Sunday, October 9, 2016

Jom buka Buku Pink ! (Pemeriksaan Sepanjang Kehamilan)






"Buku merah jgn lupa bawa..moga-moga belum tamat tempoh.."


Ok..sebenarnya takde kaitan pon dengan lagu tu..hihi. Rasa nak throwback sikit la pasal pemeriksaan sapanjang tempoh mengandung haritu :)


Bila dah confirm mengandung tu boleh je terus pergi klinik kesihatan untuk buat buku merah/pink tu. Blh choose either nak ke klinik kesihatan kerajaan or swasta. Mila buat di klinik kesihatan kerajaan. So apa yang nak share ni maybe lain atau tak sama dengan pengalaman ibu-ibu lain yang pernah mengandung. Check up ni penting untuk tahu tahap kesihatan ibu dan bayi dalam kandungan, dapatkan nasihat-nasihat dari nurse dan doktor, boleh jadi panduan kepada kita la especially macam mila yang baru pertama kali melaluinya ketika itu. Harapan entri ini dapat sedikit sebanyak membantu untuk mommy to be :)


Untuk pengetahuan kepada yang belum tahu, kita perlu check up sebulan skali, Kemudian ketika sudah masuk 30 minggu usia kandungan berubah menjadi 2 minggu sekali, kemudian seminggu sekali. Bila mila dah balik kampung ( sedia untuk bersalin & berpantang) boleh tumpang check up di klinik kesihatan kerajaan yang berdekatan. Ada masa selang sehari perlu pergi check up sebab ada sedikit masalah di akhir kehamilan.


Pertama kali pergi daftar & check ketika usia baby 13 minggu (lebih baik daftar awal-awal) Rutinnya ialah, amik nombor, tunggu dipanggil kemudian disuruh amik sample urine (air kencing). Bawa sample pergi ke makmal, cek urine dan ambil darah kt hujung jari. Akan terus dapat keputusan seperti dalam gambar Kemudian timbang berat badan, tunggu dipanggil lagi untuk berjumpa nurse.


Jumpa nurse untuk dapatkan konsultasi tentang pengambilan makanan berzat atau apa sahaja yang berkaitan kehamilan. Sesuai dengan keputusan yang  kita perolehi, nurse akan bantu dan pantau. Contoh jika HB rendah kita akan dinasihatkan untuk makan makanan yang tinggi ZAT BESI (saya la tu) kemudian nurse akan cek perut, cek jantung baby dan lain-lain lagi. Kadang-kadang selesai dapatkan konsultasi dari nurse kita akan dibenarkan pulang. Tapi ada masanya kita perlu berjumpa doktor untuk scan kandungan atau  dapatkan nasihat doktor untuk apa-apa masalah yang dihadapi.




 Mila terpaksa minum air gula (glucose) sebanyak dua kali. Ya Allah..rasanya sangat manis seperti air gula kosong. Jika yang tak tahan boleh muntah sebelum berjaya habiskan. Setiap kali minum air gula perlu minum 1 gelas penuh. Tips :minum jangan banyak kali berhenti. Sekali nafas je kalau boleh. Kalaulah kita termuntah, perlu minum semula. Na
sib la dua-dua kali mila boleh tahan muntah. Alhamdulillah. Mula dari jam 12 tengah malam sebelum temujanji untuk minum air gula tu, kita perlu berpuasa hinggalah 2 jam selepas minum utk dapatkan keputusan yang lebih tepat. Tips : datang awal pada hari tersebut supaya tak perlu berpuasa terlalu lama. Kenapa perlu minum air gula? Tanya la yang pakar untuk jawapan yang lebih tepat.


Ketika usia baby dah masuk 30 minggu, nurse akan ajar untuk mengira pergerakan baby (carta seperti dalam gambar). Perlu kira sebanyak 10 kali pergerakan dalam sehari (dlm masa 12 jam) Jika tak cukup 10 kali pergerakan? Cepat-cepat pergi hospital ye!


Ketika usia baby masuk 34 minggu, mila ada berjumpa doktor untuk scan baby. ketika itulah pertama kali doktor nampak jantina baby. Terkejut juga tahu yang dikandungkan itu baby BOY sebab selama ini dia taknak tunjukkan diri! Masa itu juga, air mata kesyukuran mengalir tanpa disedari :')
Untuk pengetahuan anda, apabila scan, kita akan dapat tahu anggaran berat baby, saiz kepala, usia baby, dan macam-macam lagi. Boleh tanya doktor kalau ada kemusykilan.


Itu sahaja yang nak mila kongsikan. Harapanya, dapatlah membantu mommy to be supaya dapat gambaran sedikit sebanyak tentang pemeriksaan kesihatan semasa mengandung.


Pesanan penaja : Bawa buku pink tu kemana sahaja kita pergi ye. Manalah tahu ada apa-apa perkara, boleh terus rujuk buku itu :)




Mila
Pengedar Shaklee Yang Sah
014-5082724

Kelebihan Menjadi Ahli Shaklee


Gelombang Tsunami Shaklee hampir tiba ! ! !

Arghh..cerita kat suami yang shaklee sedang tunjukkan peningkatan yg amat sangat skrg smpai nak nangis. semua pakat duk berkembang. Organisasi berkembang, sales meningkat mencanak2, maste-master baru dah semakin ramai dilahirkan, stok shaklee di HQ banyak yg habis !

Personally mila yang boleh kata banyak kali juga pergi Hq beli barang. Kalau dulu sampai je hq , ambil nombor terus dipanggil (takde orang beratur). Sekarang pergi office hour pon mak aihhh jenuh nunggu. Last pergi sebelum closing baru ni, mila order barang semua. Then akak kaunter cakap ada satu barang habis stok. Mila cakap ok jap nak tanya customer camne dgn satu barang yg tak cukup tu. Then, dia terpaksa panggil org lain dulu sebelum mila confirm order. Customer mila cakap nak jugak biar lah lambat lagi ada stok pon ! Ok baiklah. Saya akan uruskan.

Mila terpaksa ambil nombor baru untuk beli lagi barang yang lain-lain sebab baru dapat call order barang lagi. Tahu tak, hampir sejam nunggu orang yang dipanggil lepas mila tadi. Banyak giler dia order ! Dan masih ramai menunggu..huhu. Dlm group bisnes, master-master dan leader pakat cerita mungkin fenomena shaklee akan muncul kembali seperti satu masa dahulu. Siapa yg setia dan nk join shaklee skrg insyaAllah akan merasa bonus besar dan perkembangan bisnes yg drastik !


Jaminan pendapatan bagi yang serius berbisnes Shaklee 


Apa Kebaikan Jadi Ahli Shaklee Sekarang?

KEBAIKAN MENJADI AHLI SHAKLEE 

1) Boleh membeli produk Shaklee pada harga ahli

2) Dapat BONUS hasil pembelian/jualan setiap bulan 5-21%. Makan sendiri pun boleh dapat bonus.

3) BERPELUANG membuat bisnes Shaklee, (online dah offline) dengan bantuan MENTOR

4) ACCESS kepada SPECIAL GROUP kami untuk testimonial dan maklumat terperinci mengenai produk2 Shaklee.

5) Berpeluang merasakan KEBEBASAN MASA & KEBEBASAN KEWANGAN dengan berbisnes hanya dari rumah atau dimana sahaja.

6) Shaklee juga menawarkan 3C :
Cash
Car Bonus
Conference (Trip melancong 5 bintang dengan 100% tajaan )



CARA MENDAFTAR

1) Buat pembayaran RM80 untuk membership kit + postage ATAU

2) Buat pembelian produk Shaklee dalam RM700 @ 200 point UV dalam sebulan, anda akan mendapat keahlian PERCUMA (bernilai RM80) + 5% BONUS (bernilai lebih kurang RM30+). Penjimatan sehingga RM100+.



APA YANG PERLU SAYA BUAT UNTUK MENDAFTAR ?

Anda boleh daftar dengan 2 cara berikut:

Jika anda ingin daftar sendiri. Anda boleh pergi ke mana-mana cawangan Shaklee berdekatan. Anda perlu seorang penaja untuk daftar keahlian Shaklee. Anda boleh gunakan ID saya iaitu 1164704 (Noor Kamilah Binti Ibrahim). Minta borang di kaunter dan isikan butirannya.

Cara lebih mudah adalah saya akan uruskan pendaftaran anda dari A sampai Z. Semua penerangan akan saya berikan nanti. 



APA KEBAIKAN MENGAJAK ORANG LAIN MENDAFTAR DI BAWAH KITA ?

Walaupun  hanya nak makan sendiri, dan tidak berminat dengan business anda juga boleh mempunyai downline.

Dengan mempunyai anak-anak (downline), sebarang pembelian mereka yang seterusnya, akan menggunakan Shaklee ID mereka, dan pembelian ini akan termasuk dalam Group UV kita.

Group UV (Personal UV + Downlines UV) akan menentukan bonus % yang akan kita dapat setiap bulan iaitu:-

150 UV - 5%
300 UV - 8%
600 UV - 11%
1200 UV - 14%
2000 UV - 17%
3000 UV - 21%

Lagi banyak pembelian tak kira secara personal atau secara berkumpulan, lagi besar bonus yang akan diterima.


Menarik Bukan !!!?


KENAPA PERLU MEMILIH PENAJA YANG BETUL?

Memilih penaja ketika mendaftar TERAMATLAH penting. Seperti kita memilih tempat kerja terbaik atau kedai terbaik yang yakin individu/group itu akan membantu kita sejak dari mula mendaftar hinggalah sudah menjadi ahli yang sah.

Jika anda mendaftar dengan mila, sudah pasti mila akan berikan konsultasi terbaik. Jika anda ingin merebut peluaang bisnes pula, mila akan cuba menjadi mentor yang terbaik yang akan sentiasa ada untuk membantu. Walaupun menjadi surirumah sepenuh masa, sekarang mila sudah mampu miliki pendapatan 4 angka. Alhamdulillah hasil kesungguhan para mentor mengajar dan membimbing, mila kini sudah tubuhkan satu empayar baru di bawah kedalian mila sendiri. Empayar miracle ini terbuka kepada sesiapa sahaja yang telah selesai mendaftar di bawah mila. 


MIRACLE



Secret group yang hanya boleh di akses oleh ahli Miracle sahaja. Penuh dengan info untuk kegunaan semua ahli samada untuk rujukan sendiri atau untuk tujuan promosi.




Group Whatsapp Miracle untuk yang serius berbisnes. Disini ahli-ahli akan berkongsi semangat untuk terus maju dalam bisnes.




Group Whatsapp Info Shaklee-Miracle untuk ahli-ahli shaklee yang mendaftar dengan saya, bukan untuk berbisnes tapi akan dibantu mengenai cara pengambilan vitamin atau apa sahaja info mengenai shaklee yang perlu ahli ketahui. Juga bertujuan menjaga kebajikan setiap ahli yang telah mendaftar. 



Mila sedia membantu sesiapa sahaja yang berminat untuk belajar dan menjalankan bisnes shaklee. Bagi yang mengalami masalah kewangan, bagi yang ingin menambah pendapatan yang sedia ada, bagi yang mahu keluar dari kepayahan hidup atau sesiapa sahaja. Yang penting niat berbisnes kerana Allah taala. Penerangan dan bantuan akan diberikan dari masa ke masa kepada setiap ahli dan insyaAllah akan pastikan setiap anak didik akan berjaya bersama-sama mila :)


Bermacam-macam program yang boleh disertai apabila anda menjadi ahli Shaklee. Jika bersama team Miracle tentulah lagi banyak peluang aktiviti yang boleh anda sertai :)


Shaklee sangat mementingkan ilmu. Pengedar baru yang inginkan penjelasan lanjut boleh hadir ke Latihan Pengedar Baru. Kita akan diajar satu persatu bagaimana cara berbisnes dan penerangan keseluruhan apa itu Shaklee serta produk-produknya  

LAT Magic Session bersama LAT Family 


National Conference 2016

Health & Wellness Talk

Sharing santai bersama Master Zahirah



Mila dapat hadiah dari shaklee kerana peningkatan UV bulanan :)



Hadiah dari mentor kerana Peningkatan Pencapaian :)





Noor Kamilah Ibrahim (Mila)
Founder of Miracle Group
Supervisor At Shaklee Malaysia
Contact no : 014-5082724

Tuesday, September 20, 2016

Selamat Hari Lahir Ke-63 PAPA & MAMA

Kepulangan ke Terengganu semasa Hari Raya Haji yang lepas cukup bermakna bagi mila. Sejak beberapa ketika ini mila mula berbisnes Shaklee, pulang ke terengganu sebagai seorang SID (Shaklee Independent Distributor) dirasakan seperti biasa saja. Cuma sedikit berubah bila mila sudah mula bercerita tentang kebaikan shaklee kepada keluarga, bercerita tentang jualan shaklee mila, progress jualan, semua lah. Yelah, sejak mula berkahwin hanya sempat bekerja makan gaji beberapa bulan sahaja..selebihnya hanya bergelar surirumah sepenuh masa. 

aryan tengok orang sembelih lembu :)



Sehari sebelum raya haji adalah hari lahir papa ke-63. jatuh pada hari Arafah, 9 Zulhijjah 1437H, 11 September 2016. Dah ade ramai-ramai tu kami celebrate birthday papa skali. Seperti biasa wajah papa yang penuh dengan seyuman tanda gembira mempunyai anak-anak yang selalu mengingati tarikh kelahirannya. Bukan papa saja, mama pon begitu. Ucapan terima kasih memang tak lekang dari bibir



 Selamat hari lahir papa :)


Tapi, yang buat hati ini sedih sangat apabila sampai je di kampung terlihat tongkat dan kerusi roda di sudut luar bilik papa dan mama. Sekali tengok dah boleh agak siapa yang menggunakannya :( 


Papa, sejak dari muda hingga la ke umur emas sebegini memang bermacam-macam kerja yang telah dilakukan.  Drive dari Terengganu ke KL dah macam drive dari kampung sebelah-sebelah je. Boleh balik hari je Terengganu -KL  sehingga usia 60an sebegini. Sedangkan, kawan-kawan seusia dengan papa di usia 40-50an itu dah "surrender" mintak papa yang drive kan juga kalau ada apa-apa kerja di luar terengganu. Papa bukan bekerja sebagai driver, tapi sudah menjadi kebiasaan memandu kereta. Papa memang happy dapat ke KL sebab dapat jumpa ramai anak cucu nya disini katanya. Sedangkan kami sering je pulang ke kampung. Tapi mungkin rasa nak keluar dari terengganu sekali sekala ambil angin bandar. Kami adik-beradik memang dah kenal sangat, papa & mama sejak dari muda memang suka travel. Banyak negara dah diorang pergi berdua sebelum dan selepas pencen. Papa pula selalu juga melakukan kerja-kerja berat. Dah terbiasa hidup susah sejak kecil lagi. Mungkin, kerana terlalu banyak menggunakan tenaga secara maksimum, sejak masuk umur 60an ni juga papa & mama mula tunjukkan rasa sakit dan penat. Drive jauh sikit pon tak boleh. Harap kan adik lelaki bongsu jika dia ada pulang untuk kemana-mana.  Balik raya baru-baru ni papa kadang-kadang berjalan sambil bertongkat. Sesekali, duduk di kerusi roda kalau dah penat sangat. Bukan la tak boleh berjalan langsung, tapi mila faham sebabnya papa sedang menahan sakit sangat-sangat :(  


Papa mengadu sakit lutut yang amat sangat sejak dari sebelum mila sampai di kampung lagi. Katanya cecair yang ada dalam lututnya sudah kering. Macam-macam ubat dah dimakan, tapi tetap sakit. Tidur malam tak lena dek kerana menahan sakit. Ya Allah..sedihnya hati Allah je yang tahu bila mama bagitahu keadaan papa tak dapat tidur malam. Mama pula sering sakit-sakit kepala. Sebelum ke haji tahun lepas, mama disahkan terkena Tekanan Darah Tinggi. Sebelum itu mama tiada apa-apa masalah kesihatan yang serius. Papa, kalau ditanya pasal penyakit memang banyak. Pernah jalani pembedahan akibat sakit jantung lebih 10 tahun yang lepas, gout, darah tinggi, kencing manis, batu karang...banyak sangat. Dan dah macam-macam ikhtiar yang dilakukan untuk sembuh dari macam-macam jenis penyakit yang dihidapi itu. Allah...kuatnya papa :'(



Jujurnya, sebelum terlibat secara aktif dengan bisnes Shaklee mila seorang yang kurang menitik beratkan soal kesihatan. Mila hanya tahu jenis-jenis penyakit yang sering rakyat malaysia hidapi sahaja. Juga penyakit-penyakit yang dihidapi oleh ahli keluarga mila sahaja. Tapi, sekadar tahu sahaja..kesedaran untuk berusaha untuk mencegah sangat-sangat rendah. Yang mila tahu, cukup lah papa, mama dan nenek (juga penghidap diabetes) ulang alik ke hospital apabila tiba temujanji dengan doktor.  Ada masa mereka terpaksa pergi berurut tradisional apabila sakit-sakit yang berkaitan dengan sendi. Tapi, sekarang dengan izin Allah mila dah mula membaca mengenai 1001 jenis penyakit yang adakala tak pernah tahu pon kewujudan penyakit tersebut. Semuanya asbab berniaga Shaklee mila perlukan ilmu-ilmu mengenai bermacam-macam jenis penyakit sebelum mengetahui supplement apakah yang paling sesuai diambil oleh para pelanggan.


Memikirkan mengenai kesihatan papa & mama, mila memang berhasrat untuk mula membekalkan supplement Shaklee untuk mereka sebelum diminta. "Alahh..anak jual shaklee takkan tak boleh bagi kat mak ayah kan. Apa guna bagi kesedaran kat orang ramai kalau mak ayah sendiri tak boleh bantu. "  Memang ini sering bermain di minda mila sejak mila sendiri dah jatuh cinta dengan supplement Shaklee. Sangat-sangat berkesan untuk diri sendiri apa salahnya bagi mama & papa juga keluarga merasainya sekali.  


Melihat keadaan papa & mama ketika di terengganu haritu, mila nekad nak hadiahkan satu Set Sendi Terbaik dari Shaklee. Mama pula, mila nak cuba bantu sehingga pulih dari penyakit darah tinggi nya. Mila nak sampai satu hari nanti doktor sendiri yang cakap kat mama dan papa tak perlu lagi teruskan mengambil ubat hospital. "Encik dan puan dah sihat !" Ya Allah, nak sangat papa & mama dapat sihat kembali seperti dulu ! Sebab mila tak nak mereka terlalu bergantung dengan ubat sintetik yang kesan jangka panjangnya sangat-sangat membimbangkan. Papa pula sering sangat mengambil paracetamol sejak dari dulu lagi. Terlalu banyak dah ubat yang papa makan buatkan hati ini bimbang. Bagi mila sekarang, biarlah tak dapat jadi  seorang doktor, jururawat mahupun ahli farmasi...menjadi seorang pengedar Shaklee yang punyai kesedaran tentang kesihatan dah cukup untuk bantu keluarga sendiri. Sekurang-kurangnya ilmu tentang kesihatan yang banyak mila pelajari selama ini takkan di mana-mana jika mila tidak bermula sebagai SID.


Hasil pembacaan dan pendapat dari pengedar shaklee yang lain mila dah hadiahkan papa Set Sendi Terbaik Shaklee , dan untuk mama Set Tekanan Darah Tinggi Terbaik Shaklee :)

Inilah hadiah mila buat Papa & Mama tersayang. Semoga pa ma cepat sembuh..aamin :)
Papa (set sendi) : Vivix, Collagen Powder, Ostematrix, Omega Guard
Mama (set darah tinggi) : Vivix, Omega Guard, garlic Complex 
Sekali dengan jadual pengambilan setiap jenis supplement


Kenapa papa dan mama perlukan semua ini? Jom mila cerita satu-satu ye :)


Untuk papa yang sakit lutut/sendi :


Terdapat pelbagai jenis sakit sendi namun yang paling sering berlaku dikalangan rakyat Malaysia ialah Osteoarthritis Sendi Lutut. Pada dasarnya arthritis merupakan penyakit dimana lapisan rawan pada permukaan tulang-tulang sendi menjadi haus, nipis dan rosak. 

Ini mendendahkan permukaan tulang lalu menyebabkan geseran antara permukaan tulang, serta pembentukan 'duri' tulang (spur) pada hujung-hujung tulang tersebut. Mungkin itulah yang dirasakan sakit yang amat sangat oleh papa



Tanda-tanda Penyakit Osteoarthritis

  • Pesakit biasanya mengalami bengkak sendi, rasa panas dan sukar untuk digerakkan.
  • Aktiviti-aktiviti harian menjadi terbatas seperti mencangkung, melutut, duduk diatas bangku.
  • Merasa sakit dan sukar bergerak apabila ingin bangun dari kerusi dan mula berjalan.
  • Apabila  membuat pemeriksaan doktor didapati sendi menjadi sakit apabila disentuh atau digerakkan. Terasa geseran dan bunyi kasar semasa bergerak. Semua ini menunjukkan kehilangan lapisan rawan pada sendi lutut. 

Selepas pemeriksaan dan diagnosis doktor akan menentukan kaedah rawatan yang sesuai buat pesakit. Terdapat pelbagai pilihan rawatan yang boleh dilakukan. Antaranya :-

  • Rawatan Fizikal 
  • Rawatan Farmakologi seperti ubat tahan sakit, ubat anti-inflamasi bukan steroid (NSAIDS), penghalang Cox-2, glukosamin sulfat, chondroitin sulfat
  • Suplemen makanan, ubat herba, perubatan tradisional.
  • Suntikan sendi dengan Hyaluronic Acid.
  • Suntikan sendi dengan steroid.
  • Rawatan Pembedahan - artroskopi sendi, pertukaran sendi.
Apakah manfaat setiap satu dari Set Sendi Shaklee?

Manfaat Vivix Untuk Sendi

Telah terbukti resveratrol yang terkandung di dalam ramuan vivix boleh membantu:
  • Mengekalkan dan memperbaiki fungsi dan struktur sendi.
  • Mengurangkan faktor yang menjadi punca kepada penyakit berkaitan sendi.
Seterusnya penyelenggaraan yang baik pada sendi normal, juga memberikan perubahan yang lebih baik terhadap kesan fisiologi kepada sendi termasuklah (faedah yang positif) daripada segi:
  • Kelebaran ruang sendi (joint space width on radiographs).
  • Pergerakan.
  • Kekakuan (stiffness).
  • Ketidakselesaan sendi.
Secara spesifiknya kajian saintifik ini dijalankan terhadap penyakit osteoarthritis (OA), iaitu sejenis penyakit pada sendi yang serius. Yang mana terjadinya radang pada sendi atau kerosakan pada tulang rawan. Orang yang sakit sendi biasa, kalau tak cegah daripada awal sangat mudah nak kena OA ni.

Testimoni pengguna vivix bebas dari sakit sendi

Manfaat Omega Guard Untuk Sendi


  • Pengambilan asid lemak omega 3 dengan glukosamine dapat meningkatkan kesihatan sendi berbanding pengambilan glukosamine sahaja.
  • Melambatkan penyusutan tulang rawan
  • Mengurangkan reaksi keradangan dalam sendi-sendi
  • Bertindak sebagai pelincir agak pergerakan sendi-sendi lebih bebas.


Manfaat Ostematrix Untuk Sendi



  • Pengambilan kalsium bukan sahaja menguatkan tulang tetapi juga mengurangkan gejala-gejala osteoarthritis.
  • Menggalakkan komposisi tulang dan tulang rawan
  • Menghalang pereputan tulang
Manfaat Advance Joint Health Tablet



Sayangnya AJHT ni dah berbulan-bulan not available for sale! Dan belum ada kepastian bila akan mula dijual semula. Ramai yang kecewa bila mila kata AJHT ni takde termasuklah papa. Ramai yang tidak tahu sebenarnya ada banyak lagi vitamin lain yang sangat-sangat membantu memperbaiki masalah sakit sendi tulang dan yang berkaitan. Malah yang terbaik sekali dan lebih bagus daripada AJHT ialah tonik antipenuaan yang kaya dengan antioksidan hebat resveratrol iaitu Vivix Shaklee. Sedikit huraian tentang manfaat AJHT :



  • Menyokong keselesaan sendi (Ekstrak Boswellia) dengan menghalang pembentukan bahan kimia yang menyerang tulang rawan. Ekstrak Boswellia digunakan dalam perubatan Ayuveda untuk menyokong kesihatan sendi sejak berkurun lamanya. Bahan aktif utama ekstrak Boswellia ialah asid boswelik yang berfungsi sebagai anti-radang semulajadi.
  • Bertindak sebagai kusyen ( (Ekstrak jagung) membantu mengekalkan tulang rawan. Ekstrak jagung membekalkan satu sumber yang pekat dengan glukosamina yang berfungsi untuk meningkatkan sokongan kusyen sendi dan pemeliharaan tulang rawan. Glukosamina ialah blok binaan utama bagi membina tulang rawan dan lendir bagi melincirkan sendi. Ia juga ditemui dalam tendon dan ligamen.
  • Memelihara tisu penyambung yang sihat (zink, tembaga, mangan dan vitamin C). Sebagai nutrien penting dalam kesihatan sendi, zink, tembaga, mangan  dan vitamin C membekal sokongan nutrien untuk kolagen dan komponen tisu penyambung lain memberikan kekuatan dan struktur terhadap sendi.


  • Manfaat Collagen Powder




    Walaupun bukan termasuk dalam set sendi Shaklee, mila tetap berikan papa Collagen powder ini untuk kesan yang lebih baik terhadap sakit lutut papa

    Kolagen diperlukan untuk memperbaiki dan menyelenggara tisu-tisu lembut di sekitar sendi. Kerana jika tisu-tisu ini rosak, itulah yang buat sendi rasa bekeriuk, berbunyi, sengal dan sakit. Secara ringkasnya kolagen:
    • Membantu menyokong pergerakan yang lebih lancar dan stabil.
    • Meningkatkan metabolisme dan memberikan tenaga.
    • Mengurangkan rasa sakit belakang dan kesakitan ketika bergerak.
    • Memberikan fleksibiliti kepada sistem sendi dan tulang.
    Malah, Collagen Powder juga memberikan pelbagai faedah kesihatan seperti memperbaiki kesihatan saraf mata (mata kering dan rabun), menganjalkan dan menegangkan kulit, awet muda, kecantikan dan banyak lagi.

    Untuk Mama yang Darah Tinggi


    Penyakit darah tinggi ialah apabila tekanan darah keatas dinding arteri berlebihan. Tekanan darah tinggi yang tidak terkawal boleh menyebabkan berbagai masalah kesihatan, termasuk masalah jantung dan strok. Tekanan darah ditentukan oleh jumlah darah yang di pam oleh jantung dan jumlah rintangan arteri disebabkan arteri yang semakin sempit. Semakin banyak darah dipam dan semakin sempit arteri, semakin tinggilah tekanan darah seseorang.
    Tekanan Darah
    Diukur dari dua bacaan iaitu ketika jantung mengepam (sistolic), bacaan atas dan ketika jantung berehat (diastolic) bacaan bawah.
    Tekanan darah normal ialah bacaan atas 100-140, dan bacaan bawah 60-90, tekanan darah tinggi terjadi apabila bacaan melebihi 140/90.
    Tanda-tanda Tekanan Darah Tinggi
    Salah satu aspek merbahaya tentang penyakit ini ialah ramai yang tidak menyedari telah memilikinya. kajian menunjukkan hampir satu pertiga pengidap tidak menyedarinya. Makanya mencegah adalah sebaik-baik langkah disamping mendapatkan ujian tekanan darah berkala.
    Manfaat Vivix Untuk Darah Tinggi



    Seperti vivix untuk sakit sendi, Resveratrol yang terkandung di dalam vivix juga memainkan peranan penting dalam:
    • Menyokong tekanan darah yang sihat dengan mengawal tekanan darah sistolik.
    • Mengurangkan keradangan dan mampu memperbaiki kelancaran aliran darah.
    • Menyokong hormon-hormon yang memainkan peranan dalam mengawal tekanan darah.
    • Makanan yang mengandungi tinggi kandungan resveratrol turut mengandungi kompoun dan nutrisi seperti antioksidan yang berupaya menyokong kesihatan tekanan darah tinggi.


    Manfaat Omega Guard Untuk Darah Tinggi 

    Omega Guard membantu mengekalkan tekanan darah normal, mencegah salur darah daripada tersumbat, mengelakkan strok, dan mencegah pembekuan darah dalam badan.




    Manfaat Garlic Complex Untuk Darah Tinggi



    Mengawal jangkitan, menurunkan tekanan darah, menurunkan kolestrol dan memelihara kesihatan selular. Garlic Complex dapat mengeluarkan raksa, plumbum, kadmium yang merupakan logam toksik dalam tubuh dengan pantas. Logam toksik ini merupakan antara penyebab tekanan darah tinggi meningkat.



    Itulah penerangan secara terperinci kenapa mila pilih beberapa jenis vitamin itu untuk mama & papa amalkan. Sangat sesuai untuk mengatasi masalah-masalah yang dihidapi. InsyaAllah. Mila juga sangat-sangat berharap, apabila mila menghubungi mereka nanti ada berita positif tentang kesihatan mereka. Jika dibuat pembacaan, sekiranya sakit lutut papa semakin serius boleh membawa kepada bermacam-macam rawatan lagi yang mungkin menelan belanja ribuan ke puluhan ribu ringgit. Apa lah sangat ratusan ringgit setiap seorang mama dan papa yang harus mila keluarkan untuk memastikan mereka kembali pulih dan sihat seperti sediakala, tak mengadu sakit dan yang penting kembali ceria seperti biasa. Ya Allah, berilah kesihatan yang berpanjangan dan kebaikan kepada ibu bapa ku. Kembalikanlah kesihatan yang pernah anugerahkan kepada mereka seperti waktu mereka muda dahulu.



    Selamat Hari Lahir yang ke - 63 Papa & Mama
    11 September 1953
    15 Februari 1953

    Kepulagan yang amat bermakna apabila dapat hadiahkan papa & mama sesuatu yang dapat membantu mengembalikan semula perkara yang tidak dapat dibeli dengan wang ringgit, iaitu KESIHATAN




    Monday, September 19, 2016

    Gla Complex VS Evening Primerose Oil (EPO)





    Pheww..lama tak study woo..terasa masuk degree balik duk cari-cari journal nak refer utk buat thesis..haaa..bukan main-main tau nak share ilmu kat orang ramai. Harus la tepat lebih-lebih lagi bab pemakanan. Nanti silap info rasa berdosa pula. hehehe

    MINYAK BORAGE, MINYAK BUNGA MATAHARI dan VITAMIN E

    GLA Complex Shaklee ni merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E.


    English Primrose Oil (EPO) VS Borage Oil (GLA Complex Shaklee)




    EPO dibuat dari sejenis bunga bernama English Primrose, sekian lama digunakan untuk menyelesaikan masalah wanita dan sakit sendi. Hinggakan nama EPO disalah-sangka sebagai nutrien seperti DHA, EPA, etc. EPO sebenarnya minyak dari bunga english primrose 

    EPO ini mengandungi GLA (gamma-linolenic acid) dan minyak inilah yang berguna untuk menyelesaikan beberapa masalah tersebut. GLA ini juga terkandung dalam bunga borage yang digunakan sebagai bahan utama dalam GLA Complex Shaklee.

    Perbezaan English Primrose Oil dengan Borage Oil?
    Borage oil mengandungi GLA yang lebih tinggi dari EPO iaitu sebanyak 25% berbanding 10% GLA dalam EPO. Kelikatan GLA yang lebih tinggi terbukti lebih baik untuk membantu dalam beberapa masalah kesihatan seperti PMS, arthritis, malah ekzema. Bukan tu je, GLA Complex Shaklee mengandungi Vitamin E dan minyak biji bunga matahari yang kaya dengan asid lemak Omega-6. Daun borage juga dikatakan galactogogue yang bagus (dalam GLA Complex Shaklee bukan daun, tapi biji bunga borage). Borage oil juga digunakan pada akhir kehamilan untuk mematangkan serviks.






    Jadi faham la kan kenapa GLA Complex Shaklee adalah lebih baik dari EPO! 


    Untuk info lanjut dan pertanyaan :

    Noor Kamilah Ibrahim
    Pengedar Sah Shaklee
    ID : 1164704
    014-5082724