Sunday, April 9, 2017

10 Tanda Badan Anda Perlu Jalani Detoks

Assalamualaikum semuaaaa :)


Berapa ramai yang ambil tahu dalam badan anda ada toksin? Biasa dengar kan, tapi ramai yang masih kurang cakna. Sebab tak faham, apa sebenarnya apa itu TOKSIN .

TOKSIN adalah bahan buangan beracun dalam tubuh manusia. Bahaya toksin, bukan sahaja boleh menghancurkan fungsi-fungsi pencernaan, bahkan, boleh mengikuti peredaran darah ke seluruh organ tubuh lalu merosakkan system sirkulasi manusia, organ-organ penyaring (system hati dan ginjal), dan organ-organ pengeluaran tubuh.

Penyelidikan yang dilakukan oleh beberapa pakar kesihatan di Jepun mendapati, berat kotoran yang tersumbat dalam tubuh manusia atau lebih dikenali sebagai toksin adalah lingkungan 2kg hingga 6kg. Bayangkan jika tubuh anda dihuni oleh toksin berbahaya sebanyak itu. Berat badan kita yang sepatutnya ideal mungkin terjadi masalah obesiti akibat toksin-toksin ini.

Selain itu, toksin yang banyak mempengaruhi keberkesanan supplemen yang di ambil. Hal ini kerana, toksin boleh mengganggu proses penyerapan vitamin di dalam badan anda. Jika berlaku ketidak berkesanan supplemen yang di ambil, anda perlu melihat, adakah badan anda mempunyai toksin yang banyak.

Bagaimana untuk mengetahui badan anda bertoksik atau tidak? Dan adakah disebabkan toksin ini anda perlu bermula untuk detoks? Jom kita lihat senarai di bawah, adalah anda mempunyai tanda-tanda ini?



#1 Sukar Untuk Hamil

#2 Mulut & Nafas Berbau

#3 Kemaruk Makan

#4 Kulit Alergi &Kusam

#5 Tua Sebelum Usia

#6 Sembelit

#7 letih & Lesu

#8 Kembung Perut

#9 Kerap Sakit Kepala


#10 Sering jatuh Sakit

Adakah badan anda mempunyai tanda-tanda di atas? Jika ya, nasihat mila anda haruslah mengambil tindakan segera iaitu melalui :

1) Menjalani gaya hidup sihat, tanpa rokok atau mengurangkan penggunaan barang yang tinggi bahan kimia berbahaya

2) Bersenam 3 kali seminggu

3)  Amalkan pemakanan yang sihat, kaya vitamin dan mineral, pengambilan supplement sebagai bantuan juga mengurangkan pengambilan makanan berproses dan segera.

Jika tidak, masalah pengumpulan toksin di dalam baan ini akan berterusan sehingga membawa kepada penyakit-penyakit yang berbahaya.


Oleh yang demikian, mila  dengan sangat berbesar hati dan bersemangat untuk membantu ramai di kalangan rakyat Malaysia yang megalami tanda-tanda diatas. Untuk sama-sama menjalani detoks dengan kempen yang sedang mila jalankan iaitu 




Terima kasih kerana sudi membaca :)


Monday, March 6, 2017

Bagaimana Vivix Membantu Mengatasi Masalah Kesuburan

Baru ni terbaca tentang Athirah Tieramiessyou yang selalu amalkan Vivix sebelum beliau berjaya hamil, setelah 3 tahun penantian. Terfikir jugak, bagaimana Vivix memperbaiki masalah KESUBURAN ?



Mila buat la bacaan sket, ni nak share dgn korang. Vivix ni mempunyai kandungan Resveratrol yang sangat tinggi. Resveratrol ini bertindak sebagai anti-oksidan yang kuat berbanding anti-oksidan yang lain. Maksudnya lagi tinggi anti-oksidan maka semakin berkuranglah "Oxidative Damage". Atau dengan kata yang mudah, lebih banyak oxidative damage lebih banyak sel menjadi rosak, macam tulah sebaliknya.


Fungsi Resveratrol tadi tu juga adalah utk melindungi telur yang belum atau hampir atau sudah matang daripada oxidate damage. Apabila telur yang 'dilindungi' ini selamat daripada menjadi rosak, ianya mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk SURVIVE, MEMBESAR dan DISENYAWAKAN.


So, Vivix Shaklee ni mempunyai salah satu mekanisma untuk memperbaiki sel-sel yang rosak atau abnormal.


Kesimpulannya, Vivix juga membantu meningkatkan kesihatan lelaki dan wanita dengan meningkatkan lagi kualiti benih telur, memanjangkan jangka hayat telur dan sekaligus meningkatkan peluang untuk disenyawakan



Mila
Shaklee Independent Distributor
ID: 1164704
Whatsapp kesini : 014 5082724

Saturday, February 11, 2017

4 Tips Kembali Langsing Selepas Bersalin







Maaf andai gambar ini tidak sesuai.

Tetapi inilah realiti yang dialami oleh seorang wanita. 

Ramai wanita sedar akan perkara ini 

Tetapi mereka tidak mampu untuk BERTINDAK

Tidak tahu cara
Stress
Duit tak cukup
Bebanan tanggungjawab

Kalau dapat suami yang mengikut hawa nafsu semata, masa ini lah, mula pasang lain. Nauzubillahiminzalik..

Wanita,

Anda kena BANGKIT!!

JANGAN BIARKAN PENUAAN MENGUASAI DIRI

JANGAN BIARKAN DIRI ANDA KELIHATAN TUA DARI USIA SEBENAR

Kita berhak untuk cantik , kita berhak untuk sihat

Para suami, hadiah kan supplement yang terbaik mengikut keperluan isteri kalian..

Jangan lah berkira untuk seorang wanita yg telah berkorban melahirkan zuriat mu ke dunia. 


It's more than Worth it!!

Daripada melihat isteri anda sakit sana sini, tidak secantik di awal perkenalan dulu. Laburkan sedikit wang untuk makanan kesihatan buat isteri anda.



* * * * * * * * * *



Selepas kelahiran bayi, tentu ramai ibu yang ingin kembali mendapatkan bentuk asal tubuh seperti sebelum mengandungkan anak. Tidak kurang juga yang ingin memperbaiki bentuk badan walaupun asalnya sebelum mengandung memang dah ada berat badan yang tersedia terlebih.
Contohnya berat badan kita semasa mengandung ialan 88kg. Selepas bersalin, tolak berat baby yang keluar (normally 3kg) dan gitu-gini, tinggal 80kg. Berat badan idaman yang kita inginkan paling kurang pun 60kg. So, berat badan yang perlu kita kurangkan ialah sebanyak 20kg. Wow! banyaknya. Macam tak logik je. Boleh ke? Tak pernah dibuat orang agaknya.
Percaya tak? ada orang boleh turunkan berat badan 20kg selepas bersalin. Saya kata ada. Saya juga boleh katakan ia tidak mustahil. Caranya Macamana? Ok, kita tengok dulu puncanya mengapa wujud berat badan berlebihan ketika mengandung sehingga lepas bersalin.


Punca Pertambahan Berat Badan Ketika Hamil dan Selepas Bersalin
Ada beberapa punca mengapa ibu hamil mengalami berat badan berlebihan selepas bersalin. Ketika hamil, berat badan meningkat secara semulajadi seiring dengan pertambahan berat bayi dalam kandungan. Selain pertambahan cecair amniotik dalam perut dan diet pemakan yang agak luarbiasa berbanding dengan tidak mengandung. Juga persediaan tubuh untuk penyesuaian hormon mengumpul lemak dan air bagi menghasilkan susu ibu kelak selepas bersalin. Kesemuanya itu adalah normal. Namun selepas bersalin, tidak semua berat badan berlebihan itu akan hilang begitu sahaja. Tidak semua ibu berjaya mengatasi masalah penyusuan bayi selepas bersalin serta tidak kurang juga yang tidak mempunyai susu langsung. Keadaan ini bergantung kepada keupayaan individu. Keadaan ini secara tidak langsung agak sukar untuk membantu proses penurunan berat badan. Selebihnya bergantung kepada kawalan pemakanan dan aktiviti fizikal yang aktif. Jika tidak dipantau, bukan sahaja berat badan berlebihan sukar untuk diturunkan, malah mungkin tidak terkawal sehingga menyebabkan obesiti. Mungkin anda perlukan beberapa tips untuk kurus lepas bersalin dengan cepat bagi menghadapi masalah ini.

4 Tips Kembali Langsing Selepas Bersalin Tips 1 – Ibu lepas bersalin perlu amalkan penyusuan bayi secara eksklusif (tanpa bantuan susu tepung) Tips 2 – Amalkan pengambilan air tanpa kalori sebanyak yang mungkin (8 gelas atau 3 liter sehari sekurang-kurangnya) Tips 3 – Jaga kalori makanan yang diambil setiap hari dan pastikan kalori yang diambil tidak melebihi keperluan Tips 4 – Bantu pemakanan dengan nutrisi yang seimbang supaya sentiasa kekal bertenaga setiap hari


Bantuan Nutrisi Apa yang Sesuai Untuk Ibu Kurus Selepas Bersalin?
Nutrisi supplement terbukti dapat membantu ibu selepas bersalin untuk di dalam pengurusan berat badan. Melalui gabungan tertentu produk Shaklee, terdapat beberapa set program yang sesuai dan khas bagi ibu selepas bersalin antaranya ialah: Set Kurus : Bakar – Buang – Bina
Bakar & Pecahkan Lemak
Lecithin : Berfungsi mengemulsi atau memecahkan lemak dari makanan yang dimakan dan dibuang melalui saluran perncernaan.
OmegaGuard : Membantu membakar lemak termendap di dalam salur pencernaan untuk dinyahkan dari tubuh. Juga mengawal kolestrol dalam darah

Detox & Singkirkan Lemak
Alfalfa Complex: Bertindak sebagai fiber yang membantu menyingkirkan toksin dari badan, melawaskan pembuangan dan menyingkirkan lemak dan kolesterol

Herblax : Berfungsi untuk melawaskan sistem perkumuhan. Memudahkan toksin dan lemak dibawa keluar oleh badan.

Membina Otot & Meningkatkan Metabolisma
Energizing Soy Protein, ESP : Sumber protein yang mempunyai indeks glisemik yang rendah. Juga membantu memberi tenaga, membina otot dan membentuk sel-sel baru untuk tubuh

Cinch Shake : Membantu diet pemakanan dan rasa kenyang lebih lama (meal replacement). Meningkatkan metabolisma badan serta mengandungi leucine untuk membantu mengekalkan otot semasa proses penurunan berat badan supaya badan tidak menggeleber setelah berat badan berjaya diturunkan. Didatangkan dengan 3 perisa (Caffe latte, Vanila, Chocholate)





Alhamdulillah, sudah ramai ibu hamil dan menyusu yang mengambil set kurus ini ketika dan selepas berpantang berjaya mengurangkan berat badan dengan sihat tanpa menyebabkan susu badan merudum ! Itu lah yang kebiasaan ibu-ibu berpantang dan menyusu nak kan?

Malah set ini terkandung Lecithin dan Omega Guard yang sangat baik dalam perkembangan otak bayi, juga memberikan kesan kepada ibu. Iaitu membantu ibu-ibu mengelakkan dari penyakit lupa dan lebih fokus.

Apa lagi, cubalah sekarang <3



Semoga, semua yang dikongsikan memberi manfaat kepada kita :)



Mila
Shaklee Independent Distributor
ID : 1164704
014-5082724

Cara Mengatasi Ibu Yang Sering Bengkak Susu

Pernah tak dengar petua tampal kobis untuk atasi bengkak susu?

Caranya ambik kubis dan tekup pada payu dara yang membengkak tu.. 

Daun kubis ni bagus kerana ia agak sejuk. Tapi cara ini buat sekali sekala sahaja kerana KUBIS tidak bagus digunakan untuk setiap kali bengkak susu kerana ia boleh menyebabkan SUSU KITA MENJADI KERING..

Nasihat mila, ambillah LECITHIN insyaAllah jauh lebih baik dan masalah bengkak susu tiada lagi. Pengeluaran susu pon makin lancar.

Baik untuk baby mendapat manfaat dari kolina yang terkandung. Baik untuk sel-sel otaknya.

Untuk ibu yang ingin kembalikan bentuk badan asal selepas bersalin, LECITHIN membantu proses pemecahan lemak.

Murah saja, sebotol Lecithin ada 180 biji. Tahan pengambilan untuk sebulan. Berbaloi!




Mila

Shaklee Independent Distributor
ID : 1164704
0145082724

Thursday, February 9, 2017

Set Berpantang Shaklee





Tempoh berpantang selepas bersalin adalah tempoh yang tidak boleh dipandang remeh kerana ianya melibatkan kesihatan jangka panjang serta keharmonian rumah tangga. Banyak perkara yang berkaitan dengan tempoh berpantang  perlu dititik beratkan, antaranya pemakanan, penyusuan, penjagaan tubuh badan, pantang larang dan banyak lagi. 



Bagi ibu yang baru bersalin biasanya akan menanggung :


1. Sakit luka bersalin 
2. Keletihan menyusukan anak yang mungkin pengalaman pertama 
3. Penat melayan anak meragam, tak cukup tidur dan sebagainya 
4. Masalah hidup yang tak siapa tahu..boleh menjadi isu terganggunya emosi.

Shaklee sudah menyediakan sebuah set yang mana sangat sesuai diambil oleh wanita yang sedang berpantang. Malah amat baik untuk diteruskan pengambilannya selepas tempoh berpantang.

Ser Berpantang Lengkap Shaklee



1. Vitalea Iron Formula (multivitamin dengan zat besi)


Berfungsi membekalkan zat besi untuk penghasilan sel darah merah , elakkan pitam dan anemia (HB rendah/kurang sel darah merah), elakkan wajah kelihatan pucat, dan membantu memberikan tenaga tambahan. Ibu berpantang biasanya tidak mengambil vitamin dan mineral akibat banyak makanan yang dilarang ambil. Vitalea iron formula membantu mencukupkan pengambilan pelbagai jenis vitamin untuk setiap hari sepanjang tempoh berpantang.




2. Sustained Released Vita - C Plus


Membantu membekalkan vitamin c harian kepada ibu dan bertindak sebagai antioksidan pencegah kanser. Mengurangkan stress, mengurangkan pendarahan dan mencegah terjadinya serangan penyakit jantung koronari. Vitamin c juga boleh membantu penyembuhan luka bersalin dengan cepat.





3. OsteMatrix (pil kalsium)


Membekalkan kalsium, magnesium, vitamin D juga pelbagai jenis mineral yang lain yang mencukupi 
untuk :

>> Membina tulang dan sel bayi yang menyusu susu ibu

>> Mengelakkan kekejangan otot dan sakit-sakit badan yang sering dialami oleh ibu berpantang

>> Mengelakkan sembelit. Senang membuang dan lawas (Ostematrix sebagai pelembut najis)
>> Menstabilkan denyutan jantung.
>> Mengurangkan risiko untuk terkena gejala tekanan darah tinggi oleh ibu hamil atau sesiapa sahaja
>> Mengelakkan sakit gigi yang sering dialami oleh ibu hamil dan ibu yang menyusukan bayi


4. Omega Guard

Omega 3 (asid lemak) yang banyak diperlukan dalam mata dan otak. Ibu yang berpantang dan menyusukan anak perlu banyak mengambil makanan yang kaya dengan sumber omega 3 untuk kebaikan ibu dan anak. Malah boleh diambil semasa bayi dalam kandungan lagi. 
Omega Guard shaklee terkandung omega 3, EPA, DHA yang penting untuk perkembangan minda, membantu meningkatkan sistem saraf utama iaitu penting untuk ibu mengandung, bayi dan ibu menyusu.








5. Energizing Soy Protein (ESP)

ESP merupakan sumber protein yang mengandungi 9 jenis asid amino penting dan :


>> Membantu menguatkan otot
>> Membantu ibu dengan memberikan tenaga yang lebih 

>> Menjadikan kulit ibu dan bayi lebih licin, putih dan gebu
>> Mengelakkan ibu terkena kencing manis kerana kandungan indeks glisemik yang rendah
>> Membantu perkembangan tisu janin
>> Membantu mengekalkan berat badan ideal semasa hamil dan selepas bersalin
>> Membantu dalam proses menghasilkan susu badan selepas bersalin & serta susu badan yang pekat dan berkualiti (bayi mudah kenyang dan tidur lena)








6.Alfalfa Complex

Raja segala tumbuhan yang merupakan sejenis herba yang kaya dengan pelbagai jenis vitamin, mineral dan galian. Membantu memanaskan badan yang sangat baik untuk ibu berpantang dan menyusu :

>> Sebagai jamu moden (dalam bentuk tablet)
>> Mengatasi masalah keputihan teruk lepas bersalin mahupun sebelum hamil dan ketika hamil (perlu meminta nasihat doktor sebelum pengambilan sekiranya hamil)
>> Penggalak susu badan (milkbooster) 
>> Membantu melawaskan pembuangan air besar kerana alfalfa complex merupakan sejenis serat

Set berpantang shaklee juga sudah termasuk bersama Set Menyusu Shaklee. Jadi sangat berbaloi jika diambil secara lengkap, 2 manfaat dapat diperolehi iaitu untuk berpantang dan menyusu. Boleh rujuk disini untuk Set Menyusu Shaklee (klik disini)


Sekiranya ada pertanyaan lanjut, ingin mengambil produk yang bersesuaian dengan situasi anda, boleh contact mila secara direct dan dapatkan saranan dan maklumat yang lebih terperinci. 

Mila 

Shaklee Independent Distributor
ID : 1164704
0145082724

7 Tips Elakkan Kejang Kaki Ketika Hamil



Assalamualaikum w. b. t

Siapa yang hamil pasti pernah rasa kaki kejang kan. Biasanya berlaku waktu pagi, masa bangun dari tidur. Selalunya kejang kaki lebih kerap berlaku sewaktu trimester kedua dan ketiga. Otot yang selalu menegang adalah otot dibahagian betis. Walaupun terasa sangat sakit dan berlanjutan sehingga ke beberapa minit, tetapi kejang kaki ini tidak akan merosakkan otot betis.

Menurut babycenter.com antara punca berlakunya kejang kaki semasa mengandung adalah:

-  Bayi semakin berkembang dan menyerap nutrisi seperti kalsium dan magnesium daripada ibu. Jadi simpanan mineral-mineral ini dalam badan ibu menjadi berkurangan.
- Salur darah besar pada kaki akan tertekan kerana uterus (rahim) yang semakin besar.
-  Kehadiran hormon progestron juga memberi kesan kepada otot kaki
Keadaan otot kaki yang letih berkemungkinan daripada keadaan berdiri yang lama, atau ibu terlalu banyak melakukan kerja




Tips Mudah Dan Berkesan Elak Kejang Kaki Ketika Hamil

Tips 1: Senaman regangan kaki. 
Berdiri satu meter daripada dinding dan unjurkan badan ke hadapan dengan tangan diregangkan untuk menyentuh dinding. Pastikan tapak kaki melekap pada lantai. Tahan selama lima saat. Ulang senaman ini selama lima minit, tiga kali sehari terutamanya sebelum masuk tidur.

Tips 2: Senaman tapak kaki. 
Bengkokkan tapak kaki ke bawah dan kemudian tegakkan ke atas dengan cepat sebanyak 30 kali. Buat pada kedua-dua belah kaki. Kemudian, ulangi dengan membengkokkan tapak kaki ke atas sebanyak lapan kali dan ke bawah lapan kali.

Tips 3: 
Elakkan berdiri atau duduk dengan kaki bersilang untuk jangka masa yang lama

Tips 4: 
Berjalan-jalan setiap hari kecuali jika telah dinasihatkan oleh doktor untuk tidak bersenam.

Tips 5: 
Elakkan terlalu letih . Berbaring di sebelah kiri anda untuk meningkatkan peredaran darah ke kaki.

Tips 6:
Minum air dengan kerap untuk sentiasa terhidrat

Tips 7:
 Mandi air panas sebelum tidur untuk merehatkan otot-otot anda




Apa Nak Buat Ketika Diserang Kejang Kaki?

Sekiranya tidur anda diganggu dengan kejang kaki, pertama sekali yang anda perlu ingat adalah jangan melawan kesakitan tersebut. Apabila kita melawan kesakitan tersebut, otot-otot yang lain akan turut menegang dan merasa lebih sakit.

Cuba regangkan kaki secara perlahan-lahan dengan meluruskan kaki dan menggerakkan jari-jemari kaki ke depan dan belakang beberapa kali. Ianya memang terasa sakit pada mulanya, tapi akan beransur kurang. Selepas itu bolehlah urut otot yang sakit dan bahagian tapak kaki.


Apa Nak Buat Kalau Kerap Kejang Kaki Setiap Hari?

Tapi, kalau dah tiap-tiap hari kena kejang kaki, mesti dah rasa serik nak hamil lepas ni kan. Pada yang dah merasa kena kejang kaki tu, terasa macam kena kejutan elektrik pun ada kan. Kita tak boleh nak jangka pun kejang kaki nie boleh berlaku pada kita. 

Jadi, oleh kerana punca kejang kaki ni disebabkan oleh kekurangan kalsium dan magnesium dalam badan, maka kita perlulah menambah keperluan nutrisi kalsium dan magnesium dalam pengambilan nutrisi harian kita. Kekurangan nutrisi kalsium dan magnesium juga boleh menyebabkan anda sembelit ketika hamil. Otot-otot anda tidak mampu lagi untuk bersifat elastik akibat rahim yang semakin membesar.

Walaupun kita dah minum susu dan mengambil pil kalsium yang dibekalkan dari klinik, tapi sekiranya masih berlaku kejang kaki, ia merupakan petanda bahawa bayi dalam kandungan tidak mendapat kalsium yang secukupnya sehingga bayi terpaksa mengambil nutrisi tersebut dari badan kita. Ini akan membuatkan badan kita kehilangan nutrisi dan menjadi lemah apabila kandungan semakin membesar. Kesihatan bayi juga mungkin akan terjejas.


Susu merupakan salah satu sumber kalsium



Kalsium boleh diambil dari pelbagai sumber. Tetapi adalah penting untuk mengambil kalsium bersama magnesium untuk penyerapan yang lebih sempuna. Jadi, adalah penting untuk kita mencari suplemen kalsium dan magnesium yang sesuai dengan kita yang sedang hamil. Masalah kejang kaki ini boleh diatasi dengan mengambil vitamin OSTEMATRIX. Kenapa???



Kandungan Ostemtarix yang lengkap dengan kalsium, magnesium dan vitamin D membantu ramai ibu-ibu hamil dari mengalami kejang kaki. Bukan sekadar itu, ia juga membantu dari mengelakkan dari sakit pinggang kronik yang biasa dialami oleh ibu hamil.



Punca kejang kaki kita sudah ketahui. Cara untuk mengatasi juga kita sudah ketahui. Boleh sekiranya kita ingin memilih untuk mengambil kalsium dan magnesium dari sumber pemakanan seharian kita, cuma dikhuatiri jumlah kalsium dan magnesium yang kita perolehi tidak mencukupi. Oleh itu, sangat berbaloi dan mudah untuk mengambil Ostematrix sebagai penyelesaian kepada masalah ini. Hanya 4 biji sehari sebelum tidur, seperti kita minum 4 gelas susu berkalsium tinggi. Iaitu menyamai 1000miligram kalsium. Jadi apa tunggu lagi. Jangan biarkan bayi dalam kandungan anda menderita akibat kekurangan nutrisi. Kita sebagai ibu yang mengandungkannya pula, tak kan nak menderita kejang kaki setiap hari kan. Atasilah sekarang !


Februari adalah bulan promosi Ostematrix. Jadi tambah berbaloi jika dapatkan sekarang :)

Buy 6 bottle Free 1 bottle
Buy 2 bottle discount 5%


Mila
Shaklee Independent Distributor
ID :1164704
whatsapp/pm : 014-5082724

Keistimewaan Alfalfa Complex Shaklee

Di Malaysia, antara tumbuhan herba yang popular ialah misai kuching, kacip fatimah, tongkat ali, ginseng dan  sebagainya.. Bagaimana pula dengan tumbuhan herba alfalfa? Ada sesetengah orang kurang mengenali tumbuhan herba alfalfa sedangkan alfalfa telah lama wujud lebih dari 2500 tahun dahulu.. Mungkin juga kerana tumbuhan ini tidak di tanam di Malaysia.. Tapi khasiat alfalfa dikatakan dapat memperbaiki dan menjaga tahap kesihatan..

So, mari mila cerita betapa baiknya pengambilan Alfalfa setiap hari. Terutamanya untuk kaum wanita .


Sumber Vitamin dan Mineral Alfalfa Shaklee


Antara kandungan vitamin yang terdapat di dalam alfalfa ialah:-

Vitamin A – untuk penglihatan. Membina ketahanan terhadap jangkitan, terutamanya dalam saluran pernafasan; menggalakkan pertumbuhan sel; menggalakkan kulit yang sihat dan adalah penting semasa kehamilan.

Vitamin E – melindungi sel-sel terhadap kerosakan daripada sinaran dan matahari dan pencemaran udara; kesihatan jantung, kardiovaskular dan kesihatan otot; memperbaiki fungsi imun; menguatkan otot di dalam badan; membantu membawa nutrien ke sel-sel dan membantu menguatkan dinding pembuluh darah; membantu fokus mata.

Vitamin U – menggalakkan kesihatan badan untuk membantu mengatasi ulser peptik.

Vitamin B6 – membantu asimilasi makanan dan metabolisme protein dan lemak; menggalakkan kesihatan saraf dan kulit; membantu mengurangkan loya.

Vitamin K – penting bagi pembekuan darah; penting dalam fungsi hati; menyumbang kepada kecergasan dan panjang umur.

Vitamin D – mengawal penggunaan kalsium dan fosforus di dalam badan dan oleh itu diperlu kanuntuk pembentukan gigi dan tulang yang kuat dan sihat.

Manakala kandungan mineral yang terdapat di dalam alfalfa:- 

Kalsium – membina dan mengekalkan tulang dan gigi; membantu darah membeku, membantu dalam kecergasan dan daya tahan; mengawal rentak jantung, melegakan saraf.

Zat Besi – diperlukan dalam pembinaan hemoglobin; membantu pengangkutan oksigen di dalam darah.

Kalium – perlu bagi saraf otot, tindakan jantung dan tindak balas enzim; juga untuk digests lemak.

Fosforus – diperlukan untuk tulang yang normal dan struktur gigi. Saling berkait dengan tindakan kalsium dan Vitamin D. Meningkatkan peranan tisu saraf.

Klorin (klorida) – elektrolit penting yang membersihkan dan menyucikan badan; mengawal metabolisme lemak, gula dan kanji.

Sodium – mengawal keseimbangan cecair di seluruh badan, meneutralkan asid, menghalang pembekuan darah, mengaktifkan limpa, usus dan fungsi perut.

Silikon Magnesium – membantu badan untuk menangani sembelit; ketahanan saraf; melindungi kulit dan badan, dan merangsang fungsi otak.

Lain-lain keistimewaan alfalfa pula ialah:-

Kaya dengan protein – 18.9% berbanding daging lembu ,3.3% berbanding susu dan 13.1% berbanding telur. (Otot terdiri protein dan kurang protein menyebabkan keletihan dan kelesuan)





Jika dilihat pada kandungan vitamin dan mineral yang terdapat di dalam alfalfa tidak hairanlah ianya memberi pelbagai manfaat untuk meningkatkan kesihatan. Tapi harus diingat, tidak semua tanaman alfalfa mengandungi khasiat yang sama.. Kita kena ambil tahu cara tanaman alfalfa, bahagian mana yang diambil, cara pemprosesan dan sebagainya..

Siapa perlukan khasiat Alfalfa Shaklee?

1.Mereka yang ingin menyingkirkan sisa toksin di dalam badan (detoksifikasi)
2. Mereka yang mempunyai paras kolestrol yang tinggi
3. Mereka yang mengidap penyakit kencing manis
4. Mereka yang mempunyai masalah sakit sendi
5. Mereka yang mempunyai masalah pundi kencing (kencing tidak lawas, batu karang)
6. Mereka yang mempunyai masalah asthma
7. Mereka yang mempunyai masalah gastrik
8. Mereka yang mempunyai masalah bau badan yang sangat kuat
9. Mereka yang mempunyai masalah dengan bau mulut
10. Golongan wanita yang mempunyai masalah kesihatan wanita seperti keputihan, sakit ketika bersama, merapatkan miss ‘V’
11. Golongan ibu menyusu yang mempunyai masalah penghasilan susu badan
12.Golongan lelaki yang mempunyai masalah kesihatan lelaki seperti kelenjar prostate, tahan lama dan sebagainya

Alfalfa Complex Sangat Istimewa sehinggakan ia termasuk dalam pelbagai Set Kesihatan Shaklee.

a) Set Menyusu Shaklee
b) Set Berpantang Shaklee
c) Set Kurus Shaklee
d) Set Merancang Kehamilan Shaklee
e) Set Kesuburan Lelaki & Wanita
f) Set Resdung, Alahan & Elergi Shaklee
g) Set Detoks Shaklee
h) Set Penghadaman Sihat Shaklee
i) Set Tekanan Darah Tinggi Shaklee
j) Set Kolestrol & kawalan Gula Shaklee
k) Set Keputihan Shaklee


AMARAN!

Tidak semua orang boleh mengambil alfalfa. Jika mempunyai penyakit SLE, alfalfa boleh menyebabkan masalah bertambah teruk. Oleh kerana alfalfa mengandungi sedikit kandungan estrogen maka pesakit yang mengidap kanser seperti kanser payu dara,  kanser ovari serta fiborids  tidak digalakkan untuk ambil walaupun alfalfa membantu dalam melawan sel kanser. Dan bagi mereka yang mengambil ubat cair darah seperti warfarin juga tidak digalakkan ambil alfalfa. Ini kerana kandungan vitamin K didalam alfalfa sangat tinggi yang membantu di dalam memekatkan darah. Jika diambil bersama dikhuatiri akan menyebabkan ubat warfarin tidak berkesan.


Mila
014-5082724
Shaklee Independent Distributor
ID: 1164704