Tuesday, October 1, 2019

Time Freedom Dengan Bisnes Shaklee


Assalamualaikum !



Harini (Selasa, 1 Oktober 2019) mila keluar untuk uruskan customer berpantang & baby. Job confinement lady mila ada bebaki kurang lebih 9 hari lagi alhamdulillah.

Dan lepas dah settle semua sempat keluar untuk urusan postage produk shaklee yang dipesan semalam. Alhamdulillah rezeki lagi.

Dah selamat di pos. Semoga selamat sampai ke kuantan :) Mila hadiahkan pillbox comel untuk my loyal customer. Hampir setiap bulan tak miss makan  Ostematrix. Oktober adalah bulan promosi Ostematrix Shaklee, Pil Kalsium terbaik ! 

Alih alih, suami cakap nak ikut sama hehe. Angkut lah anak-anak sekali. Dah jadi family outing tanpa sengaja pula harini😁

Selesai urusan pos, kami masuk shopping mall untuk membeli sedikit barang keperluan.

Keluar 4 beranak petang tadi


Berbalik kepada topik entry blog yang mila nak tulis harini, tentang 

TIME FREEDOM ( Kebebasan Masa )   

Mila bersyukur kerana, mila dan suami sudah memiliki time freedom dalam lebih kurang 4 tahun sudah. Selepas suami membuat keputusan untuk berhenti bekerja makan gaji dan mila adalah surirumah sepenuh masa sejak mula berkahwin lagi. Kini kami lebih fokus kepada bisnes masing-masing dan membesarkan anak-anak sebaik mungkin bersama-sama alhamdulillah.

Sejak dari itu, mila dapat rasa beberapa perkara yang sangat best memiliki time freedom dengan hanya menjalankan bisnes Shaklee di rumah secara online :


6 PERKARA BEST YANG MILA DAPAT KERANA TIME FREEDOM

1. Masa untuk berjumpa lebih panjang. 

Mila masih ingat sewaktu suami bekerja makan gaji, dan juga mila sedang mengandung anak pertama. Terasa sedikit renggang kerana dalam sehari hanya berjumpa beberapa jam dengan suami. Masa lebih banyak dihabiskan di tempat kerja. Kadang-kadang overtime, lagi lah lambat untuk berjumpa. Kalaulah mila juga wanita yang berkerja makan gaji, entah lah bagaimana komunikasi kami berdua waktu tu. Mungkin balik kerja kepenatan dan tak sempat berjumpa.

2. Banyak berkongsi cerita & masalah

Dalam rumahtangga, bagi mila adalah sangat penting untuk ada komunikasi dua hala. Kalau tak, mau penuh rasa otak ni nak simpan semua cerita sorang sorang kan. Lagi-lagi surirumah yang banyak masanya menyendiri di rumah. Selepas kami punyai kebebasan masa bersama, banyak masa untuk mila dan suami bercerita, meluahkan perasaan, buat planning secara face to face. Kalau dulu asyik ber whatsapp sahaja kalau nak cerita apa-apa sewaktu suami bekerja. Sangat lah tak best dan terasa jarak antara kami.

3. Lihat perkembangan anak-anak depan mata 24 jam

Mila tak boleh bayangkan jika suami masih berkerja makan gaji sewaktu kami dah punyai anak sekarang, mesti susah nak berkongsi cerita perkembangan anak-anak. Tak syok kan. Sebab anak ni sekali je dia kecil, diorang semakin membesar dari hari ke hari. Takut sangat terlepas peluang tengok semua perkembangan mereka. Juga dapatlah luangkan lebih masa mengajar mereka mengikut cara kita sendiri, dan apa pencapaian yang ingin kita lihat dari anak



Aryan baru berjalan di umur 10 bulan. Dia betul-betul boleh berjalan tanpa bantuan pada umur 1 tahun (tak jumpa pula video tu). Happy nya ibu & abie waktu ni tak terkata :')

Airis first step. Baby shaklee betul dia. Nak mula berjalan kat HQ shaklee jugak hahaha

Video mila sempat merakam kedua-dua anak kami, Aryan & Airis sewaktu melangkah pertama kali dalam hidup mereka :'). Ya Allah bangga sangat sebab dapat tengok moment ni

4. Boleh kemana sahaja, bila-bila masa,tanpa minta MC atau mohon cuti dari majikan

Alhamdulillah, suami dapat menunaikan umrah pada Disember 2019 ini. Dan plan nya mila akan stay bersama anak-anak di kampung keluarga mila dulu lah selama 2 minggu selama ketiadaan suami.

Bila difikirkan semula, bersyukur sangat apabila kita nak kemana saja, tak perlu pening-pening fikir untuk apply cuti.

Katakanlah waktu sedang bekerja, ada kecemasan, banyak juga prosedurnya kan. Mungkin boleh terus lari untuk selesaikan masalah atau pergi ke tempat kecemasan. Tetapi banyak lah pula perlu menjawab kepada bos dan staff lain selepas itu.

Pernah merasai pengalaman berkerja suatu ketika dahulu. Apabila papa mila warded kerana penyakit jantungnya, perlu explain panjang lebar kepada bos untuk masuk lambat kerja dan perlu fikir macam-macam untuk cari orang untuk gantikan tempat mila (sewaktu menjadi pengasuh taska dan memegang kunci taska). Kalau nak cerita bab MC & permohonan cuti ni memang banyak dan ada perasaan tak best lah. Syukur untuk lepas dari perasaan itu dan berkurang lah sedikit stress


5. Tak terikat dengan masa office hour 

Pengalaman mila berada dalam beberapa bidang perkerjaan adalah satu pengalaman yang sukar nak dilupakan. Pernah menjadi seorang guru, kerani pejabat, berkerja di sangkar penternakan ikan, salesgirl dan beberapa lagi pekerjaan yang pernah mila buat.

Pernah mila datang ke Kuala Lumpur dari kampung Terengganu semata-mata untuk menghadiri interview dan terus memulakan pekerjaan pada hari yang sama. Kalau diingat kembali memang mencuit hati :D

Mila diterima kerja di sebuah syarikat yang menguruskan PATI (Pendatang Tanpa Izin). Hari pertama, dah menerima "duit kopi" di bawah meja daripada agen bernilai RM5 (share dengan kawan sorang lagi). Dilarang untuk keluar makan tengah hari bersama rakan pejabat yang lain walaupun kita masih tak tahu tempat makan di situ dan bagaimana keadaannya. Dan hari pertama itu juga bos memanggil masuk ke dalam biliknya untuk marah kerana ternampak mila sering melihat jam dan ke tandas. Katanya mila tak sabar nak balik dan ke tandas untuk bermekap sebelum pulang ke rumah.

Ya, memang mila tengok jam kerana terlalu bosan menunggu masa berlalu. Tidak diberikan tugasan yang spesifik, dan dalam masa sama risau takut tak sempat solat asar. Memang tak boleh terima tuduhan mila nak bermekap. Sedangkan sedang mencari tempat untuk solat hehe.

Allahu..di umur masih "fragile" dan melalui pengalaman sebegitu memang sangat lah buatkan mila tak suka dengan " Office Hour". Rasanya dengan bisnes jauh lebih bebas dan tak terikat dengan telunjuk sesiapa.

Takpe lah, mila dah lupa muka bos tu, nama pun tak ingat. Mila maafkan je atas kata-katanya ketika tu..tetapi memang ingat sampai bila-bila peristiwa tu hihihi.

Walaubagaimana pun mila tak pernah berhenti mencari pekerjaan lain, mula berkerja di tempat lain sehinggalah berkahwin.

6. Bebas untuk membuat perancangan aktiviti sendiri bersama orang tersayang

Mila dan suami bebas merancang untuk pergi ke mana-mana walaupun bukan ketika cuti hari minggu atau semasa musim perayaan. Itulah saat yang sangat menggembirakan hati kami apabila boleh balik ke kampung menjenguk keluarga bila-bila masa. Definisi time freedom yang sebenar untuk mila sendiri adalah apabila dapat pulang bila bila masa sekiranya mama papa, nenek atau ahli keluarga mila dan suami dalam keadaan tidak sihat. Semoga kami sentiasa berada di sisi mereka dalam keadaan mereka bahagia ataupun tidak sihat


Gambar ketika selesai Lunch & Hi-Tea di Marriot Hotel, Putrajaya. Alhamdulillah mila dapat reward dari mentor di atas kesetiaan bersama team SOUL Shaklee. Dan beliau belanja mila satu family kerana, tanpa support dari suami dan tanpa pengorban masa dari anak-anak, tak mungkin mila boleh masih berdiri dalam bisnes shaklee. Itulah kelebihan bisnes shaklee. Kita mampu mempunyai time freedom dan mentor yang menghargai




Walaubagaimanapun, bukanlah niat mila untuk merendah-rendahkan bagi sesiapa yang bekerja makan gaji. Mila tahu dan faham, bukan semua orang ditakdirkan dan direzekikan untuk dapat berhenti kerja dan buat bisnes 100% seperti kami suami isteri .


Ada yang masih struggle dengan impian untuk bekerja dari rumah sendiri. Ada yang tidak mampu berimpian untuk resign dek kerana tanggungjawab yang dipegang tersangat besar dan memberi impak kepada masyarakat. Dan ada juga sangat sayangkan kerjaya nya sehingga dia decide untuk teruskan membina kerjaya nya sampai bila-bila.

Tidak semua orang memiliki time freedom dan juga memiliki money freedom ( kebebasan kewangan). Ramai juga, bebas masanya tetapi bermasalah kewangan. Ada yang sebaliknya...tidak bermasalah dari segi kewangan, tetapi terlalu sibuk sehingga tiada masa untuk keluarga.

Bagi pendapat mila, yang menjalankan bisnes shaklee di rumah ini. Dengan shaklee, peluang untuk dapatkan kedua-duanya ada. Walaupun perlukan effort dan pengorbanan pada awalnya. Satu masa, akan ada peluang untuk memiliki time & money freedom. Contohnya, bergelar surirumah tetapi memiliki aset dan pengurusan kewangan yang mantap.





Bukanlah semata-mata mengejarkan kebendaan. Tapi kita boleh ukur kejayaan melalui pencapaian seseorang juga kan ? Mila sangat kagumi mentor-mentor shaklee mila yang merupakan surirumah sepenuh masa. Di umur belum mencecah 30 an, sudah berjaya langsaikan hutang PTPTN, membeli rumah atas nama sendiri, dan berjaya membali kereta idaman Audi Q5 hanya dengan bisnes shaklee dari rumahnya.

Dan seorang yang baharu sahaja berumur 36, sudah memiliki 8 buah rumah, beberapa buah kenderaan dan bermacam investment dan memiliki kebebasan masa untuk bersama-sama membesarkan 4 orang anaknya.

Jadi, bagi mila bukanlah semata-mata nakkan time freedom kita perlu tinggalkan semua yang kita mampu dapat. Contohnya, sewaktu berkerja makan gaji kita masih mampu membeli pakaian atau alat mekap yang disukai tanpa perlu berkira-kira. Kerana memang mampu, tetapi apabila decide untuk resign kerana ingin tumpukan perhatian penuh kepada keluarga, lifestyle kita yang sukakan fashion dan make-up terus dilupakan kerana sudah tidak mampu.

No !

Mila belajar untuk tidak downgrade kan kehidupan kita kerana hidup sentiasa ada pilihan. Kenapa tidak pilih untuk ada time freedom dan dalam masa sama, kita juga dapat money freedom?

Best kan. Jadi, sudah terang lagi bersuluh..dengan bisnes shaklee. Sesiapa sahaja mampu.  Tinggal untuk usaha atau tidak sahaja :)


Ya, apa jua bidang dan kerjaya yang sedang kita bina sekarang adalah hak dan matlamat kita sendiri, bukan orang lain. Mila berkongsi atas dasar untuk menyatakan perasaan dan perbezaan yang mila alami selama kehidupan ini

Semoga memberi sedikit inspirasi kepada yang lain :)



Monday, September 30, 2019

Perbezaan Program Jom Detox Jutawan Dengan Program Kurus Lain



Assalamualaikum ! 

Kebanyakkan program DETOX hanya tertumpu pada detoksifikasi organ tertentu seperti usus sahaja - ia tidak menyeluruh.

Kita memerlukan program Detox secara menyeluruh untuk memastikan detoksifikasi dilakukan secara berkesan dan kesihatan optimum dapat dicapai!

Kami bekerjasama untuk memastikan detox secara holistik ke atas system detox tubuh. So menu kita adalah dari Nutritionist dan di endorsed oleh Doktor. Bukan sembarangan menu.

Contoh detox program diluar sana : hanya tertumpu pada usus sahaja, padahal organ utama detox kita ada 5!



Apa beza program #jomdetoxjutawan A.K.A Detox Shaklee ini yang takkan jumpa dalam program Kurus yang lain


Apakah program #JomDetoxJutawan?

Ia adalah program selama 17 hari. Ia ada 3 fasa:


🥦 Fasa 1 (Pre-Detox): Tempoh untuk prepare tempoh detox. Untuk kita ubah mindset 


🥦 Fasa 2 (Detox): Tempoh kita detox dengan meal plan yang telah disediakan.


🥦 Fasa 3 (Post-Detox): siapa yang buat Detox betul-betul. Akan dapat result badan lebih cergas, berat badan continues turun, kulit cantik, nampak lebih muda. Just name it.




INI PALING SPECIAL  #JOMDETOXJUTAWAN 

1) Kami sediakan coaching 17 hari di group whatsapp merangkumi Predetox week, Detox Week dan Post Detox Week. Satu satunya Group yang ada Predetox & Post Detox Week.

2) Kami guide untuk detox dengan ilmu. Banyak ilmu yang sangat mahal yang kami kongsikan dalam Group ini yang tidak ada di luar sana.

3) Kami beri meal plan yang di sediakan oleh Pakar Nutrisi dan dipersetujui oleh Doktor. Insya Allah anda tak akan kelaparan. Tambahan lagi suppliment yang kami gunakan adalah satu-satunya suppliment yang mempunyai Landmark study yang memang Selamat, Terbukti dan Berkesan.

4) Program kami TERBUKTI BERKESAN bagi peserta sebelum ni yang betul betul ikuti panduan yang kami beri (boleh rujuk testimoni sebelum ni

5. Kini yang terbaru, kami ada ganjaran wang dikembalikan sekiranya sepanjang program ini tiada apa-apa perubahan kepada kesihatan atau berat anda. Dengan syarat segala arahan coach telah anda patuhi. *term and condition apply.

Kenapa Perlu Sangat Detox, bukan diet untuk kurus sahaja?

Di antara tanda tanda kita perlu detox:

1) Berat badan bertambah – metabolisma badan terganggu, hormon terganggu
2) Sembelit
3) Kulit Kusam
4) Sakit kepala / migrain
5) Cepat letih, cepat lemau, stress, rasa lembab
6) Cepat marah, rasa nak mengamuk.
7) Keinginan makan banyak, craving sugary foods (selalu lapar, tak cukup nutrient).
8) Susah nak fokus dalam masa yang lama.
9) Penyerapan nutrisi yang kurang – MAKAN SUPPLEMENT Tapi TIDAK BERKESAN
10) Senang dijangkati penyakit – selesema,demam.
11) Susah tidur waktu malam
12) Sering mengalami kembung perut, perut tidak selesa dalam keadaan biasa atau selepas makan.
13)Sering ada lingkaran hitam bawah mata.
14) Badan berbau jika tidak menggunakan deadorant atau pewangi.
15) Merokok atau sering bersama dengan orang yang merokok.
16) Mulut / Nafas Berbau.
17) Menghadapi masalah ALERGIK.
18) Tiada senaman sekurang kurangnya 3 kali seminggu.
19) Pengambilan sayuran kurang dari 1/2 cawan sehari.
20) Mengalami Eczma, jerawat atau Psoriasis.
21) Minum minuman beralkohol (bagi non muslim)




Jika dah ada tanda-tanda seperti di atas, boleh la mulakan langkah untuk detox ! Jom Detox Jutawan sentiasa membuka penyertaan ☺️

Let's Detox & Start Fresh !!!


Noor Kamilah Ibrahim (Mila)
ID: 1164704
Shaklee Independent Distributor
014-5082724

PAUTAN BERKENAAN DETOX (Detox Shaklee) !  (Sila klik dibawah ):













Gaya Hidup Sihat Dengan Jom Detox Jutawan


Assalamualaikum !


Pertama sekali, mila nak tekankan kenapa detox ? Kenapa tak diet macam biasa untuk dapatkan KURUS ataupun join program kurus lain?

Kerana banyak kes yang melakukan diet yang tidak seimbang untuk tujuan mendapat penurunan berat badan TETAPI :

1. Sakit dan kurang tenaga
2. Tidak berjaya kurus
3. Berat turun tapi masih nampak berisi (tiada inchloss)

Jadi, DETOX adalah permulaan untuk hidup sihat, mendapat nutrisi lengkap, proses pembersihan badan, dan sudah pasti berat badan ukuran badan dapat diturunkan dengan cara terbaik !


Jom Detox Jutawan a.k.a detox shaklee merupakan satu program yang sangat berbeza dari program kurus yang lain

Macam ni....

Kebanyakan program DETOX hanya tertumpu pada detoksifikasi organ tertentu seperti usus sahaja - ia tidak menyeluruh.

Kita memerlukan program Detox secara menyeluruh untuk memastikan detoksifikasi dilakukan secara berkesan dan kesihatan optimum dapat dicapai!

Kami bekerjasama untuk memastikan detox secara holistik ke atas sitem detox tubuh. So menu kita adalah dari Nutritionist dan di endorsed oleh Doktor. Bukan sembarangan menu.

Contoh detox program diluar sana : hanya tertumpu pada usus sahaja, padahal organ utama detox kita ada 5!




Dengan detox, kita akan mengembalikan semula kestabilan kepada sistem badan dan ini akan membolehkan sistem badan berfungsi dengan sempurna.


Concern tak kita semua? dengan tanda-tanda anda perlu detox tadi?


Apakah program #JomDetoxJutawan?

Ia adalah program selama 17 hari. Ia ada 3 fasa:

Fasa 1 (Pre-Detox): Selama 5 hari. Masa persediaan untuk hadapi waktu detox. Untuk kita ubah mindset, ajar cara minum, makan dan tidur yang betul.

Fasa 2 (Detox): Selama 7 hari. Tempoh dimasa proses pembuangan toksin berlaku dan kita akan rasakan perubahan yang sangat baik waktu ini.

Fasa 3 (Post-Detox): Selama 5 hari. Waktu di mana kita dah nampak hasil dari pembuangan toksin dan alami kesan yang positif.  Waktu ini anda akan dapat rasakan  badan lebih cergas, berat badan continues turun, kulit cantik, nampak lebih muda, rasa lebih sihat, sakit-sakit badan mula hilang dan banyak lagi.


Nampak tak, disinilah bermulanya gaya hidup sihat kita. Takde program macam ni agaknya..berjaya kah kita nak jalani kehidupan yang lebih sihat?

Tepuk dada tanya iman :D

  
GAYA HIDUP SIHAT DENGAN JOM DETOX JUTAWAN


RESET

Seperti komputer yang boleh di reset untuk tujuan memulakan sesuatu yang baru. Begitu juga tubuh badan kita.

Detox seakan permulaan hidup yang baru, lebih sihat dan bersemangat !

Set kembali sistem badan untuk rasa lebih segar

Kemudian, dengan mengurangkan segala toksin di dalam badan, badan akan menyerap nutrien, memberi nutrisi/khasiat dan suplemen dengan lebih baik dan kita akan rasa lebih sihat, bertenaga, lebih fokus, lebih hebat !

Apabila sistem badan dapat bekerja dengan lebih efisien, beserta dengan nutrien yang lengkap. Sudah pasti tubuh badan anda lebih sihat !




Sepanjang program detox, memang kita disarankan untuk menjalani gaya hidup yang sihat

1) Bersenam
2) Minum air kosong yang secukupnya
3) Elakkan rokok & alkohol
4) Cara memasak yang lebih sihat (panggang/kukus/rebus/celur/sautee)
5) Tidur yang cukup
6) Elakkan makanan yang tidak sihat (minuman bergas, makanan berproses, makanan/minuman tinggi pengawet, tinggi gula dan perasa)
7) Jaga waktu makan dan portion


Jadi, apa tunggu lagi...


Let's Detox & Start Fresh !!!


Noor Kamilah Ibrahim (Mila)
ID: 1164704
Shaklee Independent Distributor
014-5082724

PAUTAN BERKENAAN DETOX (Detox Shaklee) !  (Sila klik dibawah ):













Sunday, September 29, 2019

Mudahnya buat bisnes di hujung jari




Assalamualaikum !

Salah satu Kelebihan Bisnes Shaklee adalah semuanya boleh dibuat di hujung jari !

Kalau dulu, takde teknologi yang canggih. Bonus shaklee dibayar menggunakan Cek, nak cek prestasi sales terkini perlu ke HQ untuk cek & print di atas kertas, dan banyak lagi lah


Tapi sejak dari beberapa tahun yang lalu, shaklee dah banyak improve untuk memudahkan semua ahli nya untuk membuat pesanan.

Bayangkan, kita menjadi "dropship" untuk sesuatu produk. Begitulah shaklee. Tidak perlu simpan stok di rumah, hanya buat pesanan melalui talian (online) apabila mendapat permintaan dari pelanggan, ataupun diri kita sendiri ingin membuat pembelian.

Tapi, shaklee jauh lebih mantap dari sistem dropship tu hehe. Sistem bisnes shaklee adalah sistem yang mampu membantu grow dan achieve something dalam kehidupan.

Maksudnya, shaklee mewujudkan sistem pangkat kerana berusaha melahirkan pemimpin perniagaan (leader). Nak jadi leader, perlu capai syarat yang shaklee tetapkan dan tanpa sengaja banyak sangat perkara diperbaiki..terutama "soft skills".

Menjadi seorang leader, memimpin sebuah team bukannya perkara yang mudah kan. Perlu melalui beberapa step untuk lebih maju dan menjadi leader yang baik untuk diri nya, baik untuk ahlinya, baik untuk team nya.

Ok, berbalik kepada tajuk. Bisnes shaklee sekarang sangat mudah dijalankan kerana sesuai dengan peredaran zaman. Hanya menggunakan apa yang ada untuk berbisnes.

Orang sekarang lebih senang dengan whatsapp..bisnes lah melalui whatsapp

Orang update kehidupan di whatsapp story, IG story, Fb Story..update lah bisnes di situ juga

Orang perlukan space yang lebih besar untuk download gambar dan video, jadi lebih prefer untuk guna telegram, so..gunakan lah segala apa yang boleh upgrade bisnes di telegram

Instagram, Facebook, Youtube, Blog, Website...semua di hujung jari. Kenapa tak boleh gunakan "kelengkapan" yang sudah terdia di dalam henfon kebanyakan rakyat malaysia untuk BUAT DUIT ???

RUGI

Sayang..seribu kali sayang hehe. Jika kita sia sia kan semua peluang & ruang yang ada untuk tidak berbisnes. Hujung jari je beb! Tinggal untuk rajin dan KLIK !

Mila sangat berbangga untuk nyatakan mila berada dalam team yang sangat aktif dan "fully utilized" segala teknologi yang kita miliki.

" Benda boleh guna, buat apa nak simpan "

Pepatah orang sekarang hehe

Group Whatsapp & Telegram yang mila sertai untuk tujuan bisnes. Apa yang susah kan, setiap hari..buat jadual yang sesuai dengan kehidupan kita sendiri untuk cek henfon.  Tetapkan masa berapa jam untuk kita fokus cek henfon setiap hari untuk tujuan bisnes sahaja.

Dan yang pasti, rasanya semua rakyat malaysia mahupun di dunia sekarang sudah zaman "henfon di tangan". Daripada cek henfon untuk tiada tujuan dan matlamat yang jelas, lebih baik mulakan sahaja bisnes. Bukan perlu keluar rumah..tapi hanya di henfon.

One more thing, group yang ditubuhkan ini bukan "wajib" disertai oleh semua yang mendaftar. Hanya yang mahu sahaja akan dimasukkan. Tiada paksaan dalam berbisnes :)


Group Miracle, alhamdulillah mila berjaya bina team sendiri. Walaupun masih dalam usaha membangunkan team sendiri, bagi mila ia satu pencapaian dan pasti mila buat improvement masa ke masa. Yang pasti, di hujung jari sahaja mila tetap berhubung dengan ahli team setiap hari :)

Sebelum mila berjaya berkembang dalam bisnes shaklee ini, mila juga berada dibawah team yang lain, iaitu team di bawah mentor mila sendiri. Iaitu orang yang membantu mendaftarkan keahlian shaklee mila. SOUL adalah nama team untuk upline mila, Athirah. Boleh kata kat sini lah tempat mila dibesarkan hehe. Dahsyat kan penangan group alam maya ni. Hujung jari je pun bolehhh

Apabila dah menapak selangkah ke hadapan, mila dimasukkan ke dalam group leader SOUL. Memang ada leader sahajalah dalam group ni. Dan perbincangan nya adalah advance sedikit. Bukan semua ahli akan faham perbincangan sebagai leader yang punyai legasi masing-masing. Sebab itu, wujud group ni. Meeting, gathering semua bincang kat sini. Hujung jari je beb ! Tapi banyak dah kejayaan tercipta walaupun cuma tubuhkan group whatsapp alhamdulillah

Group LAT Family milik super upline mila. Master ira. Join sebab mila nak dapatkan ilmu dengan semua mentor

Ini pula support group bagi yang menyertai Mobile Spa TWB(spa shaklee). Mila suka join banyak group sebab dapar banyak motivasi ! Group ni adalah group untuk memotivasikan diri untuk rasa " orang lain dapat duit kepok kepok sebab dorang usaha, takkan kau nak duduk diam " 😂 Group ni memang motivasi duit sebab buat mobile spa memang bisnes buat duit. Nampak tak hujung jari je pun boleh memotivasikan kita setiap hari hehe

Group yang banyak berkongsi poster dan gambar cantik ! Terima kasih bagi yang selalu share. Jadi ahli shaklee yang baru tak risau kalau tak cukup dan tak ada gambar untuk tujuan marketing. Belambak lambak dah disediakan. Tinggal nak start sharing je hehe

Bagi yang join kelas berpantang TWB, akan dapat masuk ke group ni :)



Group Jutawan Nutrition Class. Group besar under super duper upline mila. Selalu ada kelas dari nutritionist shaklee sendiri kat dalam ni. So tak risau tak cukup ilmu walaupun tak sempat pergi ke Health & Wellness talk setiap bulan. Hujung jari je dah boleh dapat




Memang mudah untuk lakukan semuanya di hujung jari, namun walaubagaimanapun..perlu ada sentuhan magis untuk menjadikan sesuatu bisnes itu berkekalan lama.

Apa yang magic?

Perlu ada pertemuan sebenar, bukan di alam maya sahaja. Risau takut jarak yang kita sering letakkan menyebabkan jarak di hati hehe. Di sebabkan itulah, team mila sering adakan gathering, program, coaching dan perjumpaan untuk "keep in touch". Kita bukan sekadar nak berbisnes..tapi hubungan silaturrahim turut perlu di eratkan dan dikukuhkan :)




Friday, September 27, 2019

Incentive Trip Shaklee ( Regional & International )

Assalamualaikum !



TRIP 5 BINTANG TAJAAN SHAKLEE SEPENUHNYA !

Dalam entry yang lepas, mengenai Kelebihan Bisnes Shaklee (PELUANG DALAM BISNES SHAKLEE - 3C)

3C :

CASH
CAR
CONVENTION

Mila ada ceritakan betapa shaklee menghargai ahlinya yang berjaya mencapai tahap cemerlang & kelayakan akan menerima hadiah percutian REGIONAL & INTERNATIONAL/UMRAH setiap tahun !

Dan trip shaklee taja 100% ini biasanya bukan BIASA-BIASA. Tetapi ianya beyond imagination. Tak tercapai dek akal !


Jom layan 2 video trip yang akan shaklee taja ahlinya pada tahun hadapan, 2020 :)

Setiap dari ahli shaklee berpeluang untuk melayakkan diri ke trip percuma yang akan diadakan setiap tahun ini !

Regional Trip ke Seoul, Korea

Regional trip ini adalah trip di sekitar Asia Tenggara sahaja. 


International Trip ke Switzerland

International trip adalah trip ke :

1. Negara pilihan shaklee/US
 untuk kita menghadiri Shaklee Global Confernce (Setiap 2 tahun akan ke US)

2. ataupun UMRAH

Maksudnya kita boleh pilih salah satu. 


Cuma, berbeza lokasi sahaja lah setiap tahun. Dan bagi yang beragama islam, boleh juga memilih untuk menunaikan Umrah ke tanah suci. Alhamdulillah. Jadi boleh lah target buat bisnes sehingga dapat bawa diri sendiri, pasangan mahupun ibu bapa kita. And yes, jika kita berjaya. Semuanya PERCUMA tajaan 100% dari shaklee


Apa Yang Best Dengan Trip Percuma 100% Tajaan Shaklee Ni ???

1. Duit poket (Meal Allowance)




Dah la dapat free trip. Lepas tu, dapat duit lagi dari shaklee ! Untuk para qualifier guna untuk enjoy makan sendiri . Tapi mentor pernah cerita, dia simpan duit tu untuk shopping di US. Syokk ooo


2. Jaga kebajikan ahlinya 



- Prayers Room ketika Conference di US. Kat Malaysia tak pelik la ada surau kan. Tapi kat US pun dorang sangat mementingkan keperluan ahli shaklee 
- Freezer untuk ibu menyusu simpan stok susu sepanjang trip
- Utamakan makanan halal untuk muslim

Serius bangga sangat jadi ahli shaklee. Rasa mat mat saleh ni pandang tinggi kat kita, hormat kita, dan jaga serta sediakan semua keperluan kita as muslim walaupun datang ke tempat mereka 



3. Trip 5 star. Bukan cikai-cikai ye














4. Enjoy je


Tentatif sudah disediakan, cuma follow sahaja. Tak payah pening fikir bajet hehe

5. Banyak kejutan tak diduga !



Balik bilik hotel, shaklee suka buat suprise ! Ada je gift yang ditinggalkan. Mahal-mahal pulak tu. Dan limited edition


Yang pasti..semuanya best ! Mana tak kalau semua free dan dapat macam-macam lagi sepanjang trip :) 


Syarat-syarat nak menyertai trip percuma shaklee

Senang sahaja. Cuma ada 2 syarat iaitu :

1 .Memiliki rank sekurang-kurangnya rank leader pertama iaitu Supervisor

2. Mendapat cukup Conference Point (CP)

Untuk yang baru sahaja menjadi ahli shaklee, samada hari ini atau bulan ini dah boleh usahakan untuk belajar dengan upline (orang yang bantu daftarkan kita sebagai ahli shaklee) untuk tahu cara untuk jadi leader dan dapatkan CP yang mencukupi untuk dapatkan trip percuma shaklee ni.

Kalau cukup CP, untuk sorang..boleh dah pergi trip. Tapi kalau put effort sikit untuk bawa pasangan, anak, atau satu keluarga pun boleh. Asalkan cukup CP !

Berapa point CP yang kita perolehi & cara kita nak kumpul boleh tentukan samada kita dapat trip Regional & International/Umrah.

Kalau dapat CP banyak? Rebut la peluang untuk pergi kedua-dua trip dalam setahun iaitu regional & international/ umrah. Kasi sapu habis !

Rugi tau join shaklee tapi main-main dan nak stay jadi distributor biasa sampai bila-bila. Sedangkan banyak giler peluang yang shaklee tawarkan.

Best kan buat bisnes yg ada sistem macamni..usaha sama je macam bisnes lain, nak majukan diri sendiri, dapat income, tibe dapat reward dari shaklee plak. Reward bukan biasa biasa uolls ! 😍

Nak travel tapi taknak keluar duit sendiri? Duit boleh simpan kan untuk investment, beli rumah, beli kereta..untuk travel kita gunakan shaklee sepenuhnya hahaha. Itulah besst sangat buat shaklee. Kita penat yang berbaloi !

Jom sertai team mila !

X.o.X.o

Thursday, September 26, 2019

Detox Selesaikan Banyak Masalah Kesihatan


Assalamualaikum semuaaa :)





Pada entri mila yang lepas 

SUCCESS STORY 5 Testimoni JOM DETOX JUTAWAN (DETOX SHAKLEE)

ada menceritakan mengenai apa itu toksin. Pengertian dan bahaya toksin yang berkumpul di dalam badan setiap individu. Jadi, mila dengan berbesar hati telah memikirkan cara untuk membantu lebih ramai rakyat Malaysia khususnya, untuk memulakan kehidupan baru (Start Fresh) dengan mejalani detox !

"Detoks seminggu singkir toksin setahun" 
petikan dari majalah iSihat keluaran Jun 2016



BAGAIMANA PERMULAAN #JOMDETOXJUTAWAN

Pertama kali menyertai program detox ini adalah bermula daripada program detox yang suami mila jalani beberapa tahun yang lepas.  Hasil menjalani detox tersebut, suami berjaya menurunkan berat badan sebanyak 10.9KG ! .....(Baca selanjutnya disini )


DETOX SELESAIKAN BANYAK MASALAH KESIHATAN

Tidak lari jauh dari kepakaran dalam Set Ibu Hebat Shaklee (Set Kesuburan, Kehamilan & Set Berpantang Shaklee), mila terpanggil untuk menjalankan program detoks kepada golongan sasaran ini :

1) Wanita yang sedang berusaha untuk hamil.

Ada pengalaman yang pernah dilalui oleh seorang kenalan mila yang sudah berusaha untuk hamil selama 3 tahun. Bermacam-macam usaha yang telah dilakukan. Dan alhamdulillah akhirnya beliau berjaya hamil setelah mejalani program detox. Mila percaya, akibat terlebih toksin di dalam badan beliau menyebabkan kesukaran untuk hamil. Toksin merupakan "racun berbahaya" yang boleh menyebabkan pengambilan zat nutrient yang baik tidak diserap dengan baik kedalam badan individu. Jadi, selagi toksin di dalam badan tidak dikeluarkan dengan cara yang betul, akan ada banyak sebab untuk proses persenyawaan berlaku. 




2) Wanita yang mengalami kenaikan berat badan selepas bersalin/ Lelaki yang mengalami kenaikan berat badan

Ramai wanita gagal menguruskan pemakanan yang seimbang dan teratur selepas bersalin. Mungkin akibat dari rasa lapar yang tidak terkawal selepas menyusukan anak. Bagi wanita yang sudah cerai susu anaknya (wean off) dan mengalami berat badan berlebihan, sangat disarankan untuk berdetox untuk mengembalikan bentuk badan asal dan kembali bertenaga. Begitu juga lelaki yang mengalami masalah kegemukan dan buntu mencari penyelesaian kepada masalah ini. Detox la jawapannya.

3) Wanita/lelaki yang mengalami masalah jerawat yang tidak terkawal

Jerawat juga berpunca dari toksin yang terkumpul di dalam badan. Solusi yang terbaik kepada masalah jerawat yang tidak berkesudahan itu? Detoks lahh

4) Individu lelaki/wanita yang menhadapi semua 10 Tanda Badan Anda Perlu Jalani Detoks(Klik disini)





#JomDetoxJutawan









KELEBIHAN MENYERTAI #JomDetoxJutawan

Dengan hanya modal yang rendah, anda akan dapat :

1) Beberapa Produk dari Set Detoks Shaklee


Baca : Kenapa Detox Perlukan Supplement & Kenapa Shaklee?




Set Detoks Shaklee

Fungsi ringkas setiap satu produk dari Set Detoks Shaklee :

a) Alfalfa Complex : Detoks Darah

Daun Alfalfa tinggi nutrien kerana akarnya yang panjang dan dalam, dapat menyerap pelbagai mineral. Alfalfa membantu melawan keasidan ( asid ) yang terjadi akibat toksin yang berlebihan dalam badan dan turut membantu menurunkan berat badan. Kandungan klorofil dan nutrisi dalam Alfalfa Complex menjadikannya diuretik semulajadi iaitu agen penyahtoksin sejak turun temurun. Alfalfa juga bantu tingkatkan sistem penghadaman dan mengurangkan bau badan.

b) Herblax : Detoks Usus

Herb Lax mengandungui daun senna yag berfungsi untuk mengelakkan sembelit kerana sangat bagus untuk kesihatan usus dan lancarkan sistem pencernaan. Semasa Detox Program, usus yang sesak dengan toksin dan bahan lain yang menyekat pergerakan usus akan cuba disingkirkan.

c) Peppermint Ginger Plus : Lawaskan Angin dan Hadaman Akibat Detoks

Seperti namanya, dalam Peppermint Ginger Plus, ada daun pudina dan halia. Khasiatnya dapat menghilang angin dan kembung perut.

d) DTX Complex : Detoks Hati

DTX Shaklee mengandungi milk thistle. Milk thistle ni memang sejak turun temurun digunakan secara semulajadi untuk detox hati dan terkenal sebagai TONIK HATI. Hati adalah organ utama untuk detokfikasi. Namun kalau dah diselaputi lemak, macam hati ayam tu, penat dia nak kerja. DTX membantu menyingkirkan toksin dari hati dengn lebih efisyen dan merangsang pertumbuhan semula hati yang rosak.
e) Vivix : Detoks Keseluruhan Badan

Vivix diformulakan dengan anggur Muscadine. Anggur Muscadine adalah sejenis polyphenol yang tinggi antioksida dan energy booster yang sangat hebat. Semasa detox, Vivix membantu memberi tenaga kepada sel untuk membaik pulih kesan toksin yang merosakkan badan dan memberi tenaga untuk menyahtoksin dengan lebih efisyen.

f) ESP : Untuk tenaga & Protein Yang Cukup. Taknak kurus tapi menggeleber !

g) Cinch Shake : Untuk Meal Replacement. Rasa kenyang lebih lama !

(Klik disini) Untuk penerangan lebih lanjut mengenai Set Detoks Shaklee

2) Detox Meal Plan

Meal plan yang sudah lengkap dengan jadual pemakanan terbaik diambil sepanjang detox. Meal Plan yang sudah tersedia untuk anda :)

3) Support Group

Anda akan dimasukkan ke dalam sebuah group Whatsapp/ Telegram selama 17 hari sahaja. Coaching berbentuk perkongsian & semangat untuk mejayakan detox. Juga akan dikongsikan tips-tips berkesan berkenaan portion pengambilan makanan, waktu pemakanan, waktu terbaik untuk timbang berat badan, dan banyak lagi. Juga akan dihadiahkan cara pemakanan yang disarankan oleh Ahli Nutrisi Shaklee. Ada reason di sebalik menu tiap hari. Program ni bantu ubah lifestyle kepada healthy lifestyle. Bukan sahaja jadi rutin diri, malah boleh kongsikan untuk satu keluarga.

2) Monitor

Guide, info dan monitoring dari Detox Coach bertauliah. Ada masalah boleh tanya. Ada banyak persoalan yang kita selesaikan bersama semasa sesi ini. Dan manfaatnya, semua yang ada dalam group dapat. Dan guidance adalah step by step, supaya semua mudah faham

3) Bukan Biasa-biasa

Program detox ni bukan sahaja program diet biasa,tapi lebih fokus kepada buang toksin yang berkurun di seluruh badan penyebab sakit kronik. Bonus turun berat, kulit cantik dan badan sihat.


4) Senaman Betul

Dapat guide senaman yang betul. Nak kecikkan bahagian mana? Senaman yang tidak membebankan dan boleh dilakukan oleh semua orang. Sila buat senaman yang dicadangkan.

5) BONUS !

Berat turun automatik muka makin cantik & hensem, kulit glowing dan nampak makin muda.


Jadi, untuk berkongsi pengalaman menjadi orang pertama yang membantu suami menjalani detoks sebelum ini sehingga berjaya menurunkan berat badan sebanyak 10.9Kg, mila buka penyertaan sekarang !

Apa tunggu lagi, boleh hubungi mila dengan segera untuk dapatkan info lebih lanjut. 

Let's Detox & Start Fresh !!!


Noor Kamilah Ibrahim (Mila)
ID: 1164704
Shaklee Independent Distributor
014-5082724

PAUTAN BERKENAAN DETOX (Detox Shaklee) !  (Sila klik dibawah ):