Thursday, June 15, 2017

Logik Ke Satu Supplement Boleh Rawat Semua ???



Sesiapa sahaja, jika sekali dengar rasa tak logik. Termasuk lah mila untuk satu ketika dahulu.

What?!

Esp boleh ambik untuk gastrik

Boleh untuk kulit cantik

Boleh untuk ibu menyusu, mengandung, dan TTC ( try to conceive)

Boleh untuk kencing manis

Boleh untuk kurus

Boleh pulak untuk nak gemuk

Amboi amboi amboi..memacam kau boleh yer. Macam ada yang cakap CURE ALL. Macam SESUATU sangat ESP ni kan


By the way, ESP tu apa?

ESP = Energizing Soy Protein (Klik Disini). Salah satu produk keluaran syarikat Shaklee yang sangat FAMOUS sekarang ni


Mari mila cerita sedikit sejarah mila...

Ogos 2014 mila mendaftar shaklee dengan niat nak berbisnes. Tapi mila tak terus berbisnes, mila pilih untuk cuba beberapa produk shaklee. Style mila..tak reti nak cerita kalau kita tak rasai sendiri kesan produk tu pada diri sendiri. Ok. Disebabkan mila bagitahu upline mila nak berbisnes..jadi mila dimasukkan ke group bisnes supaya ada guideline sepanjang mila berbisnes ni. Kita tak pernah belajar bisnes..mestilah nak ada guideline kan. Sedangkan, awal2 lagi upline cakap ada 2 pilihan :

1) Kalau nak bisnes, terus masuk group bisnes lah. Kat sini kita nak belajar macam macam. Marketing apa semua tu.

tapi...
2) Kalau mila daftar ahli ni utk makan saje, masuk group satu lagi lah. Walaupun tak bisnes, sebagai ahli mila layak dapat segala info pasal shaklee. Contoh : Bila shaklee buat offer, bila ada national conference, promosi apa shaklee buat setiap bulan, ID mila tu layak beli barang dengan separuh harga (pernah mila dapat sebab lama tak aktif), mila dapat bonus sebab beli barang cukup 150uv and so on la. Means, upline tak biarkan mila terpinga2 walaupun kita ni tak bisnes. Dia guide mila satu-satu.

Nak tahu tak, walaupun mila cakap nak bisnes, start Ogos 2014 tu..mila post satu dua je kat ig & fb pasal shaklee. Lepas tu tak minat dah nak ambik tahu. Mila tak aktif langsung di group bisnes. Sedar-sedar mila dah diremove dari group bisnes dan masuk ke group untuk makan sahaja.

Perasaan waktu tu...

"Aduh, aku dah kene remove. Nasib baik whatsapp ni kita boleh baca lagi ayat-ayat last sebelum kene remove. Rupanya..upline dah tanya banyak kali. Dan inform..yang tak aktif akan pindah ke group satu lagi"


Kiranya bukan la kene buang terus hehe. Legaa


Bila fikir balik, teruk jugak perangai. Kata nak bisnes. Tapi tak nak buat apa-apa. Tak membaca, tak cuba fahami segala jenis produk. Tak "tunjuk muka" dalam group. Asyik "mute" kan group whatsapp tu supaya tak dapat notification banyak-banyak.  Mana nya nak faham segala benda. Bisnes shaklee memang untuk orang RAJIN membaca. Kalau kita MALAS, serius banyak benda kita mudah nak salah faham. Kita akan rasa tah pape je bisnes ni. Kita tak akan rasa suka berbisnes dan kita tak rasa kesan dari pengambilan supplement. Sikit sikit cerita pasal Car Bonus. Sikit sikit cerita pasal Free Trip. Dalam hati "jauh lagi aku nak dapat semua tu. Orang rank tinggi-tinggi boleh la dapat kot".

Begitulah negatif nya seorang manusia ni dulu. Belum start lagi dah fikir tak boleh..ingat Allah nak bagi ke kalau kita negatif?

Car Bonus : Diberi dalam bentuk cash setiap bulan, bukan dberi sebiji kereta. Shaklee bagi pilihan untuk kita beli kereta atau gunalah bonus itu untuk apa sahaja. Sebagai pemangkin semangat semua SID berusaha dengan lebih gigih. (ada syarat nak dapat ni, bukan mudah-mudah)

Free Trip : Convention dalam dan luar negara. Bukan setakat berjalan makan angin, Shaklee bawa SID yang layakkan diri mengenali budaya setempat dan mempelajari kajian-kajian yang shaklee jalankan keatas setiap produknya. Semua ada proses belajar walaupun dah capai benda besar-besar ni. Shaklee sangat raikan ilmu.



Nak tahu apa jadi kat mila?

Ogos 2014-Ogos 2015.
Setahun Mila tak baca langsung segala info yang ada di group. Padahal upline ni sedaya upaya nak fahamkan kita. Nak kita berilmu dalam berbisnes (mila sedar lepas dah lama tak aktif). Esp mila minum tak habis habis. Vitamin lain mila malas makan. Dan kesannya, mila tak rasa apa-apa kesan kat diri mila. Mila mengandung tanpa faham apa-apa kepentingan vitamin semua tu. Mujurlah bila pergi klinik, doktor tekankan pengambilan folic acid, zincofer, obimin sebab mila ada alami HB rendah. Lain-lain, mila tanya orang sana sini. Dengar pendapat orang macam-macam untuk tambah darah. Langsung tak rujuk kepada group.

Selepas bersalin, waktu anak 4-5 bulan macam tu. Mila rasa, mila dah perlu buat sesuatu. Anak makin membesar tapi income takde ni. Rasa semakin membebankan suami. Tup tup, mila dapat sms dari Shaklee Offer membeli vitamin C dan Esp dengan separuh harga dengan menggunakan ID sendiri. Sebab dah lama sangat ID mila tak aktif. Malas betul nak fikir apa apa sepanjang hamil dan selepas bersalin tu.Sebab tu tak aktif dah ID mila. Jadi mila ambil peluang untuk beli dan mula makan dengan konsisten dan rasai semula kesan dari pengambilan vitamin shaklee ni.
Itulah permulaan mila berbisnes. Mila dah rasa kesan sepanjang menyusukan aryan. Kemudian apa yg dirasakan itulah dikongsi. Sebelum rasa kesannya, mila tak kongsi sebab takut. Yang mila berani nak cerita awal-awal dulu hanya penapis air. Tu je. 

Bermulah lah sebagai seorang pengedar yang sangat komited berusaha memperbaiki ekonomi keluarga. Ada masa mila berkongsi jujur dari hati. Ada masa mila mempromosi seperti seller seller lain. Promosi Promosi Promosi. Yelah bisnes apa yang kita buat sebagai amal jariah setiap masa? Bil internet kita, usaha tenaga kita, mestilah kita nakkan sesuatu yang dapat memberi pendapatan kan. Sedangkan ustaz ustazah mengajar juga boleh diambil upah atau bayaran tentang apa yang diajar. Semua boleh jadi punca rezeki yang halal. Semua ada matlamat. Mesti lah kita kejar sales .  Ada waktu, kita tertekan dengan ekonomi keluarga kita. Ada waktu, kita terdesak kerana kekurangan wang untuk belanja makan minum. Keluarga kecil kami bukan senang. Masih struggle utk survive di kl ni. Jadi mila ambil peluang untuk mempromosikan bisnes dan produk shaklee dengan penuh semangat nak memajukan diri. Tak ada yang boleh bantu kita untuk sesuap rezeki kalau kita sendiri tiada daya usaha. 

Tapi kesempitan tu bukan la kunci untuk mila buat langkah gile. Tak pernah rasanya terfikir nak ambil kesempatan dari customer atau downlines mila sendiri. Semua itu akan effect kepada keberkatan rezeki mila dan keluarga nanti. Malah mila buat kelas dan explain berkali kali kepada downlines atau sesiapa sahaja yang musykil tentang bagaimana bonus shaklee diagihkan. Mila follow up customer lepas membeli. Ada service after sale. Cuma kadang kadang ada yang taknak reply pon bila mila tanya khabar. So, what should I do?



Mila faham sangat. Dan mila sendiri pernah negatif pasal ni dulu. Istilah mengKAYAkan orang atas. Memang cukup sinonim dengan MLM. Yes, mila asyik fikir kalau mila aktif bisnes, orang atas mila je yang akan untung besar sampai bila bila. Tapi tu fikiran mila waktu awal-awal dulu. Sebab mila tak nak cuba untuk faham. Kayakan orang atas itu buka istilah MLM yang sebenar, tapi itulah SISTEM PYRAMID yang tak menepati syarak. MLM Shaklee patuh syariah (Klik disini)

Waktu mila masih lagi tak percaya disebabkan terdengar perkataan MLM Shaklee, mila tak terus berhenti. Rasa tak boleh jadi..mila berusaha untuk faham. Tak suka duduk dalam keadaan ragu-ragu. Hah ! Senang je rupanya. Mila dah faham satu-satu pengiraan bonus shaklee.

1)Macamana bonus dikira untuk diri mila sendiri
2)Macamana bonus dikira untuk downlines mila 
3)Macamana bonus dikira untuk mila dapat dari downlines mila
4)Macamana downlines mila dapat bonus dari downlines mereka sendiri pulak

5)Kenapa kita layak dapat bonus dari downlines  = sebab kita keluarkan tenaga dan usaha untuk membantu mereka. Kita belajar fahamkan ilmu nutrisi. Kita pergi belajar dengan nutritionist (klik disini). Minyak kereta, tenaga kita tu kene keluarkan jugak kan. Kemudian kita sampaikan kepada orang ramai pula. Ibarat cikgu mengajar, ada gaji kan? Samalah gitu. Cuma kami dapat dalam bentuk bonus yang ada cara pengiraannya yang sangat adil
*Kalau rasa nak tahu, mila boleh je ajar.

Yes. Mila dah faham satu-satu secara detail. Mila tahu dah cara kira step by step.

Apa yang kayakan orang atas? Tak jumpa pulak kat mana. Siap ada kes upline kene potong dengan downline lagi. Sebab upline malas. Downline ni boleh pergi belajar dengan siapa-siapa je kalau dia nak maju.

Dan mila dah explain satu demi satu pada downlines. Atas mereka la pulak nak take note atau masuk telinga kanan keluar telinga kiri kan. Yang penting, tugas mila dah settle. Biasalah, dalam organisasi kita. Bukan semua yang nak ambik kisah apa yang kita ajar.

Cuma lately, ramai pulak mendaftar dengan mila. Belum sempat buat kelas mengenai ini. Masih berperang dengan muntah mabuk pening lagi untuk second pregnancy ni. Masih mencari masa yang sesuai. Later akan buat jugak insyaAllah.

Pokok pangkal..atas diri kita sendiri.

Mila pernah je dalam fasa tak tahu apa apa sampai mila fikir buruk-buruk kat upline. Salah siapa? Salah mila la tak nak belajar dan berprasangka  buruk.

Dosa Dosa Dosa !

Bila semuanya jelas, sikit pon takde keraguan dengan produk shaklee, dengan sistem perniagaan shaklee. Sayang sangat kat upline. Sebab dia lah bantu kita tak kira masa. Semuanya telus. Takde sembunyi sembunyi. Sebab kita selalu pergi berbaik baik dengan dia. Kalau kita asyik nak negatif kat dia..dia pon tak berani nak bantu kita yedak?

Cikgu kalau student malas nk belajar, pastu dia tak faham then pergi buat cerita yang terpesong apa korang rasa? Gitulah agaknya yang rajin sangat buat confession tu hehehe. Sebab tak betul betul faham. Atau dia tersilap pilih organisasi. Atau terlalu banyak membuat andaian sendiri sebelum jelas tentang kebenaran.

Biasanya, orang mudah nak judge yang bukan bukan sebab dia tak faham betul betul dan taknak cuba faham betul betul. Itu sahaja.

Hah ! Esp banyak sangat fungsi dia kan. Atau produk produk lain yang korang rasa pelik sangat sangat. Cuba baca ingredients dia. Cuba relate dengan segala masalah kesihatan yang diberitahu oleh SID tu. Kalau SID tu melampau sangat jangan lah percaya. Masa ni kene bijak lah. Kerana ada beribu SID kat Malaysia ni. Ada yang belajar, ada yang celup celup. Ada yang nak untung semata-mata. Ada yang baru belajar. Ada yang tak tahu menahu, semua nak cerita. Ada yang copy paste je untuk buat iklan. Perlu bijak lah memilih SID untuk dipercayai.

Esp diperbuat dari protein soya.

⇾ Protein kan seperti ayam, ikan, telur. Jadi ia mengenyangkan. Protein soya pula protein tumbuhan. Berbeza tau dari protein haiwan. Soya pula berbeza dari kebanyakan soya di pasaran. Soya yang digunakan soya NON GMO. Dibasuh dengan air, bukan alkohol. Sangat berbeza tau soya dibasuh dengan air atau alkohol ni. Iaitu dari segi kos yang sangat tinggi dan kualiti yang jauh berbeza.

⇾Bila ia mengenyangkan, dan kenyang tahan lama (Low Glycemic Index), ia membantu orang gastrik bertahan. Tak la cepat sangat lapar.

⇾Bila tak cepat lapar. Orang yang nak kuruskan badan, sesuai lah juga. Tak la kemaruk makan yang melampau.

⇾Bila orang nak naikkan berat badan. Sesuai mengambil Esp juga sebab, ESP adalah protein sihat. Minum la waktu waktu sebelum tidur contohnya, ia membantu naikkan berat badan. Macam kita makan ayam sebelum tidur. Cepat kan naik badan kita. Tapi ia bantu meningkatkan metabolisma badan kita jugak. Bukan lah naik badan sampai jadi gemuk pulak. Ngam ngam je..dan kalau rasa nak stop stop la minum waktu malam. Tukar waktu pengambilan pula. Ni kene diskas lah dengan SID pilihan anda tu.

⇾Ibu hamil, menyusu, berpantang ambil untuk tenaga dan memekatkan susu badan. Biasalah minuman yang mengenyangkan, membantu untuk tenaga juga kan.

⇾Untuk orang kencing manis pon sesuai sebab ianya tanpa gula. Siapa pernah rasa ESP mesti tahu ESP ni tawar je. Yang tambah-tambah gula atau susu pekat tu dia la sendiri perlu menanggung kesan dari pengambilan gula tu pulak. Esp sendiri takde rasa manis sikit pon. Sebab tu sesuai untuk pengidap kencing manis nk terus kawal penyakitnya itu. Bukan untuk merawat, tetapi mengawal.

⇾Kulit. Untuk kulit sangat la sesuai jugak. Sebab protein soya membantu membina sel sel baru. Gantikan balik sel sel yang sudah rosak seperti kulit yang dah berparut dan sebagainya dan perlu diambil secara konsisten.

Itulah penjelasnya. Bukan la suka suka je kita cakap sesuai utk banyak perkara tu. Tapi kita belajar relatekan jugak dengan segala kebaikan yang ada dalam satu-satu produk itu.
Selebih nya, kita pilih lah. Nak ambik yang positif atau negatif. Nak pilih SID mana yg bertanggungjawab atau tak. Mila pon ada pernah buat salah sebab mila pon manusia biasa je. Tapi kita ambil yang salah tu untuk improve diri kita.

Mila cuma berkongsi kisah mila macamana terjebak dengan Shaklee. Selebihnya, anda lah boleh buat penilaian sendiri. Nak tahu lebih lanjut pengalaman mila betul betul mula mula nak berbisnes shaklee? Baca disini 


Thanks for reading :)

Syukuri Yang Sedikit Baru Allah Bagi Lagi Besar

Semalam PAY-DAY untuk semua SID (Shaklee Independent Distributor)

Alhamdulillah





Boleh dah cakap kat suami

" Abang, baju raya sayang abang tak payah susah susah lah. Sayang dah ada bonus sendiri. Abang fokus belanja balik raya je"

Hashtag : Isterimu yang sangat memahami





Syukur sangat bonus masuk dekat dekat nak raya ni. Bagi wanita yang sudah biasa bekerja pegang duit sendiri, mungkin bonus ni macam takde apa apa sangat. Tapi bagi mila sebagai surirumah sepenuh masa ni yang hanya fokus 1 bisnes, bonus shaklee tu memang rasa betul betul BONUS.

Permulaan bisnes shaklee, tak la rasa teruja sangat waktu hari bonus masuk ni. Yelah..kita baru belajar bisnes waktu tu, dapatlah puluh puluh hengget. Tapi selalu ingat pesan cikgu.


"Syukuri yang sedikit barulah Allah akan bagi lebih besar lagi"


Mila pegang kata kata tu. Mila manage duit yang puluh ringgit tu betul betul. Sikit pon still masuk tabung tau. Sebab tu ku rela je tak pandang baju tudung makanan makanan yang duk lalu kat fb ni. Tgh ngandung ni boleh meleleh air liur tengok benda yang kita nak sangat tapi kena tahan dulu. Kadang2 nak beli jugak barang jualan kawan-kawan tanda support, tapi maafkan mila. Mila kene tahu prioriti mila sekarang adalah MAK AYAH, SUAMI & ANAK. Terpaksa "puasa" shopping baju tudung atau makanan best-best tu dulu. Tapi mila support dari segi like dan komen di FB ok?😇😇😇



Tapi bila mila tengok ramai yang dengan laju boleh capai RM1500-RM3000 sebulan. Dengan nekad. Tak fikir orang dah. Biarlah orang nak bergaya macam mak datin pon. Makan mewahh mewah selalu pon, ku tak kisah. Yang mila kisah, kalau isteri atau wanita yang berjaya capai income besar besar sampai dia pon boleh support suami dari segi kewangan. Suami pon sayang lebeyyyy




Sebab biasanya mila tengok masyarakat kita, bila jadi surirumah je semua nak harapkan suami. Bukan la nk perlekehkan atau nak fikir bukan-bukan. Tapi takdir dan masa depan kita belum tentu lagi. Suami kita bukan milik kita. Allah pinjamkan untuk sementara sahaja. At least, dari sekarang kita ada income sendiri, kita dah belajar selok belok bisnes. Kita belajar handle anak sambil kerja. Dalam masa sama kita belajar untuk KUAT. Kalau lah Allah hilangkan suami kita dalam sekelip mata, kita dah bersedia fizikal dan mental.



Alhamdulillah tahun lepas lagi mila dah berjaya capai income seribu lebih sebulan. Jadi tiap-tiap bulan dapat saving. Saving jugak dah berjaya capai beberapa ribu sekarang hasil bisnes shaklee sahaja.

Jadi target mila sekarang, nak capai income yang lebih besar setiap bulan. Bina aset dengan nama sendiri. Mak ayah adalah keutamaan dahulu. Keluarga kecil kami tak senang lagi, tapi insyaAllah mila akan bawa ke keadaan yang lebih selesa dan serba serbi cukup. Juga, impian mila untuk bersedekah & berzakat dengan nilai yang lebih besar.

Tak kecil impian tu. Dan tak mudah juga jalan yang dilalui. Tambah tambah penuh fitnah dan kata dusta sekarang ni. Tapi perlu ke nak ambik port orang yang tak pernah hulur duit kat kita tu?


No no no


Jalan terus. Dont belok belok

💆💆💆


Sunday, April 9, 2017

Set Detox Shaklee dan 4 Kelebihannya Yang Tak Dapat Pada Program Diet Lain

Kadang-kadang kita sudah ambil B Complex tetapi masih penat. Kadang-kadang kita ambil Vitamin C tapi masih kerap sakit. Salah satu puncanya adalah kerana badan banyak toksin. Set Detox Shaklee berfungsi untuk membuang toksin berlebihan yang gagal disingkirkan oleh organ yang sudah overwork dan penat. Toksin adalah bahan beracun dari dalam badan sendiri atau faktor luaran yang tak perlu ada pun dalam badan kita, yang hanya menunggu masa untuk merosakkan badan dan malah boleh menjadi punca pada penyakit serius seperti kanser, gout, masalah penghadaman, hati dan juga masalah kesuburan. Banyak lagi sebenarnya..


Apa yang ada dalam SET DETOX SHAKLEE?


Kebaikan Set Detox Shaklee yang tidak ada pada diet dan program kurus lain :


- Program Detox membantu kita buang toksin seterusnya jadi lebih sihat, bertenaga dan fokus.
- Menurunkan simptom dan risiko penyakit merbahaya.
- Boleh diamalkan oleh ibu menyusu dengan meal plan tersendiri.
- Mengurangkan craving terhadap benda manis dan makan banyak seperti biasa walaupun sudah selesai Detox 7 hari.
- sesi detox yang pendek sahaja, hanya 7 hari dan sudah dapat merasakan perubahan yang positif.
- sistem penghadaman yang lebih baik.
- nafas lebih segar dan tidak berbau jika anda mengalami masalah nafas berbau.
- kulit lebih segar dan tidak lesu.. serta banyakkk lagi.
- bonus : BERAT pasti TURUN !


4 Kelebihan Memilih Set Detox Shaklee :

1. Semua bahan supplemen yang direkomenkan adaah bersumberkan semulajadi dan terbukti sihat, selamat dan berkesan.
2. Semua supplemen adalah sesuai untuk sesiapa saja dan menu makan ( MEAL PLAN DETOX SHAKLEE ) adalah sesuai untuk semua dan boleh diolah mengikut citarasa individu.
3. Sebaik saja anda beli set complete detox ni, anda akan jadi ahli Shaklee dan diberikan support sepenuhnya sepanjang #Kempen Selamat Tinggal Toksin
4. Malah, anda dapat menambah pendapatan jika anda berkongsi dan menarik ramai lagi menyertai Program Detox ini.

Kenapa kena ambil semua supplemen Detox Shaklee kalau saya dah follow meal plan "eat clean" atau diet sendiri ?

Baca kelebihan semua supplemen Detox Shaklee dan inilah sebab-sebabnya ia buat Program Detox berjaya tanpa effect yoyo.


"5 Senjata Ramai dapat kesan hebat selepas DETOX dalam masa 7 hari"

1. Vivix



Kenapa Vivix bantu untuk Detox Shaklee Style.

Vivix diformulakan dengan anggur Muscadine. Anggur Muscadine adalah sejenis polyphenol yang tinggi antioksida dan energy booster yg sangat hebat. Semasa detox, Vivix membantu memberi tenaga pada sel untuk membaik pulih kesan toksin yang merosakkan badan dan beri tenaga untuk menyahtoksin dengan lebih efisyen.

Kandungan Vivix :

Selain Anggur Muscadine, Vivix mengandungi extrak polygonum cuspidatum, extrak european elderberry dan extrak lobak ungu. Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan. Vivix mengandungi 4 bahan aktif yang tinggi kandungan Resveratrol berbanding resveratrol dari produk lain di pasaran. Resveratrol sangat powerful untuk bantu kawalan pelbagai jenis penyakit.

2. DTX Complex


Cara DTX bantu untuk Detox Shaklee Style.

DTX Shaklee mengandungi milk thistle. Milk thistle ni memang sejak turun temurun digunakan secara semulajadi untuk detox hati dan terkenal sebagai TONIK HATI. Hati adalah organ utama untuk detokfikasi. Namun kalau dah diselaputi lemak, macam hati ayam tu, penat dia nak kerja. DTX membantu menyingkirkan toksin dari hati dengn lebih efisyen dan merangsang pertumbuhan semula hati yang rosak.

Kandungan lain DTX Complex

Selain milk thistle, DTX mengandungi extrak cendawan Reishi, schizadra, ekstrak dendalion, kunyit dan articok. Kandungan DTX Complex Shaklee kaya antioksida bantu rangsang baik pulih dan regenerasi sel hati dan bantu mengekalkan pengaliran hempedu yang normal serta mengeluarkan toksin dari badan. Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

3. Herb Lax


Fungsi Herblax bantu untuk Detox Shaklee Style

Herb Lax mengandungui daun senna yag berfungsi untuk mengelakkan sembelit kerana sangat bagus untuk kesihatan usus dan lancarkan sistem pencernaan. Semasa Detox Program, usus yang sesak dengan toksin dan bahan lain yang menyekat pergerakan usus akan cuba disingkirkan.



Kandungan Herb Lax:

Selain daun senna, herblax juga mengandungi herba-herba terpilih untuk membantu pelawasan, elak sembelit dan meningkatkan kesihatan usus.

4. Alfalfa

Kebaikan Alfalfa bantu untuk Detox Shaklee Style

Daun Alfalfa tinggi nutrien kerana akarnya yang panjang dan dalam, dapat menyerap pelbagai mineral. Alfalfa membantu melawan keasidan ( asid ) yang terjadi akibat toksin yang berlebihan dalam badan dan turut membantu menurunkan berat badan.


Kandungan klorofil dan nutrisi dalam Alfalfa Complex menjadikannya diuretik semulajadi iaitu agen penyahtoksin sejak turun temurun. Alfalfa juga bantu tingkatkan sistem penghadaman dan mengurangkan bau badan.


5. Peppermint Ginger Plus




Apa yang ada dalam Peppermint Ginger Plus untuk bantu Detox Shaklee Style.

Seperti namanya, dalam Peppermint Ginger Plus, ada daun pudina dan halia. Khasiatnya dapat menghilang angin dan kembung perut.

Kandungan lain dalam Peppermint Ginger Plus :

Selain pudina dan halia, dalam Peppermint Ginger Plus juga ada jintan manis dan bunga lawang yang nyaman dan melegakan perut. Kandungan dalam supplemen ini mengurangkan angin di usus dan perut dan melancarkan proses penghadaman. Kalau orang yang sering mual dan loya pun sangat direkomenkan ambil supplemen Peppermint Ginger Plus ni.



Banyak testimonial hebat dan perubahan peningkatan kesihatan selepas tamat detox selama 7 hari bersama supplemen Shaklee.

Perubahan yang suami sendiri alami seperti dalam poster ini :

Perubahan fizikal pada suami Mohammad Ayatollah Hashim selepas seminggu berdetoks. Alhamdulillah total penurunan berat badan adalah sebanyak 10.9kg setelah 2 kali detoks (2 minggu yang tidak berturut-turut)

Banyak lagi info dan testimonial saya akan kongsikan untuk #Kempen Selamat Tinggal Detox. Pada yang mengalami masalah keletihan, toksin tinggi, sukar fokus dan tidak mendapat perubahan positif selepas mengamalkan supplemen atau ubat, anda patut sertai kami dalam 'Projek Detox' dan amalkan Set Detox Shaklee ini.

Hubungi saya segera jika berminat !


 Shaklee Independent Distributor
ID 1164704 
Phone : 014 -5082724
Email : noorkamilahibrahim@yahoo.com
Order Shaklee Online dan pos ke seluruh Malaysia
COD Shaklee kawasan : Bukit Jalil, Seri Kembangan, Sedang, Puncak Jalil, Bandar Kinrara

#Kempen Selamat Tinggal Toksin



Assalamualaikum semuaaa :)

Pada entri mila yang lepas 10 Tanda Badan Anda Perlu Jalani Detoks(Klik disini) ada menceritakan mengenai apa itu toksin. Pengertian dan bahaya toksin yang berkumpul di dalam badan setiap individu. Jadi, mila dengan berbesar hati telah memikirkan cara untuk membantu lebih ramai rakyat Malaysia khususnya, untuk memulakan kehidupan baru (Start Fresh) dengan mejalani detoks selama tempoh seminggu sahaja.

"Detoks seminggu singkir toksin setahun" 
petikan dari majalah iSihat keluaran Jun 2016



BAGAIMANA TERCETUSNYA IDEA #KEMPEN SELAMAT TINGGAL TOKSIN ?

Tercetusnya idea untuk menjalankan kempen ini adalah bermula daripada program detox yang suami mila jalani hampir setahun yang lepas.  Hasil menjalani detox tersebut, suami berjaya menurunkan berat badan sebanyak 10.9KG ! Sangat menakjubkan walaupun tujuan utama mejalani detoks ini bukanlah untuk kurus sahaja. Tetapi risau dengan kesihatannya dengan gaya hidup yang kurang sihat (sangat suka dan sangat kerap makan fast food, tidak bersenam, asyik stress dan waktu tidur yang kurang teratur). 



Perubahan fizikal pada suami Mohammad Ayatollah Hashim selepas seminggu berdetoks. Alhamdulillah total penurunan berat badan adalah sebanyak 10.9kg setelah 2 kali detoks (2 minggu yang tidak berturut-turut)

Kesan-kesan lain yang dialami oleh suami selepas berdetoks adalah kelihatan badannya semakin tegap dan bahu kanan yang senget akibat terlalu membebankan bahu kanannya itu, semakin baik !




Disinilah bermula semangat yang berkobar-kobar (aicehhh :P) untuk mila bantu orang lain pula menjalani detoks sama seperti suami lakukan. Dah berjaya bantu suami sendiri, takkan mila tak boleh bantu ramai lagi orang lain yang mungkin masih buntu mencari penyelesaian kepada pelbagai masalah kesihatan yang dihadapi kan? InsyaAllah..anda pasti akan dapat sesuatu dari kempen yang mila jalankan ini. :)


Tidak lari jauh dari kepakaran dalam Set Sehamilan Shaklee, mila terpanggil untuk menjalankan program detoks kepada yang mana mempunyai masalah-masalah  seperti yang berikut :

1) Wanita yang sedang berusaha untuk hamil.

Ada pengalamanyang pernah dilalui oleh seorang kenalan mila yang sudah berusaha untuk hamil selama 3 tahun. Bermacam-macam usaha yang telah dilakukan. Dan alhamdulillah akhirnya beliau nerjaya hamil setelah mejalani program detoks. Mila percaya, akibat terlebih toksin di dalam badan beliau menyebabkan kesukaran untuk hamil. Toksin merupakan "racun berbahaya" yang boleh menyebabkan pengambilan zat nutrient yang baik tidak diserap dengan baik kedalam badan individu. Jadi, selagi toksin di dalam badan tidak dikeluarkan dengan cara yang betul, akan ada banyak sebab untuk proses persenyawaan berlaku. 




2) Wanita yang mengalami kenaikan berat badan selepas bersalin/ Lelaki yang mengalami kenaikan berat badan

Ramai wanita gagal menguruskan pemakanan yang seimbang dan teratur selepas bersalin. Mungkin akibat dari rasa lapar yang tidak terkawal selepas menyusukan anak. Bagi wanita yang sudah cerai susu anaknya (wean off) dan mengalami berat badan berlebihan, sangat disarankan untuk berdetoks untuk mengembalikan bentuk badan asal dan kembali bertenaga. Begitu juga lelaki yang mengalami masalah kegemukan dan buntu mencari penyelesaian kepada masalah ini. Detoks la jawapannya.

3) Wanita/lelaki yang mengalami masalah jerawat yang tidak terkawal

Jerawat juga berpunca dari toksin yang terkumpul di dalam badan. Solusi yang terbaik kepada masalah jerawat yang tidak berkesudahan itu? Detoks lahh

4) Individu lelaki/wanita yang menhadapi semua 10 Tanda Badan Anda Perlu Jalani Detoks(Klik disini)





#KEMPEN SELAMAT TINGGAL TOKSIN 









KELEBIHAN MENYERTAI #KEMPEN SELAMAT TINGGAL TOKSIN

Dengan hanya RM699.60, anda akan dapat :

1) 5 Produk dari Set Detoks Shaklee

Set Detoks Shaklee

Fungsi setiap satu produk dari Set Detoks Shaklee :

a) Alfalfa Complex : Detoks Darah

Daun Alfalfa tinggi nutrien kerana akarnya yang panjang dan dalam, dapat menyerap pelbagai mineral. Alfalfa membantu melawan keasidan ( asid ) yang terjadi akibat toksin yang berlebihan dalam badan dan turut membantu menurunkan berat badan. Kandungan klorofil dan nutrisi dalam Alfalfa Complex menjadikannya diuretik semulajadi iaitu agen penyahtoksin sejak turun temurun. Alfalfa juga bantu tingkatkan sistem penghadaman dan mengurangkan bau badan.

b) Herblax : Detoks Usus

Herb Lax mengandungui daun senna yag berfungsi untuk mengelakkan sembelit kerana sangat bagus untuk kesihatan usus dan lancarkan sistem pencernaan. Semasa Detox Program, usus yang sesak dengan toksin dan bahan lain yang menyekat pergerakan usus akan cuba disingkirkan.

c) Peppermint Ginger Plus : Lawaskan Angin dan Hadaman Akibat Detoks

Seperti namanya, dalam Peppermint Ginger Plus, ada daun pudina dan halia. Khasiatnya dapat menghilang angin dan kembung perut.

d) DTX Complex : Detoks Hati

DTX Shaklee mengandungi milk thistle. Milk thistle ni memang sejak turun temurun digunakan secara semulajadi untuk detox hati dan terkenal sebagai TONIK HATI. Hati adalah organ utama untuk detokfikasi. Namun kalau dah diselaputi lemak, macam hati ayam tu, penat dia nak kerja. DTX membantu menyingkirkan toksin dari hati dengn lebih efisyen dan merangsang pertumbuhan semula hati yang rosak.
e) Vivix : Detoks Keseluruhan Badan

Vivix diformulakan dengan anggur Muscadine. Anggur Muscadine adalah sejenis polyphenol yang tinggi antioksida dan energy booster yang sangat hebat. Semasa detox, Vivix membantu memberi tenaga kepada sel untuk membaik pulih kesan toksin yang merosakkan badan dan memberi tenaga untuk menyahtoksin dengan lebih efisyen.

(Klik disini) Untuk penerangan lebih lanjut mengenai Set Detoks Shaklee

2) Percuma Keahlian Shaklee beserta postage (Bernilai RM80)

3) 1 Set " A 7 -Day Detox Meal Plan"

Meal plan yang sudah lengkap dengan jadual pemakanan terbaik diambil sepanjang 7 hari detoks

Meal Plan yang sudah tersedia untuk anda :)

4) Support Group

Anda akan dimasukkan ke dalam sebuah group Whatsapp/ Telegram selama 7 hari. Coaching berbentuk perkongsian & semangat untuk mejayakan 7 hari detoks. Juga akan dikongsikan tips-tips berkesan berkenaan portion pengambilan makanan, waktu pemakanan, waktu terbaik untuk timbang berat badan, dan banyak lagi. Juga akan dihadiahkan cara pemakanan yang disarankan oleh Ahli Nutrisi Shaklee selama sebulan selepas 7 hari detoks


Penyertaan Untuk 15 Orang Sahaja !


Jadi, untuk berkongsi pengalaman menjadi orang pertama yang membantu suami menjalani detoks sebelum ini sehingga berjaya menurunkan berat badan sebanyak 10.9Kg, mila buka penyertaan sebanyak... 

15 ORANG SAHAJA !!! 

15 orang untuk anda menjadi BATCH PERTAMA yang mengikuti program detox ini yang dinamakan #Kempen Selamat Tinggal Toksin ini. Apa tunggu lagi, boleh hubungi mila dengan segera untuk dapatkan info lebih lanjut. 

Let's Detox & Start Fresh !!!


Noor Kamilah Ibrahim (Mila)
ID: 1164704
Shaklee Independent Distributor
014-5082724










10 Tanda Badan Anda Perlu Jalani Detoks

Assalamualaikum semuaaaa :)


Berapa ramai yang ambil tahu dalam badan anda ada toksin? Biasa dengar kan, tapi ramai yang masih kurang cakna. Sebab tak faham, apa sebenarnya apa itu TOKSIN .

TOKSIN adalah bahan buangan beracun dalam tubuh manusia. Bahaya toksin, bukan sahaja boleh menghancurkan fungsi-fungsi pencernaan, bahkan, boleh mengikuti peredaran darah ke seluruh organ tubuh lalu merosakkan system sirkulasi manusia, organ-organ penyaring (system hati dan ginjal), dan organ-organ pengeluaran tubuh.

Penyelidikan yang dilakukan oleh beberapa pakar kesihatan di Jepun mendapati, berat kotoran yang tersumbat dalam tubuh manusia atau lebih dikenali sebagai toksin adalah lingkungan 2kg hingga 6kg. Bayangkan jika tubuh anda dihuni oleh toksin berbahaya sebanyak itu. Berat badan kita yang sepatutnya ideal mungkin terjadi masalah obesiti akibat toksin-toksin ini.

Selain itu, toksin yang banyak mempengaruhi keberkesanan supplemen yang di ambil. Hal ini kerana, toksin boleh mengganggu proses penyerapan vitamin di dalam badan anda. Jika berlaku ketidak berkesanan supplemen yang di ambil, anda perlu melihat, adakah badan anda mempunyai toksin yang banyak.

Bagaimana untuk mengetahui badan anda bertoksik atau tidak? Dan adakah disebabkan toksin ini anda perlu bermula untuk detoks? Jom kita lihat senarai di bawah, adalah anda mempunyai tanda-tanda ini?



#1 Sukar Untuk Hamil

#2 Mulut & Nafas Berbau

#3 Kemaruk Makan

#4 Kulit Alergi &Kusam

#5 Tua Sebelum Usia

#6 Sembelit

#7 letih & Lesu

#8 Kembung Perut

#9 Kerap Sakit Kepala


#10 Sering jatuh Sakit

Adakah badan anda mempunyai tanda-tanda di atas? Jika ya, nasihat mila anda haruslah mengambil tindakan segera iaitu melalui :

1) Menjalani gaya hidup sihat, tanpa rokok atau mengurangkan penggunaan barang yang tinggi bahan kimia berbahaya

2) Bersenam 3 kali seminggu

3)  Amalkan pemakanan yang sihat, kaya vitamin dan mineral, pengambilan supplement sebagai bantuan juga mengurangkan pengambilan makanan berproses dan segera.

Jika tidak, masalah pengumpulan toksin di dalam baan ini akan berterusan sehingga membawa kepada penyakit-penyakit yang berbahaya.


Oleh yang demikian, mila  dengan sangat berbesar hati dan bersemangat untuk membantu ramai di kalangan rakyat Malaysia yang megalami tanda-tanda diatas. Untuk sama-sama menjalani detoks dengan kempen yang sedang mila jalankan iaitu 




Terima kasih kerana sudi membaca :)


Monday, March 6, 2017

Bagaimana Vivix Membantu Mengatasi Masalah Kesuburan

Baru ni terbaca tentang Athirah Tieramiessyou yang selalu amalkan Vivix sebelum beliau berjaya hamil, setelah 3 tahun penantian. Terfikir jugak, bagaimana Vivix memperbaiki masalah KESUBURAN ?



Mila buat la bacaan sket, ni nak share dgn korang. Vivix ni mempunyai kandungan Resveratrol yang sangat tinggi. Resveratrol ini bertindak sebagai anti-oksidan yang kuat berbanding anti-oksidan yang lain. Maksudnya lagi tinggi anti-oksidan maka semakin berkuranglah "Oxidative Damage". Atau dengan kata yang mudah, lebih banyak oxidative damage lebih banyak sel menjadi rosak, macam tulah sebaliknya.


Fungsi Resveratrol tadi tu juga adalah utk melindungi telur yang belum atau hampir atau sudah matang daripada oxidate damage. Apabila telur yang 'dilindungi' ini selamat daripada menjadi rosak, ianya mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk SURVIVE, MEMBESAR dan DISENYAWAKAN.


So, Vivix Shaklee ni mempunyai salah satu mekanisma untuk memperbaiki sel-sel yang rosak atau abnormal.


Kesimpulannya, Vivix juga membantu meningkatkan kesihatan lelaki dan wanita dengan meningkatkan lagi kualiti benih telur, memanjangkan jangka hayat telur dan sekaligus meningkatkan peluang untuk disenyawakan



Mila
Shaklee Independent Distributor
ID: 1164704
Whatsapp kesini : 014 5082724