ilmu bisnes dan juga kerohanian.


10. Manfaatkan semua yang dah pernah dapat

Ada golongan surirumah sekarang sebenarnya pernah melanjutkan pelajaran di peringkat yang tinggi. Diploma, ijazah, master malah ada yang dah bergelar Doktor Falsafah ! Kenapa memilih kerjaya sebagai surirumah, dan kenapa tidak menceburi dalam bidang profesional..pasti ada jawapan tersendiri.

Tetapi, jangan lah mensia-sia kan semua yang dah ada.

Ilmu di dada
Buku
Peralatan belajar dahulu contohnya  laptop/ komputer

Jangan sekadar simpan dalam kotak tau. Dan rugi sangat jika ianya hanya digunakan untuk perkara yang tidak membantu ungrade diri kita dalam kehidupan. Gunalah untuk memulakan bisnes !


 Laptop & Buku-buku yang sangat berjasa :') Bekerja sambil anak depan mata sangat menjadi terapi jiwa.

Mila pernah gunakan "Google Scholar" untuk search tentang artikel, thesis dan kajian tentang supplement dan nutrisi yang baik untuk badan. Buku rujukan Microbiology yang mila gunakan dalam subjek Microbe semasa degree diselak kembali selepas bertahun-tahun meninggalkan dunia belajar. Laptop yang dah tersimpan rapi kerana dah lama tak digunakan, dibuka kembali.

Semua asbab bisnes shaklee yang mila jalankan semasa bergelar surirumah. Tak sangka betul !

Antara journal yang mila cari untuk memuaskan hati sendiri tentang kandungan dalam supplement shaklee ni hehe. Shaklee memang best..bukan sekadar jual jual dan untung untung je. Kami belajar untuk ada ilmu tentang produk secara terperinci


Laptop tu..beli waktu tahun 2 degree. Tahun 2009/2010 camtu lah. Sangat berjasa waktu nak siapkan thesis, assignment dan segala kerja lah. Tak sangka, laptop yang mila tak guna sangat dah ni lepas grad tahun 2011. Simpan aje sebab waktu makan gaji dulu-dulu tak perlu pun. Dah kahwin..lagi la nak buat apa sangat kan fulltime housewife ni.

Akhirnya, sejak kenal shaklee 2014 haritu laptop ni kembali jadi teman hari-hari. Pernah fikir ruginya tak guna laptop ni. Risau rosak la, apa la sebab lama tak guna. Laptop ni beli guna duit PTPTN plus ayah tambah sikit. Kita special case sikit loan PTPTN tak dapat penuh, dapat suku je jadi ayah tolong topup. Kalau laptop ni tersimpan tak guna sampai rosak, memang rasa sedih sangat-sangat. Dalam RM1500-Rm2000 jugak harga laptop ni dulu. Sayang kan kalau rosak. Dah la kira hadiah dari ayah jugak nak suruh anak dia belajar.

Tapi alhamdulillah. Sekarang dengan laptop ni lah buat database, menulis blog, kerja marketing dan banyak lagi lah dalam usaha berbisnes shaklee ni.

Tak rasa sangat pon macam surirumah. Tapi rasa macam orang berkerjaya gittew. Tak sangka kan mak yang duk ngadap anak hari2 ni boleh jadi seorang yang berkerjaya dari rumah. Itulah antara kelebihan bisnes shaklee
.
.
.

Cukup 10 sebab kenapa suri rumah PERLU berbisnes. Apa-apa pun, tanya hati, lihat kehidupan kita, lihat keadaan diri kita sendiri. Betulkan niat ketika ingin memulakan bisnes. Semoga Allah merahmati dan memberkati setiap usaha kita dan boleh jadikan bisnes medan untuk meningkatkan lagi kehambaan kita kepada Allah 

Tuesday, October 8, 2019

Apa yang tak best bila badan gemuk



Assalamualaikum !


" Kalau masa tu saya tak join detox, masih diet dengan cara saya, hingga saat ini saya rasa berat saya masih sama atau mungkin bertambah.
Pergerakan saya juga terhad. Saya kelihatan lebih tua dari usia saya.

Bila badan semakin membesar, susah untuk menggayakan pakaian yang cantik. Kulit muka yang kusam akan menyebabkan muka nampak gelap dan tak berseri, terpaksa guna make up tebal. Keyakinan diri juga terganggu dengan penampilan sebegini.

Dan yang amat menakutkan adalah penyakit yang semakin menghampiri. Kalau saya tak join detox sebelum ini, kemungkinan saya terpaksa makan ubat darah tinggi seumur hidup disebabkan gaya hidup dan pemakanan yang tidak betul.

Kegemukan adalah satu perkara yang amat saya takut. Sebab dari situ macam-macam penyakit boleh datang kepada kita. "


Ini petikan dari sharing salah seorang peserta program Detox Shaklee, JOM DETOX JUTAWAN..iaitu Kak Ruby. Nak tengok gambar sebelum dan selepas detox? Tengok di bawah

Gambar kak ruby sebelum detox

ni lepas pertama kali detox turun 5.5kg

Teruja dengan kesan yang di dapati lepas detox, kak ruby ulang, ulang detox. Lepas 3 kali detox, berjaya turunkan berat 16kg !


baju biru tu selepas beberapa kali detox dgn berat 57kg

Apabila seseorang berbadan gemuk, terlalu banyak perkara tak best terpaksa dialami. Gemuk tu tak awesome tau, dan perlu cari inisiatif untuk mengatasi masalah kegemukan. Disini mila nak listkan, apa perkara yang tak best bila badan gemuk mengikut pengalaman detox dari kak ruby, suami mila sendiri dan peserta-peserta detox yang lain. Sebelum itu, jom ketahui dahulu jenis-jenis GEMUK

Cek diri anda, apakah jenis GEMUK yang sedang dialami



6 Perkara Tak Best Bila Badan GEMUK :(

1. Nampak lebih TUA


Ramai juga yang terkejut apabila melihat kemunculan artis yang agak dikenali ini, Aisywarya Rai dengan saiz badan yang jauh berubah dari sebelum ini. Perasan tak, bila badan dah berisi dan bertambah saiz, wajah juga kelihatan lebih berusia dari usia sebenar.

2. Kesukaran untuk Solat



Ketika solat, menuntut kita melakukan beberapa rukun pergerakan untuk memastikan solat yang dan sempurna. Jika badan berisi risau ada kesukaran terutama ketika rukuk & sujud. Dan biasanya yang mengalami berat badan berlebihan sering mengalami semput dan penat untuk melakukan banyak pergerakan dalam solat. Islam sendiri menganjur umatnya menjaga kesihatan, jaga saiz badan, makan makanan yang sihat, bersenam dan menjalani gaya hidup sihat supaya lebih mudah beribadah.

3. Sakit tumit kaki


Orang yang mengalami berat badan yang berlebihan mudah untuk sakit tumit kaki. Kerana kaki terpaksa menampung berat badan yang berlebihan itu ketika berdiri ataupun berjalan

4. Tak dapat menjalani hidup yang lebih aktif dan gembira


Apabila dah asyik semput, sakit sana sini, tak larat walaupun baru berjalan sedikit, orang yang mempunyai berat badan berlebihan ini sukar untuk menyertai aktiviti dengan kawan-kawan dan asyik ketinggalan di belakang.

5. Mudah tidak bersemangat & rasa tidak yakin dengan diri sendiri



Berkaitan point no. 4, Orang yang mengalami berat badan berlebihan mudah untuk berasa diri lemah, tak bersemangat dab kurang keyakinan diri. Ada kalangan golongan ini sering dibuli, diejek dan dimalukan kerana lebihan berat badan nya. Walaupun ianya tidak patut berlaku, tetapi tidak salah untuk seseorang individu yang mengalami obesiti untuk mengambil langkah segera untuk menurunkan berat badan. Ia lebih baik untuk kesihatan kita kan

6. Banyak risiko penyakit berbahaya



Risau kan bila badan dah sampai tahap obesiti. Kerana ia ada kaitan dengan masalah kesihatan. Gemuk is not awesome ye guys. Bukan sekadar untuk memberi tekanan kepada golongan ini, tetapi lebih kepada mengambil berat, betapa perlu nya berusaha untuk mengurangkan berat badan dan dan se
sekaligus, mengurangkan risiko penyakit.

Sharing is caring !

Dan jika anda sendiri atau kenalan anda sedanga mengalami masalah-masalah diatas, boleh juga mula mengambil langkah untuk DETOX. Boleh klik semua pautan dibawah untuk tahu lebih lanju


Noor Kamilah Ibrahim (Mila)
ID: 1164704
Shaklee Independent Distributor
014-5082724

PAUTAN BERKENAAN DETOX (Detox Shaklee) !  (Sila klik dibawah ):













Monday, October 7, 2019

BIG WHY saya buat bisnes Shaklee




 Antara buatkan mila sentiasa rasa bersyukur apabila dikenang kembali, 5 tahun lebih mila bertahan dalam bisnes shaklee disebabkan banyaknya kelebihan bisnes shaklee ini berkaitan pembangunan diri, motivasi, kepercayaan diri dan semangat untuk tak berputus asa. Mila banyak belajar tentang "terms" yang perlu tahu, especially orang berbisnes seperti mila. Dan ketahuilah, semua yang mila nak share ini antara ilmu yang mila cuba fahamkan sehingga mila mampu bertahan dan terus rasa kuat selama ini :')

Maksudnya, perkara yang mila nak share ini adalah SANGAT PENTING. Lebih-lebih lagi bagi yang masih mencari cara untuk bertahan dalam satu satu perkara

Jom mila share satu demi satu, apakah perkara itu.

1)BIG WHY :

Apakah itu BIG WHY?

Ada macam-macam cara pemahaman masing-masing. Sehingga ianya tak boleh didefinisikan semudah itu.

BIG WHY = IMPIAN?
Tak, ianya lebih dari itu.

BIG WHY = PEMBANGKIT SEMANGAT?

BIG WHY = DORONGAN IKHLAS DARI HATI ?

Ianya satu perkataan yang popular di kalangan para usahawan. Yelah, orang berkerja makan gaji mungkin kurang terdedah dengan penggunaan perkataan sebegini sebab ini sebenarnya antara cara untuk memotivasikan seseorang untuk terus berusaha, mencari jalan untuk keluar dari masalah sendiri, atau pembangkit semangat di kala lemah semangat.

Orang berbisnes, tak berusaha untuk buat sesuatu (iklan, promosi, approach orang lain, jumpa customer dan prospek dll) maka takde la pendapatan. Orang makan gaji, walaupun buat rutin kerja yang sama setiap hari tetap ada gaji.

Itulah yang mila nampak, orang bisnes struggle untuk memotivasikan diri setiap hari walaupun apa jua cabarannya. Tengah down dan hilang semangat pun, kene buat. Tak buat takde usaha dan takde pendapatan lah jawabnya !

Ada yang kata, BIG WHY kita mesti boleh diukur.

Bagaimana ?

Contoh : BIG WHY = Hantar ibubapa pergi Haji. Atau nak selesaikan hutang yang sangat membelenggu kehidupan (Contoh biasa yang ramai hadapi)

Sebagai kayu ukur = ibubapa pergi menunaikan haji. Atau, hutang dapat diselesaikan.

Maka, jelas lah BIG WHY seseorang itu kan. Jadi boleh lah diwujudkan untuk teruskan usaha ke arah itu..contohnya. Buat bisnes sebagai side income untuk kumpul duit sampai mampu hantar ibu bapa haji.

Lanjutan dari BIG WHY adalah KPI.

Bagaimana kita tahu BIG WHY itu kukuh?
Jawapannya, kita akan sanggup je buat apa saja sampai tercapai BIG WHY tu. Jika ada cabaran sekalipun, takkan melemahkan dan menggugat semangat kita. Maksudnya, BIG WHY ini jika kita wujudkan akan membantu untuk sentiasa bangkit jika hampir lemah dan layu.

Penting ke tidak ada big why? Bagi mila sangat penting.  big why ini juga ada berkaitan dengan points points lain di bawah.

Semua ini perlu tahu, dan perlu jelas terutamanya untuk para usahawan.

2)EMOTIONAL DRIVER (ED) :

Kalau BIG WHY adalah boleh dikaitkan sebagai sebuah matlamat, ED pula adalah perkara yang boleh buat kita rasa bersemangat untuk berusaha kearah matlamat kita itu.

Ada orang, dah ada BIG WHY. Tapi, semasa berjuang untuk mencapai BIG WHY itu boleh berlakunya lemah semangat, down, putus asa dek kerana ujian yang datang. Soo...inilah pentingnya tahu tentang ED diri sendiri.

ED ada kategorinya tersendiri. Boleh lihat, apakah perkara yang paling boleh "drive" diri kita kearah matlamat itu. Jelas ED ini, insyaAllah jelas cara kita nak buat dan cara kita nak bertindak :)

Apakah emotional driver anda yang boleh bawa anda berjaya? Cepat cari sekarang sebelum terlambat !


Tentang Emotional Drivers ini, mila lebih suka mengaitkan tentang beberapa cerita. Mungkin korang akan lebih faham nanti

1) BUKAN SEMUA ORANG BUAT BISNES SEBAB DUIT, TAPI INGINKAN KEBEBASAN MASA

Kita mungkin sangka, orang join bisnes mesti sebab tak cukup duit la, nak survive la, atau desperate perlukan duit mungkin.

Hakikatnya, bukan semua orang buat bisnes sebab duit semata. ada je orang yang dah punya segalanya tapi buat bisnes. Kenapa? Tak cukup duit lagi ke? Tak! Tapi sebab dia rasa kosong. Nak buat sesuatu yakni help more people. Dia rasa puas dapat tolong ramai orang!

Ada yang dah dapat apa impian dia, mungkin kahwin dengan orang kaya yang mana suami mampu beri segalanya... tapi tetap nak buat bisnes kenapa? Sebab dia nak ada achievement dalam hidup dia.

Jutawan Master , kak Zura Betty (dalam video di bawah) seorang lawyer berjaya yang sayang careernya dulu..

Tak perlu pun buat bisnes.. sebab pada usia 24 tahun dah beli rumah. Kereta pun dah pakai bmw masa tu. tak buat bisnes pun dah dapat apa dia nak, so nak buat bisnes lagi untuk apa? Sebab dia mula tersentak bila anak dia yang 6 tahun merayu mintak masa dia.. dia mula rasa.. dia bukan sekadar nak kaya harta. Tapi nak kaya masa jugak.

2) BUAT BISNES KERANA NAKKAN PENCAPAIAN DALAM HIDUP

Salah seorang peserta mobile spa TWB, Eda. Eda dah ada kehidupan selesa. Nak apa lagi?Takyah lah buat bisnes! 😂

Dah beli rumah. Dah ada kereta 2 buah.

Yes, dia mungkin bukan buat sebab nak duit sangat at the first place. Yang dia inginkan adalah...

👉🏻 untuk jadi seorang yang ada life purpose. Dia tak kerja, tapi rasa bosan kalau life dia ulang-ulang cuma  jaga anak, masak, jaga rumah. Apa lagi dia boleh buat? Why not buat bisnes?

👉🏻 dia sendiri rasa nak jadi isteri yang ada something yang boleh di achieve. Dan ada something to be proud of. Bukan nak dia jd dato vida ke apa la 😅 tapi you know something yang boleh buat kita ada self development.

👉🏻 dia suka life yang busy dengan perkara berfaedah. Kejap p kedah, kejap p johor, kejap p kuantan. Jumpa team situ, jumpa downline sini. Sana sini berjalan jumpa orang sambil bisnes. Dia suka life macam ni.

So dia bukan lah seorang yang emotional driver nya sebab duit. Tapi memang dia suka perkara perkara 👆🏻mila sebutkan


Maaf lah, contoh - contoh mila berikan ni dua dua berkaitan bisnes. Sebenarnya jika kita ada kerjaya juga boleh tentukan ED diri sendiri. Jelas dah tentang ED ini boleh buat kita lebih kuat berusaha kan ? So let's usaha menggunakan kekuatan kita itu !



Jom dengar perkongsian seorang yang tahu, Emotional Driver nya serius berbisnes bukanlah duit dan kesenangan hidup. Tetapi MASA



3)GRIT :

Video tentang pengertian GRIT

Hasil kajian.. sebenarnya kebanyakkan orang BERJAYA dalam sesuatu bidang tu bukan lah di sebabkan social intelligence, bukan sebab physical health, bukan sebab rupa paras yang cantik sempurna, bukan sebab pandai tak pandai. Ada bakat atau tidak. Walaupon mungkin semua ni  BOLEH JADI penyumbang pada kejayaan seseorang, tapi ia bukan faktor utama.

Untuk berjaya, yang utama adalah GRIT. 
Bermaksud passion, semangat, usaha berterusan untuk long-term goal. Persoalannya apa target kita? Long term goal kita? Kita memang Nak atau Tidak? 

Grit is having STAMINA. 
Grit is STICKing with your future. Day in, day out.

Bukan sekadar selama seminggu. Atau sebulan. 
Tapi for years. Tahun demi tahun. Kita BUAT BETUL BETUL , GILA GILA sampai future yang kita targetkan , idamkan tu menjadi REALITI. 

Grit is living life like a its a marathon. Not a sprint. 

Macamana kita nak bina GRIT ni? Ubah MINDSETTING kita. Semua orang MAMPU belajar dan dapat apa yang di ingini dengan EFFORT. Usaha. Itulah sifat dan ciri ciri orang berjaya. Start buat, buat redah je.. 

Willing to fail
Willing to be wrong 
Willing to start over again with lesson learned.

Nampak tak?
Nak berjaya?

GRIT MATTERS. 


4)PUSH FACTOR :

Push factor atau perkara yang menjadi faktor hingga buat kita rasa tertolak kearah matlmat. Bayangkan situasi ini, kita sangat takut untuk terjun ke dalam sungai. Sedangkan kita sangat suka mandi sungai. Di sebabkan terlalu lama masa kita ambil untuk berfikir sebelum terjun, ada kawan yang bertindak menolak kita kita lalu cepat-cepat kita terjun !

Push factor ini biasanya ada dalam keadaan kita kita amat terdesak.

Ada 2 kategori PUSH FACTOR :

Pleasure - kegembiraan
Pressure - rasa tertekan/ditekan

Mila bagi situasi ini ye. Ada orang menganggap tekanan dari orang sekelilingnya sebagai push factor. Baru habis belajar, belum dapat kerja, ada hutang PTPTN, tapi teringin nak berkahwin, nak honeymoon luar negara.

Of course lah, orang sekeliling akan PRESSURE kan. Di sebabkan itu, dia berusaha untuk menambah pendapatan, berusaha apa cara sekalipun sehingga dia berjaya berkahwin dan dan mendapat honeymoon idaman. Bagus tak pressure? Bagus bila kita pandai mengambil kesempatan ketika rasa tertekan tu datang dan switch kepada menjadi PUSH FACTOR

Kemudian, dia dah berkahwin dan ada ada pendapatan. Tidak cukup dengan itu, dia mula mengimpikan sebuah kereta mewah (PLEASURE). Kerana itu impian dia, pasti akan buat dia rasa tertolak untuk berusaha lebih keras sehingga dapat kereta mewah itu. Dan pleasure juga boleh dijadikan PUSH FACTOR


.
.
.

Selepas berjaya memahami ke-4 terms yang selalu digunakan oleh para usahawan ini, mila nampak ia membantu mila improve dalam banyak perkara dalam kehidupan. Terutamanya, kuasa bertahan dan fokus dalam bisnes. Sebab 4 perkara ini membantu memotivasi kan diri mila.


~~~~~

Big Why Mila Buat Bisnes Shaklee


Masih segar di ingatan, mila terbaring di sofa rumah mila sambil tangan di dahi. Mengenangkan nasib yang kurang baik.

Sampai menitis air mata ketika itu, sebab mila rasa sangat "useless". Dah ada segulung ijazah. Dah berkahwin. Dah dapat apa yang mila impikan iaitu berjaya dalam pelajaran dan hidup bersama orang yang mila cinta. Tetapi, satu kekurangan yang sangat besar bagi mila...

Even RM10 pun tak ada di tangan ketika mila rasa teringin sangat nak hulurkan duit kepada mama & papa di kampung. Mila rasa mila dah tak mampu menyumbang apa-apa

Sangat sakit rasanya, sebab sebelum ini mila ada gaji sendiri dan mampu juga hulurkan duit kepada mama papa setiap bulan. Tak pun selang selang bulan. Sekarang bila dah bergelar surirumah sepenuh masa langsung tak boleh menyumbang !

Dan itulah push factor mila untuk mula berbisnes Shaklee. Big Why mila adalah nak memberi sumbangan kepada parents sebagai tanda terima kasih membesarkan dan memberi pendidikan sempurna kepada mila.

Selepas aktif ber shaklee, banyak lagi Emotional Drivers mila lain yang muncul...

1. Contribution / Recognition 

Seperti mila ceritakan di atas. Mila sangat tak boleh bila rasa tak mampu menyumbang apa-apa kepada parents. Sebab dah terbiasa sewaktu mila bekerja lagi


2. Achievement

Ada yang sindir, belajar tinggi tinggi dan akhirnya nak masak masak kat rumah je. Jadi, selepas nampak peluang yang sangat jelas untuk berjaya dalam shaklee, walaupun hanya bergelar surirumah. Mila bawa emosi yang terasa dengan kata kata pedas itu kepada sebuah pencapaian. Mila tak segan untuk berkongsi dari sekecil-kecil pencapaian ( Permulaan hanya dapat RM30 bonus shaklee). Tetapi bagi mila ianya satu pencapaian bagi mila yang sangat pemalu untuk berniaga ini. Hingga lah berjaya capai 4 angka, ribuan ringgit bonus shaklee sebulan. Mila jadikan proses membuktikan mila masih mampu berjaya dalam shaklee sebagai big why

3. Belonging/Love

Menyedari mila tak berpendapatan, mila asyik berfikir cara untuk mendapat pendapatan. Untuk keluar mencari pekerjaan, kekangan mila adalah anak. Mila tak sanggup tinggalkan anak dibawah jagaan sesiapa kerana "fobia" dengan kisah menyayat hati di taska atau pengasuh melibatkan anak. Pengalaman mila mila sendiri menjadi pengasuh taska sudah cukup kuat mengatakan, susah nak dapat orang sayang anak kita kita seperti anak sendiri. Mila pilih berbisnes shaklee dari rumah dan dapat rasa itulah keputusan yang terbaik mila mila pernah buat :')

Bertahun-tahun mila berbisnes, timbul banyak lagi ED

4. Excellent

Kemudian, bila pencapaian demi pencapaian diperoleh. Mila mula wujudkan ED Excellent. Semasa di bangku sekolah, mila pernah berusaha hingga dapat no. 1 dalam kelas. Universiti, mila dapat anugerah dekan beberapa kali. Sentiasa ingin jadi yang terrrbaik. Disebabkan sikap yang dah dipupuk sejak awal, mila bawa ke dalam bisnes. Mila nakk rank up jadi leader dalam shaklee dan i did it !

Bila bercerita tentang achievement & excellent, perlu sangat-sangat faham tentang GRIT seperti mila mila ceritakan di atas. Excellent di zaman belajar itu bukan faktor utama untuk berjaya. Ia cuma satu semangat yang mila ambil dan gunakan kembali dalam bisnes sekarang

5. Recognition/Significance

Mila sangat suka apabila pencapaian mila di recognize oleh orang lain. Nampak macam gila glamor kan ? Hahaha. Tapi ianya sebuah ED yang membantu seseorang berjaya. Dalam bisnes shaklee, adakala kita kita perlu masuk dalam persaingan untuk membakar semangat kita sentiasa. Contohnya, mila join contest menulis blog TWB. Big Why Mila, nak menang ! Sebab mila ingin nama mila naik, tag di fb oleh founder TWB. Itu satu penghargaan besar dan boleh buatkan mila semakin bersemangat untuk terus berusaha.


Dan, mila perasan 1 lagi perkara yang buat mila happy tengok semua perkongsian mentor Athirah ketika mula mengenali shaklee iaitu

Surirumah tetapi mempunyai lifestyle orang berkerjaya 😊

1) Mila teringin nak dress up cantik-cantik, pergi event, pergi kelas. Maksudnya ada je tempat nk pergi walaupun bukan bekerja, hanya berbisnes dari rumah. Sebab ketika itu mila pernah rasa..aku ada baju cantik² pun tak dapat pakai pergi mana-mana. Duk ulang pergi kenduri jelah. Best nya alahai tengok diaaa. Rasa nak ikut je dia pergi tempat-tempat tu 🤭 Sebab tu sampai mila boleh decide untuk mendaftar shaklee walaupun jauh di sudut hati, mila takut sebab tak pandai berbisnes. Tapi suka lifestyle tu !

Sekarang, alhamdulillah mila dah dapat apa yg mila nak hehe. And im sooo happy !

2) Bersosial dan dapat ramai kawan. Mila rasa sunyi sangat sejak mula berumahtangga. Sebelum lahirnya aryan, anak pertama mila. Terasa ada bibit bibit depression. Setiap hari menangis. Rasa tiada matlamat hidup, useless, down dan tak boleh menyumbang apa-apa. Suami busy sangat kerja waktu tu, keluar pagi balik tengah malam kerana buat byk part time.  Bayangkan hampir setiap hari mila berkawan dengan dinding 😣 Dan perkara tu drastik sangat bagi diri mila sebab dari ada kehidupan bersama keluarga besar mila di terengganu, tiba² pindah ke KL yang sangat asing bagi diri mila. Tak ada kawan, tak ada teman bercakap. Memang betul-betul dinding ! At that time, shaklee seolah-olah memberi sinar nak bantu mila keluar dari rasa tekanan tu. Dan memang betul, sebab tu mila sayang sgt bisnes ni, dan sangat appreciate kehadiran mentor yang sering beri kata-kata semangat :')

3) Orang berkerjaya ni, selain mila suka style pakaian mereka, dapat bersosial, mila suka jadi orang yang ada self development. Ada KPI yang nak dicapai. Mila suka yang tu. Mila nampak shaklee boleh bantu mila jadi orang yg lebih bermatlamat, ada impian, ada cita-cita dan how to capai semua tu thru bisnes. Mila tak suka bisnes yang jual jual jual, untung untung untung tapi takde yg boleh bantu mila improve.

Dari segi soft skills
Keyakinan diri
Leadership

Mila nak sangat improve ni dalam diri mila sebab mila dah lama rasa lack of semua perkara ni sehingga mila tak boleh maju dalam apa jua bidang yang mila ceburi. Seriously ! So mila nak improve semua tu melalui bisnes yang boleh mila buat sambil-sambil anak-anak ada depan mata.


Push factor mila, adalah ketika mila tertekan dengan cakap cakap orang. Mila gunakan kekuatan mila mila setelah mila jelas dengan 5 jenis Emotional Driver yang paling besar yang mila miliki setakat ini. Sehingga mila semakin kuat untuk pegang Big Why mila sampai berjaya ditunaikan, iaitu

Senangkan parents mila sementara mereka masih ada, dan masih ada keinginan
Senangkan keluarga kecil mila
Kemudian mila nak memberi kepada sesiapa sahaja tanpa berkira-kira

Dan semua ini membantu mila juga untuk mengubah mindsetting sedikit demi sedikit.

Life is too short untuk asyik fikir tentang apa orang kata. Lantak p lah apa orang nak cakap.. yang penting.. kepuasan itu milik kita ❤️

Erti hidup pada memberi. The more you give, the more you earn. The more you help people, the more money will come inshallah

Luangkan seminit, fikirkan, adakah kita punya BIG WHY?

Sejauh mana kukuhnya BIG WHY kita?

Sunday, October 6, 2019

Malaysia Negara Paling GEMUK di Asia




Percaya tak? negara kita adalah negara yang paling ramai orang gemuk.



Artikel di atas antara bukti negara kita adalah negara no 1 paling gemuk!

Dan yang paling mengerunkan, Malaysia mempunyai kadar diabetes tertinggi di Asia (sumber bernama 25 Julai 2018)

Benda lain boleh bangga, tapi yang ini, perlu kita atasi bersama.

Tak bangga langsung weh !

Salah satu cara untuk atasi kegemukan dan penyakit ini adalah dengan detox.

Program Jom Detox Jutawan (Detox Shaklee) antara program yang bertujuan untuk membantu ramai rakyat malaysia keluar dari masalah obesiti, kegemukan malah banyak masalah kesihatan lain turut dapat diatasi (biidznillah)




Antara peserta Jom Detox yang berjaya. Banyak lagi testimoni berjaya korang boleh tengok disini  Succes Story Jom Detox Jutawan - 5 Testimoni Berjaya Program Jom Detox Jutawan


BAGAIMANA PROGRAM JOM DETOX JUTAWAN MEMBANTU MASALAH GEMUK ???


Mungkin ada antara anda yang tertanya tanya kan, apalah detox ni?....

Sebelum ni, bila orang bercakap tentang DETOX, saya pun  jarang ambil kisah. Sebab saya igatkan detox tu hanyalah air detox, atau apa-apa jus untuk kuruskan badan. Rupanya detox Shaklee way ini bukan macam tu.

Apakah itu Detox ?

Detox ialah suatu proses pembuangan toksin daripada badan melalui organ organ detox badan.

Apa itu toksin?
Toksin adalah bahan buangan atau racun bahaya yang boleh merosakkan struktur dan fungsi sel badan. Mustahil untuk kita elakkan toksin dari badan kerana toksin berada di mana-mana.

Detox dapat mengeluarkan toksin dari badan dan ia akan menjadikan badan ringan. Selain itu kita juga dapat manfaat kesihatan yang lain hasil dari pembuangan toksin dari badan kita.

Jadi program Jom Detox Jutawan telah menjalankan program untuk membantu kita semua menguruskan toksin dari dalam badan supaya nak buang nya terus dan taknak datang kembali. Kalau program kurus biasa, risau ada Yo-Yo effect. Sebab program nya biasanya tertumpu kepada detox usus. Tapi program ini fokus  kepada 5 organ detox.

Barulah dapat detox secara menyeluruh. Dan insyaAllah masalah kegemukan dapat diatasi dan dengan segera, paling penting dengan sihat dan tak memudaratkan :)

Cara perlaksanaan program Jom Detox Jutawan  paling best :


Ia adalah program selama 17 hari. Ia ada 3 fasa:

Fasa 1 (Pre-Detox): Selama 5 hari. Masa persediaan untuk hadapai waktu detox. Untuk kita ubah mindset, ajar cara minum, makan dan tidur yang betul.

Fasa 2 (Detox): Selama 7 hari. Tempoh dimasa proses pembuangan toksin berlaku dan kita akan rasakan perubahan yang sangat baik waktu ini.

Fasa 3 (Post-Detox): Selama 5 hari. Waktu di mana kita dah nampak hasil dari pembuangan toksin dan alami kesan yang positive.  Waktu ini anda akan dapat rasakan  badan lebih cergas, berat badan continues turun, kulit cantik, nampak lebih muda, rasa lebih sihat, sakit-sakit badan mula hilang dan banyak lagi.


Let's Detox & Start Fresh !!!


Noor Kamilah Ibrahim (Mila)
ID: 1164704
Shaklee Independent Distributor
014-5082724

PAUTAN BERKENAAN DETOX (Detox Shaklee) !  (Sila klik dibawah ):













Saturday, October 5, 2019

Kesihatan saya lebih baik dengan Shaklee


Assalamualaikum !

Entry kali ini mila nak ceritakan sedikit pengalaman mila merasai #ShakleeEffect :)

Kelebihan Bisnes Shaklee adalah, mila tidak rasa seperti buat bisnes semata-mata bisnes. Mila pernah alami sendiri bagaimana gembiranya merasai kesihatan yang semakin baik, ilmu tentang kesihatan bertambah dan kesedaran tentang kesihatan semakin baik. Kalau dulu, mila lebih kepada ikut ikutan..sekarang mila semakin yakin dengan apa yang mila makan & percaya.

Percaya kepada Sunatullah,

Jika badan kita cukup nutrisi, maka kesihatan kita akan bertambah baik.

Ubat hanya diambil ketika sakit. Bagaimana untuk "maintain" badan kita daripada tidak terkena penyakit?

Melalui pemakanan yang sihat bukan?

Tanya diri sendiri, seberapa kerapkah kita dan konsisten kah kita mengambil sayur, buah buahan dengan kadar yang cukup (ambil tahu bacaan dan nilai perlu untuk harian)

Dan

Seberapa kuatkah kita untuk tidak langsung mengambil makanan tidak sihat (fast food, process food, berminyak, beegoreng, air bergas, dll)

Tidak boleh tidak, perlu ada topup dengan SUPPLEMENTS juga

Mila mulai jatuh cinta dengan Shaklee melalui Set Ibu Berpantang ❤️


Set berpantang shaklee yang Awesome ! Luka cepat sembuh, susu banyak, kurang stress


Seawal perkahwinan, mila mendaftar menjadi ahli shaklee dengan cara Free Membership (Pembelian produk 200uv). Itulah pertama kali dalam hidup membeli supplement, walaupun tak tahu sangat apa kesan nya nanti. Dan mila beli random, bukan set. Just cakap untuk masalah itu dan ini kat upline..sedar-sedar barang sampai depan pintu rumah hihi. Pantas betul servis shaklee.

Baru je nak mulakan makan supplement yg dibeli tu, tup tup mila disahkan mengandung anak pertama. Start dari situ, mila macam dah hilang excited dengan shaklee, sebab takut nak makan supplement ketika mengandung.

Waktu tu mila beli...

Herblax untuk masalah sembelit
Zinc complex & Vitalea untuk rambut gugur
Alfalfa complex untuk masalah keputihan
Esp untuk kulit dan keseluruhan badan


TAK YAKIN DENGAN SHAKLEE

Sampai la perut dah semakin besar, mila rasa perlukan tenaga yang lebih. Barulah mila mula bertanya kepada upline, boleh ke mila nak makan vitamin shaklee ni hihi. Sebab dah confuse mana satu boleh, mana satu tak sesuai untuk ibu hamil. Dan selepas mendapat consultation yang terrbaik. Barulah mila mula ambil ESP & Vitalea :) Yang lain lain hold dulu tunggu sampai bersalin haha. Gigih simpan semua buat stok, nasib baik expiry date untuk setiap produk ada sampai 2 tahun hehe.

Then, mila teruskan la ambil ESP & Vitalea sampai lah bersalin. Tapi tak la rajin sangat ambil setiap hari, sebab perasaan ni masih bercampur antara percaya dan tidak dengan supplement shaklee.

Nak dijadikan cerita, mila bersalin secara normal dengan 2nd degree tear. Mungkin pengalaman pertama kali bersalin, dan luka jahitan agak besar. Yang pasti,terasa sengsara betul. Serius rasa teruk betul diri selepas bersalin. Sakit sampai berminggu-minggu, dan masih terasa sakit luka walaupun dah habis berpantang. Mila pun tak tahu kenapa lambat betul pulih semuanya sedangkan tanya pengalaman kakak dan mak tak sebegitu. Mungkin luka mila teruk sikit dari dorang. Ujiannn :(

Nak duduk, bangun dan uruskan anak memang rasa sangat tak selesa. 3-4 bulan juga rasanya barulah rasa senang sedikit untuk berjalan dan bangun duduk. Fuh ! Dahsyat betul..sedangkan mila berpantang makan minum, dan buat juga amalan bertungku, berbengkung. Tapi mila dah mula rasa, mila kekurangan makan makanan berkhasiat yang baik untuk sembuhkan luka.

Dalam tempoh itulah, mila sangat stress dan struggle sehingga mila asyik mencari apakah yang boleh membantu masalah yang mila hadapi ni. Yelah, untuk pengetahuan mila sendiri kalau kalau perkara ni perlu dilalui jika bersalin lagi nanti.

Amazingly, memang kalau google tak banyak keluar tentang cerita lain kecuali SHAKLEE

Mila dah mula membaca kisah kejayaan orang lain dengan shaklee, kisah kembali sihat, testimoni dan terlampau banyak cerita yang telah merasakan kesan positif asbab pengambilan supplement shaklee. Mila dah mula ambil supplement shaklee dengan semakin yakin. Tak ragu-ragu dah. Tapi, sedikit terlambat lah sebab dah anak dah masuk umur 3 bulan. Bermaksud, makan set berpantang selepas dah habis pantang heheh. Lantak lah..asalkan makin sihat je hendaknya.

Anak mila semakin hari, semakin membesar..jiwa mila merintih nak buat sesuatu untuk tambah pendapatan. Yelah, makin banyak nak pakai duit.

Disitulah bermula, mila rasa nak berkongsi semua pengalaman yang mila pernah rasa dengan pengambilan supplement shaklee. Mila taknak ada ibu lain yang alami masalah yang mila pernah lalui semasa berpantang dan juga semasa hamil. Mila nak educate semua orang sebolehnya, untuk mereka tahu sebenarnya diri kita memerlukan nutrisi yang baik untuk dapatkan kesihatan yang lebih baik.

Alhamdulillah, hasil berkongsi dengan bersungguh-sungguh ramai juga wanita yang berjaya mila bantu :') Pendapatan mila pun bertambah dan mila berjaya menjadi leader dalam shaklee dengan income 4 angka sebulan.

Paling happy, ramai yang berikan feedback positif dan semakin sihat selepas mengamalkan supplement shaklee.

Dipendekkan cerita, mila mengandung dan bersalin anak kedua. Disini lah mila dapat rasakan JATUH CINTA SEPENUHNYA dengan Set Berpantang Shaklee. Sampai rasanya, anak ketiga nanti memang tak cari lain dah hehe.


Full set kehamilan shaklee dari awal mengandung & Full set berpantang shaklee sejak hari pertama bersalin. Begitu suka nya mila dengan shaklee selepas fahamkan, dan rasa sendiri effect nya pada diri sendiri. Sanggup angkut semua bawak pergi hospital waktu hampir nak bersalin anak kedua ni hehe


NIGHTMARE KALI KE-2 :( 

Nightmare berlaku kali kedua :( Sewaktu proses bersalin doktor suspect mila mengalami 3rd degree tear. Iaitu lebih besar luka dari sebelum ni, dan berlaku luka di tempat lain (bukan luka yang sama semasa bersalin anak pertama). Lemah longlai rasanya badan ni selepas bertarung dan doktor beritahu mila kehilangan 900ml darah !

Makin rasa nak pitam. Dan Allah je tahu betapa mila risau dengan keadaan diri sendiri yang hilang tenaga dan tak diberikan mila melihat anak sebaik sahaja melahirkan. Mereka lebih menumpukan kepada keadaan mila ketika itu. Tak dapat lah pengalaman terus menyusukan anak selepas bersalin dalam labour room, seperti pengalaman yang mila dapat semasa bersalin anak pertama dahulu :(

Pengalaman masuk ke dewan bedah yang sangat sejuk ! Dipakaikan beg kencikng, tidak dapat bergerak untuk beberpa jam, tidak dapat menyusukan anak walaupun anak diletakkan di tepi katil semasa di dalam wad. Allahu..sedih pula bila diingatkan kembali. Yang pasti, mila tahu yang luka bersalin untuk anak kedua ni lebih teruk :(

Menyedari keadaan itu, mila taknak rasa down dan hilang semangat. Cukuplah pengalaman stress yang teramat waktu bersalin anak pertama, mila taknak dah itu berlaku !

Apa kaitan Minyak ikan & MEROYAN ketika berpantang ?


Mila teruskan ambil semua dari set berpantang shaklee sejurus selepas bersalin. Kali ini mila sangat yakin, badan mila perlukan semua itu jika nak lekas sembuh !

HARI KE-9 SUDAH KEMBALI SIHAT !

Subhanallah..mila tak sangka luka bersalin mila semakin pulih dan sudah hilang rasa ngilu dan sakit di kawasan jahitan. Nak duduk, bangun, uruskan anak,lakukan aktiviti berpantang dengan tenang tanpa stress alhamdulillah :)

Kisah panjang disini >> Kisah mila berpantang hari ke - 9

Mila pun tak sangka secepat itu. Dan mila kekalkan fikiran positif kerana salah satu tips nak luka cepat sembuh dan banyakkan susu badan adalah perlu sentiasa positif. Tenang sahaja hadapi masalah. Memang semakin tenang lah sebab mila faham cara untuk improve kan kesihatan mila dengan supplement shaklee

Waktu anak pertama, satu apa pun tak tahu, cuma sedikit ilmu parenting. Ilmu kesihatan selepas berpantang jujurnya masih kurang. Penting kan sebuah ilmu :')

9 tips berpantang dengan sihat tanpa stress



Beberapa perbezaan yang mila sendiri rasakan berpantang tanpa Shaklee & berpantang dengan Shaklee



✔ Luka jahitan cepat sembuh. Yang ni paling melegakan sebab mila suspected 3rd degree tear (luka teruk) untuk anak kedua. Lebih teruk dari anak pertama. Tapi sebelum ambil shaklee, lambat betul luka sembuh sampai berbulan-bulan.

✔ Bila kurang sakit, nak menyusukan anak, duduk bangun, nak uruskan mandikan anak semua mila mampu buat sendiri dah dalam kurang seminggu pantang lagi. Jadi sangat2 kurang stress pantang bila ambil shaklee berbanding tidak. Syukurr ya Allah

✔ Set menyusu shaklee yang juga ada dalam set pantang terpaksa mila stop dulu. Susu badan meriah start dari bersalin lagi. Sebab hari pertama ke ketiga bersalin mila asyik minum ESP dan selalu jadi bengkak susu. Sebelum bersalin juga memang mila tak skip Esp, Vitalea, B complex, Vitamin C. Alhamdulillah lagi kali kedua bersalin masalah kurang susu badan yang pernah dialami dulu tak berulang lagi. Tak pening fikir bab susu anak. Syukur ya Allah

✔ Takde langsung masalah sembelit asbab makan ostematrix setiap hari. Waktu anak pertama tak makan ostematrix, ya Allah. Tuhan je tahu berapa lama bertapa dalam tandas kalau tiba masa nak buang air besar. Ostematrix membantu merehatkan otot otot sekitar lubang dubur dan bantu najis  jadi lembut.

✔ Yang ni paling syiok. Suami cakap tak sampai 10 hari lagi dah kurusss !!!! 😄😄😄 Alhamdulillahhhh hiks


Mila ambil set kehamilan shaklee sejak dari awal mengandung dan mila teruskan dengan set berpantang shaklee. Syukur ya Allah atas pengalaman ini..pengalaman ibu anak dua yang pasti tak boleh lupa :')

Thanks for reading 
XOXO