Monday, March 11, 2019

APA NILAI YANG SAYA DAPAT SEJAK JOIN TWB?


" TANGGUNGJAWAB "

Sedang monitor agen spa mila semasa sesi training

Nampak mudah, tapi seriuosly, ini antara BIG WHY mila untuk terus bersemangat!!

Mempunyai 2 orang anak kandung, lain ceritanya. Mempunyai lebih dari "sedozen" anak spa lain pula cabarannya. Belum masuk anak shaklee lagi ๐Ÿ˜‚

Mila sendiri menjalani training  One-to-One oleh trainer a.k.a mentor Athirah Tieramiessyou. Thanks mentor ! Im duplicating you ๐Ÿ˜˜


Suka mila perkenalkan setiap orang beautician yang berada dalam team Miracle mila. Semuanya hebat dan pandai berdikari ๐Ÿ˜Š Here we go ! 

 (anda boleh contact mana-mana agent spa TWB jika berminat untuk menyertai keluarga TWB Miracle ๐Ÿ˜Š )

Noor Yusmiza Agen Spa TWB KL (PJ)

Hasmah Hasanal Agen Spa TWB Kuantan

Noor Syakirah Ibrahim Agen Spa TWB KL/Selangor (Damansara)

Norazilah Ngah Agen Spa TWB Kuala Terengganu

Nadia N Mustafa Agen Spa TWB KL/Selangor

Nur Hazirah Agen Spa TWB Kuala Terengganu

Nor Alia Abd Manip Agen Spa TWB Terengganu (Merchang)

Are Yu Agen Spa TWB Kuala Terengganu. Anak spa kepada Nur Hazirah

Sharifah Nadiah Agen Spa TWB Kuala Terengganu. Anak spa kepada Noor Syakirah Ibrahim

Dayah Nordin Agen Spa TWB KL/Selangor (Bukit Jalil)

Nadia Kim Agen Spa TWB Taiping, Perak

Syg Cendana Agen Spa TWB KL/Selangor (Rawang)


Nurnadia Faryana Mohd Azhar Agen Spa TWB Negeri Sembilan

Tg Umaimah Hussain Agen Spa TWB Kuala Terengganu. Anak spa kepada Syg Cendana

Fah Iffa Agen Spa TWB Kuala Terengganu. Anak spa kepada Aidatul Azida

Aidatul Azida Agen Spa TWB Kuala Terengganu

Hedayah Kadir Agen Spa TWB Negeri Sembilan

Nurul Wahidah M. Sarwani Agen Spa TWB Ipoh, Perak

Mostly mila train mereka sendiri. Ada yang tak sempat training dengan mila disebabkan jarak, so pass kepada trainer lain yg berdekatan yang ada di seluruh Malaysia dan luar negara. Ada yang selepas mila train, beliau berjaya train anak spa beliau sendiri. Dah ada trainer under mila juga

Dan yang pasti, selagi berada dalam Miracle, semuanya mila anggap sebagai protege mila๐Ÿ˜Š 

Betul kata mentor, duit ni dia akan datang bersama-sama tanggungjawab. Faham tak maksudnya?

Cuba kita lihat, orang yang memilih untuk bergerak sendiri. Secara individu. Contoh bisnes yang bukan multi level. Tiada agen, tiada stokis, tiada dropship. Semuanya diuruskan sendiri kan? Bermula dari nak cipta produk/servis...sampailah nak marketing, promosi dan perkenalkan produk.

Jika berjaya, semua keuntungan dapat kepada individu itu sendiri sahaja.

 TETAPI

Cuba lah tanya mana-mana founder produk, mampukah dia bertahan lama jika dia teruskan usahanya seorang diri? Tanpa bantuan daripada orang lain?

Susah...akhirnya founder akan terpaksa buka kepada dropship, agen dan stokis untuk sama-sama naikkan produk beliau. Haa..ini pun kan dah dikira multi level marketing  (MLM). Sistem pemasaran bertingkat. Cuma ditukar nama panggilan sistem ajoo (sistem agen dsb) ๐Ÿ˜

Dan dari pihak founder, adakah dia akan lepas tangan dan biarkan semua agen buat kerja meLAKUkan produknya? Takk..mesti ada tanggungjawab untuk ambil tahu setiap perjalanan dari pembuatan produk sampai lah penjualan. Kalau tak hancusss. Tak jalan baik jugak bisnes tu. 

Bila smooth semuanya, pulangan dan keuntungan juga semakin besar. Berbanding buat sorang-sorang. Untung sikit, penat dan mungkin stop sebab tak mampu bertahan. Itulah yang mila faham. Kita nak lebih, mesti share tugas bersama orang lain, ambil tanggungjawab untuk menjaga dan mengambil tahu kesemuanya. 

Likewise TWB.

Menjadi seorang beautician TWB, besttt. Duit masyukkk kepok kepok dalam beberapa jam sahaja. Tetapi itu income individu. Tak perlu share dengan sesiapa.

Rasa tanggungjawab bermula apabila mila menjadi trainer. Train agen-agen baru TWB di bawah mila. Mengambil tanggungjawab untuk mengajar orang lain pula.

 Semasa training, mila akan cuba sampaikan semuanya dengan sebaik dan semampu mungkin. Selepas training, setiap seorang dari mereka mila akan whatsapp dan follow up. Bertanya progress, apa boleh dibantu dsb. Alhamdulillah..takde sorang pun lagi terlepas pandang setakat ni. Cuma nak bergerak atau tidak jelah, mila tak dapat paksa. 



Mila juga pernah train agen TWB dari group lain, bukan miracle. Sampai harini mila keep in touch dgn dia, tgok progress dia dan mula dapat tahu dia dalam usaha nak menjadi leader dalam shaklee. Allah..bangga nya ๐Ÿ˜ 

Student mila dari group Dreams ๐Ÿ˜Š Fahima

Rasa tanggungjawab ni wujud apabila mila tahu betapa struggle nya mereka semasa pertama kali membuat keputusan menyertai TWB. Mila pasti, ia bukanlah satu keputusan yang mudah. Dan mila berdoa dan berharap semua ahli TWB. Lebih-lebih lagi dari Team miracle dan pernah menjadi student spa mila, akan terus berjaya dalam spa TWB. Fokus dan yakin sama seperti yang korang pernah sebulat hati nak join TWB dulu.  Jangan separuh jalan. Jangan cepat mengalah.

Berbaloi tak mila ambil tanggungjawab ni?

Sudah pasti berbaloi๐Ÿ˜Š

Ini semua penguat semangat mila. 

Terlalu banyak nilai boleh diperoleh sebelum dan semasa join TWB

Terlalu banyak nilai juga selepas berada dalam team hebat TWB. 

Banyak yang mereka dah ceritakan pada mila, dan mila tahu semuanya dalam usaha nak merealisasikan impian masing-masing. Sangat besar impiannya. Dan mila takkan mampu senang duduk jika impian kami belum tercapai. 



Student spa mila akan dapat Teknik Marketing Free. Dan anda boleh contact mana-mana agent spa TWB jika berminat untuk menyertai keluarga TWB Miracle ๐Ÿ˜Š



Bacaan lanjut : Kerjaya Bersama Spa TWB

#AgentWanted
#TWB #SpaTanpaKedai #SpaGunaProdukShaklee #SistemShaklee #Spa #Sistematik #KursusSpaMurah #6PenjuruIncome

Saturday, March 9, 2019

Zaman Kejatuhan Shaklee

Buat shaklee ni kene cantik, kurus dan berjaya je ke? Takde zaman kejatuhan?

Adaaaa...

Lepas bersalin aryan, dari 63kg terus 45kg. Wow ! Dapat berat idaman terus. Tapi nightmare bermula bila aryan dah mula nak wean off. Nak stop menyusu badan dah. Uish..tak.. sangka waktu tu badan bagai di pam pam. Naik semula berat sama macam mengandung๐Ÿ˜‚

Dah risau ni. Bukan setakat berat badan, kulit muka mula berjerawat. Orang sekeliling dah mula tegur. Pergi kelas dan event shaklee orang tanya. Siap tanya aryan nak dapat adik ke. Orang ingat mengandung ๐Ÿ˜ญ

Paling kejam, pergi shopping mall Promoter London Weight Management kejar nak promote pakaje slimming ! Benci betul ! ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ

Why mila why? Sebab org tak biasa tengok mila gemok haha. Pakej muka teruk skali. Memang serius macam makcik-makcik.

Sampai mila tak percaya shaklee sekejap. Sedangkan itulah yg mila telan sejak dalam pantang. Sampailah aryan nak wean off. Desperate jugak lah nak cantik dan kurus balik.

Bayangkan sejak dari berkenalan sampai berkahwin dan ada anak, suami tak pernah tengok kita gemok dan kulit teruk, walaupun dia tak cakap apa-apa. Tapi sendiri rasa malu haha. Biasalah perempuan...drama ๐Ÿคญ

Haaa...baru kau tahu kamilah. Inilah perubahan drastik yang terpaksa dilalui seorang wanita bergelar ibu. Mungkin ada  ibu yang tak mengalami selepas anak pertama, tapi anak kedua ketiga dan seterusnya. Perkara ni macam tak boleh dibendung.

Dari percayakan sesuatu produk tu pun boleh rasa menyampah. Tak jadi apa. Rasa takde kesan huhu


Muka tengah kusam dan berjerawat :'(






Mila try la makan selain shaklee. Tapi mila ragu. Tak yakin sebab langsung takde bukti kajian klinikal atau apa-apa research. Yang ada cuma testimoni cakap-cakap orang. Kelulusan KKM pon takde. Allahu..risau pula nak teruskan. Tersadai jelah benda tu. Nak beritahu, bila kita nak sesuatu. Sanggup buat tak kisah semua yang selama ni kita tahu salah. Nasib baik cepat sedar dan insaf. Tah apa la jadi kat badan sendiri agaknya kalau terus konsisten๐Ÿ˜ฐ

Shaklee, yang mila pernah menyampah suatu ketika dulu. Mila tengok balik botol-botol yang belum habis makan. Mila fikir semula dalam-dalam.

Bukan tak berkesan. Cuma cara mila tak betul. Mila skip. Makan harini, esok tak. Lusa pula makan. Kadang skip seminggu. Rasa tak best barulah cari. Sudahnya, malas pula nak makan. Tinggal sebulan dua. Pemakanan harian mila, mana sihat sangat. Seriuosly, mila bukan masak sayur & buah hari-hari. Mana nak datang vitamin? Karbohidrat dan protein je. Itupun tak sure cukup ke tidak.

Dah muhasabah diri๐Ÿ˜‚  Shaklee langsung takde masalah. Sikap kita tu sebenarnya yang salah.

Pregnant anak kedua. Mila mmg serius nak jaga badan elok-elok dah. Tahu je pregnant, mila study vitamin apa yg penting untuk ibu mengandung. Satu set Kehamilan shaklee lengkap mila makan. Habis topup lagi sampai bersalin.

Berpantang, mila teruskan lagi dgn set berpantang shaklee. Ya Allah..lain betul berpantang bila kita ada ilmu nutrisi yang semakin lengkap, dan kita tahu apa yang badan kita perlu. Mila bukan terpengaruh dengan testimoni sesiapa dalam shaklee. Mila sendiri baca. Info dari doktor selain shaklee pun baca, mila gabungkan info dari saintis shaklee. Ya Allah..sama je !

Kesihatan ibu dan anak bermula dari pemakanan yang sihat dengan kuantiti yang betul dan terkawal.

Masa ni, berkali-kali dah jatuh cinta dengan vitamin shaklee. Lain dari supplement lain. Shaklee, hanya yang faham ilmu nutrisi dan pernah merasai kesannya sahaja akan faham. Aishh berbelit dah rasa ayat ni haha.

Mila share bukan sebab fanatik. Mila share sebab mila rasa berdosa tak share info macam ni. Dikala masih ramai yang tertipu dengan supplement sampah. Dan ada juga pukul rata mengatakan semua supplement sampah. Shaklee berbeza guys.

Ibu anak dua, 5 tahun makan shaklee. Dan akan teruskan insyaAllah๐Ÿ’ช๐Ÿป


Mak anak 2




Thursday, March 7, 2019

Part Time Job Mobile Spa

Bestnye jadi sebahagian ahli TWB !





Lepas SPM, mesti ramai adik adik yang terfikir hala tuju masing-masing kan?

Apa nak buat lepas SPM ?



Kahwin ? Calon belum ada. Diri sendiri juga perlu ada pelajaran & pendapatan dahulu. 

Sambung belajar ? Perlu tunggu keputusan SPM keluar dulu. Lama juga kalau nak tunggu sahaja buang masa macam tu. 

Goyang kaki ? Memang seronok tak perlu berat kepala fikir maca-macam hal. Tapi ni salah satu ciri orang malas. Saya bercita-cita dan berwawasan tinggi !

Yes yes. Saya perlu KERJA UNTUK TAMBAH PENDAPATAN. Atau lebih spesifik, Kerja part time sementara keputusan SPM keluar & sementara saya diterima masuk belajar di mana-mana institusi pengajian. Saya ada cita-cita, tapi apa salahnya saya buat kerja yang mendatangkan hasil untuk beberapa bulan ini. Boleh juga digunakan untuk perbelanjaan ketika di universiti nanti. Ringan juga beban mak ayah :)

Satu lagi masalah.

Nak kerja part time, tapi apa yang sesuai ?

Biasanya..kerja part time yang "famous" untuk lepasan SPM macam saya ini :

1) Sales assistant atau cashier
2) Admin atau kerani sementara
3) Kerja di restaurant fast food (KFC/McD/Pizza Hut) atau kedai makan 
4) Promoter
5) Runner/ Dispatch
6) Customer services

Dan, ada satu lagi pekerjaan yang saya lihat sangat mendapat sambutan tinggi iaitu BISNES SPA BERGERAK atau MOBILE SPA 

Sekarang sangat trending dengan bisnes spa ni. 

Taip je kat google, instagram atau mana-mana carian. Berlambak orang kongsikan "Servis Mobile Spa". Macam seronok je. Sebabnya mobile spa ni tak perlukan kedai. Tak payah pening-pening fikir nak sewa kedai (modal besar ooooo), nak buka kedai setiap hari menunggu clients. Bazir masa sedangkan kalau buat mobile spa bila client nak baru pergi. Sambil tolong mak di rumah tapi still ada peluang tambah pendapatan kan. Macam best je buat Mobile Spa kan?

Dalam banyak-banyak peluang untuk mulakan bisnes Mobile Spa, apa kriteria yang perlu saya titikberatkan? Iyelah. saya baru nak kenal dunia pekerjaan. Tiada basic atau kemahiran. Nak mulakan sesuatu perniagaan haruslah keluarkan sedikit modal dan perlu kaji dengan teliti kursus spa yang mana adalah yang terbaik untuk saya. 

Hasil bacaan saya, ada beberapa Tips Memilih Kursus Spa Yang Betul :

1. Pastikan modalnya tidak terlalu besar  .

2. Kursus ada sijil, ada training secara praktikal & berlesen untuk pastikan kita dapat menjalankan bisnes spa dengan betul tanpa melanggar mana-mana peraturan

3. Pastikan ada jaminan dan 'proven result' bahawa ilmu dari kursus spa tersebut jika digunakan boleh memberi pulangan modal dengan cepat sekaligus memberi keuntungan berganda-ganda!

4. Fleksibel. Boleh set kan bila kita boleh hadiri kursus tersebut. Malah kelasnya juga tiada restriction untuk tidak boleh bawa anak/suami/teman. Boleh hadiri kelas secara santai

5. Simple dan tidak renyah. Sampai makan masa berhari hari. Biar simple janji effective.

6. DipercayaiBuat "backgroud check" dengan siapa kita berurusan untuk sertai kursus spa tersebut. Minta link Facebook / Instagram / Blog / Website untuk pastikan kursus spa itu benar-benar wujud dan bergerak dengan aktif sehingga hari ini. Ini untuk mengelakkan penipuan atau "scam".Tiada hidden charge yang membebankan.  



7. Pastikan berbaloi. Berapa modal yang dikeluarkan & apa yang akan diperolehi


Selepas membuat pembacaan dan penilaian. Ada satu projek yang sedang menjalankan Kursus Mobile Spa kepada sesiapa saja, termasuk lepasan SPM, penganggur, wanita bekerja ataupun surirumah. Dengan Hashtag dia Facebook atau Instagram #TheWalkingBeauty (TWB) atau Spa Shaklee. Memang baaaanyak sangat bukti projek TWB  ini sangat dipercayai dan bergerak aktif sehingga sekarang !



1. Modal menyertai kursus spa tak sampai RM3K pun! Masih rasa mahal...cuba baca sampai habis apa yang kita bakal dapat dengan modal serendah ini. 

2. Bersijil, Training secara praktikal & One-To-One



3. Jaminan proven result? Dah terbukti ramai yang sertai spa TWB dah mendapat hasil yang sangat banyak dan menguntungkan! Klik sini untuk lihat betapa ilmu yang TWB ajar adalah ilmu buat duit!

6 PENJURU PENDAPATAN !



4. Fleksibel, TWB Bisness Mudah

Pelajar universiti tahun akhir berjaya buat duit walaupun sibuk !



Sambil buai anak pun boleh



Sambil bercuti pun boleh tambah duit poket
5. Simple. Belajar dan praktikal 5 courses rawatan kecantikan + 1 advance course cuma dalam 2-3 jam sahaja dan balik dari training sudah boleh BERMULA BISNES SPA SENDIRI !!! Rahsia ilmu TWB, simple tapi powerful dan effective.

6. Dipercayai. Tiada sebarang penipuan atau hidden Yakin dengan sitem bisnes TWB  yang 100% keuntungan milik sendiri.

7. Berbaloi sangat-sangat. Bayangkan hanya RM1999 atau RM2999 boleh belajar 5 + 1 advance course?





- facial relaxing treatment
- body scrub
- sauna herbs
- aroma milk bath
- foot & hand spa


Tambahan, dapat belajar Make Over 360° yang sangat best ! (Rujuk poster)


dan satu lagi advance course!

Paling best dan paling berbaloi, selepas training kita tidak akan terpinga-pingabagaimana untuk bermula. Kita akan dimasukkan dalam support group yang meriah beautician TWB yang sudah berpengalaman dan juga baru menyertai. Tambah ilmu dan tambah kenalan juga !

Kita juga akan mendapat peralatan spa (seperti Beg spa, ion massage), satu kit spa beserta beberapa health & beauty product yang lain.







Berbaloi-baloi bukan?


Alhamdulillah, saya dah temui satu pekerjaan part time yang boleh dilakukan sementara menunggu keputusan SPM keluar !


Setidaknya, apa sahaja keputusan SPM yang bakal saya terima, saya sudah ada back-up plan iaitu menjana pendapatan dengan bisnes Mobile Spa TWB ini 

1) Sekiranya saya diterima masuk ke mana-mana institusi untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, saya tidak perlu berhenti kerja, buat surat perletakan jawatan atau berat hati untuk tinggalkan pekerjaan part time tersebut. Kerana saya tidak terikat dengan sesiapa dan mana-mana syarikat. Bisnes Mobile Spa ini juga boleh terus saya jalankan walaupun sambil belajar. Bukti sudah ada pelajar tahun akhir universiti masih boleh menjana RM1500 sebulan ! Amazing kan !

2) Sekiranya saya tidak dapat melanjutkan pelajaran, tidak perlu pening-pening fikir apakah nasib saya di masa hadapan. Kerana saya sudah mempunyai satu pekerjaan yang boleh memberi pendapatan yang lumayan ! Tak risau untuk rasa membebankan keluarga kerana saya sudah dapat bantu keluarga dan balas jasa ibu bapa saya.


Alhamdulillah dah nampak peluang cerah ! Berbincang dengan keluarga dan Sertai The Walking Beauty sekarang memang keputusan yang TEPAT !


Saya nak berjaya join TWB macam sis niii !!!!!


Macamana saya nak sertai TWB?

Saya perlu hubungi Puan Mila ni segera dan akan dibantu dan diterangkan secara detail.Yeay !




Tuesday, February 5, 2019

Impian Saya Pada Tahun 2019

Assalamualaikum.



Mila pernah hadir ke satu bengkel motivasi pada tahun 2016, dan dan mila dapat pertanyaan dari dari speaker. Lebih kurang soalannya macam ni...

"Awak target untuk income besar, duit yang banyak ni untuk apa?"

Dan jawapan yang jujur memang terlintas di fikiran ketika itu adalah >>> MAK AYAH.

Mila serius, memang dari awal berbisnes. Push factor terbesar mila adalah mama & papa mila. Mila tak boleh rasa nak bersenang lenang selagi mila tahu mereka tak senang.

TAPI

Kata-kata speaker selepas jawapan yang mila berikan itu buat mila tersentak. Betul-betul baru mila sedar tentang sesuatu.

" Betul jujur?. Alaah cakap je nak beli rumah besar, nak kereta lebih selesa. Lain lah awak dah ada semua tu "

Alamak ! Kenapa speaker ni macam ni. Betul la, memang mama & papa push factor yang kuat untuk aku. Usia mereka dah 66 tahun, takkan aku nak main-main lagi. Aku perlu buat sesuatu dengan segera untuk bahagiakan setiap detik hidup mereka sebelum mereka hilang rasa nak semuanya di dunia ni :'(

Tetapi, kata-kata speaker itu sebenarnya cuba membuka mata mila untuk memiliki IMPIAN YANG LEBIH BESAR.

Kata mentor, salah satu kunci untuk berjaya adalah perlu BESARKAN JIWA. Jangan terus tenggelam dengan jiwa kecil..maksudnya hanya terus nakkan perkara kecil, buatkan kita tak berani nak berimpian besar, apatahlagi nak berusaha untuk capai impian-impian itu.

Barulah mila sedar, betapa kecilnya jiwa mila, kecilnya impian mila sebelum ini. Hanya fikirkan untuk kepentingan sendiri.

Ingat lagi, sebelum berkahwin. Mila tak punya apa-apa. Berkerja makan gaji. Waktu tu mila dah mula hulurkan duit bulanan kepada mama & papa. Tetapi jujurnya memang tak banyak. Mila bawa kereta kancil milik papa ke tempat kerja. Tahu apa yang mila fikirkan ketika itu?

Mila nak berkahwin dengan saving yang dah mula dibuat ni (waktu tu memang dah ada planning dengan bakal suami). Ketika itu bakal suami juga masih belum betul-betul stabil dalam pekerjaannya. Jadi memang plan nak hidup yang biasa. Cukup ada rumah sewa, sebuah kereta kancil second hand  memudahkan urusan. Nak kemana-mana yang dekat boleh naik motor suami je. Nanti nak cari kerja yang boleh dekat dengan suami je. Tak kisah la kerja biasa-biasa je. Asalkan boleh teruskan beri duit belanja sikit kat mama & papa. Dan ada la duit untuk diri sendiri yang jenis tak menginginkan apa-apa ni.

Betapa kecil nya jiwa mila, mila tiada impian nak miliki rumah sendiri, kereta sendiri, apatah lagi handbag berjenama, pakaian baru, make up, travel. Dan kami tak plan untuk honeymoon di tempat yang lebih istimewa kerana kami tahu kehidupan kami yang serba kekurangan selepas berkahwin.

Lagi buat mila tersentak apabila mula menyedari bahawa...

IMPIAN ITU PERCUMA !

Tak perlu bayar pun untuk ada impian !

Kenapa begitu takut nak memiliki sebuah impian besar? Malu?

Ye..memang malu dan segan di saat kita tak punya apa-apa, kita nak tanam impian yang besar. Tetapi tahukah..

Orang yang berjiwa kecil -  Sebenarnya dia nak. Mulut kata nak, tapi hati taknak, body taknak, minda taknak. Dan biasanya mereka SELFISH. Pentingkan diri sendiri. Mereka fikir untuk kehidupan sendiri sahaja, mereka tidak nampak betapa sekiranya mereka berusaha dan senang, lebih ramai lagi jiwa yang boleh dibantu, lebih banyak pahala boleh diraih. Tiada impian besar yang buatkan mereka rasa nak berusaha lebih kuat

Orang berjiwa besar - Dia tak pentingkan diri sendiri. Dia mula menanam impian walaupun cara dan jalan belum betul-betul pasti lagi. Tetapi dengan impian itu, mereka TER tolak untuk berusaha dengan lebih gigih. Bila dia kata nak berjaya, dia pulun, usaha sampai jadi. Seolah-olah, kalau dia tak dapat dia mati !

Mila nekad, mila nak berjaya !

Mila mula besarkan jiwa. Mila besarkan impian. Mila belajar untuk jadi seorang berjiwa besar. Macamana?

Dengan SENTIASA melihat kehidupan orang berjaya.

Untuk tahun 2019 ini

Pertama sekali, push factor mila masih mama & papa. Mila nak SETIAP BULAN mila mampu berikan RM1000 setiap seorang. Bermaksud peruntukan RM2000 diperlukan secara bulanan. Apalah sangat RM2000 dengan jasa dan pengorbanan mereka berikan kepada mila sejak lahir hingga mila dewasa :')

Jika ada lebih lagi, mila akan beri lebih. Dan impian mila untuk bawa mereka travel oversea dan tempat mereka belum pernah sampai. Taknak la bawa yang biasa-biasa. Nak mereka rasai pengalaman yang lain dari yang lain.

Seingat mila, mama & papa dah pernah sampai ke Istanbul, Perth Australia, Bandung, Medan, Thailand, Vietnam, Seluruh Semenanjung, Sarawak, beberapa kali umrah & Haji. Mila nak berikan mereka pengalaman baru pula.

InsyaAllah mama & papa acik akan bawa (kalau mereka baca ni :') 

Macamana dengan mila sendiri? Impian mila yang lain?

Maksudnya, nak tak nak. Mila perlu BESARKAN INCOME lagi.

Tak cukuplah sekadar income RM3000 sebulan yang mila pernah capai dalam Shaklee & TWB ni kan. Takkan nak tinggal balance RM1000 untuk mila sendiri kan.

Mila dah nekad, nak miliki rumah atas nama sendiri.

Miliki kereta idaman atas nama sendiri.

Miliki kad kredit untuk urusan bisnes.

Mila nak shopping, reward diri sendiri dengan happy selepas mila usaha dan berpenat lelah. Beli je apa yang mila nak, handbag ke, kasut ke, make up ke...uishh. seronoknya !

Maksudnya bonus statement shaklee mila perlu diperkemas dan meyakinkan pihak bank lagi.

I HAVE TO ACHIVE MORE !

AND I BELIEVE, I CAN !

Sejak mula berbisnes shaklee lagi mila sudah mula buat Vision Board. Dan mila tampal di dinding untuk mila baca setiap hari. Dah beberapa kali mila renew vision board ni, sebab ada yang sudah tercapai alhamdulillah. Betul kan, impian tu PERCUMA :') .(Maaf perlu blur sesetengah part, belum ready nak share dgn semua :D )

By December 2019

1. Saving dah cecah RM15, 000 (Sekarang sikit lagi nak RM10K)




2. Downpayment rumah pertama dia area EQUINE PARK, SERI KEMBANGAN

3. Survey area rumah kedua di Kajang /Bangi

4. Dah selesai bawa mama & papa, suami, anak-anak bercuti

5. Teruskan konsisten pengambilan vitamin, tambahan vivix & kolagen. Kata nak sihat, cantik dan kekal awet muda :D. Yang ni paling yakin mila akan jaga 




6. Coordinator in Shaklee

7. Dah stabil berikan RM2000 setiap bulan untuk mama & papa

8. Sedekah unlimited




9. Saving untuk kereta pertama atas nama sendiri RM5000 (Toyota CHR). Start cita-cita ada kereta kedua (Outlander 7 Seater)








Mana-mana terjumpa aii snap gambar :D




Outlander 7 seater with Sunroof pon dalam pemerhatian :D

10. Dapat 1 tiket FREE dari Shaklee Percutian ke Korea





Dengan harapan dapat terserempak dengan Lee min ho :D


11. Car Bonus in Shaklee, 1st Car Fleet in March 2019




12. Beli Washer + Dryer



13. Tabung untuk permulaan pendidikan Aryan at least RM3000


Dan lain-lain, mila sentiasa masukkan dalam wish list. 

- Master Coordinator in Shaklee 2021
- Holiday ke Paris 2022
- Toyota CHR 2022
- Outlander 2023
- Buat lasik di Prof Muhaya 2020
- Miliki rumah SEMI-D Double Storey with Swimming Pool 2023
- Miliki bilik spa cantik dan lengkap di rumah sendiri 2021
- Umrah percuma Shaklee
- Tunaikan Haji sekeluarga

Doakan mila berjaya capai semuanya okay ! Mila sendiri yakin akan boleh dapat !

Ok Tq for reading ! 

XoXo