Tuesday, February 14, 2023

Set Kurus Shaklee

 Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah..insyaAllah harini mila nak kongsikan tentang Set Kurus Shaklee yang super awesome!

Alhamdulillah, ketika menghadiri Business Leader National Conference 11 Februari 2023 yang lepas mila dah buang hampir 5kg! Mila juga mengambil Set Kurus Shaklee sejak 9 Januari 2023 (kurang sebulan)


Cabaran terbesar mila hadapi sewaktu nak mula turunkan berat badan ini adalah. Mila dapat rasakan perubahan hormon yang sangat drastik selepas cerai susu anak ke-3 mila. Bayangkan, 2 tahun menyusukan anak. Walaupun makan nasi 4 kali sehari..berat badan mila tidaklah naik begitu ketara. Kalau buat aktiviti yang berpeluh sikit, akan mudah sahaja untuk turunkan berat badan 1kg macam tu.

Kemudian, selepas cerai susu. Mila teruskam tabiat pemakanan yang kurang baik, minum dan makan manis, makan nasi kerap, dan makan pada waktu lewat malam. Kebetulan mila baru berpindah ke rumah baru..banyak buat kerja-kerja mengemas yang sangat memenatkan dan berpeluh-peluh hampir sebulan juga. Tapi berat badan mila semakin naik!

Mila dah mula risau...

Risau dengan pengalaman selepai cerai susu badan anak pertama & kedua. Berat badan mila pernah mencecah 60kg! Dan waktu awal januari 2023, berat badan mila sudah pun 55kg. Kalau tak dikawal memang boleh pergi ke 60kg macam dulu dulu



Gambar mila pada 9 Januari 2023 sewaktu berat 55kg. Shape dah takdeπŸ˜… Dan mila alami perut buncit. Aduhai segan betul rasanya bila tersalah pakai baju, ada orang ingat mila sedang mengandung.


Ok, marilah kita berkenalan dengan Set Kurus Shaklee!


Kalau baca satu persatu dari poster diatas, itulah yang mila betul-betul rasakan sepanjang mengambil Set Kurus Shaklee dalam sebulan lebih ini! 

Memang menakjubkan!

Mila minum Cinch Shake pada waktu sahur ketika puasa sunat dan qada, seharian tidak rasa lapar dan kekal bertenaga uruskan rutin harian. Dan mila banyak sangat inch loss. Perut mila yang 34 inci sudah turun ke 32 inci. Macamana Cinch Shake ni bertindak?

Sebenarnya kandungan leucine di dalam Cinch Shake (ada 3 perisa, Vanilla, Chocolate & Cafe Latte) inilah yang membantu kita untuk rasa kenyang lebih lama. 

Bayangkan, dari makan nasi 4 kali sehari. Dengan secara perlahan-lahan mila mampu cut ke 1 kali sehari sahaja. Waktu lain boleh ambil Cinch Shake ini sebagai pengganti makanan berat. 

Memang lah kita perlu banyak bersabar dalam proses nak kawal selera makan ni. Tambah-tambah ibu yang perlu masak, perlu hidangkan makanan, perlu suap anak makan. 

Memang mencabar

Tapi jika berusaha ambil minuman seperti Cinch Shake ini, buatkan sedikit sebanyak kita sabar menahan disebabkan kita masih KENYANG!



Ini pula Lecithin, si pengurai lemak yang super best! Mila akan ambil lecithin ni bila mila nak mulakan senaman. Tak kira lah, nak start jemur baju, nak pergi ambil anak sekolah, nak menyapu dan mengemop lantai. Itukan semua sejenis senaman tanpa sedar hehehe. 

Makan lecithin, saaaaangat lah membantu untuk mengurai lemak pada badan kita bila kita buat aktiviti lagi-lagi sampai berpeluh-peluh. 

Ramai ibu yang mengadu penat dan letih, tapi belum kurus juga. Mungkin badan anda perlukan pembantu seperti Set Kurus Shaklee ini juga







Herblax pula sejenis herba yang juga merupakan makanan sunnah. Bahan utamanya adalah daun sanna yang sangat baik untuk usus yang sihat. 

Mila sebenarnya ada masalah sejak umur awal 20an lagi. Sangat jarang buang air besar. Tak setiap hari proses membuang tu berlaku erkkk. Tapi dulu kesedaran itu kurang. Dan kesan pada kesihatan dan kecantikan belum ketara seperti bila dah masuk umur 30an. Lagi-lagi dah 3 kali bersalin ni. 

Uiiii...baru sedar masalah mila ni masalah besar lah juga. 4-5 hari tak membuang tu sangat biasa. Mila sangat kurang minum air kosong, sangat kurang makan buah dan sayur. Jadi mungkin usus dah kurang sihat dan menyukarkan proses buang air besar nak berlaku setiap hari.

Herblax ni sangat sangat membantu mila. Tapi bagi yang tak lah seteruk mila, just nak lancarkan proses membuang air besar setiap hari. Boleh juga ambil produk produk lain seperti Alfalfa Complex & Ostenutrix. Produk-produk ini juga untuk kesihatan usus kita :)

Last but not least, Omega guard si minyak ikan terbaik di dunia! Eh over tak mila cakap macam ni? InsyaAllah tak lah

Memang minyak ikan shaklee telah diiktiraf di peringakat antarabangsa tau




Haaa...dah terbukti kan minyak ikan Omega Guard Shaklee ni telah diiktiraf dan memang tak boleh dinafikan lagi kualitinya 

Tapi, apa kaitan minyak ikan dalam Set Kurus Shaklee ye?

Ok jom tengok satu poster ni. Mesti rasa Ya Allah..betapa hebatnya setiap ciptaan Allah ni :')


Allah maha besar!

Pernahkah anda terfikir?

Allah kurniakan omega 3 dalam badan ikan-ikan yang hidup di perairan yang sejuk. Ikan-ikan masih boleh berenang bebas tanpa beku.

Hidup dan terus hidup kerana omega 3 dalam jisim ikan-ikan ini yang membantu memanaskan badan.

Omega > panas. Salah satu fungsi boleh membakar lemak kita lebih pantas! 

Sebab tu omega guard ada dalam SET KURUS SHAKLEE !!!

Ok, insyaAllah semua mesti dah faham kenapa kita perlu ambil vitamin-vitamin ni semua jika sedang berusaha untuk kurus. Boleh kurus tanpa vitamin?

Boleh cuba. Tapi jika anda perasan..kulit anda mula menggelebeh, tak pejal dan kurang cantik selepas dah berjaya kurus. Mungkin anda kekurangan protein. Itulah disediakan Cinch Shake iaitu kaya dengan protein yang diperlukan setiap hari oleh badan kita. Bukan saja2 tau, dah dikira nilai badan kita perlukan mengikut dosage di ruangan info

Jika rasa dah bersenam bagai nak rak. Tak kurus jugak. Mungkin metabolisma badan anda dah menurun, seiring meningkat nya usia kita. Yes memang betul, semakin kita tua atau berusia, makin payah dah kita nak kurus jika kita tak usaha extraaaaa. Senaman pun mesti yang dah hard core punya fuh!

Jika rasa dengan kawal makan dah boleh kurus. Boleh cuba..tapi sejauh mana anda nak cut cut itu ini untuk tidak dimasukkan ke dalam mulut. Sejauh mana anda nak kira keseimbangan diet harian anda yang perlukan Karbohidrat, Protein, Vitamin, Zat, Mineral supaya badan kita terus dapat melakukan proses proses di dalam nya dengan baik. Tak cukup salah satu ni, boleh bawa kepada penyakit tau.

Jadi vitamin-vitamin dalam Set Kurus Shaklee ini memang terbaik! Disamping buatlah senaman ringan dan berkala. Juga mengawal pemakanan yang sihat juga :)


Ok, semoga entry ini bermanfaat untuk semua. Nak Set Kurus Shaklee boleh terus contact mila okeh! Boleh lah mila kongsikan tips dan macam-macam lagi idea untuk kurus dan sihat macam mila sekarang dah road to 45kg πŸ’ͺ

Jom kita buat sama-sama okeh!

(Klik disini!!!)


Related issue about Set Kurus Shaklee 

πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡ 

>>> Intermittent Fasting untuk orang nak kurus cepat dan sihat?





Thursday, February 9, 2023

Intermittent Fasting

Hai, Assalamualaikum W.B.T 😊

InsyaAllah entry kali ini mila nak cerita lebih details, apakah itu Intermittent Fasting


APA ITU INTERMITTENT FASTING (IF)?

Intermittent Fasting atau singkatannya adalah, IF ini sangat popular pada masa kini. Apakah kaitan IF dengan penurunan berat badan? Sejak tahun 2010 carian di atas talian mengenai IF meningkat hingga 10,000% ! 

Sekiranya dilakukan dengan betul, IF ini boleh membantu menurunkan berat badan, membantu pesakit diabetis, menstabilkan gula dalam darah, menurunkan kolestrol dan banyak lagi manfaatnya terhadap kesihatan

IF ini bukan satu program diet, tetapi ia satu cara dan gaya makan yang diubahsuai untuk kesihatan. Ia adalah puasa berkala.

IF = Menjarakkan atau melambatkan makan untuk mendapatkan kebaikan berpuasa

Tetapi IF ini bukanlah amalan yang menyebabkan kebuluran. 

IF adalah puasa alternatif yang membantu kita mengurangkan kekerapan kita makan. 

Waktu kita berpuasa di bulan ramadhan ataupun puasa ganti, puasa sunat di bulan-bulan lain. Kita akan mendapati beberapa perubahan fisiologi pada badan kita sendiri. Jadi, mana mungkin kita kata ia tidak bermanfaat pada kesihatan sekiranya dilakukan dengan cara yang betul

Ok, apabila kita semakin nak mendalami tentang IF, semakin banyak pula persoalan yang timbul bukan?

1. Nak puasa berapa jam?

2. Nak sahur dan berbuka pukul berapa?

3. Nak makan berapa kali?

4. Nak makan apa?


Baiklah, mila akan terangkan secara lebih terperinci 

DUA CARA IF

1. Puasa harian (Daily Fasting Plan)

  • 12/12
  • 16/8 atau Lean Gains Method
  • 20/4 atau Warrior Diet
  • Extended Fasting (>24jam) (Dalam pantauan doktor)
  • Prolonged Fasting (>3 hari) (Dalam pantauan Doktor)

2. Puasa Mingguan (Weekly Fasting Plan)

  • 5:2 Diet
  • Alternate Day Diet (Puasa Nabi Daud)

Cara yang pertama, iaitu Puasa Harian adalah lebih tepat berbanding Puasa Mingguan. Maksud 12/12 adalah 12 jam berbuka dan 12 jam puasa. Dan begitulah seterusnya untuk 16/8 dan 20/4.

Katakan kita ingin buat Puasa Harian 16/8. Waktu yang boleh diikuti adalah kita berpuasa bermula jam 6 petang (masuk fasa fasting window), kemudian berbuka pada jam 10 pagi hari berikutnya (masuk fasa eating window). 

Extended fasting pula adalah berpuasa lebih dari 24jam manakala Prolonged fasting adalah berpuasa lebih dari 3 hari. 

5:3 bermaksud berpuasa 5 hari dan berbuka 3 hari

Alternate Day Diet adalah berpuasa secara selang sehari. Contoh : Ahad berbuka, Isnin puasa, Selasa berbuka, Rabu puasa dan seterusnya.


Mengikut IF cara Shaklee, sepanjang tempoh berpuasa boleh ambil semua ini. Dan ia menjadikan IF cara Shaklee sangat istimewa dan pengamalnya sangat gembira kerana banyak variasi minuman boleh diambil tanpa rasa bersalah :)

  • Air kosong
  • Kopi dan teh tanpa gula
  • Cinch Tea Mix
  • Hirisan lemon, limau nipis, limau kasturi
  • Cuka epal, cuka buah tin
  • Daun pudina, seleri, timun
  • Garam himalaya
  • Stevia
  • Kayu manis, buah pala, halia
  • Butter
  • Minyak Kelapa Dara
Dan elakkanlah dari campurkan ini di dalam minuman sepanjang fasting window
  • Gula
  • Madu
  • Jus buah
  • Agave nectar
  • Pemanis tiruan
  • Susu tepung
  • Susu rendah lemak

Waktu berbuka pula juga perlu dijaga pengambilan makanan.
  •  Elakkan gula dan gula tersembunyi, 
  • Ambil lemak yang sihat (contoh Omega 3)
  • Tingkatkan pengambilan fiber, 
  • Protein yang sihat (contoh protein tumbuhan lebih baik berbanding protein haiwan), 
  • Karbohidrat yang sihat (contoh roti lebih baik berbanding nasi)
IF cara Shaklee terdapat banyak produk yang memudahkan pengalamal IF memilih makanan dan minuman yang terbaik :

✅Minyak ikan Omega 3 (Omega Guard)
✅Protein Shake pelbagai pilihan
-Energizing Soy Protein Vanilla Flavour
-Cinch Shake (Vanilla, Cafe Latte, Chocholate)
-Life Shake (Matcha, Elderberry)
✅Cinch Tea Mix, teh dari 5 jenis teh berkualiti tinggi
✅Fiber dari Alfalfa Complex


Ok habis penerangan tentang Intermittent Fasting. Suka mila kongsikan juga disini DIET CARA RASULULLAH yang mana kita boleh apply sepanjang buat IF!

Ni kira BONUS lah bagi pengunjung entry blog mila kali ini :D


Actually bagi yang ada tengok TV Alhijrah beberapa hari lepas, program “Assalamualaikum" tu.. 

Jemputan kali ni ialah pakar terapi dari Kementerian Kesihatan Malaysia, (Kesihatan & Kecergasan) @ putrajaya, Ahmad Redza Ab Rahman. Penyampaian yang agak cool, best :)

Cara diet Rasululah (s.a.w) adalah cara pemakanan berlandaskan Al-quran dan sunnah. Diet yg tidak memerlukan resepi sangat

tapi lebih pada teknik. Meh mila share


1) Makan ketika lapar, berhenti sebelum kenyang. Kenapa?

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih)

Dari segi sainstifik, bila kita lapar kan, ada sejenis hormon akan hantar signal terus ke otak untuk beritahu kita, 

"hey perut kita LAPAR la!"

Ok ini arahan yang sampai kat otak, sila patuhi, jika tidak boleh kene gastrik!

Kenapa pulak kene berhenti sebelum kenyang? Ok, kita ada satu lagi hormon yang fungsinya menghantar maklumat ke otak bahawa kita sudah kenyang.

MALANGNYA… atau

SAYANGNYA… 

hormon ni ambil masa 20 minit untuk sampai ke otak. See? Meaning to say that, kalau kita rasa kenyang gila-gila, actually 20 minit yang lepas kita dah kenyang dah! Tapi kita dok sedap sapu lagi makanan atas alasan "lapar lagi la", "tak kenyang la" etc. 

So ini lah cara Rasulullah s.a.w, makan dalam kuantiti yang munasabah, and then stop. Sabar jap tunggu hormon tu buat kerja beritahu otak kita dah kenyang 

InsyaAllah 20 minit lepas kita stop kita akan sedar yang kita sebenarnya dah kenyang :)


2) Kunyah sampai 30-40 kali. Kenapa?

Pertamanya, kunyahan yang banyak merupakan senaman bagi mulut. Otot kita berkerja dan ini mengurangkan terbinanya dagu berlapis (double chin) yang mana mila saaangat tak suka!

Kedua, bila kita kunyah dan kunyah sampai hancur, makin banyak air liur dirembeskan maka makin banyak makanan yang akan di bawa masuk ke dalam perut. 

Penting ye makanan tu basah sebab..bila makanan yg kita kunyah betul-betul basah then baru telan masuk perut, kita tak kan rasa haus, jadi takdelah masalah asyik nak minum air je!


3) Minum air hanya 15-30 minit lepas makan. Kenapa?

Ye, makan jangan bersulamkan air. Nak makan, fokus la makan. Air kemudian. Tak perlu air kalau kita berjaya telan makanan yang basah sebab kunyah 30 kali :)

Ini teknik untuk perut cantik ok uols. Kenapa tak boleh mnum air, sebab kan.. dalam perut kita ada asid, yang dirembeskan bila terima makanan. Setiap asid ada level pH dia. Air ni, bertindak sebagai agen pencair. Time kita makan, perut kita berasid, asid keluar dan cerna makanan.

So takleh kacau, biarla asid-asid tu terus pekat untuk cernakan makanan. Tapi kalau kita minum air? asid tadi jadi cair balik, pH rendah. Camne nak buat kerja-kerja pencernaan? Kene keluarkan asid lagi supaya jadi pekat. Apabila dah pekat, kita minum lagi air. Berapa kali dah asid keluar dan keluar lagi? Bila keluar banyak kali, rosak tau perut. Dinding perut jadi kedut dan buncit la err sedihnya..jadi, kalau asid keluar nak buat kerja dia, jangan kacau. Air tu kemudian ok, lepas asid dah habiskan tugas dia.

Haa..yang kata perut buncit, sebab minum air dan makanan jadi kembang tak, tak. Itu explanation makcik makcik bawang je tu πŸ˜‚

Kita explain cara berilmu okehh hehe


4) Minyak zaitun

Dalam Al-Quran ada tertulis kebaikan minyak zaitun. Boleh atasi masalah darah tinggi, penghadaman dan mengurangkan gastrik, bantu kita mengurangkan pengambilan lemak, rendahkan tahap kolestrol merbahaya. Minyak zaitun takde kolestrol macam minyak-minyak biasa, so ikut kata Encik Ahmad Reza tu


5) Berus gigi sebelum tidur. Kenapa eh?

Haa jangan tak tahu ye, Allah hadiahkan kita satu enzim ni kat mulut kita, waktu bangun tidur (dengan syarat malam sebelum tidur dah gosok gigi/ bersugi) Enzim ni tolong hadam dan cuci perut kita. So bila bangun pagi,  minum la segelas air, terus minum tak payah gosok gigi dulu. Cara nak dapatkan enzim tu, kumur-kumur dan kemam dulu then baru telan. gulp! yayy dah dapat enzim yang Allah hadiahkan! 

Ingat, tu kalau berus gigi waktu malam tau, baru dapat enzim tu. 

So rajin-rajinkan bersugi before tidur okeh. Dua fungsi enzim ni, satu untuk hadam makanan, yang kedua tingkatkan metabolisme badan, ok ini best! 

pakar tersebut beritahu, kalau amalkan setiap hari pun dah boleh turun berat badan. Baiknye Allah hadiahkan kita enzim ni :)


6) Minum air masak, banyak-banyak. Cara nak minum air masak?

Teknik dia, minum every 15 minutes. Seteguk demi seteguk. Kita disarankan ambil air ikut berat badan, setiap 25kg, 1 litre air diperlukan. Jadi sukat la pengambilan air setiap hari. 


7) Kopi dan Teh

Teh yang bagus adalah green tea, tanpa gula. TANPA GULA ok!

Dalam teknik IF kita mmg kita ber pagi pagian dgn cinch tea right! 

Okay, kopi. Kafein dalam kopi bantu untuk larutkan lemak. Dan lemak boleh terbakar 3 kali ganda woo!  

Tapi sgt bahaya minum kopi kalau tak exercise. Tau kenapa? Sebab kafein akan buat jantung berdegup dengan lebih kencang, so imagine jantung dup dap dup dap laju tapi kita duduk saje-saje? 


8) Minuman kultur sebelum tidur

Vitagen, atau nutrigen atau yakult ke..katanya elok kalau kita minum sebelum tidur. Ade bacteria nama Lactobacillus, dia akan pilih bacteria baik untuk diserap dan bacteria buruk dibuang. Yang ni pakar tu la cakap, tapi mungkin yang ini lari sikit dr tajuk 'diet cara rasululah' tu huhu.

Sebab dia tak cerita ada ke Rasulullah ambik sesuatu like vitagen zaman tu


9) Makanan yang orang hidang jangan ditolak, nanti rezeki kita mahal

Bila orang hidangkan kita makanan, especially waktu malam kan, camne nak elak? Makan, jangan tolak. tapi, sebelum makan sila minum air masak segelas dulu. Kenal pasti lapar kita sekarang lapar apa? 

Lapar untuk perut kita panggil hunger dan lapar untuk otak appetite. 

Kalau lepas minum perut memang rasa lapar, ok itu lapar untuk perut, badan perlukan energy maksudnya. Sila lah makan dengan senang hati katanya .  

Andai kata kalau lepas minum rasa kenyang, tapi nak makan jugak, itu namanya lapar ngade-ngade haha. 

if nak makan, makan la, tapi kuantiti sedikit dan kunyah lumat-lumat.

banyak lagi benda lain yang diselitkan tapi tak detail sgt penerangannya. Contohnya minum/makan kene duduk, ade kaitan jugaj dengan diet 

Kecilkan suapan, jilat jari lepas makan.

Dari Abu Hurairah ra. bahwa Rasulullah SAW bersabda : “Jika salah seorang diantaramu makan, maka hendaklah ia menjilati jari-jemarinya, sebab ia tidak mengetahui dari jemari mana munculnya keberkahan.” (HR. Muslim)


Setakat ini dulu perkongsian mila.

Alright, jom sama-sama amalkan teknik yang sihat dan sebolehnya cara Rasulullah ini dan dimasukkan dengan teknik Intermittent Fasting yang terbukti baik untuk kesihatan kita. Juga dengan vitamin-vitamin Shaklee untuk bantuan yang mana badan kita tak sempat makan atau dapatkan dari pemakanan harian

Jaga makan kita setiap hari, mila memang ingatkan diri sendiri

Mila, ingat penting jaga makan☝️

 Tengok surah Taha ayat 121, kesalahan pertama yang dilakukan oleh Nabi Adam a.s adalah kesalahan dari segi pemakanan



 Related Topic About Intermittent Fasting :)

>>> Intermittent Fasting, Puasa yang boleh dilakukan oleh Wanita untuk keluar dari perangkap Obesiti

Wednesday, February 8, 2023

Journey 45kg Mila

 Assalamualaikum!

Harini mila nak cerita tentang diet harian mila sejak Januari 2023 lepas :)

Sebenarnya mila sedang sertai pertandingan #SoulBiggestLoser iaitu satu pertandingan Kurus & Sihat menggunakan konsep Intermittent Fasting (IF). Atau sudah di komersialkan oleh team LAT Family sebagai #iFlat 😊

Rujuk gambar diatas, itulah antara diet harian yang mila masukkan sejak lebih kurang sebulan yang lalu. 

Bukan makan vitamin semata-mata setiap hari, mila makan macam biasa cuma mengikut konsep IF. Sangat less stress lah program kurus ni. Yelah, nak kurus perkara yang paling penting JANGAN STRESS. Mesti happy tau. Itulah yang mila selalu pegang dah hampir 5kg sudah mila buang dalam kurang sebulan ni πŸ˜ƒ


Berat badan mila pada 9 Januari 2023 & 5 Februari 2023

Ok baiklah, mari mila ceritakan satu demi satu produk supplement yang mila ambil sepanjang #Journey45kgMila. Oh ya..mila target untuk capai 45kg bila-bila masa sahaja sebelum tamat pertandingan ini Mei depan

Tapi mila confident! Mila confident vitamin-vitamin ni semua sangat bantu mila turunkan berat badan dengan laju macam kapal terbang! Hehe

Disamping konsep #iFlat dalam pertandingan ini memang fun, less stress tapi cepat KURUS

Yelah belum sebulan dah nak 5kg buang. Sebelum ni jenuh jugak lah nak turunkan berat badan 🀣

Kenapalah pertandingan ni lambat snagat bermula hihi. Kalau tak lama dah daku kurus hahaha. 

Ok baik jom kita lihat satu demi satu


1. Esp protein :

Minuman protein yang sangat sedap dan bebas GMO (Genetically Modified Organism). Protein tumbuhan ni lebih baik berbanding protein haiwan yang mana lebih tinggi kolestrol. Manakala protein Esp ZERO KOLESTROL dan rendah kalori. Sesuai sangat lah untuk orang nak kurus macam mila. Boleh gantikan nasi sebab kenyang lebih lama 😍

2. Life Shake Matcha :

Sanngat membantu dalam proses meningkatkan metabolisma badan. Ketahuilah, apabila meningkat umur kita, dan seperti pengalaman mila sendiri mengandung, bersalin, menyusu selama 3 kali...memang banyak proses yang berubah dan "semakin perlahan" di dalam badan mila. Seiring pula dengan pertambahan umur yang dah mencecah 34 tahun ni πŸ™ˆ

Metabolisma badan mila semakin menurun. Dulu senang sangat nak kurus, sekarang perlu juga ada pembantu dari luar seperti Life Shake dari shaklee ini untuk percepatkan proses meningkatkan semula metabolisma badan. Barulah cepat kurus bila kita "on diet" dan bersenam. Ramai kan ibu-ibu mengadu penat, tapi tak juga kurus. Betul tau..badan kita dah perlukan pembantu atau vitamin tambahan☝️

3. Lecithin :

Si pemecah lemak, si pemerah pipi hikhik. Apabila perjalanan darah lacar, kulit pun makin cantik tau! Love love love sangat lecithin ni sebab dia bantu pecahkan lemaks lemaks mila bila exercise kutip mainan anak, jemur baju, dukung anak berbelas kilo! πŸ˜† Patutlah cepat kurus ekk...ada orang bantu hehe

4. Alfalfa Complex :

Ni jamu moden terbaik tau. Alfalfa ni sejenis tumbuhan herba yang akarnya tunjang jauh kedalam tanah. Thats why la dia dapat menyerap nutrisi dengan sangat baik. Yang mila dapat hasil pengambilan Alfalfa complex ni, ia bantu detox! Detox maksudnya buang toksin yang busuk dan kotor keluar dari badan. Untuk wanita yamg hadapi masalah keputihan teruk, boleh amalkan alfalfa ni untuk bantu kurangkan dan mila pernah hilang terus keputihan tu. Best sangat! 

5. Herblax :

Ni ibarat julap semulajadi. Bukan lah sakit perut memulas yang sampai tak boleh buat kerja tu, tapi ia bantu proses buang air besar lancar setiap hari. Mila memang ada masalah ni sebelum ni. Herblax ni sangat bantu alhamdulillah dengan izin Allah. Bila lancar buang air besar setiap hari, nampak la perut makin kempis dan kurussss

6. Cinch tea mix : 

Membekalkan TENAGA kepada mereka yang dalam proses DIET SIHAT untuk menguruskan badan dan meningkatkan metabolisme tubuh ! Sesuai untuk semua golongan bukan untuk diet sahaja. 5 jenis teh yang berkhasiat & berkualiti tinggi merupakan kandungan utama Cinch Tea Mix yang mila ambil sekarang ni

MATCHA GREEN TEA

TAURINA

WHITE TEA

ROOIBOS RED TEA

RED TEA


Inilah 6 makanan tambahan yang mila ambil dalam kurang lebih sebulan ni. Best sangat pengalaman kali ni. Diet harian mila rasa lebih sihat dan membantu mila untuk dapat berat badan ideal dan inch loss denga lebih ketara 




Proses nak kurus dan sihat, perlu FUN. Kalau dah bosan workout di rumah, boleh bawa anak-anak keluar ke taman. Dan ketahuilah, waktu kita bersenam jika kekurangan nutrisi sepatutnya...badan kita boleh kurus tapi tak dapat shape yang cantikπŸ˜…

Contohnya, kurus tanpa protein yang cukup badan boleh jadi menggelebeh☝️ Breast jatuh, punggung jatuhπŸ™ˆ


Kita nak kurus, sihat & cantik juga kan. Jadi make sure vitamins cukup okeh




#shakleethrive2023

#shakleetriumph2023

#blogmegashaklee

#pengedarshakleekualaterengganu