Tuesday, April 3, 2018

Kenapa Aku Berniaga?


Habis belajar oversea, balik malaysia sambung legasi keluarga yang dah kukuh bertapak. Duduk di kerusi CEO. Kereta mewah, rumah tersegam indah, harta benda sudah tersedia. Bangun pagi sarapan sudah tersedia. Terus ke pejabat dipandu oleh pemandu peribadi. 

Alhamdulillah..poket tak pernah tak penuh.

Masalah bayaran balik ptptn, masalah ccris, masalah nak beli rumah pertama, masalah bayar loan setiap bulan. TIADA. Semuanya indah...

.

.

.

Biasalah..slot akasia. Dongeng semata.

Mungkin ada...
Tapi daku masih bukan kategori begitu.

Kenapa berniaga?

Kerana masih ada ibu ayah yang masih mengharap ihsan dari anak2 untuk kiriman wang setiap bulan.
Kerana belum puas bahagiakan mereka, senangkan mereka, mewahkan mereka seperti yang mereka lakukan dahulu sewaktu daku masih kecil

Kerana masih ada adik-adik yang perlu dibantu untuk meneruskan pelajaran mereka. Setidaknya sedikit kiriman untuk kurangkan bebanan sebagai seorang pelajar

Kerana memikirkan masa depan anak-anak yang perlu ada simpanan untuk pelajaran mereka kelak.

Kerana masih ada tangan yang sentiasa menghulur kerana kemelaratan hidup, ketidakcukupan dan ketidakmampuan. Ingin sekali sentiasa menjadi tangan yang diatas sebagai penambah saham akhirat

Kerana keinginan sendiri yang ingin dipenuhi tanpa membebankan sang suami.

Terlalu banyak sebab...

Memilih jalan berniaga sebagai sumber pendapatan utama sememangnya bukan jalan yang mudah. Sepertinya sesekali mahu mengalah. Stop ! Cukuplah !

Lebih baik gosok baju kurung cantik di pagi hari. Bawa anak-anak ke rumah pengasuh...tinggalkan dengan ucapan selamat tinggal dan terus memandu ke tempat kerja. Siapkan segala tugasan dengan tenang dan terima hasil usaha titik peluh di akhir bulan.

Ahh..namun realitinya tak semudah itu kan. Juga ada cabaran yang menanti.

Paling tidak mahu dihadapi, ucapan perpisahan dengan si kecil yang terpaksa berlaku 5-6 hari seminggu. Si kecil yang baru nak kenal ibu ayah dan dunia. Sayang rasanya kalau tak dapat betul2 melihat perkembangan anak2 di depan mata.

Buah hati ibu :')


Ya, satu lagi sebab kenapa aku berniaga adalah TIME FREEDOM

Tetapi tak semua orang mampu dapatkan time & MONEY FREEDOM

Kaya...tapi masa dengan keluarga pula payah nak cari.

Boleh bersama keluarga 24/7...tapi duit selalu tak cukup




Hidup ni memang macam tu kan? Susah nak sempurna semuanya.

Tapi daku ada nampak satu perniagaan ini. Bisnes yang mengangkat martabat wanita sangat tinggi. Dari wanita kepada wanita. Beri ruang dan peluang kepada ramai wanita yang sering bergelut dengan konflik dalaman.

Antara kerjaya atau keluarga.

Stress terlalu stress. Berduka lara di tempat kerja apabila anak tak sihat tapi terlalu sibuk bekerja. Sedih menangis bengkak mata apabila majikan tidak menyokong proses penyusuan anak. Rasa give up apabila banyak benda anak ketinggalan dari pelajar lain, tapi ibu tak sempat meluangkan masa mengulangkaji bersama anak2. Belum dengan penyakit moden, makan minum anak kurang terjaga, ketagih gadget kerana kurang perhatian, apa lagi lah penyakit sosial yang semakin membarah.

Daku tak perfect bila pilih untuk perniagaan ini. Cuma seboleh-bolehnya nak kejar kedua-duanya. Time & money freedom. Jauh lagi untuk money freedom, alhamdulillah dapat time freedom yang diimpikan.

Buat dulu, buat sungguh-sungguh hingga berjaya kerana ada jalan yang insyaAllah duniawi & ukhrawinya seimbang. Bisnes Spa Tanpa Kedai (mobile spa). Belajarlah ilmu spa, dan insyaAllah kemana saja kita pergi boleh menjana pendapatan.

The Walking Beauty insyaAllah membantu untuk jana pendapatan RM1500-RM3500 sebulan. Sudah ada proven results apabila seorang surirumah mampu buat duit hingga RM3000/bulan hanya dengan servis spa yang menggunakan teknik yang sangat mudah !

Daku tak pernah rasa bersalah, tak rasa ragu untuk ajak semua wanita di luar sana untuk BANGKIT! Kita yang penat bekerja tapi takde life, kita yang suri rumah tapi tiada duit. Cuba dengan bisnes spa TWB untuk bangkit kejar Time & Money freedom yang semua impikan.

Bina Home Spa (di rumah) tanpa perlu keluar. Dan juga Mobile Spa (pergi kepada client) apabila ada permintaan.

Jadi wanita high class, bijak, berilmu dan solehah.

Beauty With Brain.

Friday, March 30, 2018

Saat Magika Bersama TWB...



Pernah tak anda terasa sesuatu yang magic berlaku pada diri anda???

Mila pernah...dan saatnya adalah ketika...




Bersama TWB :)

Waktu mila ambil keputusan untuk mulakan bisnes spa TWB ini, mila tak percaya tau. Mila bukan orang yang aktif kesana-kemari. Mila wanita yang suka banyak habiskan masa di rumah bersama keluarga. Tapi sesekali mila paksa juga diri drive nak pergi ke tempat dekat-dekat.Berusaha juga untuk tidak menjadi seorang anti-social -.-

MALU




Ya. Normal la kita akan rasa malu, takut dan fikir macam-macam untuk satu benda baru nak mula. Tapi bagi mila malu dan takut sampai tak mampu buat apa-apa adalah sikap orang 10 tahun lepas. 10 tahun lepas tak ramai berani nak redah buat bisnes online kan. Tapi kalau tahun 2018 nak bisnes yang simple macam TWB tapi makan masa berbulan-bulan fikir. Maaf cakap..kita mungkin dalam kategori ketinggalan zaman.

Bisnes spa bergerak tanpa kedai, Home & Mobile spa. Walaupun tak familiar sangat dengan jenis bisnes ini, Mila pilih untuk REDAH. Masalah & cabaran kita fikir kemudian. Redah sebab kita akan belajar, kita tak dibiar kesorangan. Yakin Allah sentiasa akan bantu 


" Cakap senang laa...tapi nak buat tu bukan mudah "


Ya. Walupun dah pernah pecahkan satu tembok dalam diri iaitu decide untuk REDAH sertai TWB. Tapi banyak lagi cabaran menanti.

Nak training spa, tapi perut dah ke depan (mila tengah sarat mengandung 8 bulan setengah)

Lepas training, nak run bisnes spa lagi. Dengan sarat nye. Dengan nak hadapi situasi baru ( menjaga 2 orang anak)


Macamana ? Macamana ? Macamana ?



Ting !



Magic !



Magic nya adalah apabila dalam hati kita TERRRlalu lalu yakin bahawa Allah akan bantu. Apa sahaja yang bakal kita buat, walaupun tak tahu hujung pangkal lagi. YAKIN. Nak buat perkara baik Allah kan ada :)



12 November 2017 akhirnya berjaya juga training spa walaupun mengah kauuu  :P Happy sangat. I'm certified agent spa TWB now !!!




Dan terlalu banyak magic berlaku lagi dan lagi sepanjang 5 bulan mila sertai TWB. Percaya tak, perkara yang mila tak sangka boleh buat sebelum ni, mila berjaya buat ! Sampai tepuk tepuk pipi, ya Allah...betul ke aku dah sampai tahap ni  :D Alhamdulillahhh


First time dapat client Mobile Spa. Waktu ni dah sarat sangat dah..tapi Allah bagi kekuatan. Terima kasih Allah :')







First income spa yang mila dapat sebelum bersalin. Memang niat dari awal, duit dapat sebelum bersalin tu nak bagi parents sebab jagakan mila semasa dalam pantang. Alhamdulillah tercapai :)








Client bagi Feedback positive even ni bidang baru mila ceburi. Alhamdulillah good start







Mila pulun facialkan seberapa ramai yang mungkin. 6 orang mila facialkan semasa sarat mengandung ! Last client mila ambil semasa post date 40 weeks 2 days hahaha. Punya lah Magic. Kuasa Allah semua ni :)










Cipta logo sendiri. Ya mila buat sendiri. Mintak suami touch up je hihi. 



Magic Magic Magic



Dan magika ni akan berterusan selagi mila berada dalam TWB ini insyaAllah. Shaklee juga dah keluarkan produk skincare terbaru :: Youth Skincare :: yang mana tengah viral sekarang ! 8 tahun penyelidikan uolls sebelum dilancarkan awal bulan March 2018 ini.  Of course lah bertambah-tambah magic apabila TWB menggunakan youth ni ketika ber spa hihi. 

Terus mencipta magika dengan aktif menjalankan bisnes spa dengan keadaan mila sedang ada baby kecil yang kuat mengempeng ni hahaha. Bukti bahawa, sesiapa sahaja mampu menjalankan bisnes spa TWB ni walaupun apa sahaja cabaran dan halangan. Sistem TWB sangat mudah dan berkesan. 


Sekarang mila adalah salah seorang Beautician Spa TWB yang aktif dan merupakan Trainer untuk agent spa yang baru :)




Suka mila share kata-kata dari suami kepada mila ni :

Selagi kita belum cuba sesuatu, kita takkan tahu kemampuan diri

Apabila kita pilih untuk tidak mahu mencuba, kita akan terus di takuk lama

Apabila kita pilih untuk mencuba, kita mungkin selangkah di hadapan



Love, XoXo




Noor Kamilah Ibrahim
 Certified Trainer & Agent (Projek Spa Bergerak Shaklee ) at The Walking Beauty Project
014-5082724


Bacaan Lanjut :Belajar Buka Spa Murah Atas Nama Sendiri






💪









The Walking Beauty Project





8 Golongan Sasaran yang Patut Sertai Projek " The Walking Beauty "


  1.  Wanita yang berhasrat memiliki SPA sendiri
  2. Mereka yang berminat dengan bisnes SPA tetapi tiada modal yang besar
  3. Mereka ingin menjalankan bisnes dari rumah tetapi tidak tahu bisnes apa yang hendak dimulakan
  4. Mereka yang bekerja full time dan ingin memulakan bisnes dari rumah secara part time
  5. Para surirumah yang sedang mencari bisnes yang boleh dijalankan dari rumah secara sampingan
  6. Pelajar IPT yang ingin menjalankan bisnes sampingan untuk menampung duit poket
  7. Graduan yang masih menganggur
  8. Pengusaha SPA sendiri yang dibelenggu dengan hutang dek kerana tiada/kurang pelanggan dan terpaksa membayar sewa kedai yang tinggi


Mengapa Perniagaan SPA Tanpa Kedai Bisnes Yang Sangat Menguntungkan

  1. Permintaan untuk bisnes Mobile Spa sangat meningkat pada masa kini
  2. Boleh dijalankan di mana-mana walaupun sedang bercuti
  3. Tiada risiko bankrupt kerana modal sangat kecil
  4. Tidask perlu berhutang dengan bank untuk membuka kedai dan membeli peralatan spa
  5. Boleh dimulakan secara sambilan di hujung minggu
  6. Bisnes ini mudah dibina, fleksibel dan risiko untuk gagal rendah
  7. Hasil keuntungan lebih besar kerana tidak perlu sewa kedai dan upah pekerja




Mengapa Demand Ke Atas Mobile Spa Sangat Tinggi ?

  1.  Ramai wanita yang ingin ber Spa tetapi tiada waktu untuk ke kedai spa ( especially wanita bekerjaya)
  2. Sesetengah wanita lebih suka Spa di rumah kerana tiada penjaga/ tidak mahu meninggalkan anak
  3. Ramai memilih spa di rumah kerana bimbang harga di kedai spa terlalu tinggi dan luar kemampuan
  4. Atas faktor keselamatan dan masa, wanita lebih selesa spa dirumah
  5. Home Spa menjadi alternatif kepada wanita yang TIDAK TAHU & TIDAK MAMPU, tetapi masih ingin menjaga kecantikan 








Mengapa The Walking Beauty ?


  1. Kursus spa yang sangat PRAKTIKAL, SIMPLE, HARGA MAMPU MILIK
  2.  Support group berterusan
  3. Income 5 penjuru
  4. Berpeluang untuk ke luar negara setiap tahun !







JOM JOIN KAMI !

AGEN SPA TWB DIPERLUKAN SEGERA !



Boleh hubungi saya,
Ahli The Walking Beauty dan Pengedar Shaklee

Saturday, July 8, 2017

ALERT ! KOD WARNA BUKU REKOD KESIHATAN IBU HAMIL

Salam ibu-ibu..

Tahniah kerana sudah disahkan mengandung :)

Dan bukak buku pink tu?

Haaa...pernah tak lihat di ruangan kanan atas buku rekod kesihatan anda. Ada pelekat bewarna yang akan dilekatkan oleh jururawat yang memantau anda.

Tapi pernah tahu tak apakah maksud setiap kod warna pelekat-pelekat tersebut?

 Mari mila cerita, apakah maksud setiap warna pelekat itu.



Ada 4 Kod Warna 

 Maksud setiap kod warna yang tercatat dalam buku rekod kesihatan ibu hamil 



*Disebabkan mila baru dua kali ada pengalaman mengandung, jadi hanya gambar pelekat putih dan hijau sahaja boleh ambil gambar sendiri. Kod warna kuning dan merah ihsan Google hihi



1) Kod Warna Merah


Rujukan segera ke hospital dan pengendalian selanjutnya adalah bersama (shared care) Pakar O&G dan Pakar Perubatan Keluarga. Maksudnya jika anda hamil dan mendapat pelekat bewarna ini, anda perlu diberi perhatian dan pantauan yang kerap.

2) Kod Warna Kuning


Rujukan untuk pengendalian oleh Pakar O&G Hospital/Pakar Perubatan Keluarga, dan penjagaan selajutnya boleh dilakukan bersama (shared care) Pegawai Perubatan dan Jururawat Kesihatan. 


3) Kod Warna Hijau


Pengendalian di Klinik Kesihatan oleh Pegawai Perubatan dan Kesihatan dan pengendalian selanjutnya boleh dilakukan bersama (shared care) Jururawat Kesihatan / Jururawat Masyarakat di bawah pengawasan Pegawai Perubatan. Semasa mengandung anak pertama, mila pon dapat Kod Warna Hijau ni..risiko nya adalah pertama kali mengandung, GBS positif dan juga masalah HB rendah.

4) Kod Warna Putih


Penjagaan oleh Jururawat Kesihatan / Jururawat masyarakat di Klinik Kesihatan dan Klinik Desa. ibu hanya akan diberi kod bewarna putih setelah ia tidak mempunyai sebarang faktor risiko yang tersenarai dan kod merah, kuning atau hijau. Alahmdulillah, untuk mengandung kali kedua ini, mila diberi pelekat bewarna putih ini :)



Pastikan ingat tarikh temujanji setiap bulan dan hadirkan diri setiap kali temujanji. Buat rutin pemeriksaan dan ambil tahu keadaan kesihatan kita dan bayi. Untuk kehamilan kedua ini, mila pastikan pengambilan vitamin yang penting untuk ibu hamil sejak dari awal kehamilan lagi. Ini semua untu memastikan kesihatan mila dan bayi yang dikandungkan sentiasa di tahap optima.

Mila amalkan pengambil Set Kehamilan Shaklee sejak minggu pertama kehamilan lagi. Iaitu,

1. Esp (Energizing Soy Protein)
2. B Complex with Folic Acid
3. Vitalea Iron Formula
4. Sustain Released Vitamin C
5. Ostematrix (Pil kalsium pengganti susu)

dan bercadang untuk mengambil 6. Omega Guard selepas masuk ke trimester kedua. 

Semoga diberi kesihatan berpanjangan untuk semua ibu hamil.

:)


Noor Kamilah Ibrahim
Pengedar Sah Shaklee
04-5082724

Shaklee Bukit Jalil, Bandar Kinrara, Puncak Jalil, Seri Kembangan, Serdang, Seluruh Malaysia