Wednesday, August 13, 2014

I got GET CLEAN Water Pitcher !


Bismillah.Smalam ( 12 Ogos 2014 ) box2 shaklee sampai..terus je bukak yg Mila order first skali dari pengedar shaklee iaitu penapis air...Ohh..namanya GET CLEAN Water Pitcher...ehh..'pitcher' tu bukan ke maksud dia  Periuk Kera ke? Maybe sbb dia ada lid (penutup) untuk tutup jug tu...then yang warna hijau kt dalam tu (dalamnya ada penapis ) ala2 kantung periuk kera...wah ! menarik ! awesome ! creative sgt ! Hihihi..

Yang suka sgt dgn penapis  air ni bila tuang je air kt dlm tu skejap saje dh dpt minum air yang ditapis. Alhamdulillah tak payah nk beli penapis air yang beso2 harga ribu2. Air takde bau dan ditapis dgn baik (means takde pon habuk2 halus2 dlm air tu).

3 bulan 7 hari kami tinggal di rumah sewa ni..tiap2 hari la beli air mineral dlm botol (kecik, besar semua ada) dan ade juga hari tadah air paip, masak n minum...sob sob sob..x sedap sgt:(

Ok, cerita gembiranya pula jug ni boleh bwk pergi mana2 tanpa guna elektrik. Jimat bil letrik rumah Mila...hihihihi :)

Syukur cpt jumpa penapis air mampu milik ni. Next entri nk crite lgi ke'bagus'an penapis ni sbb byk lgi x smpat nk cerita kt sini.

Ok, Sampai jumpa :)


Better Me, Better You, Better World


Assalamualaikum w.b.t

Bismillah. Tajuk dah sama dgn tulisan kat kotak Shaklee tu..Heee. So rasanya org tengok pon dah faham kan. 1st thing after get married Mila selalu doakan yang baik2 sahaja. Same goes to others yg sebelum mendirikan rumah tangga lagi telah membuat pelbagai perancangan.

Kenapa kita merancang? Sebab kita nak semua yg berlaku dalam hidup kita will end up with good result...

Kenapa nak good result? Sebab itu yang kita nak cari & mungkin akan membahagiakan kita kelak ( bahagia dunia & akhirat )

Mungkin sukar nk faham bila buat ayat berbelit2 macam ni..hihi..cuma Mila nak kongsi sikit saje sebenarnya...Semua orang nak kan yang terbaik..Sama dengan Mila..selepas berkahwin, Mila cuba cari sesuatu yang baik untuk Mila & suami. Yes seperti yang dh terpampang dalam gambar..Mila mulakan sesuatu yang insyaAllah Mila percaya terbaik buat masa ini iaitu SHAKLEE :)

Setelah ramai yg mengatakan vitamin2 Shaklee 'Bagus', 'Menjadi', 'Berkesan' Mila mmg dh dari awal2 dpt pandangan yg positif ttg produk2 shaklee. So utk 1st step...(lepas dpt suggestion dari pengedar shaklee yg Mila hubungi) Mila & suami amik keputusan untuk beli ..

1. GET CLEAN Water Pitcher (Penapis air)
2. Alfalfa (untuk cuba atasi masalah keputihan)
3. Herblax (untuk Mila atasi masalah sembelit)
4. Carotomax (Usaha Mila nak atasi masalah rabun)
5. ESP + 6. Vitalea + 7. Zinc -Complex ( Mila & suami cuba nak atasi rambut gugur)

Semua ni kami beli & secara automatik dapat keahlian percuma dalam shaklee. dah jimat RM80 untuk pendaftaran. Best kan? :)

Ya Allah..semoga usaha ini dapat membantu Mila & Suami dapat la atasi2 masalah yg di hadapi. Aminn :)

Get Clean Water Pitcher


Vitamin2 yang Mila beli 

Ok. Sampai jumpa di lain entri :)



Tuesday, August 12, 2014

SAAT KAU PILIH DIRIKU...

Mila (memang nama sebenar) dilahirkan dan membesar di terengganu. Bersekolah di terengganu sampai lah tingkatan 3 di SMK. Sultan Sulaiman (SMKSS). Sepanjang 3 tahun di sekolah menengah, sempat la cam sorang-sorang budak batch mila even tak la semuanya tahu nama. Ada yg masih ingat sampai sekarang, ada yang lupa juga (maafkan saya). Kisahnya, mila dapat tawaran ke sekolah berasrama penuh selepas PMR. Mila berpindah di sekolah baru pada 2005 dan menamatkan persekolahan sampai SPM 2006 di SHAH PEKAN.

Kemudian, dapat tawaran ke Kolej Matrikulasi Pahang (Kmph). Disitu, ibarat pertemuan semula kawan2 sekolah smkss yang terpisah dulu. Seorang demi seorang mila jumpe di kmph dan dalam hati "eh, ni budak smkss ni" "eh dia ni" "eh dia tu". Tegurnya tidak, sebab segan satu, lama tak jumpa dan tak bertegur sapa kan. Lebih-lebih lelaki, habis-habis mila senyum dan lari. Haha. Yang perempuan ada la tegur

Mila. Budak pemalu tahap tinggi. Pendiam. Dalam kelas cakap dengan orang kiri dan kanan je. Orang depan dan belakang pon tidak. Sangat takut nak bersuara. Dalam mulut macam ada emas sekilo. Low self- esteem, tak confident dgn diri sendiri huhuhu

Di Kmph, kalau tak sempat balik ke bilik, mila solat di surau Al- Muttaqin. Selalu jugak ke surau sampai lah suatu hari, seorang lelaki menegur waktu mila keluar dari surau

Dia : Budak SS kan?

Angguk dan senyum sikit sambil tertunduk malu

Dia : Kenal tak? hayat. Budak SS jgk

Mila : Oo, tahu budak SS

Dia : Nak mintak nombor telefon boleh? kekgi ape2 boleh roger..tanya pasal bas balik kampung ke

Alamak. Ni taktik mengorat ke ape ni. Tak pernah bagi nombor telefon kt lelaki kurang kenal tibe2 camni. Selama ni guna telefon papa, takde henfon sendiri Nak bagi ke ni? Tapi mmg takde tiket nk balik kampung lagi.

Mila : 0199661737

Dia : Ok, kekgi miss call.

Dapat miss call darinya, agak terkejut nombor telefonnya hampir sama dgn mila 0139661727. Tak save pon nombornya. Biar camtu je.

Dan hari-hari di Kmph berlalu begitu sahaja. Fokus study study study. Ada la ternampak sesekali si Hayat tu di bilik tutorial dan di dewan kuliah. Selalu jugak naik bas balik kampung sekali, sebab dua2 balik terengganu. Kalau jumpe just senyum dan lari

Habis Kmph, Mila diterima masuk ke Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Study, study, study. Sampai la masuk tahun ke-2 di UMT, Tahun 2010.

SMS masuk

Dia : Assalamualaikum. Ingat lagi tak saya?

Mila : Waalaikumussalam. Sape ni?

Dia : Sampai hati tak ingat. Ni ayat la

Mila : Eh, tak kenal plak ayat

Dia : Ayat. Ayatollah skolah Ss dulu. Satu Matrik

Hahaha. Mati2 ingat nama dia Hayat selama ni Dan masa tu mula ber-sms dengannya. Rupa-rupanya dia masa tu study di UPM. Sama je dgn mila, masuk U tahun sama, Konvo pon tahun sama.
Dari SMS ke Facebook. Selalu tgok di Fb dan, sampai satu masa tu kami dah "lebih dari kawan biasa". Tak payah cerita la part yang tu

Hubungan itu bertukar kepada Cinta Halal selepas kami diijab kabul pada April 2014. Bermula episod sebagai pasangan suami isteri. Kami bahagia alhamdulillah.

Mila baru sahaja melangsungkan perkahwinan dgn putera pilihan hati
 Mohammad Ayatollah bin Hashim pada 11 April 2014 yang lalu :)
 Cinta hati Mila. Kami berbeza umur 2 hari. 6 & 8 Julai 1989 :)
1 syawal yg lalu 1st time beraya bersama suami Mila :)


Mila & Jagung bakar :p. Ni waktu first honeymoon di Penang. 

Itulah sedikit sebanyak cerita pertemuan kami. Juga sebagai pengenalan kepada diri mila. Kata orang, kalau dah jodoh walaupun tak pernah betul-betul kenal, walau terpisah akan bertemu kembali. 


Saat diri ini dipilih sebagai permaisuri hidupnya, hanya tuhan yang tahu betapa bersyukur pada Allah kerana dipermudahkan urusan jodoh. Selalu membayangkan mila akan menjadi seorang isteri di usia 25 tahun, dan tak sangka Allah makbulkan impian mila itu walaupun itu sekadar impian di dalam hati :)





sampai jumpa di lain entri :)