Monday, August 6, 2018

Bisness Mobile Spa TWB



Tok ! Tok ! Tok !

Bunyi pintu rumah kami diketuk. Waktu itu, kami sedang bersiap sedia nak berjemaah solat asar.

Dengar je bunyi tu, mila mintak suami buka kan pintu dulu. Dan mila cepat-cepat capai handphone hihi. Itulah video yang sempat dirakam. Meleret-leret senyumannya.




Bahagia :)


Puas dapat "Self Reward" dengan reward kan barang kegemaran si dia :'). Dia tulang belakang dalam keluarga. Dia happy, kita pon happy. Kira macam self reward la jugak hihi

Bulan lepas birthday suami. Awal-awal dah fikir. Sebab jun memang banyak duit habis untuk persiapan raya Aidilfitri. Alhamdulillah sempat jugak buat sesuatu untuk suami, biarlah tak seberapa pun.

Sekarang mila anggap bonus shaklee yang mila dapat bulan-bulan tu seperti gaji tetap. Dan income 6 penjuru hasil bisnes spa TWB (Spa Shaklee) seperti side income :grinning:

Jadi, bila-bila je ada keadaan terdesak nak pakai duit atau nak buat sesuatu yang kita nakkk sangat. Walaupun waktu kita belum ada duit. Mila boleh target buat duit dengan spa. Cari client spa atau dapatkan semua penjuru income dari TWB. #TWB_Sparkle





Screenshot target yang dibuat hihi

Target dibuat awal bulan julai (Birthday suami 8 Julai). Waktu ni takde duit sebab banyak habis untuk raya. Tapi yakin boleh dapat. Sebab? Mila ada ilmu spa :)





Mila terima client nak facial pada 2 Julai 2018

Client spa, mila cari dari awal bulan julai. Memang aim nak belikan hadiah untuk suami. Alhamdulillah dapat cash dan client berhasrat dan repeat facial lagi.

Sorang je mila facial kan hihi. Sebab masa sangat terhad bila suami kerja waktu tak menentu. Mila ada 2 orang anak perlu dijaga. Jadi tak boleh nak betul-betul fokus mencari client spa buat masa ni. Kecuali jadual kerja suami dah tetap atau waktu dia cuti panjang. Nak iklankan pakej spa mila pon pening sebab jadual kerja dia tak tentu. Tapii...tengoklah. MBila nak cari client tu. Ada je Allah hantar. Bukti bisnes Mobile spa ni betul-betul high demand. Selain daripada itu, untungnya mila join TWB. Mila masih dapat cash dari penjuru income yang lain. TWB tawarkan 5 PENJURU income tau. Yang mana, kalau mila tak betul-betul fokus mencari client spa pon boleh dapat :) Menarik tak?? Kalau nak tahu, pm la mila. Mila explain details

Jadi,

Buat spa untuk target dapatkan "instant cash". Shaklee pula sebagai lifetime career.

Bersyukur sangat bila ada ilmu spa.

Ilmu ni ibarat "pelampung". Di kala kita hampir lemas, ia datang sebagai pembantu :')

Alhamdulillah. Dia happy sangat waktu tu :heart_eyKita pon bahagia.

Surirumah yang asalnya tak mampu berbelanja, even untuk diri sendiri. Sekarang boleh belanja barang kegemaran suami dan anak-anak juga :')









Bahagia

Kalau pembaca entri mila kali ini nak tahu,

TWB stand for The Walking Beauty. Bisnes Spa Bergerak Tanpa Kedai.

Menjalankan...

1) Home Spa :Pelanggan spa datang ke rumah pengusaha spa untuk menerima rawatan spa.

2) Mobile Spa : Pengusaha spa pergi ke tempat pelanggan, samada di rumahnya, tempat kerja, tempat mereka menginap ketika bercuti atau dimana sahaja atas permintaan pelanggan itu sendiri.

TWB adalah satu Pakej Bisnes iaitu :

1)Menyediakan kurus spa yang lengkap dengan training secara praktikal, bersijil & modul

2)Menyediakan semua kelengkapan untuk memulakan bisnes spa. Dari produk hingga lah ke peralatan spa seperti beg, ion massager dan mangkuk facial.

Seperti pakej bisnes yang lain. Contoh : Ramly Burger. Disediakan satu pakej bisnes. Pengusaha perlu mengeluarkan modal permulaan. Kemudian pengusaha diberikan latihan dan diberikan peralatan sesuai dengan modal dikeluarkan. Hanya tinggal usahakan sahaja. Dan dapatkan semula modal, kemudian nikmati keuntungan sahaja.


Sama seperti TWB !

Malah bagi mila, sangat-sangat beruntung apabila kita menjadi salah seorang ahli TWB.

Sudah ramai bukti yang boleh dapat semula modal dalam sebulan ! Malah hari-hari mereka tunjukkan bukti buat duit dengan bisnes ni. Sangat mudah dan tak renyah. Tapi boleh buat duit sangat banyak :)


Salah satu bukti, wanita yang sedang berpantang bersalin hari ke-9, tidak terkecuali menerima pendapatan hasil spa. Sebab ilmu yang TWB berikan sangat mudah, praktikal dan power !



Dahsyat bukan? :)


Bacaan lanjut :Kerjaya Bersama Spa TWB

                      Buat Duit Hari-Hari Dengan Spa TWB


Jom mila cerita,

Apa yang boleh dapat melalui Pakej Bisnes Spa TWB ?

Dengan Harga Pakej TWB : RM2,999

Apa yang akan dapat??

:point_right:Youth Skincare
:point_right:scrub
:point_right:masker

Dan produk-produk yang berkualiti Shaklee lain , yang bakal digunakan dalam 5 kursus Spa TWB

- - - - - - - - - -
:point_right:Beg SPA
:point_righ:point_right:Ion massage
:point_right:Trial kit
:point_right:Sijil
- - - - - - - - - -
Belajar 5+1 courses

-Relaxing facial
-Body Scrub
-Aura Bath
-Hands & Foot Spa
-Sauna

+1 how to set up home & mobile spa


Belajar Make Over (rujuk poster)

:rose:BONUS:rose:

:heavy_check_marmodule lengkap
:heavy_check_marksupport group
:heavy_check_mark:beauty products lengkap
:heavy_check_mark:basic tools
:heavy_check_mark:lifetime coaching
:heavy_check_mark:income 6 penjuru


Selepas habis training, peserta boleh terus boleh menjalankan bisnes spa









Kami sangat mengalu-alukan penyertaan dari anda. Jika anda berminat untuk menambah pendapatan, nak keluar dari masalah kesempitan hidup, atau sebagai back up pendapatan yang sudah sedia ada. Jom setai TWB. Peluang dibuka seluas-luasnya untuk anda.

Mila sudah merasa pendapatan hasil dari TWB, sebab itulah mila kongsikan disini. Semoga memberi manfaat serta membuka mata anda yang masih cuba mencari peluang perniagaan untuk menambah pendapatan :)





Spa Beautician & Trainer TWB
TWB_Sparkle
Owner Merah Jambu Beauty Spa
014-5082724




Friday, August 3, 2018

TWB The Glamorous Mobile Spa



Pon ! Pon ! Pon !

Beautician TWB sedang bergerak ke rumah pelanggan ! :)

Spa dan kecantikan memang tak dapat dipisahkan dari dunia glamour

Buktinya, artis juga tak lepaskan peluang berfacial dengan beautician TWB :)





Pelakon drama Sayangku Kapten Mukhris beri feedback selepas berfacial dengan ahli TWB



Komen Atielia (Artis) tentang Mobile Spa


Apabila berada dalam dunia glamour, artis biasanya amat mementingkan kecantikan dalaman dan luaran supaya sentiasa tampil cantik dan berkeyakinan apabila menjalankan tugas mereka. Spa memang sangat sinonim dengan artis. Boleh dikatakan, apabila berada dalam bidang spa dan kecantikan ini boleh la sedikit sebanyak masuk ke dunia glamour. Tak gitu? :D

TWB adalah sebuah projek Spa Bergerak Tanpa Kedai, Home & Mobile Spa. Bertapak sudah lebih 3 tahun. Dan sudah melebarkan sayap ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak. Juga di luar negara iaitu  Australia, Mesir, Dubai, Brunei, New Zealand, Singapore, Indonesia dan UK. Wow glamour sangat TWB ni ! hihi





Spa TWB di Melbourne, Australia

Maksud Home Spa & Mobile Spa

Home Spa : Pelanggan spa datang ke rumah pengusaha spa untuk menerima rawatan spa.

Mobile Spa : Pengusaha spa pergi ke tempat pelanggan, samada di rumahnya, tempat kerja, tempat mereka menginap ketika bercuti atau dimana sahaja atas permintaan pelanggan itu sendiri.


Jadi komen Atielia di atas sangat menyokong perkhidmatan Mobile Spa yang dijalankan seperti yang TWB jalankan ini. Biasalah, artis memang sangat sibuk. Perkhidmatan mobile spa yangt diwujudkan ini seperti seribu rahmat kepada oarang yang ingin menjaga kecantikan, tetapi sangat sibuk dengan tugasan harian. Para artis yang dalam bidang glamour seperti menanti-nantikan dan sentiasa mencari sesiapa yang menyediakan perkhidmatan Mobile Spa ini.


Kelebihan Bisnes Spa Tanpa Kedai (Kepada yang sibuk tetapi masih ingin menjaga kecantikan )


- Jimat masa dan tidak perlu bersesak dalam kesesakan lalulintas 
- Dapat khidmat setanding spa dari pakar kecantikan, tetapi hanya di rumah sendiri
- Boleh aturkan temujanji dengan mudah mengikut kesesuaian waktu sendiri

Kelebihan Bisnes Spa Tanpa Kedai (Kepada yang ingin mengambil peluang berniaga)

-Tidak perlu membayar sewa kedai bulanan
-Tidak perlu menunggu di kedai
-Tidak perlu upah pekerja
-Tidak perlu usaha mencari perkerja yang bermacam ragam
-Tidak perlu keluar duit petrol untuk ke kedai setiap hari
-Tidak perlu buka dan tutup kedai setiap hari yang memakan masa dan tenaga
-Tidak perlu membayar bil utiliti ( Elektrik, air, Wifi dan sebagainya) 
-Tiada risiko barang atau premis rosak dan tidak perlukan maintenance fee 
-Keluar dan pergi kepada client apabila hanya ada permintaan sahaja (ada banyak masa untuk menyelesaikan urusan lain di rumah)
-Tidak perlu kos perabot dan kelengkapan kedai
-Tidak bermusim (sentiasa mendapat permintaan tinggi. Dimana ada wanita, disitu ada peluang)
-Senang dijalankan untuk para surirumah yang bermasalah meninggalkan anak (Boleh jalankan Home Spa) 



Jom lihat antara Home Spa hasil dari beautician TWB







Menarik bukan? Dah setanding dengan kedai-kedai spa diluar sana. Malah lebih selesa :)


Untuk pengetahuan pembaca entri kali ini, walaupun TWB dan dunia glamour artis adalah sangat dekat. Tapi ia dibina bukan untuk mencari populariti. TWB stand for The Walking Beauty dan ianya adalah sebuah projek.

" Projek untuk membantu ramai wanita yang bermasalah dari segi kewangan. Membantu mereka keluar dari masalah hidup. It Comes with HUGE Responsibility " - Master Ainul Shahrazad. Founder TWB



Kami alu-alu kan penyertaan dari semua golongan wanita yang serius untuk memperbaiki kewangan & nilai hidup. Sudah ramai yang asalnya dari biasa-biasa kepada LUARBIASA !










Ahli TWB Glamour dengan caranya tersendiri. 


TWB adalah satu peluang kerjaya yang mana sudah ramai agen spa TWB berjaya buat duit setiap hari !

Bacaan lanjut : Kerjaya Bersama Spa TWB
                        Buat Duit Hari-Hari Dengan Spa TWB

Terima kasih kerana membaca :)



Spa Trainer & Agent
014-5082724




Monday, May 14, 2018

Berbaloikah Kursus Spa TWB RM2,999

Dalam mencari kursus belajar spa, iaitu melibatkan rawatan muka dan rawatan badan, apa yang sering bermain dalam fikiran anda?

Mestilah nak terus dapat menjalankan bisnes spa kan?

Mestilah nak terus jana pendapatan kan?







Dengan menyertai The Walking Beauty (TWB), bukan sahaja diajar tentang teknik spa semata-mata, malah diajar CARA MEMBINA SPA ATAS NAMA SENDIRI. Sejurus selepas training dalam masa 1 hari, anda sudah layak membuka spa anda sendiri !

Kerana, Misi TWB adalah untuk melahirkan ramai wanita yang berkerjaya dalam bidang spa dan betul-betul mahir dengan ilmu spa yang telah di perturunkan ketika sesi training.

Tapi,

Dengan menyertai TWB ini, adakah benar-benar berbaloi dengan Pakej Belajar Spa RM2,999 itu?




Berbaloi atau tidak, anda harus tahu terlebih dahulu apa yang TWB tawarkan kepada individu yang ingin menjadi peserta kursusnya. 

Baca : Kursus Spa Murah, Mudah dan Bersijil TWB 2019

Setelah seorang individu itu membuat keputusan untuk menyertai bisnes spa TWB, anda perlu melalui training dalam masa 1 hari secara praktikal dan one-to-one.

Ketika ini, anda akan mempelajari 5 course + 1 advance course


  • Facial Relaxing Treatment (Cleansing, scrubbing. masker, massage etc)
  • Body scrub & urut lulur
  • Mandian Aura Susu
  • Foot & Hand Spa
  • Herba Sauna

Belajar Make Over (rujuk poster)

Tambahan 1 Course mengenai "How To Setup Your Own Home Spa"

Ketika training, anda akan memperolehi 
  • Hard copy module sebagai rujukan sepanjang berbisnes spa
  • Sijil Penyertaan
  • Kit Spa ( Sponge, headband, mangkuk dan berus masker ) 



Dengan menyertai Bisnes Spa TWB secara Full Package, selain training anda juga akan memperolehi :
  • Beauty product yang boleh digunakan semasa run bisnes spa.
  • Peralatan spa seperti beg troli spa eksklusif, ion massage
 Pakej Spa dengan keahlian shaklee dan lengkap dengan beauty & health produk dari shaklee serta peralatan spa











Bermula dari situ, anda sebenarnya sudah memulakan kerjaya dalam bisnes Home & Mobile spa yang sangat mendapat permintaan tinggi pada masa kini. 




Kursus Belajar Spa TWB adalah yang TERMURAH di pasaran kerana dengan harga RM2999 sahaja anda sudah mendapat pakej lengkap dengan training dan peralatan untuk memulakan spa. 



Ada kursus spa yang lain menawarkan harga kursus yang sangat tinggi dan di luar kemampuan ramai wanita yang ingin memulakan bisnes spa. Ada yang meletakkan harga sehingga RM500 untuk belajar rawatan muka SAHAJA. Ada yang meletakkan harga hampir RM6000 untuk memulakan bisnes spa !



Tidak percaya? Nah ini salah satu bukti yang ada Pakej Spa di luar sana dengan harga tak masuk akal dan menggalakkan pesertanya membuat pinjaman bank untuk menyertainya.


Hampir keluarkan duit hampir RM6000 untuk mula belajar spa.



Jadi anda sendiri boleh membuat penilaian, berdasarkan apa yang saya ceritakan di atas. TWB bukan bertujuan mencari keuntungan semata-mata, malah RM2,999 itu hanyalah kos untuk membeli peralatan spa dan upah kepada trainer yang mengajar 5 + 1 kursus spa tersebut. Tiada cas tersembunyi atau bertujuan penindasan kepada ahli TWB. Malah TWB menawarkan 6 PENJURU PENDAPATAN kepada semua ahli, yang baru atau yang sudah lama menyertai TWB.


Menyertai The Walking Beauty untuk memulakan bisnes Home & Mobile Spa juga merupakan satu tindakan yang sangat tepat kerana kita mempunyai team yang kuat dengan SUPPORT GROUP yang sangat membantu dan happening

Kenapa Support Group Penting ?


1) Kerana bukan semua orang yang berada di sekeliling kita akan menyokong dan memahami apa yang sedang kita buat dan usahakan dalam bisnes

2) Kita mahukan sokongan dari orang-orang yang sudah berpengalaman dan boleh berkongsi idea dan jalan penyelesaian jika terdapat kekangan dan masalah sepanjang menjalankan bisnes spa ini. Bergerak secara berjemaah lebih baik dari bergerak seorang diri bukan? :)

3) TWB juga menerima penyerataan dari pengusaha spa yang telah lama membuka kedai spa, tetapi mengalami masalah seperti masalah hutang dan sebagainya. Jadi, mereka yang dari kalangan ini sangat mengharapkan sokongan daripada ahli group untuk mereka bangkit dan menyelesaikan masalah belenggu hutang mereka. Dan terus menjana pendapatan dengan modal minima (tanpa sewa kedai dan upah pekerja)



Sudah jelas? 




THE WALKING BEAUTY A.K.A SPA SHAKLEE



SATU DALAM SERIBU


The Walking Beauty merupakan bisnes Home & Mobile spa yang menggunakan produk Shaklee sepanjang menjalankan rawatan kepada pelanggannya. Menjadikannya juga dikenali sebagai Spa Shaklee . Shaklee sudah mendapat nama di Malaysia malah di luar negara dengan keberkesanan produknya sebagai makanan tambahan dan rangkaian produk yang lain. Dengan ribuan kajian dan penyelidikan yang dijalankan oleh shaklee corporation, menjadikan produk shaklee sangat bernilai dan berbeza dari produk supplement yang lain. Spa shaklee "The Walking Beauty "  yang diasaskan oleh Puan Ainul Shahrazad telah menjadikan shaklee sebagai produk pilihan. 


The Walking Beauty ini sangat unik berbanding bisnes mobile spa yang lain kerana produk yang diguna adalah produk makanan (foods). Tetapi, produk ini juga dijadikan masker dan scrub ketika ber-spa :)


Bahan makanan yang ternyata semulajadi, selamat dan melepasi piawaian, di sapu ke kulit, di gunakan untuk urutan wajah dan dijadikan mandian aura, pasti para pelanggan spa akan teruja dan merasakan keunikan yang ada pada The Walking Beauty. Juga mereka juga berasa selamat untuk mendapatkan rawatan spa secara berterusan berbanding mobile spa yang menggunakan produk yang belum tahu selamat dan memberi kesan sampingan yang buruk. 

Skincare Youth Intensive Set Shaklee digunakan dalam bisnes spa TWB. Youth telah menjalani 8 tahun penyelidikan sebelum ianya mula dipasarkan pada March 2018. #YouthViral sedang hangat diperkatakan sekarang ! Bertuah siapa dapat ber-spa degan produk youth yang ternyata berkesan ini :)



Produk supplement dijadikan bahan SPA. Menarik bukan?


Baca : 10 Produk Terbaik Shaklee Ada Dalam Spa The Walking Beauty




Gelombang The Walking beauty sudah menjadi FENOMENA! Setiap negeri di Malaysia sudah terdapat wakil beautician TWB Dan juga sudah ada agen spa TWB di luar negara seperti Melbourne, AustraliaMesir dan Dubai. Ini cukup membuktikan TWB bukan projek Mobile Spa yang biasa-biasa ! Anda bertuah jika memilih untuk menjadi sebahagian dari ahli TWB :)


Dengan menyertai The Walking Beauty, peluang untuk menjana pendapatan sangat banyak ! Ada yang mampu BUAT DUIT HARI HARI !. Disamping kita memberi nilai kepada orang lain dari sudut semangat untuk terus berjuang juga memberi kesedaran tentang kesihatan & kecantikan.



Jadi, Berbaloikah Kursus Spa TWB RM1,999

Tentulah SANGAT BERBALOI !



AGEN SPA DI SELURUH NEGARA DIPERLUKAN SEGERA !

Hubungi :


Certified Spa Trainer & Agent
The Walking Beauty
Owner Of Merah Jambu Beauty Spa
Shaklee Independent Distributor
H/p : 014-5082724