Sunday, September 22, 2019

Kenapa Anda Perlu Detox Jika Nak Kurus


Assalamualaikum semuaaaa :)



Berapa ramai yang ambil tahu dalam badan anda ada toksin? Biasa dengar kan, tapi ramai yang masih kurang cakna. Sebab tak faham, apa sebenarnya apa itu TOKSIN .


TOKSIN adalah bahan buangan beracun dalam tubuh manusia. Bahaya toksin, bukan sahaja boleh menghancurkan fungsi-fungsi pencernaan, bahkan, boleh mengikuti peredaran darah ke seluruh organ tubuh lalu merosakkan system sirkulasi manusia, organ-organ penyaring (system hati dan ginjal), dan organ-organ pengeluaran tubuh.


Penyelidikan yang dilakukan oleh beberapa pakar kesihatan di Jepun mendapati, berat kotoran yang tersumbat dalam tubuh manusia atau lebih dikenali sebagai toksin adalah lingkungan 2kg hingga 6kg. Bayangkan jika tubuh anda dihuni oleh toksin berbahaya sebanyak itu. Berat badan kita yang sepatutnya ideal mungkin terjadi masalah obesiti akibat toksin-toksin ini.

Patutlah susah nak kurus, ada lemak besar dalam badan


Selain itu, toksin yang banyak mempengaruhi keberkesanan supplemen yang di ambil. Hal ini kerana, toksin boleh mengganggu proses penyerapan vitamin di dalam badan anda. Jika berlaku ketidak berkesanan supplemen yang di ambil, anda perlu melihat, adakah badan anda mempunyai toksin yang banyak.


Bagaimana untuk mengetahui badan anda bertoksik atau tidak? Dan adakah disebabkan toksin ini anda perlu bermula untuk detoks?



Kenapa perlu detox kalau nak kurus ???

Tak boleh kah hanya sekadar..

- Ambil pil kurus ?
- Ambil supplement set kurus je ?
- Buat senaman ringan ?
- Diet dan skip waktu makan?

Boleh, jika anda nak lihat keputusan yang tak diinginkan :

 1. Kurus tapi sakit. Sebab kita tak pasti apa kandungan dalam pil kurus yang sangat banyak dijual tanpa kawalan. Mungkin ada kandungan bahan kimia yang berbahaya. Kalau tak takkan lah cepat sangat kurus. Kita nak bina toksin dalam badan pun makan masa bertahun-tahun, takkan lah nak kurus dengan sekelip mata je. Perlu ada usaha gigih

2. Supplement set kurus membantu, tetapi dengan menyertai program detox LEBIH  banyak keputusan yang berjaya kurus kerana ianya gabungan terbaik dari segi penjagaan pemakanan & aktiviti kesihatan

3. Boleh amalkan bersenam setiap hari, malah ianya sangat baik. Tetapi ada beberapa kes individu yang nak kurus dengan hanya bersenam, juga tidak mampu menurunkan berat badan kerana tidak mengambil langkah menjaga pemakanan yang sihat. Dan juga ada yang sampai sakit-sakit dan kekurangan tenaga kerana terlampau banyak bersenam. Tak best lah, kurus tapi sakit,letih, lesu kan?

4. Diet sampai tolak terus makanan yang sedap dan berkhasiat. Tak elok juga. Walaubagaimana cara kita nak turunkan berat badan, perlu utamakan kesihatan. Makan lah dengan sihat. Bukan terus skip makan tetapi akhirnya lapar. Tup tup makan roti dan biskut cicah air manis ! Alahai..salah tu. 

Jadi, disebabkan itulah PERLUNYA DETOX jika anda betul-betul nak kurus dan sihat insyaAllah.

PROGRAM JOM DETOX JUTAWAN ADALAH GABUNGAN ANTARA

 1.Pemakanan sihat (Disediakan Meal Plan )
2. Aktiviti senaman mudah
3. Supplement detox untuk membantu kesan detox lebih cepat dan berkesan


Baca : Kenapa Detox Memerlukan Supplement  (Detox Shaklee)


Jangan risau, peserta detox akan dibantu dan ada Coach di dalam group yang happening ! Langsung tak bosan. Tambah-tambah para peserta masing - masing asyik berkongsi results hasil detox yang kebabom !






Lagi testimoni boleh tengok kat sini : Testimoni Berjaya Program Jom Detox Jutawan

Jadi, rasanya anda dah faham kan kenapa perlunya detox jika nak kurus. Tak boleh hanya dengan kawal makan, bersenam dan elakkan lah dari ambil pil kurus yang tiada kelulusan KKM dan jangan hanya percaya testimoni !

Baca dan kaji dulu ye !

PAUTAN BERKENAAN DETOX (Detox Shaklee) !  (Sila klik dibawah ):













Detox Bukan Sekadar Untuk Kurus


Assalamualaikum !

Apabila bercakap tentang detox, ianya seperti sinonim dengan KURUS

Tak dinafikan, ramai akan mula mencari penyelesaian apabila menghadapi masalah kegemukan. Jadi, akan jumpa bermacam cara dan tips untuk kurus. Salah satunya ada dengan cara detox.

Tetapi, adakah anda tahu bahawa detox bukan semata-mata untuk kurus?

Haa..sebelum mila cerita lebih lanjut. Jom lihat, antara 10 tanda badan kita perlu menjalani DETOX




10 TANDA BADAN ANDA PERLU JALANI DETOX

Tahukah anda, terlalu banyak perkara, benda, pemakanan, cuaca dan dan keadaan yang boleh membawa kepada badan bertoksin. Yang adakalanya kita tidak mampu untuk mengawal nya.

Contohnya, pemakaian "deodorant" setiap hari, make-up yang mengandungi bahan kimia yang boleh meresap ke dalam kulit, semburan minyak wangi, makanan tinggi gula, cuaca jerebu, asap rokok, mandian yang mengandungi bahan kimia yang merosakkan kulit, dan banyak lagi



Lalu, badan akan mula memberi "signal" dan pelbagai masalah mulai timbul akibat TOKSIN

Berikut merupakan antara 10 tanda yang sering dialami akibat badan yang bertoksin


1. Sukar untuk hamil

Para doktor sering menasihatkan pasangan yang sukar mendapatkan zuriat untuk menurunkan berat badan sekiranya bermasalah kegemukan. Tetapi, adakala orang berbadan kurus juga ada menghadapi masalah ini. Detox bukan hanya untuk kurus, tetapi ia nya lebih kepada membersihkan badan dari toksin berbahaya dan menghalang banyak proses yang baik di dalam badan manusia.



2. Mulut & nafas berbau

Kadangkala, kita dah gosok gigi gengan kerap dan menjaga dari makan makanan yang berbau. Tetapi, nafas kita tetap mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan. Ia boleh menyebabkan kurang keyakinan untuk bercakap dan berhadapan dengan orang lain. Detox membantu membersihkan badan dengan menyingkirkan toksin punca bau mulut dan bau badan.



3. Kemaruk makan ( Food Craving )

Perkara ini sering kali dirasakan seperti normal. Tetapi jaga-jaga jika anda terlalu kerap merasa kemaruk untuk makan. Tambah-tambah lagi kemaruk nak makan dan minum yang manis ! Ada juga yang sangat suka makanan bergoreng, berkeju, masin dan pedas. Awas..itu semua tanda badan anda sudah tidak "normal" dan boleh membawa kepada kegemukan dan dan penyakit jika tidak dikawal dengan cuba untuk berdetox



4. Kulit alergi & kusam

Ada yang mengalami masalah jerawat yang teruk & berlarutan. Cubalah apa saja set penjagaan wajah. Makan lah apa saja supplement seakan sia-sia. Kerana mungkin masalah toksin di dalam badan yang membawa kepada masalah kulit



5. Tua sebelum usia

Akibat toksin, juga  boleh menyebabkan  umur badan kita tidak selari dengan umur biologi. Ujian "body age" boleh dilakukan semasa program-program kesihatan yang banyak dianjurkan. Ketika itu anda boleh tahu tahap kesihatan sendiri dan mendapat konsultasi dari pakar. Paling ditakuti, lebih lebih lagi wanita untuk dirinya kelihatan tua, tidak bersesuaian dengan umur sebernar. Detox lah sekiranya mula menyedari permasalahan ini. Ia berkaitan dengan kesihatan anda.



6. Sembelit

Sembelit bukan perkara remeh. Sekiranya sangat kerap mengalami sembelit, ia boleh membawa kepada masalah yang lebih serius seperti kanser. Detox segera jika masih tidak menemui rawatan untuk sembelit anda.



7. Letih & lesu

Menganggap letih seperti perkara biasa selepas seharian berkerja adalah perlu diberi perhatian jika ianya sangat kerap berlaku. Kepenatan dan lesu adalah 2 perkara berbeza. Cek diri anda, mungkin terlalu banyak toksin dalam badan sehingga banyak perkara anda lakukan dengan kurang bersemangat



8. Kembung perut & buncit

Sangat ketara apabila kita mengalami perut yang buncit ke hadapan. Perlu segera mengambil langkah detox untuk menyahtoksin yang telah terlaku banyak berkumpul. Perut kembung menyebabkan ketidakselesaan, sebu dan memberi kesan kepada keyakinan diri



9. Kerap sakit kepala

Bahaya jika sakit kepala yang terlalu kerap. Takut itu antara simptom migrain dan masalah lain. Mula kawal pemakanan, minum air secukupnya dan jalani kehidupan yang sihat



10. Sering jatuh sakit

Bulan lepas dan ambil MC kerana demam, bulan ini pun berulang kembali. Stress kan asyik tak sihat. Batuk, selesema seakan sebati dengan diri. Lebih baik cek kembali, mungkin badan anda dah dipenuhi toksin.



Adakah badan anda mempunyai tanda-tanda di atas? Jika ya, nasihat mila anda haruslah mengambil tindakan segera iaitu melalui :

1) Menjalani gaya hidup sihat, tanpa rokok atau mengurangkan penggunaan barang yang tinggi bahan kimia berbahaya

2) Bersenam 3 kali seminggu

3)  Amalkan pemakanan yang sihat, kaya vitamin dan mineral, pengambilan supplement sebagai bantuan juga mengurangkan pengambilan makanan berproses dan segera.


Jika tidak, masalah pengumpulan toksin di dalam baan ini akan berterusan sehingga membawa kepada penyakit-penyakit yang berbahaya.


Oleh yang demikian, mila  dengan sangat berbesar hati dan bersemangat untuk membantu ramai di kalangan rakyat Malaysia yang megalami tanda-tanda diatas. Untuk sama-sama menjalani detoks dengan kempen yang sedang mila jalankan iaitu


Jom detox Shaklee dengan mengikuti program JOM DETOX JUTAWAN !



PAUTAN BERKENAAN DETOX (Detox Shaklee) !  (Sila klik dibawah ):













Saturday, September 21, 2019

Kenapa Orang Muda Kena Mulakan Bisnes Dari Awal




Lepas SPM, mesti ramai adik adik yang terfikir hala tuju masing-masing kan?

Apa nak buat lepas SPM ?




Kahwin ? Calon belum ada. Diri sendiri juga perlu ada pelajaran & pendapatan dahulu. 

Sambung belajar ? Perlu tunggu keputusan SPM keluar dulu. Lama juga kalau nak tunggu sahaja buang masa macam tu. 

Goyang kaki ? Memang seronok tak perlu berat kepala fikir macam-macam hal. Tapi ni salah satu ciri orang malas. Saya bercita-cita dan berwawasan tinggi !

Yes yes. Saya perlu KERJA UNTUK TAMBAH PENDAPATAN. Atau lebih spesifik, Kerja part time sementara keputusan SPM keluar & sementara saya diterima masuk belajar di mana-mana institusi pengajian. Saya ada cita-cita, tapi apa salahnya saya buat kerja yang mendatangkan hasil untuk beberapa bulan ini. Boleh juga digunakan untuk perbelanjaan ketika di universiti nanti. Ringan juga beban mak ayah :)

Satu lagi masalah.

Nak kerja part time, tapi apa yang sesuai ?

Biasanya..kerja part time yang "famous" untuk lepasan SPM macam saya ini :

1) Sales assistant atau cashier
2) Admin atau kerani sementara
3) Kerja di restaurant fast food (KFC/McD/Pizza Hut) atau kedai makan 
4) Promoter
5) Runner/ Dispatch
6) Customer services

Kenapa tidak BERBISNES ?

Berbisnes, boleh buat secara Online, Offline atau buat kedua-duanya sekali

Online : Di atas talian. Guna sahaja internet untuk tujuan memasarkan dan memperkenalkan bisnes atau produk kita kepada umum. "Kedai di alam maya" samada di Facebook, instagram, Blog, Website atau mana-mana media sosial. Tidak perlu keluar rumah berhadapan dengan pelanggan

Offline : Berniaga secara terus, berjumpa terus pelanggan dan mungkin mempunyai kedai fizikal. 

SANGAT DIGALAKAN BERBISNES

Kerana...

- 9/10 punca rezeki adalah datang dari perniagaan.

- Pertambahan komitmen yang memerlukan pertambahan kos kehidupan

- Ekonomi negara yang kurang stabil, perlu sentiasa ada "backup" pendapatan selain dari makan gaji

- Time freedom (Kebebasan masa)
-Bila berbisnes, anda boleh cipta atau susun sendiri masa, untuk bersama keluarga dan juga rakan-rakan. Tidak terikat dengan masa yang ditetapkan majikan yang ada masa sangat menekan.


- Untuk memenuhi keinginan @ kehendak tanpa perlu " downgrade " kan kehidupan sendiri. Boleh cuba untuk mencapai Money Freedom (Kebebasan Kewangan )


- Dapat membantu orang lain yang memerlukan dengan cara menawarkan peluang pekerjaan kepada orang lain ( Bisnes berkumpulan / Team / Group / Dan lain-lain )


 - Dapat memajukan diri dengan belajar untuk memajukan bisnes, belajar menyelesaikan masalah, lebih matang dan berfikiran ke hadapan



KENAPA ORANG MUDA PERLU MULAKAN BISNES DARI AWAL LAGI ?

INI 5 SEBAB NYA :

1. Ada banyak masa

Orang muda biasanya kurang komitmen. Mudah untuk fokus & berjaya dalam bisnes. 

Berbeza dengan orang yang semakin meningkat umur, komitmen tanpa disedari bertambah, masa untuk fokus berbisnes semakin kurang dan sangat struggle. Keluarga, pasangan, anak, kerja hakiki. Semua perlu dibahagikan masa nya.

Jadi, sewaktu muda dan tiada tanggungjawab yang terlalu besar lah masa yang paling tepat untuk mula berbisnes.


2. Minda fresh 

Semangat dan keinginan orang muda biasanya lebih kuat jika nak dibandingkan dengan orang yang dah melepasi umur 30-an.

Biasanya orang muda lebih positif, produktiviti yang lebih tinggi dan mereka lebih banyak enjoy ketika berkerja. Berkaitan dengan point no.1 tadi juga, kerana kurang komitmen maka kurang juga stress. 


Kenapa nak tunggu lama sedangkan waktu muda inilah boleh keluarkan idea yang lebih bernas dan "fresh"

3. Kumpul Pengalaman

Dapat belajar dan berjaya dengan lebih  awal.

Masa muda lah nak belajar. Jangan takut dengan kegagalan. Sebenarnya, itulah yang mengajar kita untuk terus maju

Tapi, siapa kata pengalaman ditimba melalui kegagalan sahaja. Ada yang berjaya dan terus berjaya. Cuma, perlu ada sikap berhati-hati dan yakin dengan setiap tindakan yang akan diambil

Jom tengok video ni tentang detik detik menjadi seorang usahawan :



4. Kewangan Yang Stabil

Dengan bisnes boleh bantu kita ada kewangan yang lebih stabil. Kerana tidak bergantung nasib dengan mana-mana company untuk membayar gaji. Jika company lingkup? Kita lingkup sama. 

Bina bisnes sendiri, bermakna bina kewangan sendiri. Rasa lebih secure kan?

Disebabkan itulah, ramai yang berbisnes dapat kebebasan kewangan dan UNLIMITED !

Tidak seperti gaji yang hanya ditetapkan oleh majikan walaupun seberapa besar usaha kita

Cuma, perlu belajar urus kewangan dengan baik supaya ianya membantu kita sehingga hari tua

Kebebasan kewangan di usia muda sangat diidamkan oleh ramai muda mudi kerana

 Tak perlu terlalu bergantung harap kepada ibu bapa dan saudara untuk
- Kos perkahwinan
- Kos dan perbelanjaan atas keinginan sendiri
- Membantu ahli keluarga yang lain, contohnya adik beradik yang masih belajar
- Dapat kumpul aset di awal usia. 
- Berjaya dalam hidup



5. Meminimumkan Risiko

Cabaran yang banyak masa kini 
- Sukar mendapatkan pekerjaan selepas tamat pengajian
- Bekerja makan gaji, gaji rendah (under paid)
- Seperti tiada jaminan masa hadapan, masa bekerja yang terlalu panjang sehingga kurang masa dengan keluarga

Sekiranya seawal usia sudah mula bertindak untuk memulakan bisnes, mungkin tidak lah terlalu tertekan apabila sudah meningkat usia nanti nak mendepani masalah-masalah seperti diatas. 

Ya, dengan bisnes pasti akan ada masa nya berlaku kerugian atau bisnes tidak berjalan seperti yang kita inginkan. 

Tetapi, sekurang-kurangnya di usia muda ini masih ada masa untuk pergi menimba ilmu di kelas-kelas, belajar dan buat carian online. 

Jika dah tua baru nak merasai semua ini? Fikir-fikirkan lah. Takut kita akan cepat sangat give up dek kerana tenaga dan kemampuan semakin terbatas.


Jadi, tolong jangan bazirkan masa di usia muda. Sentiasa ingat 5 perkara Sebelum 5 Perkara

Sihat sebelum sakit
Kaya sebelum miskin
Lapang sebelum sempit
Muda sebelum tua
Hidup sebelum mati


Friday, September 20, 2019

Kenapa program jom detox perlukan supplement?




Detox tanpa supplement ni ibarat kita basuh baju tanpa sabun. So nak baju bersih mesti guna sabun kan.

Macam tu jugak detox.

Dan yang paling penting kita akan tampung nutrisi ketika proses detox dilakukan kerana kurang makan.

Yess.. Itulah fungsi supplement dalam program Jom Detox ni untuk support organ detox kita.

Ok  NEXT.

“Kenapa pilih Shaklee supplement? Kenapa bukan supplement lain?”

Jawapan kepada persoalan ni ialah: Sebab shaklee memang company suplemen terbaik.

Kenapa saya cakap Shaklee ni company supplement terbaik?
Sebab pertama: Shaklee ada landmark study.

Landmark study ni bahasa mudahnya ialah kajian saintifik yang dilakukan oleh para saintis terhadap produk-produk mereka. Yang bestnya, kajian saintifik dilakukan ke atas manusia tu sendiri . Kajian bukan dilakukan ke atas haiwan.

Result kajian semua ada di publish di website tertentu(anda boleh google) dan semua result kajian adalah sangat-sangat memberangsangkan

Sebab kedua : Satu kualiti. Satu lagi halal.

Semua produk Shaklee adalah halal. Semua produk Shaklee juga adalah selamat digunakan dan mendapat kelulusan dari KKM.

Kira nya, Shaklee ni bukan produk cikai. Sebab semua produk keluaran Shaklee ni, semua dah ada kajian klinikal ke atsnya.

Shaklee mementingkan kualiti. Jadi, bila produk tu sendiri berkualiti tinggi, keberkesanan nya pasti tak akan diragui.

Bayangkan, shaklee buat skincare pun tanpa 2500 bahan kimia bahaya.

Baru-baru ni, yang kes di pasir gudang. Kita terhidu bahan kimia tak sampai 2500 pon boleh muntah semua.

Kalau ada 2500 bahan kimia dlm vitamin, camne pulak kita? Sebab tu kena pilih the right.


Kenapa kena ambil semua supplemen Detox Shaklee kalau saya dah follow meal plan "eat clean" atau diet sendiri ?

Baca kelebihan semua supplemen Detox Shaklee dan inilah sebab-sebabnya ia buat Program Detox berjaya tanpa effect yoyo.


"5 Senjata Ramai dapat kesan hebat selepas DETOX dalam masa 7 hari"

1. Vivix





Kenapa Vivix bantu untuk Detox Shaklee Style.

Vivix diformulakan dengan anggur Muscadine. Anggur Muscadine adalah sejenis polyphenol yang tinggi antioksida dan energy booster yg sangat hebat. Semasa detox, Vivix membantu memberi tenaga pada sel untuk membaik pulih kesan toksin yang merosakkan badan dan beri tenaga untuk menyahtoksin dengan lebih efisyen.

Kandungan Vivix :

Selain Anggur Muscadine, Vivix mengandungi extrak polygonum cuspidatum, extrak european elderberry dan extrak lobak ungu. Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan. Vivix mengandungi 4 bahan aktif yang tinggi kandungan Resveratrol berbanding resveratrol dari produk lain di pasaran. Resveratrol sangat powerful untuk bantu kawalan pelbagai jenis penyakit.



2. DTX Complex




Cara DTX bantu untuk Detox Shaklee Style.

DTX Shaklee mengandungi milk thistle. Milk thistle ni memang sejak turun temurun digunakan secara semulajadi untuk detox hati dan terkenal sebagai TONIK HATI. Hati adalah organ utama untuk detokfikasi. Namun kalau dah diselaputi lemak, macam hati ayam tu, penat dia nak kerja. DTX membantu menyingkirkan toksin dari hati dengn lebih efisyen dan merangsang pertumbuhan semula hati yang rosak.



Kandungan lain DTX Complex

Selain milk thistle, DTX mengandungi extrak cendawan Reishi, schizadra, ekstrak dendalion, kunyit dan articok. Kandungan DTX Complex Shaklee kaya antioksida bantu rangsang baik pulih dan regenerasi sel hati dan bantu mengekalkan pengaliran hempedu yang normal serta mengeluarkan toksin dari badan. Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.



3. Herb Lax


Fungsi Herblax bantu untuk Detox Shaklee Style

Herb Lax mengandungui daun senna yag berfungsi untuk mengelakkan sembelit kerana sangat bagus untuk kesihatan usus dan lancarkan sistem pencernaan. Semasa Detox Program, usus yang sesak dengan toksin dan bahan lain yang menyekat pergerakan usus akan cuba disingkirkan.





Kandungan Herb Lax:

Selain daun senna, herblax juga mengandungi herba-herba terpilih untuk membantu pelawasan, elak sembelit dan meningkatkan kesihatan usus.



4. Alfalfa

Kebaikan Alfalfa bantu untuk Detox Shaklee Style

Daun Alfalfa tinggi nutrien kerana akarnya yang panjang dan dalam, dapat menyerap pelbagai mineral. Alfalfa membantu melawan keasidan ( asid ) yang terjadi akibat toksin yang berlebihan dalam badan dan turut membantu menurunkan berat badan.




Kandungan klorofil dan nutrisi dalam Alfalfa Complex menjadikannya diuretik semulajadi iaitu agen penyahtoksin sejak turun temurun. Alfalfa juga bantu tingkatkan sistem penghadaman dan mengurangkan bau badan.




5. Peppermint Ginger Plus




Apa yang ada dalam Peppermint Ginger Plus untuk bantu Detox Shaklee Style.

Seperti namanya, dalam Peppermint Ginger Plus, ada daun pudina dan halia. Khasiatnya dapat menghilang angin dan kembung perut.

Kandungan lain dalam Peppermint Ginger Plus :

Selain pudina dan halia, dalam Peppermint Ginger Plus juga ada jintan manis dan bunga lawang yang nyaman dan melegakan perut. Kandungan dalam supplemen ini mengurangkan angin di usus dan perut dan melancarkan proses penghadaman. Kalau orang yang sering mual dan loya pun sangat direkomenkan ambil supplemen Peppermint Ginger Plus ni.



6. ESP 







7. Cinch Shake








Banyak testimonial hebat dan perubahan peningkatan kesihatan selepas tamat detox selama 7 hari bersama supplemen Shaklee.

Perubahan yang suami sendiri alami seperti dalam poster ini :



Perubahan fizikal pada suami Mohammad Ayatollah Hashim selepas seminggu berdetoks. Alhamdulillah total penurunan berat badan adalah sebanyak 10.9kg setelah 2 kali detoks (2 minggu yang tidak berturut-turut)

Banyak lagi info dan testimonial saya akan kongsikan untuk JOM DETOX JUTAWAN. Pada yang mengalami masalah keletihan, toksin tinggi, sukar fokus dan tidak mendapat perubahan positif selepas mengamalkan supplemen atau ubat, anda patut sertai kami dalam 'Projek Detox' dan amalkan Set Detox Shaklee ini.

Hubungi saya segera jika berminat !


 Shaklee Independent Distributor
ID 1164704 
Phone : 014 -5082724
Email : noorkamilahibrahim@yahoo.com
Order Shaklee Online dan pos ke seluruh Malaysia
COD Shaklee kawasan : Bukit Jalil, Seri Kembangan, Sedang, Puncak Jalil, Bandar Kinrara



PAUTAN BERKENAAN DETOX (Detox Shaklee) !  (Sila klik dibawah ):














Sijil Halal Shaklee 2019





SIJIL HALAL Shaklee 2019 ini telah dikeluarkan pada 10 January 2019 oleh Islamic Services of America (ISA). Islamic Services of America (ISA) tersenarai sebagai salah satu badan Islam yang diiktiraf oleh JAKIM tau.

Setiap tahun sijil perlu diperbaharui. Sijil ni sah digunakan sepanjang tahun 2019. Untuk tahun 2020 tahun depan, diorang akan renew balik sijil ni.

Untuk pengetahuan semua, setiap badan yang mengeluarkan sijil halal mempunyai prosedur yang ketat sebelum mereka mengeluarkan sijil halal kepada sesuatu produk.

Memiliki sijil halal ini menunjukkan komitmen Shaklee bagi menjamin produknya bersih dan halal seiring dengan keperluan penduduk Malaysia yang majoritinya beragama Islam.

Pengeluar sijil halal akan sentiasa memantau dan mereka boleh menarik balik sijil ini pada bila-bila masa sekiranya Shaklee tidak mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

Kalau nak samakan Shaklee dengan produk lain, memang tak sama. Anda boleh cek sendiri kekuatan Shaklee berbanding jenama lain. Shaklee is the best.




PAUTAN BERKENAAN DETOX (Detox Shaklee) !  (Sila klik dibawah ):