Selamat hari lahir papa :)
Tapi, yang buat hati ini sedih sangat apabila sampai je di kampung terlihat tongkat dan kerusi roda di sudut luar bilik papa dan mama. Sekali tengok dah boleh agak siapa yang menggunakannya :(
Papa, sejak dari muda hingga la ke umur emas sebegini memang bermacam-macam kerja yang telah dilakukan. Drive dari Terengganu ke KL dah macam drive dari kampung sebelah-sebelah je. Boleh balik hari je Terengganu -KL sehingga usia 60an sebegini. Sedangkan, kawan-kawan seusia dengan papa di usia 40-50an itu dah "surrender" mintak papa yang drive kan juga kalau ada apa-apa kerja di luar terengganu. Papa bukan bekerja sebagai driver, tapi sudah menjadi kebiasaan memandu kereta. Papa memang happy dapat ke KL sebab dapat jumpa ramai anak cucu nya disini katanya. Sedangkan kami sering je pulang ke kampung. Tapi mungkin rasa nak keluar dari terengganu sekali sekala ambil angin bandar. Kami adik-beradik memang dah kenal sangat, papa & mama sejak dari muda memang suka travel. Banyak negara dah diorang pergi berdua sebelum dan selepas pencen. Papa pula selalu juga melakukan kerja-kerja berat. Dah terbiasa hidup susah sejak kecil lagi. Mungkin, kerana terlalu banyak menggunakan tenaga secara maksimum, sejak masuk umur 60an ni juga papa & mama mula tunjukkan rasa sakit dan penat. Drive jauh sikit pon tak boleh. Harap kan adik lelaki bongsu jika dia ada pulang untuk kemana-mana. Balik raya baru-baru ni papa kadang-kadang berjalan sambil bertongkat. Sesekali, duduk di kerusi roda kalau dah penat sangat. Bukan la tak boleh berjalan langsung, tapi mila faham sebabnya papa sedang menahan sakit sangat-sangat :(
Papa mengadu sakit lutut yang amat sangat sejak dari sebelum mila sampai di kampung lagi. Katanya cecair yang ada dalam lututnya sudah kering. Macam-macam ubat dah dimakan, tapi tetap sakit. Tidur malam tak lena dek kerana menahan sakit. Ya Allah..sedihnya hati Allah je yang tahu bila mama bagitahu keadaan papa tak dapat tidur malam. Mama pula sering sakit-sakit kepala. Sebelum ke haji tahun lepas, mama disahkan terkena Tekanan Darah Tinggi. Sebelum itu mama tiada apa-apa masalah kesihatan yang serius. Papa, kalau ditanya pasal penyakit memang banyak. Pernah jalani pembedahan akibat sakit jantung lebih 10 tahun yang lepas, gout, darah tinggi, kencing manis, batu karang...banyak sangat. Dan dah macam-macam ikhtiar yang dilakukan untuk sembuh dari macam-macam jenis penyakit yang dihidapi itu. Allah...kuatnya papa :'(
Jujurnya, sebelum terlibat secara aktif dengan bisnes Shaklee mila seorang yang kurang menitik beratkan soal kesihatan. Mila hanya tahu jenis-jenis penyakit yang sering rakyat malaysia hidapi sahaja. Juga penyakit-penyakit yang dihidapi oleh ahli keluarga mila sahaja. Tapi, sekadar tahu sahaja..kesedaran untuk berusaha untuk mencegah sangat-sangat rendah. Yang mila tahu, cukup lah papa, mama dan nenek (juga penghidap diabetes) ulang alik ke hospital apabila tiba temujanji dengan doktor. Ada masa mereka terpaksa pergi berurut tradisional apabila sakit-sakit yang berkaitan dengan sendi. Tapi, sekarang dengan izin Allah mila dah mula membaca mengenai 1001 jenis penyakit yang adakala tak pernah tahu pon kewujudan penyakit tersebut. Semuanya asbab berniaga Shaklee mila perlukan ilmu-ilmu mengenai bermacam-macam jenis penyakit sebelum mengetahui supplement apakah yang paling sesuai diambil oleh para pelanggan.
Memikirkan mengenai kesihatan papa & mama, mila memang berhasrat untuk mula membekalkan supplement Shaklee untuk mereka sebelum diminta. "Alahh..anak jual shaklee takkan tak boleh bagi kat mak ayah kan. Apa guna bagi kesedaran kat orang ramai kalau mak ayah sendiri tak boleh bantu. " Memang ini sering bermain di minda mila sejak mila sendiri dah jatuh cinta dengan supplement Shaklee. Sangat-sangat berkesan untuk diri sendiri apa salahnya bagi mama & papa juga keluarga merasainya sekali.
Melihat keadaan papa & mama ketika di terengganu haritu, mila nekad nak hadiahkan satu Set Sendi Terbaik dari Shaklee. Mama pula, mila nak cuba bantu sehingga pulih dari penyakit darah tinggi nya. Mila nak sampai satu hari nanti doktor sendiri yang cakap kat mama dan papa tak perlu lagi teruskan mengambil ubat hospital. "Encik dan puan dah sihat !" Ya Allah, nak sangat papa & mama dapat sihat kembali seperti dulu ! Sebab mila tak nak mereka terlalu bergantung dengan ubat sintetik yang kesan jangka panjangnya sangat-sangat membimbangkan. Papa pula sering sangat mengambil paracetamol sejak dari dulu lagi. Terlalu banyak dah ubat yang papa makan buatkan hati ini bimbang. Bagi mila sekarang, biarlah tak dapat jadi seorang doktor, jururawat mahupun ahli farmasi...menjadi seorang pengedar Shaklee yang punyai kesedaran tentang kesihatan dah cukup untuk bantu keluarga sendiri. Sekurang-kurangnya ilmu tentang kesihatan yang banyak mila pelajari selama ini takkan di mana-mana jika mila tidak bermula sebagai SID.
Hasil pembacaan dan pendapat dari pengedar shaklee yang lain mila dah hadiahkan papa Set Sendi Terbaik Shaklee , dan untuk mama Set Tekanan Darah Tinggi Terbaik Shaklee :)
Inilah hadiah mila buat Papa & Mama tersayang. Semoga pa ma cepat sembuh..aamin :)
Papa (set sendi) : Vivix, Collagen Powder, Ostematrix, Omega Guard
Mama (set darah tinggi) : Vivix, Omega Guard, garlic Complex
Sekali dengan jadual pengambilan setiap jenis supplement
Kenapa papa dan mama perlukan semua ini? Jom mila cerita satu-satu ye :)
Untuk papa yang sakit lutut/sendi :
Terdapat pelbagai jenis sakit sendi namun yang paling sering berlaku dikalangan rakyat Malaysia ialah Osteoarthritis Sendi Lutut. Pada dasarnya arthritis merupakan penyakit dimana lapisan rawan pada permukaan tulang-tulang sendi menjadi haus, nipis dan rosak.
Ini mendendahkan permukaan tulang lalu menyebabkan geseran antara permukaan tulang, serta pembentukan 'duri' tulang (spur) pada hujung-hujung tulang tersebut. Mungkin itulah yang dirasakan sakit yang amat sangat oleh papa
Tanda-tanda Penyakit Osteoarthritis
- Pesakit biasanya mengalami bengkak sendi, rasa panas dan sukar untuk digerakkan.
- Aktiviti-aktiviti harian menjadi terbatas seperti mencangkung, melutut, duduk diatas bangku.
- Merasa sakit dan sukar bergerak apabila ingin bangun dari kerusi dan mula berjalan.
- Apabila membuat pemeriksaan doktor didapati sendi menjadi sakit apabila disentuh atau digerakkan. Terasa geseran dan bunyi kasar semasa bergerak. Semua ini menunjukkan kehilangan lapisan rawan pada sendi lutut.
Selepas pemeriksaan dan diagnosis doktor akan menentukan kaedah rawatan yang sesuai buat pesakit. Terdapat pelbagai pilihan rawatan yang boleh dilakukan. Antaranya :-
- Rawatan Fizikal
- Rawatan Farmakologi seperti ubat tahan sakit, ubat anti-inflamasi bukan steroid (NSAIDS), penghalang Cox-2, glukosamin sulfat, chondroitin sulfat
- Suplemen makanan, ubat herba, perubatan tradisional.
- Suntikan sendi dengan Hyaluronic Acid.
- Suntikan sendi dengan steroid.
- Rawatan Pembedahan - artroskopi sendi, pertukaran sendi.
Apakah manfaat setiap satu dari Set Sendi Shaklee?
Manfaat Vivix Untuk Sendi
Telah terbukti resveratrol yang terkandung di dalam ramuan vivix boleh membantu:
- Mengekalkan dan memperbaiki fungsi dan struktur sendi.
- Mengurangkan faktor yang menjadi punca kepada penyakit berkaitan sendi.
Seterusnya penyelenggaraan yang baik pada sendi normal, juga memberikan perubahan yang lebih baik terhadap kesan fisiologi kepada sendi termasuklah (faedah yang positif) daripada segi:
- Kelebaran ruang sendi (joint space width on radiographs).
- Pergerakan.
- Kekakuan (stiffness).
- Ketidakselesaan sendi.
Secara spesifiknya kajian saintifik ini dijalankan terhadap penyakit osteoarthritis (OA), iaitu sejenis penyakit pada sendi yang serius. Yang mana terjadinya radang pada sendi atau kerosakan pada tulang rawan. Orang yang sakit sendi biasa, kalau tak cegah daripada awal sangat mudah nak kena OA ni.
Testimoni pengguna vivix bebas dari sakit sendi
Manfaat Omega Guard Untuk Sendi
- Pengambilan asid lemak omega 3 dengan glukosamine dapat meningkatkan kesihatan sendi berbanding pengambilan glukosamine sahaja.
- Melambatkan penyusutan tulang rawan
- Mengurangkan reaksi keradangan dalam sendi-sendi
- Bertindak sebagai pelincir agak pergerakan sendi-sendi lebih bebas.
Manfaat Ostematrix Untuk Sendi
- Pengambilan kalsium bukan sahaja menguatkan tulang tetapi juga mengurangkan gejala-gejala osteoarthritis.
- Menggalakkan komposisi tulang dan tulang rawan
- Menghalang pereputan tulang
Manfaat Advance Joint Health Tablet
Sayangnya AJHT ni dah berbulan-bulan not available for sale! Dan belum ada kepastian bila akan mula dijual semula. Ramai yang kecewa bila mila kata AJHT ni takde termasuklah papa. Ramai yang tidak tahu sebenarnya ada banyak lagi vitamin lain yang sangat-sangat membantu memperbaiki masalah sakit sendi tulang dan yang berkaitan. Malah yang terbaik sekali dan lebih bagus daripada AJHT ialah tonik antipenuaan yang kaya dengan antioksidan hebat resveratrol iaitu Vivix Shaklee. Sedikit huraian tentang manfaat AJHT :
Menyokong keselesaan sendi (Ekstrak Boswellia) dengan menghalang pembentukan bahan kimia yang menyerang tulang rawan. Ekstrak Boswellia digunakan dalam perubatan Ayuveda untuk menyokong kesihatan sendi sejak berkurun lamanya. Bahan aktif utama ekstrak Boswellia ialah asid boswelik yang berfungsi sebagai anti-radang semulajadi.
Bertindak sebagai kusyen ( (Ekstrak jagung) membantu mengekalkan tulang rawan. Ekstrak jagung membekalkan satu sumber yang pekat dengan glukosamina yang berfungsi untuk meningkatkan sokongan kusyen sendi dan pemeliharaan tulang rawan. Glukosamina ialah blok binaan utama bagi membina tulang rawan dan lendir bagi melincirkan sendi. Ia juga ditemui dalam tendon dan ligamen.
Memelihara tisu penyambung yang sihat (zink, tembaga, mangan dan vitamin C). Sebagai nutrien penting dalam kesihatan sendi, zink, tembaga, mangan dan vitamin C membekal sokongan nutrien untuk kolagen dan komponen tisu penyambung lain memberikan kekuatan dan struktur terhadap sendi.
Manfaat Collagen Powder
Walaupun bukan termasuk dalam set sendi Shaklee, mila tetap berikan papa Collagen powder ini untuk kesan yang lebih baik terhadap sakit lutut papa
Kolagen diperlukan untuk memperbaiki dan menyelenggara tisu-tisu lembut di sekitar sendi. Kerana jika tisu-tisu ini rosak, itulah yang buat sendi rasa bekeriuk, berbunyi, sengal dan sakit. Secara ringkasnya kolagen:
- Membantu menyokong pergerakan yang lebih lancar dan stabil.
- Meningkatkan metabolisme dan memberikan tenaga.
- Mengurangkan rasa sakit belakang dan kesakitan ketika bergerak.
- Memberikan fleksibiliti kepada sistem sendi dan tulang.
Malah, Collagen Powder juga memberikan pelbagai faedah kesihatan seperti memperbaiki kesihatan saraf mata (mata kering dan rabun), menganjalkan dan menegangkan kulit, awet muda, kecantikan dan banyak lagi.
Untuk Mama yang Darah Tinggi
Penyakit darah tinggi ialah apabila tekanan darah keatas dinding arteri berlebihan. Tekanan darah tinggi yang tidak terkawal boleh menyebabkan berbagai masalah kesihatan, termasuk masalah jantung dan strok. Tekanan darah ditentukan oleh jumlah darah yang di pam oleh jantung dan jumlah rintangan arteri disebabkan arteri yang semakin sempit. Semakin banyak darah dipam dan semakin sempit arteri, semakin tinggilah tekanan darah seseorang.
Tekanan Darah
Diukur dari dua bacaan iaitu ketika jantung mengepam (sistolic), bacaan atas dan ketika jantung berehat (diastolic) bacaan bawah.
Tekanan darah normal ialah bacaan atas 100-140, dan bacaan bawah 60-90, tekanan darah tinggi terjadi apabila bacaan melebihi 140/90.
Tanda-tanda Tekanan Darah Tinggi
Salah satu aspek merbahaya tentang penyakit ini ialah ramai yang tidak menyedari telah memilikinya. kajian menunjukkan hampir satu pertiga pengidap tidak menyedarinya. Makanya mencegah adalah sebaik-baik langkah disamping mendapatkan ujian tekanan darah berkala.
Manfaat Vivix Untuk Darah Tinggi
Seperti vivix untuk sakit sendi, Resveratrol yang terkandung di dalam vivix juga memainkan peranan penting dalam:
- Menyokong tekanan darah yang sihat dengan mengawal tekanan darah sistolik.
- Mengurangkan keradangan dan mampu memperbaiki kelancaran aliran darah.
- Menyokong hormon-hormon yang memainkan peranan dalam mengawal tekanan darah.
- Makanan yang mengandungi tinggi kandungan resveratrol turut mengandungi kompoun dan nutrisi seperti antioksidan yang berupaya menyokong kesihatan tekanan darah tinggi.
Manfaat Omega Guard Untuk Darah Tinggi
Omega Guard
membantu mengekalkan tekanan darah normal, mencegah salur darah daripada tersumbat, mengelakkan strok, dan mencegah pembekuan darah dalam badan.
Manfaat Garlic Complex Untuk Darah Tinggi
Mengawal jangkitan, menurunkan tekanan darah, menurunkan kolestrol dan memelihara kesihatan selular. Garlic Complex dapat mengeluarkan raksa, plumbum, kadmium yang merupakan logam toksik dalam tubuh dengan pantas. Logam toksik ini merupakan antara penyebab tekanan darah tinggi meningkat.
Itulah penerangan secara terperinci kenapa mila pilih beberapa jenis vitamin itu untuk mama & papa amalkan. Sangat sesuai untuk mengatasi masalah-masalah yang dihidapi. InsyaAllah. Mila juga sangat-sangat berharap, apabila mila menghubungi mereka nanti ada berita positif tentang kesihatan mereka. Jika dibuat pembacaan, sekiranya sakit lutut papa semakin serius boleh membawa kepada bermacam-macam rawatan lagi yang mungkin menelan belanja ribuan ke puluhan ribu ringgit. Apa lah sangat ratusan ringgit setiap seorang mama dan papa yang harus mila keluarkan untuk memastikan mereka kembali pulih dan sihat seperti sediakala, tak mengadu sakit dan yang penting kembali ceria seperti biasa. Ya Allah, berilah kesihatan yang berpanjangan dan kebaikan kepada ibu bapa ku. Kembalikanlah kesihatan yang pernah anugerahkan kepada mereka seperti waktu mereka muda dahulu.
Selamat Hari Lahir yang ke - 63 Papa & Mama
11 September 1953
15 Februari 1953
Kepulagan yang amat bermakna apabila dapat hadiahkan papa & mama sesuatu yang dapat membantu mengembalikan semula perkara yang tidak dapat dibeli dengan wang ringgit, iaitu KESIHATAN