Sunday, February 5, 2017

SEJARAH SHAKLEE


Ok tadi mila dah cerita kan kat facebook, sedikit sebanyak kisah atok shaklee ni? :)





Nama penuh beliau : Forrest Clell Shaklee





Dilahirkan pada bulan november di Carlisle, Iowa. Dekat US la. ok. Sewaktu beliau di lahirkan, doktor mengesahkan beliau mengidap penyakit tuberculosis - batuk kering dan beliau di ramalkan hanya boleh hidup hingga umur 8 tahun. Tu pon mungkin dalam keadaan lemah dan bed ridden, his short life would be his living death, macam mayat hidup! :( 



Jadi mak dan ayah beliau percaya dengan apa yang doktor katakan bahawasanya Forrest memerlukan


1) Good food 
2) Fresh air
3) Lots of rest


Ibu ayahnya merupakan pekebun/peladang. Farmer la kata orang putih. Sedih sangat dengan berita penyakit anak mereka. Mereka telah mengambil keputusan untuk berpindah dari Carlisle (situ kawasan lombong arang batu) ke tempat yang jauh dari kawasan bandar iaituke utara iowa. 


Zaman kanak-kanak beliau banyak di habiskan dengan berehat dan memerhati alam sekitar. Bila matahari naik, beliau banyak habiskan masa di luar. Seorang diri,  memerhati keadaan sekeliling dan berfikir.. beliau sedar akan penyakit yang di hidapai. Tapi beliau dah pandai berfikir. Kalau kita selalu kaitkan alam ini, kehidupan ini akan berakhir dengan kematian.. kenapa kita tak boleh fikir yang alam ini, ada sesuatu yang boleh menyembuhkan? Salah satu yang saya baca dalam buku tu dan rasa kagum dengan semangat Forrest ni... 


"He did not allow his ilness to ruin his life!"


Ibu beliau selalu mintak tolong beliau kumpulkan tumbuh-tumbuhan dan herba. Untuk buat apa tau, ubat tradisional. Ulam-ulaman.. kadang-kadang buat salad, teh dan sebagainya. Apabila beliau meningkat remaja, doktor sangat berpuas hati dengan kesihatan beliau dan menyatakan penyakit Tuberculosis beliau adalah terkawal :)




Bermula sebagai seorang Chiropratic Practitioner



Happy memang happy, tapi keadaan beliau tidak lah secergas dan sesihat remaja lain. Forrest Shaklee di waktu ini banyak menghabiskan masa membaca tulisan dan falsafah Bernarr MacFadden dalam majalah 'Physical Magazine' yang mengatakan


"Dadah (ubat) hanyalah menutup simptom, tanpa mengubati penyakit."


Beliau tahu berdasarkan pemerhatian beliau terhadap alam sekitar, manusia boleh di rawat dengan kaedah semulajadi. Ini menyebabkan beliau sangat berminat dengan science of chiropratic care. Nak tahu apa tu boleh klik What is Chiropractic


Beliau kemudian mendaftar masuk ke Palmer School of Chiropractic yang di ketuai B.J.Palmer. Walaupon beliau mengkagumi Palmer, tapi beliau kurang bersetuju dengan pendapat Palmer yang merasakan Chiropractic adalah satu satunya rawatan penyakit fizikal. Beliau percaya, perlu adanya sistem yang lebih menyeluruh untuk memelihara kesihatan badan. 



Langkah pertama sebagai seorang Nutritionist 






Sewaktu menjadi chiropractic practitioner, minat beliau dalam bidang nutrisi mula bertambah. Beliau banyak membaca tentang biochemist dan kajian kajian saintifik terbaru tentang kepentingan nutrisi. Pada tahun 1915, beliau telah berjaya mencipta supplement PERTAMA di dunia dalam bentuk makanan yang beliau namakan "vitalized minerals" yang sekarang di kenali sebagai VITALEA. 

Terasa bangga pulak makan vitalea hihi



Pada tahun 1917, beliau berpindah ke Fort Dodge iowa dan membuka sebuah pusat rawatan alternatif yang mempunyai 15 katil pesakit dan 32 bilik rawatan. Pusat rawatan tersebut bukan hanya terdiri daripada chiropractors, malah Osteopathy , Internist dan juga pakar bedah. 


Pesakit pesakit di pusat rawatan tersebut, di berikan diet pemakanan yang kaya dengan vitamin sebagai salah satu usaha penyembuhan. Pusat rawatan beliau semakin hari semakin maju




Dr. Forrest C. Shaklee, di uji dengan kanser pula 



Memang beliau suka mengkaji dan belajar benda baru kan? Beliau banyak juga menghabiskan masa untuk mempelajari bidang baru pada waktu itu, iaitu X-Ray diagnosis. Pada waktu itu, bahaya terhadap exposure atau pendedahan terhadap sinaran X masih belum di ketahui. Masuk tahun 1921, beliau mula bimbang...


Ada rasa sakit di bahagian pinggul kanan dan bahu kiri beliau. 


Kemudian beliau menemui doktor pakar kanser di Chicago yang mengesahkan sakit tersebut berpunca daripada kanser!


Kata pakar tersebut, untuk elak sel kanser merebak lengan kiri dan kaki kanan harus di potong. Aduh takkan nak kudung pulak lepas ni!


Tak berpuas hati, Dr Forrest C Shaklee mencari second opinion iaitu Mayo Clinic di Rochester, resultnya tetap sama. Tetap kanser. 



Bayangkan..


pada waktu itu kareer beliau sebagai seorang doktor sedang melonjak naik.. Isteri beliau pada waktu itu pula sedang mengandung dan mereka dah punya seorang anak. Tak sanggup rasanya untuk menjadi seorang yang kudung kaki tangan.



Tapi Dr Forrest Shaklee kan positif? Kuat semangat? Beliau bercakap berulang kali pada isterinya.. 


"Saya akan hidup.."


"Saya akan hidup.."


"Saya pasti boleh melakukannya!"


Begitu kuat semangat beliau. Beliau percaya beliau boleh bergantung dengan kuasa alam semulajadi . Tengok lah dulu doctor sahkan beliau boleh hidup sampai 8 tahun je, tapi berjaya je membesar siap jadi doktor lagi kan? Lagipon memang Sunnatullah. Nak sihat kena usaha kan?




Melawan Kanser dengan cara semulajadi 



Selepas beberapa minggu, beliau menjual pusat rawatan dan memulakan rawatan intensif dengan nutrisi, membuat analisa darah secara kerap dan berpuasa. Beliau hanya makan buah dan sayur yang segar serta mengambil supplement dalam kuantiti yang tinggi.


Pada mulanya, macam takde sebarang perubahan positif lagi. Namun beliau tidak berputus asa. Beliau percaya sekiranya beliau terus berfikiran positif dan teruskan amalkan pengambilan nutrisi yang yang lengkap, pasti akan sembuh! 


Setahun berlalu.. pada penghujung tahun 1922 kanser beliau semakin sembuh! Bukan itu sahaja, tahap kesihatan beliau juga makin pulih. Beliau masih hidup. Ini menyebabkan beliau semakin yakin bahawa pendapat beliau tentang nutrisi adalah benar. Sel-sel sihat dalam badan telah berjaya mengalahkan sel kanser. Beliau juga percaya bahawa nutrisi yang bagus boleh membantu orang lain untuk turut sihat. 










Bermulanya bisnes supplement Dr. Shaklee



Pada tahun 1924, Dr Forrest Shaklee sekali lagi membuka pusat rawatan. Kali ni, beliau gunakan formulasi makanan tambahan yang di pakejkan oleh beliau untuk di berikan kepada pesakit. Malang tidak berbau... 


Sekali lagi di uji.. 5 tahun selepas itu iaitu pada tahun 1929, pusat rawatan beliau terbakar! Habis musnah segala rekod beliau. Semua musnah kecuali buku inspirasi daripada Elbert_Hubbard bertajuk Little Journeys to The Homes of the Great


Satu bahagian dalam buku tersebut berbunyi 



"When all else is destroyed, only the product of the mind exists."



Dr Forrest C Shaklee kemudian mengambil keputusan untuk fokus dan tumpukan perhatian kepada kajian berkaitan nutrisi. Beliau pilih untuk fokus membina tubuh badan yang sihat berbanding merawat orang yang telah sakit. Faham tak?


Mencegah lebih baik dari mengubati.. kan? Kalau semua doktor fokus bantu yang dah pon ada penyakit, kenapa tidak beliau fokus bantu orang lain supaya usaha untuk sihat dan tidak dapat penyakit? Sunnatullah kan, hukum alam. Nak sihat, usaha. 



Kemudian beliau berpindah. Ke Eugene, Oregon kemudian ke Oakland. California. 



Selain membuat kajian, beliau juga banyak memberi talk umum, dan mendapat dua ijazah kehormat. Professor of Chiropractic dan Doctor of Naturapathy. Pada tahun 1935 beliau mula mengajar biochemistry di California Chiropractic College. Wah pernah jadi lecturer jugak lah atok kita ni! hihi



Beliau besara pada 1943 dan mula menulis artikel tentang kuasa minda dan penyembuhan & kesihatan badan pada tahun 1945. Yelah lihatlah bagaimana beliau jaga apa yang ada di minda beliau semasa beliau sakit, dari kecik lagi. 


Kalau kita dalam islam pon kan Allah suruh jaga apa yang kita fikir. Kerana Allah bertindak mengikut sangkaan hambanya. Fikir negatif, yang buruk-buruk, maka jadi lah ia satu doa dan menimpa betul-betul perkara buruk. Sebab tu kena fikir positif fikir yang baik-baik saja. 



Falsafah dan ideologi beliau sejak kecil adalah kuasa alam. The Power of Nature. Dua tahun kemudian, beliau menubuhkan The Shaklee Foundation dan menamakan falsafah beliau sebagai "Thoughtmanship" 


Beliau telah menulis dan menerbitkan empat jilid tentang Thoughtmanship ini. Ini menyebabkan beliau di anugerahkan Doctorate in Philosophy daripada Coomonwealth University, Los Angeles. Banyak siri syarahan beliau di mainkan di corong radio di San Fransisco dan Oakland. Famous Dr Shaklee ni kan!



Penubuhan Shaklee Corporation


Pada penghujung tahun 1955, usia beliau waktu itu sudah 62 tahun. Dr Forrest Shaklee memberitahu anaknya, Forrest Junior dan Lee bahawa beliau imgin melakukan sesuatu yang boleh memberi impak terhadap kesedaran masyarakat tentang kepentingan nutrisi dan supplement.



Enam bulan kemudian, tanggal 1 april 1956, Shaklee Corporation ditubuhkan. Pada waktu tersebut, America percaya bahawa negara America adalah the best fed nation. Ini menyebabkan mereka perlu meyakinkan setiap pembeli tentang kelebihan supplement terlebih dahulu. Macam yang kami geng geng shaklee buat sekarang la :)



Untuk memastikan pengetahuan tentang kepentingan supplement Dr Shaklee memberitahu anak anaknya. 

"Kita akan ajar beberapa orang, dan beberapa orang ini akan mengajarkan kepada yang lain.. "  :)


Dengan pelbagai kajian, kerja keras dan komitmen yang tinggi, akhirnya keluarga shaklee telah berjaya membina satu perniagaan yang berkonsepkan Direct Selling. 


Mengapa ia berkonsepkan direct selling? Kenapa tak letak sahaja di kedai kedai. shopping mall ke? Terfikir tak? 


Kerana Dr Forrest mahu kita benar benar membantu orang, dan berkongsi dari hati. Beli dekat kedai, siapa nak consult? Siapa nak follow up? takde.. 



Tapi dengan konsep direct selling. Kita lebih cenderung untuk membantu dengan ikhlas.


amacam?
seronok kan?

Bangga pulak rasa berada dalam legasi shaklee ni :)

sampai sekarang nama beliau kita sebut sebut.. vitamin apa? Shaklee hihihi.. Terima kasih atok, kisah atok sangat memberi inspirasi buat semua :)






Gambar noslagia sangat kan? Dr Forrest C Shaklee bertukar hadiah dengan Kol Sanders KFC (Sebotol basic H dengan Bucket ayam goreng) . Adakah anda tahu Kol Sanders merupakan seorang supervisor dalam shaklee dulu kala? Ok bangga jap kalau p KFC. Ada kaitan haha. Mereka adalah usahawan tersohor. seorang memperkenalkan sistem networking (MLM) seorang lagi pula memperkanalkan sistem franchais. Shaklee adalah pelopor, yang PERTAMA sekali pioneer dalam bidang nutrisi dan Network Marketing. Bangga tak ? :)


Lepas ni makan KFC, ingat shaklee. Mereka ada kaitan! hihi








utk beberapa point dalam entry ini saya kreditkan kepada

- Firdaus azizi
- Haji Roslan
- Betty Woodhouse
- Athirah Tieramiessyou


Terima Kasih kerana membaca hingga habis :)

Friday, February 3, 2017

GBS & KEPUTIHAN dikalangan ibu hamil dan Cara Rawatannya.





Since mila pernah mengalami, suka mila share pasal GBS ni. Mommies yang mungkin tak pernah dengar pasal GBS boleh cuba ambil langkah awal untuk elakkannya. PENTING untuk tahu sebelum ianya memudaratkan baby kita semasa proses kelahiran.



Ape tu GBS???


GBS (Group B Streptoccocus), juga dikenali sebagai strep kumpulan B, adalah salah satu daripada pelbagai jenis bakteria yang biasanya hidup di dalam badan manusia. Kira-kira 1/3 daripada kita "membawa" GBS di dalam usus tanpa kita sedar. Kira-kira 1/4 plak daripada wanita mempunyai GBS di dalam faraj mereka (keluar sebagai keputihan). Kebanyakan wanita tidak mengetahui bahawa mereka dijangkiti GBS kerana biasanya ia tidak mendatangkan masalah atau menunjukkan simptom-simptom tertentu.




Tapi, dalam kes-kes yang jarang berlaku, GBS boleh menyebabkan penyakit yang serius dan boleh menyebabkan KEMATIAN kepada bayi yang baru lahir. Walaupun kes-kes ini luar biasa, GBS merupakan punca jangkitan yang teruk kepada bayi yang baru dilahirkan, terutamanya pada minggu pertama selepas kelahiran (dikenali sebagai jangkitan permulaan awal).



So time mila betul2 dh nk bersalin haritu doktor ade beri antibiotik untuk mencegah kuman ni dari terkena baby. Mila yang juga baru tahu tentang bahaya GBS ni nk sarankan utk cuba ambil langkah pemulihan secara semulajadi.





Pemulihan semulajadi untuk GBS & Keputihan

GBS mempunyai potensi untuk menjadi lebih serius dan tidak boleh diabaikan. Pengambilan antibiotik juga ada risikonya tersendiri dan boleh menyebabkan masalah lain. Jadi, lebih baik jika dapat mengelakkan daripada perlu mengambil antibiotik.



"Prevention is better than cure"



Berita baiknya adalah GBS dan keputihan ini boleh dicegah dengan bahan-bahan semula jadi. Seperti GBS yang wujud secara semula jadi di dalam salur pencernaan bagi sesetengah orang, adalah lebih penting untuk merawat salur pencernaan secara keseluruhannya dahulu dan bukan hanya memberi tumpuan kepada kawasan kemaluan sahaja. Diet yang kaya dengan probiotik adalah bermanfaat untuk kesihatan keseluruhan dan kajian mendapati ia membantu dalam menyingkirkan GBS dan keputihan ini.




Cadangan makanan untuk merawat / mencegah GBS:

- Mengambil supplemen probiotik

- Makan makanan yang kaya dengan probiotik seperti yogurt dan makanan yang melalui proses penapaian untuk membantu mewujudkan usus yang sihat.

- Pengambilan kapsul bawang putih atau ulas bawang putih mentah setiap hari

- Mengambil minyak kelapa sebagai antivirus semulajadi

- Mengambil Vitamin C setiap hari

- Mengambil cuka epal (apple cider vinegar) setiap hari



So, bagi ibu-ibu yang pernah ada sejarah GBS digalakkan membuat pemeriksaan sebelum hamil semula. Ini bagi memastikan bahawa jangkitan tersebut tidak lagi aktif. Sekiranya masih ada, biasanya doktor akan memberikan oral antibitiotik. Berdasarkan research yang dibuat di luar negara, mereka mengamalkan pengambilan makanan/ supplemen yang kaya dengan Vitamin C dan Garlic bagi meningkatkan imun badan dan memberikan persekitaran antioksidan yang tinggi yang tidak sesuai dengan persekitaran bakteria ini.



Berita baiknya, jika ada dikalangan ibu hamil mengalami kesukaran untuk mengambil semua makanan untuk merawat dan mencegah GBS ini, Shaklee telah menyediakan tiga jenis supplement yang sangat membantu dalam merawat keputihan sekaligus menjadi punca GBS. Juga sangat mudah untuk diambil kerana semuanya sudah disediakan dalam bentuk tablet.





3 jenis supplement yang membantu para ibu yang mengalami keputihan yang teruk ketika kehamilan, iaitu GARLIC COMPLEX, VITAMIN C dan ALFALFA COMPLEX. InsyaAllah apabila masalah keputihan ditasi dengan segera, kuman GBS ini akan tidak aktif lagi. Juga diingat, para ibu haruslah mejaga kebersihan di sekitar vagina dan memakai pakaian yang bersih. 

Semoga bermanfaat untuk semua :)


Mila
Pengedar Shaklee 
ID : 1164704
014-5082724


DISAHKAN SALAH SEORANG PEMBAWA GBS


Waktu tu, baby dalam perut dah 37 weeks. Dah balik terenganu untuk tunggu masa bersalin. Bila pergi check up sebelum bersalin tu, tup tup doktor cakap mila GBS positif @ pembawa GBS.







Ape tu GBS? tak pernah dengar pon. Serius, langsung tak pernah dgr. Nak bagitahu kat suami dan kat family pon susah nk explain. Sebab mila baru je tahu hehe. Tapi risau..risau tak tahu ape yang bahaya sangat GBS tu smpai doktor tulis faktor risiko kt kulit buku mengandung tu..adakah ini serius???


Mila tanya la doktor, dan setakat yang mila faham sebelum dan selepas selamat lahirkan aryan GBS (Group B Streptoccocus) itu adalah kuman (bakteria) yang ada pada tempat baby akan keluar tu (mila dijangka bersalin normal). So nanti time bersalin, baby ada risiko untuk terkena bakteria tu dan kene infection pada mata, mulut dan sebagainya. Baby newborn kan sensitif..terkena kuman sikit pon bahaya. Dan risikonya hanya pada baby, ibu takde pape insyaAllah ketika proses bersalin tu.



Dan bila mendengar dari org lain, baru la mila tahu mila tidak keseorangan. Ada lagi rupanya orang lain yang juga pembawa GBS. Dari perkongsian, ada kawan kepada Master Ainul yang bayinya tak dapat diselamatkan kerana ibunya GBS positif..babynya meninggal



Allah..syukurnya mila yang aryan takde ape2 masa dilahirkan. Cuma doktor dah bagitahu awal-awal yang baby akan warded selepas dilahirkan dan akan terima antibiotik. Alhamdulillah..selepas hari ke 4 dilahirkan, dipantau,..aryan dh boleh balik rumah..yeay! Syukur sangat-sangat


Master Ainul ada share yang beliau semasa melahirkan anak 1st ngan 2nd juga disahkan pembawa GBS. Selepas itu, beliau cuba ikhtiar dengan full set kehamilan shaklee (B complex, Vitamin c, Ostematrix, Esp, Vitalea dan Omega Guard) semasa mengandungkan anak ke 3. Resultsnya Alhamdulillah dengan izin Allah beliau bebas GBS! Mila just ambil ESP, Vitalea dan Ostematrix time mengandungkan aryan. Tapi tidak konsisten kerana culas dan kurang kesedaran tentang kepentingan vitamin2 ni..rugi dan sangat menyesal rasanya. Beli sekadar beli :(





Jadi, mila cuba share ni untuk ibu-ibu yang mungkin hadapi masalah yang sama tapi masih tidak sedar. Sebab ramai yang tak sedar kerana takde ade simptom-simptom yang jelas. Mila tiada rasa sakit apa-apa. Cuma kebetulan mila bagitahu yang mila ada keputihan (masalah wanita) yg tak normal pada hari check up tu..huhu..mujur lah cepat buat pemeriksaan. 



Fyi, ada wanita yg disahkan positif GBS sebelum bersalin, tapi negatif selepas bersalin.

Mommies..please jaga btol2 pemakanan & kesihatan. Kerana inilah punca kepada kebanyakan masalah kesihatan (nasihat kat diri jugak ni)
.Dan haruslah diingat, setiap perkara adalah dalam perancangan Allah..mampu memberi kita sakit supaya kita dekat padaNya dan juga mampu memberi sihat supaya bersyukur padaNya

Sedikit info..Apa itu GBS?

GBS atau nama panjangnya Group B Streptococcus adalah salah satu bakteria yang biasanya hidup dalam badan manusia. Dianggarkan, 1/3 daripada kita “membawa” bacteria GBS ini di dalam usus badan tanpa kita sedari. Kira-kira 1/4 wanita juga adalah ‘pembawa’ bacteria GBS dalam faraj mereka. Kebanyakan wanita tidak mengetahui bahawa mereka dijangkiti GBS kerana kebiasaannya, ia tidak mendatangkan masalah atau menunjukkan gejala-gejala tertentu. Walau bagaimanapun, (dalam kes-kes yang jarang berlaku), GBS boleh menyebabkan penyakit serius dan kematian di kalangan bayi yang baru lahir.

Atau cuba baca lebih lanjut disini

http://www.ainuldzuha.com/2013/05/awas-jangkitan-group-b-streptococcus-gbs.html?m=1

Bagaimana cara merawat keputihan yang boleh membawa kepada GBS ?


Cuba baca disini :

GBS & KEPUTIHAN dikalangan ibu hamil dan Cara Rawatannya.





Semoga Bermanfaat untuk semua :)

Susu Ibu Penawar Jaundice ( Demam Kuning )

Perkongsian seorang doktor dalam Nasi Lemak Kopi O TV9 yang mila tonton haritu, jika bayi terkena demam kuning yang paling paling penting adalah PENYUSUAN SUSU IBU. Takde ubat yang spesifik, takde rawatan lain yang dibuat kajian spesifik pon yang boleh turunkan demam kuning. Cuma lebih kepada kepercayaan, petua orang dulu-dulu dan diambil sebagai alternatif lain. 


Tak dinafikan, ketika anak hadapi demam kuning ni memang kita ibu bapa ni nak anak cepat-cepat sihat, sembuh. Thats why kita akan cuba bermacam cara. Its ok selagi ia tidak memudaratkan, cuma apa yang perlu kita tahu.TIADA UBAT SEBAIK SUSU IBU..menyusulah sekerapnya instead terlalu bergantung kepada rawatan alternatif kan 😊 :)


Menyusu dengan susu ibu baik untuk anak, baik untuk ibu dan insyaAllah ibu akan mendapat pahala setiap titis susu ibu itu. Sudah ada bukti yg jelas dalam Al-quran.


Demam kuning (jaundice) ini berlaku disebabkan billirubin terlalu banyak. Billirubin adalah toksik yang terhasil dari sel darah merah yang kehilangan oksigen. Senang cerita camni, sel darah merah mengangkut oksigen ke setiap bahagian badan kita. Setiap sel dalam badan kita termasuk sel darah merah akan mati dalam masa beberapa hari. Sel darah merah ni akan sampai waktu, dia akan mati bila oksigen dah takde dalam sel tu. Sel ini akan jadi billirubin.






Sepatutnya billirubin ni akan pergi ke organ hati. Hati akan proses billirubin ni. Kemudian billirubin yang di proses akan dibuang sebagai najis atau air kencing. Bila bayi dilahirkan proses ini sedikit bermasalah dek kerana organ bayi yg masih baru & kurang matang.



Tapi, sudah ada beberapa orang yang mengamalkan Alfalfa Complex sewaktu kehamilan lagi berjaya atasi masalah bayi jaundice ni. Beliau juga mengambil set lengkap mengandung Shaklee.





Bagaimana Alfalfa ini membantu? 



Alfalfa bagus untuk kesihatan hati. Ia menguatkan hati ibu dan hati baby. Kalau diambil di hujung kehamilan, In Sha Allah ia membantu kuatkan hati baby. Jadi, bila baby dilahirkan nanti, hati baby tu dapat proses sendiri billirubin di dalam badannya. Untuk ibu yang tak ambil Alfalfa complex semasa hamil, dan baby kuning, ibu tersebut disarankan untuk menyusukan anak dan ibu ambil Alfalfa complex. Alfalfa yang disalurkan melalui susu ibu ni akan bantu menguatkan hati baby tadi, dan seterusnya hati yang kuat dapat musnahkan billirubin yang banyak.



Semoga dengan amalan pengambilan Alfalfa Complex dihujung kehamilan ni mampu membantu dalam mengelakkan jaundice bagi bayi yang bakal dilahirkan ini. Kita hanya berusaha, berdoa, selebihnya Allah Yang Maha Menyembuhkan.



Alfalfa Complex sememangnya sangat sesuai untuk ibu-ibu selepas bersalin. Yela, banyak kebaikkan raja segala tumbuhan ni. Antaranya :-


# Detoks darah
# Mengurangkan paras kolestrol dalam darah
# Mencuci saluran darah
# Menguatkan otot vagina (ala-ala kacip fatimah)
# Merawat sakit sendi
# Mengawal berat badan
# Penggalakkan penghasilan susu badan (milk booster)





Yes, sy salah seorang pengguna Alfalfa complex & produk2 shaklee yg lain sehingga hari ini..

Mila

Shaklee Independent Distributor
ID : 1164704
014-5082724