Mila pernah hadir ke satu bengkel motivasi pada tahun 2016, dan dan mila dapat pertanyaan dari dari speaker. Lebih kurang soalannya macam ni...
"Awak target untuk income besar, duit yang banyak ni untuk apa?"
Dan jawapan yang jujur memang terlintas di fikiran ketika itu adalah >>> MAK AYAH.
Mila serius, memang dari awal berbisnes. Push factor terbesar mila adalah mama & papa mila. Mila tak boleh rasa nak bersenang lenang selagi mila tahu mereka tak senang.
TAPI
Kata-kata speaker selepas jawapan yang mila berikan itu buat mila tersentak. Betul-betul baru mila sedar tentang sesuatu.
" Betul jujur?. Alaah cakap je nak beli rumah besar, nak kereta lebih selesa. Lain lah awak dah ada semua tu "
Alamak ! Kenapa speaker ni macam ni. Betul la, memang mama & papa push factor yang kuat untuk aku. Usia mereka dah 66 tahun, takkan aku nak main-main lagi. Aku perlu buat sesuatu dengan segera untuk bahagiakan setiap detik hidup mereka sebelum mereka hilang rasa nak semuanya di dunia ni :'(
Tetapi, kata-kata speaker itu sebenarnya cuba membuka mata mila untuk memiliki IMPIAN YANG LEBIH BESAR.
Kata mentor, salah satu kunci untuk berjaya adalah perlu BESARKAN JIWA. Jangan terus tenggelam dengan jiwa kecil..maksudnya hanya terus nakkan perkara kecil, buatkan kita tak berani nak berimpian besar, apatahlagi nak berusaha untuk capai impian-impian itu.
Barulah mila sedar, betapa kecilnya jiwa mila, kecilnya impian mila sebelum ini. Hanya fikirkan untuk kepentingan sendiri.
Ingat lagi, sebelum berkahwin. Mila tak punya apa-apa. Berkerja makan gaji. Waktu tu mila dah mula hulurkan duit bulanan kepada mama & papa. Tetapi jujurnya memang tak banyak. Mila bawa kereta kancil milik papa ke tempat kerja. Tahu apa yang mila fikirkan ketika itu?
Mila nak berkahwin dengan saving yang dah mula dibuat ni (waktu tu memang dah ada planning dengan bakal suami). Ketika itu bakal suami juga masih belum betul-betul stabil dalam pekerjaannya. Jadi memang plan nak hidup yang biasa. Cukup ada rumah sewa, sebuah kereta kancil second hand memudahkan urusan. Nak kemana-mana yang dekat boleh naik motor suami je. Nanti nak cari kerja yang boleh dekat dengan suami je. Tak kisah la kerja biasa-biasa je. Asalkan boleh teruskan beri duit belanja sikit kat mama & papa. Dan ada la duit untuk diri sendiri yang jenis tak menginginkan apa-apa ni.
Betapa kecil nya jiwa mila, mila tiada impian nak miliki rumah sendiri, kereta sendiri, apatah lagi handbag berjenama, pakaian baru, make up, travel. Dan kami tak plan untuk honeymoon di tempat yang lebih istimewa kerana kami tahu kehidupan kami yang serba kekurangan selepas berkahwin.
Lagi buat mila tersentak apabila mula menyedari bahawa...
IMPIAN ITU PERCUMA !
Tak perlu bayar pun untuk ada impian !
Kenapa begitu takut nak memiliki sebuah impian besar? Malu?
Ye..memang malu dan segan di saat kita tak punya apa-apa, kita nak tanam impian yang besar. Tetapi tahukah..
Orang yang berjiwa kecil - Sebenarnya dia nak. Mulut kata nak, tapi hati taknak, body taknak, minda taknak. Dan biasanya mereka SELFISH. Pentingkan diri sendiri. Mereka fikir untuk kehidupan sendiri sahaja, mereka tidak nampak betapa sekiranya mereka berusaha dan senang, lebih ramai lagi jiwa yang boleh dibantu, lebih banyak pahala boleh diraih. Tiada impian besar yang buatkan mereka rasa nak berusaha lebih kuat
Orang berjiwa besar - Dia tak pentingkan diri sendiri. Dia mula menanam impian walaupun cara dan jalan belum betul-betul pasti lagi. Tetapi dengan impian itu, mereka TER tolak untuk berusaha dengan lebih gigih. Bila dia kata nak berjaya, dia pulun, usaha sampai jadi. Seolah-olah, kalau dia tak dapat dia mati !
Mila nekad, mila nak berjaya !
Mila mula besarkan jiwa. Mila besarkan impian. Mila belajar untuk jadi seorang berjiwa besar. Macamana?
Dengan SENTIASA melihat kehidupan orang berjaya.
Untuk tahun 2019 ini
Pertama sekali, push factor mila masih mama & papa. Mila nak SETIAP BULAN mila mampu berikan RM1000 setiap seorang. Bermaksud peruntukan RM2000 diperlukan secara bulanan. Apalah sangat RM2000 dengan jasa dan pengorbanan mereka berikan kepada mila sejak lahir hingga mila dewasa :')
Jika ada lebih lagi, mila akan beri lebih. Dan impian mila untuk bawa mereka travel oversea dan tempat mereka belum pernah sampai. Taknak la bawa yang biasa-biasa. Nak mereka rasai pengalaman yang lain dari yang lain.
Seingat mila, mama & papa dah pernah sampai ke Istanbul, Perth Australia, Bandung, Medan, Thailand, Vietnam, Seluruh Semenanjung, Sarawak, beberapa kali umrah & Haji. Mila nak berikan mereka pengalaman baru pula.
InsyaAllah mama & papa acik akan bawa (kalau mereka baca ni :')
Macamana dengan mila sendiri? Impian mila yang lain?
Maksudnya, nak tak nak. Mila perlu BESARKAN INCOME lagi.
Tak cukuplah sekadar income RM3000 sebulan yang mila pernah capai dalam Shaklee & TWB ni kan. Takkan nak tinggal balance RM1000 untuk mila sendiri kan.
Mila dah nekad, nak miliki rumah atas nama sendiri.
Miliki kereta idaman atas nama sendiri.
Miliki kad kredit untuk urusan bisnes.
Mila nak shopping, reward diri sendiri dengan happy selepas mila usaha dan berpenat lelah. Beli je apa yang mila nak, handbag ke, kasut ke, make up ke...uishh. seronoknya !
Maksudnya bonus statement shaklee mila perlu diperkemas dan meyakinkan pihak bank lagi.
I HAVE TO ACHIVE MORE !
AND I BELIEVE, I CAN !
Sejak mula berbisnes shaklee lagi mila sudah mula buat Vision Board. Dan mila tampal di dinding untuk mila baca setiap hari. Dah beberapa kali mila renew vision board ni, sebab ada yang sudah tercapai alhamdulillah. Betul kan, impian tu PERCUMA :') .(Maaf perlu blur sesetengah part, belum ready nak share dgn semua :D )
By December 2019
1. Saving dah cecah RM15, 000 (Sekarang sikit lagi nak RM10K)
2. Downpayment rumah pertama dia area EQUINE PARK, SERI KEMBANGAN
3. Survey area rumah kedua di Kajang /Bangi
4. Dah selesai bawa mama & papa, suami, anak-anak bercuti
5. Teruskan konsisten pengambilan vitamin, tambahan vivix & kolagen. Kata nak sihat, cantik dan kekal awet muda :D. Yang ni paling yakin mila akan jaga
6. Coordinator in Shaklee
7. Dah stabil berikan RM2000 setiap bulan untuk mama & papa
8. Sedekah unlimited
9. Saving untuk kereta pertama atas nama sendiri RM5000 (Toyota CHR). Start cita-cita ada kereta kedua (Outlander 7 Seater)
Mana-mana terjumpa aii snap gambar :D
Outlander 7 seater with Sunroof pon dalam pemerhatian :D
10. Dapat 1 tiket FREE dari Shaklee Percutian ke Korea
Dengan harapan dapat terserempak dengan Lee min ho :D
11. Car Bonus in Shaklee, 1st Car Fleet in March 2019
12. Beli Washer + Dryer
13. Tabung untuk permulaan pendidikan Aryan at least RM3000
Dan lain-lain, mila sentiasa masukkan dalam wish list.
- Master Coordinator in Shaklee 2021
- Holiday ke Paris 2022
- Toyota CHR 2022
- Outlander 2023
- Buat lasik di Prof Muhaya 2020
- Miliki rumah SEMI-D Double Storey with Swimming Pool 2023
- Miliki bilik spa cantik dan lengkap di rumah sendiri 2021
- Umrah percuma Shaklee
- Tunaikan Haji sekeluarga
Doakan mila berjaya capai semuanya okay ! Mila sendiri yakin akan boleh dapat !
Ok Tq for reading !
XoXo