Monday, April 23, 2018

Top 10 Produk Shaklee ( 10 Produk Terbaik Shaklee)



Tanggal 1 april 1956, Shaklee Corporation ditubuhkan. Namun, pada tahun 1915 Dr. Forrest C. Shaklee telah berjaya mencipta supplement PERTAMA DI DUNIA dalam bentuk makanan yang beliau namakan "Vitalized Minerals" yang sekarang di kenali sebagai VITALEA. 

Bermaksud, produk vitamin Shaklee ini sudah berusia lebih 100 Tahun di dunia ! Dan ianya masih kekal sebagai makanan tambahan yang menjadi pilihan di banyak negara. Antaranya adalah kita di Malaysia. Terasa bangga pula makan shaklee kan hihi. 




Sejak kali pertama Shaklee corporation ditubuhkan (sejak lebih 62 tahun dahulu), pelbagai inovasi dan penambahbaikan dilakukan. Dan kini rangkaian produk shaklee sudah terdiri daripada kategori : 


1) Healthy Nutrition - Produk untuk nutrisi sihat

2) Healthy Weight - Produk untuk berat badan yang ideal & sihat

3) Healthy Beauty - Produk penjagaan kulit & rambut sihat

4) Healthy Home - Produk kesihatan kediaman (Pencuci & Penapis air) 



Lebih kurang 24 jenis produk vitamin di Shaklee Malaysia. Dan antara 24 jenis vitamin ini, shaklee telah mengumumkan 10 jenis vitamin yang mempunyai jualan TERTINGGI 


TERBAIK DIANTARA YANG TERBAIK !


Senarai 10 Produk Shaklee Yang Mendapat Permintaan Tertinggi Setiap Bulan :

1) Energizing Soy Protein
2) Sustained Release Vita-C Plus
3) Alfalfa Complex
4) Ostematrix
5) Vivix
6) Vitalea Iron Formula
7) Omega Guard
8) Lecithin
9) Collagen powder
10) Vita E Complex




Setiap satu dari produk yang terbaik ini juga mempunyai khasiatnya yang tersendiri. Oleh sebab itu, fungsi setiap satu dari produk ini juga berbeza. Untuk produk-produk yang berada di carta 10 teratas ini, saya telah sediakan beberapa entry yang berkaitan untuk rujukan anda. Entry ini akan mengupas beberapa topik berkaitan vitamin-vitamin TERHEBAT ini.  Senang lah lepas ini kalau anda nak tahu, apakah fungsi, kebaikan dan kelebihan produk-produk ini. Mana tahu, ada antara entry-entry ini berkaitan dengan diri anda :)


Jemput klik setiap link yang telah saya sediakan dibawah

↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓

1)Energizing Soy Protein (ESP)

2) Sustained Release Vita-C Plus

3) Alfalfa Complex

4) Ostematrix

5) Vivix


6) Vitalea Iron Formula

7) Omega Guard

8) Lecithin

9) Collagen Powder

10) Vita E Complex

:: EXTRA INFO ::

11. Gla complex


OUR TOP TEN BEST SELLER PRODUCTS

Siapa yang pernah makan shaklee je tahu betapa bestnya KESEMUA  produk shaklee ! 

My son, Aryan belajar mengira kat sini :) (Sewaktu berkunjung ke Home Office Shaklee 2017)




Antara 10 produk terhebat ini, 5 DARIPADANYA adalah produk yang digunakan dalam bisnes SPA SHAKLEE





Produk supplement dijadikan bahan SPA. Menarik bukan?


Ya. Itulah keunikan projek The Walking Beauty yang sedang berjalan secara aktif di seluruh malaysia malah sudah ada yang berjaya di luar negara ! Iaitu, Melbourne Australia, Mesir dan Dubai




Produk Shaklee yg terdapat dalam Pakej Training Spa TWB

Bermaksud, produk shaklee yang hebat ini bukan sahaja boleh dimakan sebagai supplements, malah boleh dibuat untuk RAWATAN SPA sekali !





Noor Kamilah Ibrahim
Shaklee Independent Distributor
Trainer & Owner Merah Jambu Beauty Spa

014-5082724
Ahli The Walking Beauty dan Pengedar Shaklee

Sunday, April 22, 2018

Keistimewaan Sustained Release Vita - C Plus (Vitamin C Shaklee)




Hai ! Assalamualaikum ! Entry kali ini saya nak share mengenai Vitamin C Shaklee Untuk  Kecantikan dan of course lah untuk  Kesihatan 


Vitamin C Shaklee ni biasanya ramai yang ambil untuk cantikkan kulit. Nak kulit lebih cerah, nak kurangkan jerawat, pudarkan parut jerawat, nak awet muda dan macam-macam lagi. Orang perempuan memang sanggup berhabis duit ribu-ribu asalkan cantik  & tetap nampak remaja kan. Sehingga ada yang tidak kisah tentang jenis produk vitamin c yang diambil. Adakah selamat atau tidak?








Haa...ini baru satu kenyataan yang menunjukkan ramai di kalangan rakyat malaysia kini suka mengambil risiko untuk tampil cantik. Nak tahu tak satu cara untuk kekal cantik, sihat dan yang penting SELAMAT ?



Jom teruskan pembacaan anda :)



Vitamin C atau nama saintifiknye asid ascorbic merupakan vitamin larut air. Badan kita tidak boleh menghasilkan Vitamin C maka kita wajib mendapatkannya dari makanan kita. Sumber yang kaya dengan Vitamin C tentunya buah-buahan dan sayur-sayuran.


Terdapat pelbagai sumber makanan yang kaya dengan Vitamin C seperti buah-buahan sitrus, strawberi, tomato, brokoli, kentang dan ubi biru (sweet potato). Sumber lain pula seperti sayuran hijau tua, betik, mangga, tembikai, kobis bunga, kobis, cili merah, resberi, blueberi, nenas dan labu.

Untuk mendapat kebaikan pelbagai jenis vitamin dan mineral kita perlu mengambil 5-7 hidangan buah dan sayur-sayuran. Atau dalam bahasa yang lebih senang dalam sehari kite perlu mengambil 3 mangkuk sayur dari 4 jenis warna.




Ha macamana? Sehabis baik pun kita makan sayur dan buah ialah waktu lunch dan dinner. Breakfast adalah sikit itupun timun dalam nasi lemak kan. Secara praktikal dan sukar kita tengok orang yang betul-betul dapat mengambil sayur dan buah-buahan mengikut kadar yang ditetapkan bagi mendapatkan nutrient penuh untuk tubuh kita.


Maka pengambilan suplemen adalah lebih praktikal untuk mengisi lompang-lompang nutrisi penting seperti Vitamin C. Jika kita ingin mencuba suplemen yang murah, penting dan berkesan, maka saya sangat mengsyorkan Vitamin C Shaklee sebagai pilihan anda.







Ok sekarang jom kita berkenalan dengan Vitamin C Shaklee atau nama sebenarnya Sustained Release Vita - C Plus. Kenapa 'sustained release'? 

Shaklee telah menggunakan teknologi 'Sustained Release' atau  pembebasan berterusan secara semulajadi untuk produk vitamin C nya. Menjadikannya sangat berbeza dari produk vitamin C yang lain ! 


1 tablet Vitamin C Shaklee mengandungi 7.5 biji buah oren. Setiap satu jam 1.5 biji oren (100 mg Vitamin C ) akan dilepaskan diusus kita. Jadi, 1 tablet mengambil masa 5 jam untuk diserap oleh usus kita. Hebat bukan ???

Dengan teknologi inilah menyebabkan kita mendapat manfaat Vitamin C itu secara MAKSIMA, dan kuranglah  berlaku pembaziran (Vitamin C yang tidak diserap dibuang melalui air kencing)





Selain Vitamin C, setiap tablet mengandungi 120mg bioflavanoid (25% bioflavanoid diekstrak dari kulit buah. Bioflavanoid juga dikenali sebagai Vitamin C Complex  yang berfungsi :

  • meningkatkan keberkesanan Vitamin C didalam badan
  • melegakan inflamasi
  • menentang jangkitan  bacteria dan radikal bebas

Apa yang best sangat dengan Vitamin C Shaklee :

  • Membentuk Kolagen - Vitamin C akan membantu merangsang pembentukan kolagen, sebab tu bile kita ambil suplemen kolagen, kene cek disertakan sekali tak Vitamin C dalam suplemen kolagen tu. Sebab kalau tiada maka kurang berkesanlah suplemen kolagen yang anda beli tu..huhu...untuk stay firm kolagen need a lot of Vitamin C. Kolagen merupakan sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. Maka ianya mampu mengurangkan kedutan dan menghalang otot menjadi lembik.

  • Mengurangkan Simptom Pendarahan - Bila badan kite kurang Vitamin C, gusi kite akan senang berdarah, kulit lebam, cedera pun lambat nak pulih. Kulit jadi kering, kasar dan ruam

  • Meningkatkan Sistem Imun Badan - Vitamin C membantu sel darah merah yang sihat untuk menyerap zat besi dengan lebih baik. Ianya juga membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman.Terdapat bukti yang menyatakan pengambilan Vitamin C untuk mengatasi masalah batuk dan selsema mampu mengurangkan simptom sakit yang lebih serius seperti pneumonia dan jangkitan paru-paru
         - Menguatkan sistem imun  
     
         - Mengurangkan asthma dan alergi hidung dan kulit.

         - Menyingkatkan waktu pemulihan ketika sakit.

          
  • Memerangi Kanser - Vitamin C merupakan satu-satunya antioksida yang berkuasa meningkatkan interferon semulajadi badan.  
          - Merangsang pengeluaran T-sel untuk melawan sel-sel kanser 

          - Membuang bahan kimia berbahaya dari badan kita dengan berkesan.

          - Menghapuskan radikal bebas seperti sisa toksik bahan kimia  dan pencemaran asap rokok sebelum ianya menyerang sel-sel kita. Radikal bebas boleh menyumbang kepada masalah kesihatan seperti kanser, sakit jantung dan artritis

  • Mencantikkan Kulit - Jika setiap hari kita mengambil Vitamin C secara konsisten, ia mampu menjadikan kulit kita lebih cerah. Melambatkan proses penuaan dan menyekat pembentukan pigmen. Pigmen penyebab utama kejadian jeragat. So cara kawal jeragat ialah dengan mengambil Vitamin C setiap hari!

Terdapat satu kajian yang diterbitkan oleh American Journal of Clinical Nutrition, kajian tersebut menguji kaitan antara pengambilan nutrien dengan proses penuaan pada 4025 wanita yang berusia dari 40-74 tahun. Kajian tersebut menunjukkan pengambilan Vitamin C yang tinggi mampu mengurangkan kedutan dan kekeringan kulit. Kulit juga kelihatan lebih baik.



  • Mengurangkan Insomnia - Mampu memperbaiki insomnia dan tekanan berkaitan mental seperti keresahan. 

  • Mengawal tekanan - Sangat perlu diambil oleh mereka yang sistem imun badan rendah kerana tekanan - masalah yang biasa dihadapi oleh masyarakat kita hari ini. Vitamin C  sangat sensitif dengan tekanan, dan ia merupakan nutrient pertama yang mudah hilang pada perokok, peminum alkohol dan mereka yang obes. Mereka yang selalu tertekan memerlukan lebih Vitamin C setiap hari.

  • Mengekalkan Kolestrol Sihat - Vitamin C mampu mengurangkan kolestrol dan tekanan darah.  Ia juga mampu mengekalkan kapilari yang sihat dan menghindari arteriosklerosis, thrombus, menghalang pendarahan dalaman, hidung berdarah, pendarahan serebral dan skurvi.

Disebabkan Vitamin C sangat sinonim dengan kulit cantik, ianya turut digunakan dalam rawatan di Spa ! Ya, vitamin C shaklee juga boleh dijadikan alatan untuk rawatan kulit. Bermaksud, ianya boleh dimakan sebagai supplement yang baik dan selamat untuk kesihatan juga berguna untuk pengusaha spa :)




Berbaloi-baloi bukan? :) 

Terima kasih kerana sudi membaca. Jadi, untuk pertanyaan lanjut atau membuat pesanan. Boleh hubungi saya :)




Shaklee Independent Distributor
ID : 1164704
 Certified Agent & Trainer
The Walking Beauty Project
Spa Shaklee
Merah Jambu Beauty Spa

Contact No : 014-5082724

Keistimewaan ESP Shaklee (Energizing Soy Protein)

Manfaat & Kelebihan ESP Shaklee Yang Sukar Dilepaskan !





Terlalu banyak manfaat yang ada pada ESP Shaklee hingga rasa rugi kalau dilepaskan begitu saja. Apa tak nya, cakap je nak kulit cantik, nak subur, nak meriahkan bekalan susu ibu, nak hilangkan parut jerawat atau parut pembedahan, nak atasi gastrik, nak tambah tenaga dan macam-macam lagi lah manfaat yang kita semua boleh dapat dengan mengamalkan ESP ni.

Apa yang istimewanya ESP ni hingga dalam kebanyakan set cadangan ada je ESP? Ha..kalau nak tau..jom teruskan membaca :)




Boleh pilih set mana yang bersesuaian untuk anda. Senang je kan? Lepas tu boleh order melalui saya :)



Mari kita lihat fungsi utama protein yang mana kandungan ESP adalah terdiri daripadanya (protein). Protein melakukan berbagai-bagai jenis fungsi dalam tubuh badan kita. 


Di antara fungsi protein ialah :

Menghasilkan/menggantikan sel-sel dan tisu badan yang telah rosak atau mati dengan sel atau tisu yang baru. Rambut, kulit, mata, otot dan organ-organ kita semuanya dibina daripada protein.

Sumber utama tenaga

Menghasilkan hormon. Protein kecil iaitu insulin ialah contoh hormon yang mengawal gula dalam darah.

Elemen utama yang berfungsi mengangkut bahan seperti vitamin, mineral, dan lipid ke seluruh badan.  Hemoglobin (protein) pula berperanan mengangkut oksigen ke seluruh badan.

Menghasilkan antibodi yang membantu mencegah penyakit dan menguatkan sistem imun badan.











Setelah kita mengetahui fungsi protein, maka sekarang tahulah kita mengapa ESP sangat banyak manfaatnya kerana apabila anda mengamalkan ESP Shaklee, secara tak langsung, anda membekalkan/membaiki sel-sel dan tisu dalam badan anda dengan zat protein yang berkhasiat.



Keistimewaan ESP Shaklee.

1. ESP Shaklee diiktiraf seluruh dunia melalui kajian klinikal yang sangat komprehensif dengan memiliki kualiti protein yang bermutu tinggi.

2. Kacang soya yang digunakan hanya mengandungi non-GMO (non- Genetically Modified Organism) yang diproses pada suhu rendah.

3. Adalah produk tunggal di pasaran yang menyediakan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh kita.

4. Juga kaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral. Sangat sesuai untuk semua peringkat umur tak kira muda atau tua.

5. Sangat sesuai untuk penghidap kencing manis kerana kandungan Indeks Glisemik (GI) yang rendah iaitu 39.

6. Membekalkan sumber tenaga segera pada kadar yang lama. (Di bulan puasa memang bertenaga badan apabila mengambil ESP ni).




Manfaat Utama ESP Shaklee

1. Awet muda dengan asid amino penting untuk membina rambut, darah, kulit, otot, kuku dan lain-lain.

2. Baik untuk hormon.

3. Memusnahkan radikal bebas di dalam sel badan, juga baik untuk prostat.

4. Merangsang penghasilan semula kulit dan otot, mengembalikan radian kulit serta memudarkan kesan parut.

5. Pembekal tenaga segera dan meningkatkan sistem imun badan dan membantu cegah migrain.

6. Membaiki masalah rambut gugur/beruban. 

7. Mengekalkan paras gula dalam darah yang rendah sangat membantu mereka yang nak mengurangkan berat badan dan untuk menjaga kesihatan jangka panjang.




Dengan begitu banyak manfaat yang ada pada ESP Shaklee ni, memang tersangatla rugi untuk dilepaskan begitu saja. Daripada kita menyelesaikan masalah kita pada permukaan saja, alangkah elok jika kita dapat membaiki dari peringkat sel tubuh iaitu dari akar umbi. Jom melabur untuk sesuatu yang menguntungkan untuk jangka masa panjang demi kesihatan dan kecantikkan anda. 



Bukan satakat berkhasiat, ESP juga boleh djadikan menu yang sangat LAZAT !











Dan sangat special ESP ini juga boleh dijadikan masker ketika ber SPA !



Macamana nak masker ESP ? Boleh ke?



Tentulah boleh ! Esp Shaklee kan untuk kulit cantik. Cantik dalaman, cantik luaran juga :)

Jom Terjah !






Semoga Bermanfaat :)



 Shaklee Independent Distributor
ID : 1164704
Certified Agent & Trainer of Mobile Spa The Walking Beauty
Spa Shaklee
Merah Jambu Beauty Spa

Contact No : 014-5082724