Thursday, September 19, 2019

Apa yang best join #TeamJutawan


Assalamualaikum !


Hai..harini mila menulis entry dirumah customer hehe. Bermula semalam (18 sept 2019) mila dapat job menjaga orang pantang (Confinement Lady). So..harini dah masuk kedua. Tengah rileks-rileks baby & ibu sedang berehat dan tidur. Boleh la celah masa sikit untuk menulis :)


Dalam team Jutawan ada banyak team. Salah satunya adalah team The Walking Beauty (TWB) yang menjalankan Spa Shaklee ( Mobile Spa & Penjagaan Ibu Berpantang )

Mila salah seorang ahli TWB :)

Baby Meor Azka Asytar. Aunty mila save gambar awak kat sini ye buat kenangan hehe


Berbalik kepada tajuk, apa yang best sangat join #TEAMJUTAWAN ni?

Ok, apa itu team jutawan?

Actually, sejak mila mendaftar ahli shaklee beberapa tahun lepas, mila diceritakan tentang "Susur Galur".

Orang yang mula bantu mendaftarkan mila, kiranya pangkat "Mak" kepada mila, iaitu Master Athirah. Sekarang dah master iaitu rank tertinggi dalam shaklee..waktu mula-mula dulu mila tak tahu pun pasal rank. Pasal team. Ingat semua nya sama je dalam shaklee ni.

Tapi, sebenarnya. Dengan siapa kita mula mendaftar itu akan menentukan mentor & team kita kita.


PENTINGKAH MEMILIH UNTUK  MEMBELI SHAKLEE DARI TEAM YANG BETUL?

Bagi yang beli shaklee sekadar untuk makan sendiri pun, penting untuk ambil tahu serba sedikit tentang SID (Shaklee Independent Distributor) yang korang nak mula membeli tau. Sebab..

Contoh la kita kita membeli dengan SID yang kita tak pernah tengok dia update tentang team, aktiviti bisnes dia, kelas yang dia dah join,atau maklumat tentang produk. Risau kita kita memilih SID yang SALAH sekaligus TEAM YANG SALAH

1. Apabila kita nak minta cara pengambilan supplements yang tepat, agen tersebut tak mampu nak sediakan atau mungkin dia hentam je 😅 Penting kan cari SID yang berilmu dan selalu ikuti kelas nutrisi shaklee

2. Risau kita terkena SCAMMER. Uishh..dah ramai penipu di social media ni yang hanya bertujuan nak duit semata-mata. Duit kita lesap, barang tak sampai-sampai.

3. Membeli di e-commerce memang la mudah. Klik klik siap ! Tapi adakah anda pasti, produk yang akan anda dapat

- belum tamat tempoh?

- belum digunakan ? (hati-hati kalau tengok "seal" dah terbuka. Entah-entah tak habis makan, nak jual kat orang lain pula hehe. Jangan cepat terpengaruh bila ada yang offer harga terlampau murah, lebih murah dari harga ahli.

- belum rosak ? Sesetengah produk shaklee perlu penyimpanan yang rapi sebelum dan selepas dibuka penutup. Contoh : Vivix

Dan Shaklee MELARANG KERAS mana-mana SID yang mendaftar untuk menjual produk shaklee di mana-mana e-commerce ( Lazada, Ebay, Shoppe, 11-Street, dan lain-lain). Kerana shaklee sangat mementingkan konsultasi selepas pembelian.

Jika menjual di e-commerce biasanya penjual tidak bertindak menbantu pelanggan yang membeli darinya.

Prinsip Shaklee, nak melahirkan SID yang berkualiti, berilmu dan sentiasa berusaha untuk memajukan diri. Bukan setakat pandai buat sales !

Itulah Kelebihan Bisnes Shaklee

Baca : Peluang Dalam Bisnes Shakles - 3C (Cash, Car, Convention)




SUSUR GALUR #TEAMJUTAWAN





Macam mila ada ada cerita kat atas, tentang susur galur, mentor dan "Mak" mila dalam shaklee. Inilah susur galur team Jutawan Shaklee :)

Apa Yang Best Join TEAM JUTAWAN

1) Group di bawah 10 master. Hebat kan ? :)

- Master laila - yang membawa team JUTAWAN

Dan semua master dibawah JUTAWAN DENGAN ORGANISASI TERSENDIRI

- master laurah - LIONIZE
- master ira - LAT
- master zura - BILLIONOAIRE
- master wan muliani - YMS
- master farina - FMC
- master hafsah - MIG
- master ainul - TWB
- master maria - MFMS
- master athirah - SOUL

Mummy mila adalah Master Athirah, dan mila ada nenek, moyang, piut dll yang semuanya bergelar master dan sangat berjaya. Maksudnya..mila ada ramai mentor untuk berguru dan sebagai contoh bahawa mila juga mampu berjaya seperti mereka. Sebab? Mila boleh follow semua tips dan ajaran mereka sebelum berjaya hingga lah sekarang.

Master Laila..pangkat super great nanny untuk mila hehe. Jom tengok speech dari master laila kat bawah



DUA KALI PRESIDENTIAL MASTER!!!

Seorang engineer berpendapatan RM5000 sebulan. Apa lah sangat bonus shaklee RM31 pada ketika itu? Nak beli pizza pun tak lepas dia kata 😂

Tapi masa resign.. gaji master laila dah pun reach RM10k.. tapi bonus shaklee adalah 3 kali ganda dari gaji master laila iaitu RM30k!!!

Sales team pun RM6juta!!!

Dan semasa master laila reach presidential master, bonus shaklee master laila adalah 100 kali ganda dr gaji starting beliau. (RM2000)

SO BERAPA? Kira sendiri 😊

"JIKA IMPIAN SEBESAR GAJAH, ANDA AKAN NAMPAK HALANGAN SEBESAR KUMAN"

" Dream is not what you see in your sleep. But dream is something that DOES NOT LET YOU SLEEP! "

Itulah kata-kata dari master hebat

2. Ada group support -telegram/ fb secret group/live.



3. Projek Detox,Twb dan banyak lagi




5. Ada NDT (new distributor training) yang diadakan setiap bulan di diuruh malaysia. Dikendalikan oleh master-master jutawan. Jadi ahli-ahli baru tidak risau untuk dapatkan tunjuk ajar dan panduan.



6) Ada banyak kelas , motivasi & tips 

7) Reward & recognition from mentors. Ada hadiah best best !

Jom tengok video mila tentang HADIAH DARI MENTOR :)



8) Bahan marketing banyak di sediakan. Ebook menyusu, video detoks etc

9) Bukan sekadar bisnes. Ukhuwah and we like one big family

10) Master checklist dan amalan rohani. Semuanya bermatlamatkan untuk berjaya dunia akhirat

Itulah antara perkara yang sangat-sangat best bagi mila menyertai #TeamJutawan

Sebelum habis menulis entry ni suka mila tulis semula kata-kata mentor...


Ingat! Tak guna impian besar tapi malas!
Tak guna impian besar tapi bertangguh!
Tak guna impian besar kalau tak disiplin!!

Gemuruh jiwa, semangat membara! Kita semua akan master coordinator dan semua akan menjejak.... tapak tapak... presidential master! 💪🏻

Let us be ONE, jutawan!


Wednesday, September 18, 2019

Success story jom detox jutawan - 5 testimoni detox jutawan



Assalamualaikum !

Hari ini mila nak share baaaanyak testimoni hasil dari program Jom Detox Jutawan.

Apa itu Program Jom Detox Jutawan? Boleh baca entry mila yang lepas ini tentang penerangan dan KELEBIHAN JOM DETOX JUTAWAN BERBANDING PROGRAM KURUS YANG LAIN

Dan inilah antara peserta Jom Detox yang telah berjaya. Here we go ! Jangan nganga mulut luas sangat ye. Memang betul..inilah hasil nya hehe.

Bukan hanya 5 Testimoni Detox Jutawan, tapi banyak !




1. Dari Obesiti Kepada Normal Weight

Kak Anah, buang 23kg dalam masa 8 bulan. Tiada masa nak rebound! Detox is the best way to lost weight!


2. Lost 16. 5 kg hanya 3 Kali Detox



Ini adalah elly. Elly lost 16.5 kg dengan 3 kali detox. Inch lost sampai tak terkira.


3. Warga emas pun boleh berjaya detox dan hilang 11.5kg !

Kak Hor join Detox selama 2 kali dan hilang 11.5kg dan 13.5inch. Kak Hor berumur 57 tahun tau tapi masih boleh turun sebanyak tu.


4. Kak su berjaya buang 10.3 kg dengan Detox !

“Pada asalnya saya ikut detox sebab mau turunkan bacaan tekanan darah dan kolestrol yang tinggi. Sebab walaupun sudah di ubah cara diet dan jumpa pakar pemakanan tapi masih lagi tidak berhasil. Berat badan masih turun dan naik (macam yoyo). Selepas detox barulah berat turun dan saya faham bagaimana untuk diet yang betul dan seimbang”

Thank you Kak for sharing u great exprience with #JomDetox.

Ini kali ketiga Kak Su join detox and its imppresive result u know. Dalam tempoh 46 hari Kak Su buang 10.3KG dan 39.4 Inch.



5. Pada yang ada Axinety! Anda masih ada harapan untuk pulih! Meh, baca kisah Naim!

Sebelum Detox ada cronic gastrik, but after Detox dah boleh puasa. Sebelum Detox sarapan Panadol, tapi selepas Detox hidup lebih gembira.

Cerita panjang : 

Sedikit background saya, nama saya Naim. Sebelum ada anak, berat saya 70kg+.

Saya juga pernah buat Diet Metabolism Miracle 8 minggu (saya akan cerita satu persatu ye)

2015 saya pernah join Detox Shaklee (dulu tiada program macam sekarang) so tidak ingat berapa kg lost masa tu tapi siksanyaaa.

Sebelum join Jom Detox. Setiap malam saya tidur selepas jam 12am kadang jam 2am. Bangun pagi mesti rasa letih dan sakit kepala. Panadol jadi breakfast, kadang petang pun ambil panadol.

Very stressfull life and anxiety. Makan tak tentu, air tak cukup. Anxiety sangat teruk sampai ada panic attack episodes. Saya minum 2-3 cawan kopi setiap hari. Bila stress, lebih banyak makan junk food. 

So sebelum join Jom Detox pun, sudah cuba kurangkan kopi atas nasihat Psychologist. During pre detox, saya follow nasihat coach. Minum kopi sikit tapi nasi mamak tak tinggal.

Stress tu masih ada, tidur masih lewat. Last day pre detox saya ganti kopi dengan tea hijau.

Masa predetox saya amik Acupuncture treatment & Reflexology. So masa Detox berjalan, memang ikut semua healthy habits dan menu sampai day 6 sahaja.

Sepanjang Detox week saya memang tidak bersenam sebab sibuk. Tapi banyak pergerakan. 10k steps day 3. Buat kerja rumah intensive day 5 swimming day 6.

During Detox hanya day 1 ada Chronic Headache. After detox saya dah tidur seawal jam 11pm. Bangun pun awal prepare meal. 

Sakit kepala memang tiada. Kopi tu optional. Tak rasa wajib pun. Lagi best, tengahari tak perlu tidur dah. Dulu setiap kali tengahari, mesti kena tidur. Kalau tidak, cranky. Hehe.

So now, less stress, hidup aman damai, less anxious. Sekarang ni saya masih terus swimming dan acupuncutre. Lepas ini nak cuba  Cognitive Behaviour Therapy (CBT) pula untuk stress management 

Nak turun lagi, target 70kg maybe dalam 3-4bulan. Saya akan teruskan Eat Clean. Sekarang dah 79kg selepas buang 6kg dengan Jom Detox.

Staff tegur dah kecil especially muka. Banggalah kejap😅.

Ohya, hampir lupa nak mention. Dulu saya ada Chronic Gastritis sampai tak boleh puasa but now, dah ok. Boleh je IF.

Menurut Personal Coach beliau.
“Korang abang Naim ini isterinya doktor perubatan. So masa dia decide buat detox. Isterinya pm ucap  thanks yang boleh ajak suaminya Detox "




6. Kak ruby hilang 16kg selepas 3 kali Detox





Nama saya Rubaiyah Asan. Boleh panggil Ruby atau K.Ruby. Umur saya 43 tahun.

Saya ada 4 orang anak dan 
saya merupakan salah seorang Certified Coach dalam program Jom DetoxJutawan.

saya mulakan dengan kisah detox saya

Pertama kali saya join detox ni November 2018. Masa ni baru pertama kali buat dengan meal plan yang baru ni. 
Masa tu saya memang sedang mencari-cari cara yang cepat untuk turun berat dan untuk sihat. Masa ni berat saya dah mencecah ke 75kg.

Memang masa ni saya ada buat diet protein tapi berat tak turun banyak. sebulan nak turun 1 kg pun susah.

Bila ada peluang untuk buat detox ni, saya pun join sekali. Masa mula buat detox tu berat saya 73kg. 

Saya pun buat detox, lepas 3 hari, berat saya turun 3kg dan ukur lilit pinggang saya turun 3cm. Saya macam tidak percaya masa tu.

Saya teruskan dengan detox sehingga hari yang ke 7. Lepas 7 hari berat saya turun 5.5kg dan ukur lilit pinggang turun 4cm.

Bukan itu saja, saya lebih teruja bila lepas detox ni, bangun pagi tumit kaki saya dah tak sakit lagi. Bangun pagi rasa segar, bukan letih lesu macam sebelum detox.

Sakit kepala yang dulu selalu menyerang saya dah tak rasa lagi. Stamina saya semakin baik, naik tangga kini tak jadi masalah lagi untuk saya. Kaki saya rasa ringan jer bila naik tangga lepas detox.

Bersin waktu pagi dah tak ada  lepas detox.

Teruja dengan kesan yang saya dapat lepas detox, saya ulang, ulang detox. Lepas 3 kali detox, saya berjaya turunkan berat 16kg.

Paling best bagi saya, lepas detox ni bacaan tekanan darah saya yang sebelum ni tidak menentu kembali normal, migrain saya terus hilang, resdung saya semakin pulih dan hilang. Kulit muka yang kusam, kembali bersih.

Alhamdulillah.....nikmat sihat ni memang tidak terkata. Bila sihat, nak buat apa pun penuh nikmat. Nak jogging, nak buat kerja rumah, nak solat....semua penuh nikmat.

Kalau masa tu saya tak join detox, masih diet dengan cara saya, hingga saat ini saya rasa berat saya masih sama atau mungkin bertambah. 
Pergerakan saya juga terhad. Saya kelihatan lebih tua dari usia saya.

Bila badan semakin membesar, susah untuk menggayakan pakaian yang cantik. Kulit muka yang kusam akan menyebabkan muka nampak gelap dan tak berseri, terpaksa guna make up tebal. Keyakinan diri juga terganggu dengan penampilan sebegini.

Dan yang amat menakutkan adalah penyakit yang semakin menghampiri. Kalau saya tak join detox sebelum ini, kemungkinan saya terpaksa makan ubat darah tinggi seumur hidup disebabkan gaya hidup dan pemakanan yang tidak betul.

Kegemukan adalah satu perkara yang amat saya takut. Sebab dari situ macam-macam penyakit boleh datang kepada kita.

Sebelum ni, bila orang bercakap tentang DETOX, saya pun  jarang ambil kisah. Sebab saya igatkan detox tu hanyalah air detox, atau apa-apa jus untuk kuruskan badan. Rupanya detox Shaklee way ini bukan macam tu.



~~~~~



Dan banyak lagi testimoni berjaya dengan JOM DETOX JUTAWAN !

















Amacam ? Terkejut tak? Hehe. Memang sangat berbeza program detox ini berbanding dengan program kurus yang lain kerana, results dari peserta rata-rata bukan kurus semata-mata. Tetapi

Kulit makin sihat dan berseri. Of course lah makin nampak cantik & awet muda kan

Dan kesihatan keseluruhan semakin baik. Alhamdulillah.

Kerana kita tidak fokus kepada hanya 1 yakni USUS.

TAPI kita fokus kepada 5 Organ Detox yang lain juga.p

Colon, kidneys, liver, lungs, Skin, lymphatic  (Kolon, buah pinggang, hati, paru-paru, kulit, limfa)


Shaklee punya detoks MENYELURUH!

Dah faham kan, dan dah tengok ttestimoni berjaya dengan program detox ini kan? Jadi, apa lagi? 

Jom jadi sebahagian peserta JOM DETOX JUTAWAN. Mila bantu anda nanti insyaAllah 

Mila
014-5082724


PAUTAN BERKENAAN DETOX (Detox Shaklee) !  (Sila klik dibawah ):















Monday, September 16, 2019

Kisah kejayaan saya dalam Shaklee

Assalamualaikum !



Walaupun berkali-kali mila bercerita dalam entry-entry yang lepas, tetapi setiap detik dalam bisnes shaklee terasa seperti besttt je. Entry kali ini mila masa nak cerita dari awal mila menyertai bisnes shaklee Ogos 2014, hinggalah hari ini 17 September 2019, Selasa :)

Nak dijadikan cerita, mila mula rasa nak berbisnes pada lebih kurang 5 tahun lepas. Tetapi mila akui, waktu itu terlalu "fragile". Mudah mengalah dan cepat give up

Orang kata, kalau nak berjaya mesti ada push factor yang kuat. Yang boleh memotivasikan diri kita setiap hari. Barulah setiap hari bersemangat !


Post pertama mila mempromosikan shaklee :)

Setahun pertama..mila banyak main-main. Tak ambil tahu hal bisnes. Tak baca whatsapp. Tak tahu perkembangan. Akhirnya..daku kene "kick" dari support group ! Hahaha. Punya lah malas bebenor. 

Hingga lah ogos 2015, mila baru nak bermula semula. Setahun mila bazirkan masa macam tu je ! Rugi kan :(

Once mila rasa nak serius, mila buat betul-betul. Terima kasih sangat pada mentor mila, Athirah. Bila mila dah cakap nak "comeback" dia tak teragak-agak untuk guide mila semula macam budak baru belajar hehe. Tanpa prejudis. Cheewah ! Terima kasih mummy. Love you❤️

At that time, mila faham satu perkara. Mentor takkan mampu bantu kita kalau tindakan yang kita tunjuk...

Malas
Tak mahu bertanya
Berdiam diri
Tak berkongsi apa masalah yang dihadapi dalam bisnes
Buat hal sendiri dengan cara sendiri
Tak ada hubungan baik dengan mentor, maksudnya nak berjaya tapi tak kenal siapa mentor, apa dia rasa, apa yang dia lalui.

Yelah, kita bukan kenal mentor bisnes sejak dari kecik kan. So, nak berjaya macam dia..nak belajar dan ambil ilmu dari dia..perlu lah ada hubungan baik juga. Bukan bodek hokayy hahaha. 

Sejak dari itu, mila tak toleh belakang dah bila tahu banyak sangat kelebihan Bisnes Shaklee

Baca : Peluang dalam bisnes shaklee - 3C Cash, Car, Convention

Banyak sangat perkara yang mila perasan, mila dah improve !

Surirumah, life nya hanya dirumah jika kita tidak cuba melibatkan diri dengan aktiviti masyarakat setempat. Itulah mila..sangat penyegan, tak pandai bergaul, negative, rasa rendah diri yang sangat membuat benci dengan diri sendiri, tak happy dengan hidup disebabkan mila rasa useless (ada degree tapi end up jadi surirumah).

Tapi, mula libatkan diri secara aktif dengan bisnes shaklee ni ibarat sinar baru untuk kehidupan mila. Bukan sahaja dari segi kewangan yang bertambah baik. Mila belajar untuk sayang diri sendiri, kenali potensi yang mila ada, dan cara nak bawa diri untuk terus maju dengan cara yang mila mila sendiri inginkan :)

Itu perkara yang sangat besar bagi mila.



Waktu ni kami belajar untuk edit video. Percaya atau tidak mila dahulu tak berani untuk berhadapan dengan ramai orang. Apatah lagi bercakap dan dan memberi motivasi kepada orang lain. Alhamdulillah 


Alhamdulillah. 2016 mila rank up sebagai leader shaklee (Supervisor). Mila create team miracle, downline-downline yang mila guide dan actually ianya satu "task" baru untuk mila. Bukan buat bisnes untuk diri sendiri sahaja, tetapi bantu orang lain untuk berjaya juga. 


Alhamdulillah ! Mila rank up sebagai leader Shaklee :)

  
               



Antara moment coaching & berjumpa downline mila. Alhamdulillah..mila pun masih belajar untuk jadi seorang leader dan sentiasa bersemangat untuk membantu orang lain bersama-sama mila

Alhamdulillah, dari bonus shaklee puluh dan ratus ringgit sebulan, dah naik ke RM1000-RM2000 sebulan. Bonus sebanyak itu sangat berharga untuk mila seorang surirumah ni. 

Tak cukup dengan pencapaian itu, mila decide untuk join satu projek dalam shaklee under mentor mila iaitu The Walking Beauty pada 2017. 

Sesungguhnya, impian
mila terlalu besar. Sangat banyak lagi untuk dicapai dalam hidup ini. Terutama sekali impian untuk membahagiakan mama, papa, suami & anak-anak mila. Dan betul lah, impian yang besar juga memerlukan kos yang besar. 

Mila sedar, kerja keras itu perlu. Sebab, dunia ini bukanlah tempat untuk bersenang lenang. Di akhirat lah tempat untuk beristirehat yang sebenarnya :')





Beberapa  kali mila jadi TOP SCORER Team TWB. Alhamdulillah







Jadi beautician spa, layakkan diri jadi trainer spa, jana income, tapi bonus shaklee tetap masuk. Alhamdulillah !





Layakkan diri beberapa kali ke BUSINESS LEADER NATIONAL CONVENTION SHAKLEE








Happy sangat bila dapat bahagiakan orang tersayang. Antara moment dapat belanja suami & anak hasil bonus shaklee. Hope dapat beri dengan banyak lagi

2017-2018 - 2019

Inilah detik mila struggle untuk terus kukuhkan kewangan keluarga kami. Mila ada komitmen, mila ada impian yang sangat besar

Sekarang mila usahakan untuk menjadi salah seorang qualified Car Bonus Achiever shaklee. Mila nak shaklee bayarkan loan kereta & rumah yang mila nak beli atas nama sendiri. Menggunakan bonus statement shaklee

Impian nak umrah bersama-sama suami & anak-anak

Impian nak berikan apa sahaja yang mama & papa mila inginkan. Tidak kira harga atau apa pengorbanan yang mila perlu lakukan

Mila nak buat bisnes shaklee sampai rank up Master Coordinator, step by step dan dan bantu ramai lagi downline mila keluar dari masalah kewangan mereka

Dan mila nak, dihari tua mila tidak menyusahkan sesiapa. Mila ada impian untuk capai income unlimited dalam shaklee 5-6 angka sebulan. Dan invest ke saham akhirat sebanyak-banyak nya :')

Doakan mila berjaya dan terus berjaya ye !


Sincerely,
Mila,
XoXo