Wednesday, September 28, 2022

Preview Home & Mobile Spa Beauty On The Go (BOTG)

Assalammualaikum.. 

Peluang Jana Cash Setiap Hari  melalui service Mobile Spa di bawah Projek BOTG

Wah,  dah terasa positive vibes dengan projek ni !

In shaa Allah, entri ini adalah untuk bantu ramai orang, untuk lebih jelas nampak, macam mana nak buat duit dgn simple melalui service Mobile Spa

Di fasa selepas pandemik ni,  di fasa inflasi yang tinggi...

Ramai yang sedang struggle untuk cari duit Tambahan. Betul kan..

Dan kerana itulah,  Projek BOTG ni diwujudkan

Baik lah.. Sebelum kita explain lebih lanjut tentang service Mobile Spa,  mila nak introduce pengasas kepada Projek Mobile Spa BOTG.

Puan Ainul Shahrazad

Berumur 39 tahun,  dan seorang ibu kepada 5 cahaya mata

BOTG ni stands for Beauty On The Go. 

So Projek BOTG ni,  memang aim untuk bantu semua wanita Cantik ke mana sahaja.  Anywhere,  anytime,  sentiasa ready on the go.  Giteww 😁.

OK ini sebahagian team BOTG kami. 


Ramai lagi sebenarnya..

BOTG ni sebenarnya satu platform yang kami provide untuk anda belajar training Home and Mobile Spa. 

Kami ajar untuk anda miliki Spa atas nama anda sendiri tanpa perlu buka kedai! 

Yess,  tak perlu buka kedai pun..  

Home spa = Spa di rumah

(customer datang ke rumah kita) 


Mobile Spa = Spa Bergerak

(kita yang datang ke rumah customer)

Ini contoh Home Spa

Kita kena sediakan satu tempat untuk customer

Dan ini pula contoh Mobile Spa -  kita yang datang ke rumah customer


Why demand terhadap Mobile Spa sangat tinggi??

1) Ramai wanita tak de masa nk pergi kedai Spa

- nak cari parking lagi

- nak tinggal anak2

2) Harga di kedai Spa biasanya melebihi RM 100

- sedangkan ramai wanita yang suka untuk pergi Spa tapi tak sanggup utk keluarkan duit lebih RM 100

3) Zaman kini berubah.  Sekarang ramai orang lebih prefer untuk Therapist datang ke rumah. Dari mereka nak spend masa di luar rumah

- Cuba tgk Food Panda.  Permintaan setiap hari sentiasa ada!

Maka di sini lah peluang untuk kita jana duit dengan Service Mobile Spa!

Kerana di mana ada MASALAH/ DEMAND,  di situ ada PELUANG &  WANG

Baik lah..  Now mila explain apa kelebihan anda join Mobile Spa BOTG berbanding Kursus mobile Spa di luar sana

Yess,  kalau uolls Google. Mungkin berlambak kelas2 yang mengajar Facial di luar sana. 

Dan mungkin ada yg kos nya rendah berbanding dgn Kelas Mobile Spa BOTG kami.  

Tetapi WHY kami sangat-sangat recommend untuk anda join Kursus Mobile Spa di bawah BOTG??

Why BOTG?? So meh mila explain 👇

✅ Di BOTG,  Kami train anda untuk belajar spa sampai pandai, and will never leave you. The trainer akan touch and follow up you personally and you juga akan dijemput untuk masuk dalam group Mobile Spa BOTG yang sangat happening, supportive, and very active.

Support Group ini sgt penting tau.

Anda mungkin boleh cari kelas yang murah,  tetapi selepas habis kelas,  anda tiada guide,  tiada mentor,  tiada orang yang boleh bantu anda jika anda stuck,  buntu dsb

✅ Masa dan tempat training yang fleksibel. 

Even nak bawa anak-anak pun boleh tau. 

Dalam BOTG, mostly adalah seorang ibu and we know mother very well. Ibu dan anak berpisah tiada. 😄

Training dgn anak di sebelah

✅ Harga training Mobile Spa BOTG sangat affordable.

Dan harga ini bukan lah harga kelas semata2 tau.

Ianya dah include semua produk untuk servicing!

Meaning to say.  Lepas habis je kelas dengan BOTG,  you tak payah pening kepala fikir nak cari produk di mana,  produk tu selamat atau tak untuk you lakukan service Spa &  facial

Kami dah siap kan everything!

 ✅Dalam Kursus Mobile Spa BOTG,  Kami juga ajar anda 5 simple steps to have your own spa atas nama anda sendiri 

Ianya sangat mudah dan praktikal! 

Dan kami tiada ambil sesen pun komisen dari servicing yang ahli BOTG buat.

Kiranya you run your own Home and Mobile Spa, BOTG tak ambil walau satu sen pun duit servis spa yang you dapat dari customers. 

Not even 0.000001 sen. Hehehehe. All yours OK.

Tetapi..  Anda masih ada support group dari BOTG. 

Anda tidak keseorangan




Tak tahu nak setup Spa?

Kita ajar you one to one,  step by step..

Can you imagine..  Ini lah suasana support group kami

Sentiasa ada ahli yg berkongsi tips,  motivasi,  strategy etc

Ilmu cari duit dapat

Circle friends pun bertambah

Dan special nya lagi bila anda join kursus mobile Spa di bawah BOTG. 

Kami akan ajar you on how to generate income dari 6 penjuru! 

Satu income dari servis spa, 5 income lagi kita sembang belakang OK 😊.

Meaning to say..  You ada bnyk option untuk generate income once you join BOTG

Let's say.. One day you tak sihat. You tak boleh nak buat service Mobile Spa.

So how u nak cari duit? 

Hah,  waktu ini lah you need another income dari 5 penjuru lain yang BOTG ajar

So siapa nak tahu apa penjuru income tu,  kena lah join family BOTG kami 😄

✅ OK,  ni paling special tau. 

Dalam BOTG,  Kami provide you with a Career Development. 

Yes, career development! 

Kami ada career development with you. 

Tak kan selama-lamanya nak jadi orang yang buat servis spa je kan. Nak lah dapat kemajuan dalam hidup. 

So that is why,  dalam BOTG,, kami ada sistem untuk u upgrade. 

Untuk you buka Franchise mobile Spa you!

Biasa kalau nak buka franchise,  modal yang diperlukan berpuluh ribu malah ada yang beratus ribu

Tapi..  Dgn BOTG,  you mampu untuk buka franchise di seluruh Malaysia tanpa keluar sesen pun! 

Hebat ke hebat 😎

Salah seorang ahli BOTG

Berjaya ada 15 franchise mobile Spa di bawah beliau setakat ini! Dan akan terus bertambah dari masa ke masa

✅ Di BOTG,  Kami provide copywriting utk tarik customer,  poster untuk offer service Spa,  strategy untuk upsell customer dan mcm2 lagi!

✅ Dan terakhir,  ada bnyk aktiviti yg anda boleh join once anda join family BOTG

Gathering


BBQ with the team


Travel ke luar negara setiap tahun bersama ahli team BOTG

BERAPA HARGA KURSUS MOBILE SPA BOTG?





Produk yang dapat adalah produk yg akan di guna untuk servicing.

Dan juga peralatan untuk buat servicing tersebut

Kira apa yang kami ajar dlm Kursus Mobile Spa..

Itulah yang u akan dapat!











So bagi yang berminat untuk Sertai Kursus Mobile Spa BOTG,  boleh contact mila insyaAllah

Mila Ibrahim
Beautician & Trainer 
Spa Bergerak Tanpa Kedai
Beauty On The Go


Tuesday, September 27, 2022

Cara Bebas Hutang Melalui Bisness Mobile Spa BOTG




Assalamualaikum w.b.t

Sebelum mulakan entry kali ni, mila kongsikan 1 doa yang boleh lah kita sama-sama amalkan untuk elakkan diri kita dari cengkaman hutang.

Apa-apa sahaja yang kita sedang buat dan hadapi, latih diri untuk dahulukan Allah

RAMAI TERBELENGGU DENGAN HUTANG & TIDAK BERJUMPA JALAN KELUAR

Nak beli rumah & kereta, nama sudah di " black list " akibat CCRIS

Nak melancong ke luar negara tak boleh

Nak makan mewah berkira-kira

Nak pakaian berjenama, terpaksa pendam

Nak lifestyle macam orang senang jauh sekali

Paling menyedihkan, nak hulur duit kepada ibu bapa sendiri rasa terlalu sempit dan tak mampu


Entry kali ni mila nak berkongsi tentang bagaimana, dengan menjalankan Bisnes Mobile Spa Beauty On The Go (BOTG) kita boleh letakkan target untuk BEBAS DARI HUTANG !




Bercakap mengenai hutang, sepertinya takkan pernah habis...

1) Setelah menamatkan pelajaran, ramai di antara kita terpaksa menanggung beban hutang pelajaran ( Paling biasa diambil ialah hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) ). Biasanya mengambil masa bertahun-tahun bekerja untuk menyelesaikan hutang belasan atau puluhan ribu ringgit.

2) Rumah yang di diami, sekiranya pembelian secara sewa beli, pasti kita perlu membuat pembayaran secara bulanan. Kecuali kita membeli rumah secara "Cash". Harga rumah yang murah juga sudah sukar diperolehi  pada masa kini dan menelan belanja sehingga ratusan ribu ringgit. Jadi memerlukan bayaran bulanan yang memakan banyak tahun.

3) Kenderaan yang menjadi keperluan untuk memudahkan urusan kesana-kemari. Pasti ada komitmen bulanan sekiranya tidak dibeli secara tunai. Hutang yang perlu diselesaikan setiap bulan untuk membayar harga kereta yang biasanya menelan belanja puluhan ribu ringgit. 

4) Gadjet seperti telefon bimbit, komputer, laptop atau Ipad yang menjadi keperluan dalam berhubung tidak kira masih belajar ataupun sudah bekerja

Dan hutang-hutang ini adalah berbentuk KEPERLUAN. Sekiranya tidak berhutang, mungkin ramai yang tidak mampu meneruskan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, tidak mampu membeli rumah (menyewa sepanjang hayat), tidak mampu mempunyai kenderaan (terpaksa menggunakan kenderaan awam setiap masa). Belum masuk dalam kategori KEHENDAK yang ramai tewas untuk menidakkannya seperti :-

- Rumah yang besar untuk tinggal lebih selesa bersama keluarga
- Kenderaan yang selesa dipandu dan memuatkan ramai penumpang
- Makan makanan yang sedap
- Memakai pakaian yang berjenama
- Keinginan untuk melancong bersama keluarga setelah penat bekerja
- Gadjet yang canggih dan mengikut peredaran zaman

Semua ini menjadi BEBAN HUTANG sekiranya kita tidak menyediakan diri kearah kewangan yang lebih mantap, mempunyai simpanan yang mencukupi untuk masa sekarang dan masa hadapan.
.
.
.
.
.
.
.
.




BAGAIMANA BISNES SPA BOTG MEMBANTU RAMAI UNTUK BEBAS HUTANG

Oh, sebelum pergi lebih jauh mila terangkan dulu apa itu Beauty On The Go (BOTG)

BOTG merupakan satu Projek yang menjalankan bisnes Home & Mobile Spa. Wujudnya untuk membantu ramai orang dan kini sudah terlalu banyak "Proven Results" yang ahli BOTG sudah mampu keluar dari bebanan hutang malah menikmati kebebasan kewangan lebih dari itu.

Tapi bagaimana nak bebas hutang dengan BOTG?

Jawapannya, dengan nilai yang BOTG tawarkan apabila menyertai projek ini. Sangat berbeza malah jauh berbeza dari bisnes spa yang lain :




6 PENJURU PENDAPATAN


Jaminan dari 6 sumber pendapatan yang bakal diperolehi sekiranya menyertai bisnes home & mobile spa BOTG

1) Hasil dari servis spa kepada pelanggan
2) ***
3) ***
4) ***
5) ***
6) ***

*** Adalah "secret recipe" & perkara paling istimewa untuk team BOTG. Akan dijelaskan apabila menyertai team BOTG

Bayangkan, ke enam-enan penjuru ini kita peroleh SETIAP BULAN. InsyaAllah usaha untuk kearah kebebasan kewangan itu pasti semakin jelas !

Ditambah lagi :

-Strategi dan sistem bisnes yang mantap (bonus bulanan)
- Support group yang happening
- Ilmu-ilmu mahal yang sentiasa dikongsi secara FREE seperti marketing berkesan, pengurusan kewangan, magnet rezeki, kerohanian, hartanah, aset dll
















Nah inilah buktinya yang melalui bisnes spa BOTG sangat ramai yang sudah berjaya dan mengatasi masalah hutang yang dihadapi mereka. Ada yang buat secara part time, ada yang buat secara full time dan ada yang buat secara part time kemudian berjaya bertukar secara full time setelah menyertai BOTG (berhenti kerja dan menjadi surirumah sepenuh masa).

  DIMANA ADA WANITA, DI SITU ADA PELUANG & WANG

Gelombang Beauty On The Go sudah menjadi FENOMENA! Setiap negeri di Malaysia sudah terdapat wakil beautician BOTG Dan juga sudah ada agen spa BOTG di luar negara seperti Melbourne, AustraliaMesir dan Dubai. Ini cukup membuktikan BOTG bukan projek Mobile Spa yang biasa-biasa ! Anda bertuah jika memilih untuk menjadi sebahagian dari ahli BOTG :)

Dengan menyertai Beauty On The Go, peluang untuk menjana pendapatan sangat banyak ! Disamping kita memberi nilai kepada orang lain dari sudut semangat untuk terus berjuang juga memberi kesedaran tentang kesihatan & kecantikan.

Peluang Keemasan Sudah Di Depan Mata. Hanya tinggal untuk kita gapai dan kembali bersinar. Walau sebesar mana hutang yang terpaksa ditanggung, percayalah, pasti ada jalan keluar.


AGEN SPA DIPERLUKAN DI SELURUH NEGARA!!!

Mila Ibrahim


#BeautyOnTheGo #BeautyWithBrain #ShakleeFamily #KelasSpa2022  #KelasSpaFacial #TrainingSpaTerkini #BuatDuitSetiapHari

Related Topics

 1) Bestnya jadi Alumni Team Mobile Spa BOTG

2) Kelas Facial Terkini di bawah Team BOTG 2022

3) Hebatnya bila Facial dengan 

4) Cara Bebas Hutang Melalui Bisness Mobile Spa BOTG

5) Mobile Spa Bantu Wanita Jana Pendapatan

6) Testimoni Buat Duit Dengan Spa BOTG !

7) Bina Impian Anda Bersama Team Mobile Spa BOTG

Wednesday, September 21, 2022

Hebatnya bila Facial dengan Youth Skincare Shaklee !

 Assalamualaikum w.b.t

Lihat apa yang mila pegang. Cleanser Youth Shaklee yang digunakan oleh beautician Mobile Spa BOTG !

Projek Beauty On The Go (BOTG) iaitu Spa shaklee yang sangat mementingkan Spa Natural keatas pelanggan nya juga menggunakan rangkaian produk Youth dalam rawatan wajah. Dan hasil untuk hanya 1 sesi rawatan wajah sangat sangat menakjubkan ! Mari kita lihat beberapa hasil facial dengan Youth Skincare







Wajah pelanggan spa kelihatan lebih runcing (effect V-shape), lebih cerah dan kurang cela selepas 1 sesi rawatan wajah oleh agen spa BOTG menggunakan produk Youth Shaklee .


5 SEBAB BEAUTICIAN MOBILE SPA BOTG PILIH YOUTH SHAKLEE DALAM SESI FACIAL



1. Transformasi yang dramatik dalam 8 minggu

Youth meningkatkan kecantikan dan kesihatan kulit secara DRAMATIK. BUKAN secara DRASTIK semata. Kesan yang "noticeable" seawal 7 hari dan dramatik. Untuk masalah kulit berminyak, jerawat, jeragat, parut, lebam bawah mata memerlukan bukan sahaja penjagaan luaran tetapi juga memerlukan nutrisi yang lebih seimbang dan penjagaan yang lebih lengkap. Seperti badan yang kekurangan nutrisi menunjukkan signal seperti sakit demam dan sebagainya, kulit juga akan sakit sekiranya tidak mendapat nutrisi yang sepatutnya. Youth membantu dengan kandungan bahan aktif di dalamnya yang 100% mampu meningkatkan kesihatan kulit anda dari dalam dan juga luaran.

2. Tampil 10 tahun lebih muda 

Youth dapat memadamkan sedekad penuaan. Bayangkan anda dapat mengurangkan usia kulit anda 10 tahun lebih muda ! Bukan janji manis yang ditaburkan. Tetapi melalui Skin Age Index. Bukan testimoni dari mulut ke mulut semata. Ada bukti saintifik.

3. Keputusan Klinikal Tanpa Kompromi

Youth bukan sahaja dicipta secara harmoni dengan alam semulajadi, malah ianya terbukti berkesan secara klinikal. Beribu-ribu ujian telah dijalankan. Sehingga selepas 8 tahun barulah shaklee bersetuju dan berpuas hati untuk mengeluarkan Youth. Ini adalah untuk memastikan produk yang dihasilkan adalah terbaik lebih dari sekadar organik, selamat dan berkesan. Shaklee sanggup menghabiskan masa dan tenaga serta membelanjakan berbilion bilion keatas kajian untuk menghasilkan produk yang bebas bahan kimia berbahaya dan sangat selamat untuk digunakan. Youth tidak mengndungi lebih 1500 bahan kimia berbahaya yang lazimnya terdapat dalam produk kosmetik yang lain di pasaran walaupun produk yang sangat popular di dunia. Tetapi istimewanya Youth, tiada bahan-bahan tersebut

4. Kuasa botanikal yang hebat !

Youth tidak terkandung bahan kimia yang berbahaya untuk memberikan kesan yang dramatik dan drastik keatas pengguna. Tetapi seperti prinsip shaklee "Always green, always safe, always work ", shaklee telah mendapatkan 5 bahan botanik yang ada disekitar kita dan diformulasikan ke dalam Youth Complex.

5. Dibangunkan oleh syarikat nutrisi No.1

Youth memang sepatutnya menjadi pilihan anda kerana dibangunkan oleh syarikat nutrisi, bukan syarikat kosmetik. Kebiasaanya, syarikat kosmetik kurang menitikberatkan nutrisi dalam produk mereka. Biasanya yang ditekankan adalah pengguna akan mendapat kesan yang baik walaupun terpaksa menggunakan bahan berbahaya yang mungkin akan memberi kesan jangka masa panjang. Itulah perbezaan dengan Shaklee. Shaklee merupakan syarikat nutrisi No. 1 di USA. Shaklee mementingkan bukan sekadar pembaikian di permukaan kulit tetapi shaklee inginkan kesan yang lebih berpanjangan. Shaklee mahu pengguna kelihatan muda lebih lama "Look Younger Longer ". Oleh itu Youth dapat membaiki kulit anda bermula daripada dalam seawal peringkat DNA. Youth mengandungi nutrisi yang boleh menyerap masuk ke dalam kulit dan membaiki sel kulit, sehinggakan ia mampu memperbaiki masalah kulit sehingga kelihatan AWET MUDA dan TANPA CELA.

Tiada syarikat yang lebih arif mengenai nutrisi tentang kulit, melainkan syarikat nutrisi sendiri.

Seperti orang dulu-dulu (zaman nenek moyang), mereka lebih menggunakan bahan-bahan dari alam semulajadi sebagai alat untuk menjaga dan mengekalkan kecantikan seperti pengunaan kunyit, serbuk kulit kayu manis dan sebagainya. Mereka juga kurang terdedah dengan pemakanan yang kurang berkhasiat tetapi lebih dekat dengan alam semulajadi seperti ulam-ulaman, buah dan sayur-sayuran juga hasil tanaman sendiri. Sama juga seperti usaha shaklee ini untuk memberi nutrisi yang baik kepada kulit kita, tetapi dengan menggunakan teknologi yang lebih moden.


BAHAN-BAHAN HEBAT DI DALAM YOUTH SKINCARE !

Apa sebenarnya yang ada dalam Youth sehingga ianya sangat berkesan dan selamat untuk digunakan?

Youth dikuasakan oleh kuasa botanikal. Iaitu alam semulajadi yang ada di persekitaran kita yang mungkin kita tak sedar yang ianya sangat bagus untuk kesihatan dan kecantikan.

1. Apple Stem Cell Extract

Accelerate skin renewal to more youthful rate

Membantu mempercepatkan lagi pembaharuan kulit dari kadar biasa. Sejak dari waktu bayi, 2 minggu sekali kulit akan berganti. Namun apabila kita berusia 30 tahun ke atas ianya berubah kepada sebulan ke dua bulan sekali. Dan proses itu semakin perlahan apabila menginjak ke usia 50 tahun. Kadang-kadang sehingga 3-4 bulan barulah kulit kita diperbaharui. Sebab itu sewaktu bayi, kulit sentiasa kelihatan anjal dan cantik. Tetapi dengan meningkatnya usia, kolagen semakin berkurang, sel semakin lambat untuk diperbaharui, masalah-masalah kulit juga mengambil masa yang lebih lama untuk kembali pulih. Pembaharuan kulit menjadi perlahan. Disini apple stem cell extract memainkan peranan dengan mempercepatkan pembaharuan kulit yang baru dan lebih sihat.

Accelerate skin renewal to more youthful rate

2. Muscadine grapes

Keeps skin healthy and prevents damage from environment

Siapa yang mengenali produk shaklee pastinya mengenali ResV &Vivix. Ini adalah bahan terunggul yang terdapat dalam ResVivix shaklee yang telah membantu untuk meningkatkan anti penuaan (Anti Aging) dalam diri penggunanya. Namun, kali ini shaklee sekali lagi menggunakan muscadine grapes yang hebat ini untuk diformulasi kedalam set penjagaan kulit Youth Complex. Jadi, ResVivix diambil sebagai makanan tambahan (dari dalam) dan youth digunakan untuk penjagaan kulit (dari luar). Apabila bergabung kedua-duanya menjadi sangat hebat ! Muscadine grapes sangat kaya dengan anti-oksidan, mampu untuk melawan radikal bebas dalam kulit. 

3. Vital repair (Vitamin & Nutrients)

Membantu untuk melicinkan kulit kita, menentang radikal bebas, dan menjadikan kulit lebih sihat

Vitamins and nutrients. Soothes skin and fights free radicals

4. Schisandra Chinensis

Kulit kita seperti jalan raya. Kulit kita mempunyai banyak liang. Jadi semakin kita berusia, liang-liang ini akan semakin tersumbat, sekatan di sana sini, roadblock dan sebagainya. Sehinggalah kulit kita tidak mendapat nutrient yang secukupnya. Pengangkutan nutrient itu tidak sampai ke tempat yang sepatutnya oleh kerana ada roadblock itu tadi. Di sini schisandra chinensis memainkan peranan membantu membawa nutrient-nutrient yang diperlukan oleh kulit ke dalam kulit kita dengan lebih lancar.

Helps structurally provides more nutrients to the skin

5. Lotus japonicus extract

Activates key youth protein in skin. Supports collagen and elastin production

Membantu mengaktifkan youth protein. Semakin kita meningkat usia, youth protein semakin berkurangan. Contoh : Kolagen. Kolagen mula menyusut dengan drastik bukan hanya apabila ketika  memasuki umur 30-an, namun pada awal 20-an sudah bermula ! Jadi, pada usia 30 an ke 50 an, pengurangan kolagen dalam tubuh badan kita sangat sangat drastik. Disini  Lotus japonicus extract berfungsi. Kajian menunjukkan yang selepas penggunaan lotus extract ini selepas beberapa hari dan minggu, ia mampu "reset" semula youth protein dalam kulit. Oleh itu, kolagen semakin meningkat, kulit kelihatan semakin muda, produk elastik semakin banyak. Menandakan lotus extract ini bertindak dengan baik pada kulit kita.

Inilah 5 kuasa botanikal yang terkandung di dalam Youth complex Shaklee. Kesemuanya adalah secara organik dan semulajadi. Jadi, ianya terjamin selamat.


Bagaimana setakat pembacaan anda ini? Adakah benar Youth sehebat itu ? Mari kita lihat ujian klinikal yang telah dijalankan oleh shaklee




Shaklee telah menjalankan SKIN AGE INDEX ke atas pengguna produk Youth sebelum dipasarkan. Shaklee adalah satu-satunya syarikat yang BERANI membuat ujian secara klinikal ini berbanding syarikat yang kosmetik yang lain. Skin Age Index dapat mengukur kedutan, saiz liang pori, tona kulit, ketegangan, tekstur kulit, pigmentasi, radiance dan kekeduran dengan kadar yang sangat tepat sebelum dan selepas penggunaan youth. Shaklee mempunyai data yang sahih dan bukti. 




Hasil ujian Skin Age Index ke atas pengguna youth, mendapati 100% pengguna dari pelbagai peringkat usia dan pelbagai etnik termasuk penduduk asia, dan juga pelbagai jenis masalah kulit termasuk jeragat, parut hidup, jerawat, kedutan dan kendur. Dan keputusannya adalah 100% lebih muda. 2/3 daripadanya mendapati usia kulit mereka 10 tahun lebih muda. Bayangkan umur 30 tahun masih kelihatan seperti umur 20 tahun. Siapa tak nak? Mesti inilah dambaan setiap daripada kita. Dan yang paling penting adalah kulit yang sihat. 

Keselamatan satu-satu produk adalah yang paling patut di titikberatkan. Kerana kita mahu menggunakan satu produk sahaja untuk jangka masa yang lama. Tidak perlu membuang masa sentiasa mencari-cari produk yang sesuai dengan kulit. Rangkaian produk vitamin shaklee digunakan sehingga berpuluh tahun. Malah ada yang sudah makan produk shaklee selama 50 tahun ! Jadi tiada yang perlu diragukan lagi. Malah seharusnya sangat yakin  produk shaklee boleh digunakan untuk jangka masa panjang dan tiada kesan sampingan.

Cuba anda cek adakah bahan-bahan yang disenaraikan ini ada dalam produk yang sedang anda digunakan. Jaminan 100% produk Youth tidak mengandungi bahan-bahan ini. 


Terlalu banyak produk di keluarkan kini yang "timbang kilo" "re-brand"  yang tidak terjamin keselamatannya. Sangat ramai yang sudah terkena kesan dari produk-produk berbahaya ini sehingga ada yang mengalami kerosakan kulit yang teruk, dan yang paling menyedihkan ia merebak ke organ dalaman sehingga membawa maut ! Ya ! Produk kosmetik walaupun dipakai secara luaran tetapi apabila ia meresap ke dalam kulit juga mampu memberi kesan yang buruk kepada tubuh badan keseluruhannya. Jadi langkah pencegahan dan perlu sangat berhati-hati dalam memilih produk. 

Jika dahulu, masalah yang sering dihadapi pengguna yang tersalah memilih produk boleh diatasi secara mengambil produk supplement shaklee, tetapi sekarang shaklee mengeluarkan produk penjagaan kulit wajah yang juga lengkap dengan nutrisi yang membantu mangsa kerosakan kulit akibat bahan kimia yang berbahaya. Ini merupakan satu jalan penyelesaian yang sangat HEBAT ! Mungkin anda tidak dapat dari mana-mana produk penjagaan kulit yang lain.


RANGKAIAN YOUTH COMPLEX

Rangkaian Youth complex sangat mudah dan tidak terlalu banyak. Golongan yang mungkin kekurangan waktu untuk membuat rutin penjagaan kulit pasti menyukai Set Penjagaan Kulit Youth Complex ini ! Ini kerana ia cuma melibatkan penjagaan asas dan beberapa langkah yang sangat mudah tetapi lengkap dengan gabungan kuasa botanikal yang hebat


1. Cleanser : Kurang buih, sangat ringan, tidak terlalu berminyak tetapi mampu melembapkan kulit. Menyingkirkan kotoran.

2. Toner : Menyegarkan, menyingkirkan lebihan kotoran di muka, dan membekalkan nutrisi supaya kulit lebih sihat 

3. Serum : Untuk kulit bermasalah. Hero of Youth. Mengandungi 10 kali kepekatan Youth Complex berbanding produk youth yang lain. mempercepatkan pembaikian sel di kulit. 

4. Moisturizer : Wajib pakai setiap hari untuk elakkan masalah kulit akibat persekitaran. SPF50 sesuai untuk suhu dan cuaca di Malaysia

5. Night cream (Light & Rich)  :  Digunakan di malam hari, memperbaharui sel kulit ketika tidur. Bangun pagi lebih segar dan kulit terasa lebih muda

Extra Care

6. Radiance C + E : Untuk masalah kulit yang teruk dan sudah usia 50 tahun ke atas. Atasi masalah kulit kusam, kendur, kedut dan masalah kulit biasa. 60 capsule yang mengandungi 20% pure vitamin c. Rangkaian produk antarabangsa dan ternama di luar sana, hanya meletakkan maksimum 10-12% pure vitamin c. Itulah istimewanya Youth Shaklee 

Dan dari masa ke masa Shaklee sering menambah rangkaian produk skincare Youth untuk berikan yang terbaik untuk semua pengguna

7. Purifying Clay Mask

8. Hydrating Gel Mask

9. Restoring Eye treatment

10. Moisture Lock Day Cream



Youth Shaklee masuk majalah ! :D





Bukti Youth sangat berkesan. Testimoni pengguna youth yang menggunakan selama 28 hari tetapi mendapat transformasi yang sangat significant. Ini adalah antara pengguna yang mengalami kulit semakin cerah, tona semakin sekata, v-shape, lift up, tegang, berseri

QUESTION AND ANSWER BERKENAAN YOUTH SHAKLEE

1. Adakah Youth sesuai digunakan untuk semua jenis kulit ?

Ya. Biasanya produk skincare di formulasikan berbeza untuk jenis kulit seperti kulit berminyak, kulit kering atau kulit kombinasi. Hasil ujian Skin Age Index ke atas pengguna youth, mendapati 100% pengguna dari pelbagai peringkat usia dan pelbagai etnik termasuk asia, dan juga pelbagai jenis masalah kulit termasuk jeragat, parut hidup, jerawat, kedutan dan kendur. Dan keputusannya adalah sangat-sangat positif. 

2. Adakah Youth mengandungi pengawet ?

Setiap produk kecantikan pasti ada pengawet. Kerana sekiranya tiada pengawet bakteria dalam produk tersebut akan mudah membiak dan ianya akan menjadikan kulit anda lebih teruk. Produk home made sediri pun juga menggunakan pengawet. Yang membezakan adalah jenis pengawet itu selamat atau tidak. Ya, youth menggunakan pengawet untuk memastikan keselamatan produk. Tetapi tidak mempunyai pengawet berbahaya seperti paraben dan formaldehyde. Shaklee menggunakan phenoxyethanol sebagai pengawet dan bahan ini lazimnya digunakan dalam kosmetik yang selamat. Jumlah yang dugunakan juga jauh lebih rendah dari kadar yang ditetapkan oleh pihak yang berwajib. Hanya penggunaan minimum untuk keselamatan pengguna. 

Youth adalah produk paling hampir dengan semulajadi : Kata-kata Chris Kyrou (Chief Scientist) yang telah berkhidmat dengan pelbagai syarikat gergasi kosmetik dunia. Youth adalah produk terbaik dan sedang menjadi fenomena di US sekarang. 

3. Adakah Youth selamat digunakan oleh ibu menyusu dan mengandung ?

Ya. 100% selamat dan tiada isu

4. Vitamin A di dalam Activating serum Youth tidak sesuai diambil oleh ibu mengandung dan menyusu. Adakah benar ?

Vitamin A memberikan kesan yang tidak diingini apabila diambil secara berlebihan seperti yang ditetapkan oleh WHO. Dos Vitamin A untuk ibu mengandung maksimum adalah 10000IU hingga 25000IU bergantung kepada keadaan kesihatan mereka. Peraturan tersebut adalah untuk mengambil vitamin A secara oral. Bukan penggunaan topikal iaitu penggunaan secara luaran. Jadi tiada adalah masalah Youth digunakan untuk ibu hamil dan menyusu.


Bagaimana? Teruja tak untuk menjadi salah seorang pengguna Youth Shaklee ? :)


Sekiranya anda berminat dan ingin mendapatkan Rangkaian produk Youth Skincare Shaklee atau menyertai Kursus Spa BOTG. Boleh hubungi mila :)

MILA
Beautician & Trainer Mobile Spa BOTG

Terima kasih kerana sudi membaca. Semoga bermanfaat :)

#BeautyOnTheGo #BeautyWithBrain #ShakleeFamily #KelasSpa2022  #KelasSpaFacial #TrainingSpaTerkini #BuatDuitSetiapHari


Related Topics

 1) Bestnya jadi Alumni Team Mobile Spa BOTG

2) Kelas Facial Terkini di bawah Team BOTG 2022

3) Hebatnya bila Facial dengan 

4) Cara Bebas Hutang Melalui Bisness Mobile Spa BOTG

5) Mobile Spa Bantu Wanita Jana Pendapatan

6) Testimoni Buat Duit Dengan Spa BOTG !

7) Bina Impian Anda Bersama Team Mobile Spa BOTG