Thursday, September 15, 2022

Bestnya jadi Alumni Team Mobile Spa BOTG

Assalamualaikum w.b.t. 

Entry kali ni mila nak throwback semula waktu mila mula-mula training Mobile Spa under Beauty On The Go (BOTG) November 2017 yang lepas. 

BOTG ni dahulunya dipanggil The Walking Beauty (TWB). So jangan pelik ya kalau banyak gambar dengan logo TWB hehe. Actually TWB & BOTG adalah projek yang sama yang diberi nafas baru dan MORE EXCITING !

TRAINING MOBILE SPA BOTG




Haaa...ni bukti mila sudah selesai menjalani training 2017 yang lepas. Mok mok sikit waktu ni biasalah tengah mengandung hihi

PENGALAMAN 5 ORANG PERTAMA FACIAL

Waktu mula-mula selepas training, tak dinafikan mila juga ada rasa takut, segan dan berdebar untuk mula ambil customer pertama. Tapi yang paling membantu adalah Support Group yang mana trainer-trainer dan semua ahli BOTG yang telah selesai menjalani training berkumpul disitu. Penuh motivasi dan positive vibes 

Trainer beri teknik mengatasi ketakutan dan teknik "lembutkan" tangan daku yang keras ni hahaha. Yelah mila memang asalnya ZERO dalam bidang spa & beauty ni. 

Tapi..korang lihat lah hasilnya :)

Bermula dengan facialkan suami sendiri :D

SPECIAL NYA TRAINING MOBILE SPA DENGAN BOTG

Konsep yang digunakan sangat mudah. Guna apa yang "ada di tangan". Mila cuma guna kain batik, tuala & tupperware yang memang ada dirumah. Dan itulah mila angkut ke rumah customer pertama mila !

Guna ILMU & PERALATAN asas yang BOTG berikan sewaktu training dan terus RUN mobile spa kita pada hari yang sama ! Taknak tunggu lama. Masa itu emas

Trainer tak galakkan untuk kita berhabis banyak waktu baru bermula. Tetapi kejarkan hasil dengan cepat, dapatkan customer, ada duit extra dan boleh la "upgrade" spa kita sendiri selepas mula mencapai hasil. Dah banyak duit hasil buat spa kan lebih happy nak cantikkan spa kita. Semangat lain maciamm :D

Mila dapat 5 customer pertama ! 

Yang ni memang betul-betul customer dari luar. Bukan nak test test kat muka suami dah hehe. Dan tak berhenti disitu sahaja. Banyak sangat Allah beri rezeki selepas itu :')





Sebenarnya waktu training tu mila dah sarat mengandung anak ke-2. Tapi semangat yang mila dapat dari ahli-ahli BOTG sangat memberi kesan kepada mila. Buktinya, mila tetap gagahkan diri ambil customer sejurus selepas training dan hanya berhenti apabila bersalin dan berpantang hehe. Last customer waktu mengandung 40 minggu ++ !

Habis je pantang, terus run spa semula !











Alhamdulillah sampai sekarang walaupun terhenti sekejap ambil customer ketika fasa pandemik Covid-19. Mila sudah kembali aktif malah mila kini juga salah seorang trainer under BOTG alhamdulillah. Mila sedia membantu memberi penerangan, memberi semangat dan jalan macamana nak bermula bisnes Mobile Spa ini. Kerana bisnes ini memang bukan biasa-biasa. Sudah ramai wanita dibantu dan mula mencapai pendapatan harian. 

Surirumah capai RM1000 8 Hari dengan Mobile Spa BOTG !



Ok sekian sahaja entry mila kali ini, sampai jumpa di lain entry okehh 


Noor Kamilah Ibrahim
Beautician & Trainer Mobile Spa BOTG
Contact me : 014-5082724

#BeautyOnTheGo #BeautyWithBrain #ShakleeFamily #KelasSpa2022  #KelasSpaFacial #TrainingSpaTerkini #BuatDuitSetiapHari


Thursday, October 31, 2019

6 perkara yang DILAKUKAN ORANG MISKIN yang ORANG KAYA TAK LAKUKAN !

Assalamualaikum !

Mila pasti yang mula membuka link dan membaca entry blog kali ini adalah orang yang POSITIF sahaja :) Orang negatif biasanya tidak suka membaca.

Setinggi-tinggi bangunan tertinggi di dunia, Burj Khalifa, Dubai. Tinggi lagi hajat mila untuk kongsikan apa yang mila dapat melalui perkongsian Tuan Irfan Khairi Facebook Live nya 30 Oktober 2019. Irfan Khairi merupakan seorang usahawan terkemuka di Malaysia, jutawan Internet dan telah melahirkan ramai usahawan internet yang berjaya sejak tahun 2005 lagi. Seorang yang pendiam dan pemalu tetapi mencipta nama di alam maya dan kini sedang mengembangkan bisnes nya di Dubai.

Beliau antara figure yang mila suka ikuti untuk dapatkan banyak info dan motivasi dalam dunia bisnes.

Ada 6 perkara yang dilakukan orang yang miskin, tetapi tidak dilakukan oleh orang kaya dari segi MINDSET.



Pertama sekali, mindset orang miskin dan mindset orang kaya yang akan diceritakan dibawah perlu difahami terlebih dahulu :

Mindset : Merujuk kepada cara berfikir atau pemikiran

Orang yang ada Mindset Miskin bukan bermaksud golongan miskin yang mempunyai masalah kewangan. Tetapi, ia merujuk kepada golongan yang mempunyai minda yang sentiasa berfikir perkara kecil, remeh dan tidak baik untuk  pembangunan dirinya (self development)

Manakala, orang yang ada Mindset Kaya, bukan bermaksud golongan yang kaya dan berharta. Tetapi mempunyai minda yang sentiasa berfikir ke arah memajukan diri sendiri dan orang lain juga.

Orang miskin tak berduit boleh miliki Mindset Kaya

Orang Kaya berharta boleh miliki Mindset Miskin

dan yang paling teruk, orang miskin dan memiliki minda miskin. Mintak dijauhkan lah dari kita.

Malangnya, itulah kebanyakan yang berlaku. Ramai yang miskin dan mempunyai masalah kewangan masih tidak berjaya menukar mindset sehingga ia memberi kesan kepada kehidupan nya sendiri. Tiada perubahan dan masih berada di takuk yang sama. Sedangkan yang kaya dan mempunyai mindset yang betul semakin maju dan berjaya.

Apa pun tahap kewangan kita sekarang, pastikan kita melatih minda kita supaya mempunyai Mindset Kaya

Dan inilah yang telah dibongkarkan, 6 cara Orang Kaya berfikir yang jika kita TIRU mungkin membantu mengubah kehidupan kita ke arah kebebasan kewangan (Financial Freedom) !





6 perkara yang DILAKUKAN ORANG MISKIN yang ORANG KAYA TAK LAKUKAN !

1. Nak dibayar mengikut masa atau mengikut keputusan (results) ?

Contohnya anda mengusahakan restoran fast food. Mengasilkan produk Burger. Anda bekerja dari pagi ke malam. Mindset anda nak dibayar mengikut masa anda bekerja. Lagi banyak masa anda bekerja, lagi banyak anda dibayar. Tak kiralah walau betapa hebat Burger anda hasilkan. Upah, habuan dan pulangan yang anda harapkan berdasarkan MASA. Ini satu contoh orang miskin berfikir

Manakala, orang kaya biasanya mahukan upah atau bayaran melalui perkara yang mereka hasilkan. Seperti usahawan yang menghasilkan produk atau mencipta perniagaan baru. Mereka tidak kisah tentang masa, berapa puluh jam yang diluangkan untuk usahanya untuk memulakan produk atau perniagaan tersebut. Tetapi mereka kisahkan tentang pulangan haruslah setimpal dengan hasil yang diperolehi.

Jadi, pastikan kita mempunyai fikiran untuk menghasilkan sesuatu yang terbaik, berkualiti dan bermanfaat. Bukanlah terlalu kisahkan tentang masa yang akan diambil



2. Blame (Menyalahkan)

Orang kaya akan mengaku kesilapan dan mengambil tanggungjawab walaupun berlaku perkara yang tidak diinginkan

" Lame People, Blame People "

Menyalahkan orang lain apabila sesuatu yang berlaku. Contohnya :
 ~ Ekonomi - salahkan ekonomi. ekonomi down, kita tak boleh berjaya
 ~ Pesaing - salahkan pesaing yang jatuhkan kita, main harga dll
 ~ Politik - salahkan politik, kerana keadaan tak menentu buatkan kita down
 ~ Kerajaan - salahkan kerajaan yang tak bagus
 ~ Tempat - salahkan tempat kita berada
 ~ Keluarga - salahkan keluarga tak menyokong

dan banyak lagi. Walaupun ini semua perkara yang kita rasa pada permulaan, tapi orang kaya tidak akan menyalahkan sesiapa dan mereka ambil tanggungjawab. Kerana disebabkan ambil tanggungjawab ini, diri kita akan berada dalam kawalan dan ada kuasa untuk mula lakukan sesuatu yang berbeza.

Tetapi jika berterusan menyalahkan yang lain, ia seolah-olah nak lepas tangan dan kita sudah tiada kuasa untuk buat sesuatu yang berbeza. Kerana tindakan itu seperti memberi kuasa kepada orang lain. Betul bukan?

Jadi, apa jua cabaran, dugaan, down...AMBIL TANGGUNGJAWAB. Barulah kita dapat buat perubahan. Itulah yang orang kaya lakukan. Orang miskin asyik meyalahkan.



3. MINDSET Orang miskin sentiasa nak BERJIMAT, MINDSET orang kaya suka MELABUR

Orang miskin sentiasa fikir untuk berjimat dan kedekut dengan semuanya. Sedangkan hasil penjimatan yang sedikit itu hanyalah sedikit.

Memang betul pepatah mengatakan, Sikit sikit lama lama jadi bukit.

Tetapi kita tidak boleh buatkan diri sentiasa rasa "tidak cukup" sehingga asyik menyimpan dan kedekut.

Masalah orang miskin bukan dari segi penjimatan atau cara menyimpan. Ramai orang miskin sudah pandai menyimpan (saving). Tetapi, masalah sebenar orang miskin adalah tidak bertemu cara untuk MENGHASILKAN LEBIH BANYAK PENDAPATAN

Orang kaya sukakan pelaburan (investment). Bukan sekadar tentang pelaburan seperti hartanah, saham, atau perkara besar sahaja. Tetapi juga pelaburan pada perkara bermanfaaat.

Contoh  pelaburan ilmu untuk tujuan memperbaiki diri dalam sesuatu bidang dan perkara. Pendapatan kita biasanya akan selari dengan ilmu yang kita miliki.

MELABUR PADA DIRI SENDIRI > ILMU AKAN DAPAT > SELARI DENGAN PENDAPATAN YANG BOLEH DIPEROLEHI

Contoh lain pelaburan untuk diri sendiri. Menaiki penerbangan Economy Class atau Business class. penerbangan ekonomi cuma memakan perbelanjaan RM3000. Tetapi  dengan Business Class untuk sampai ke destinasi yang sama, perlu memakan belanja RM8000. Tidakkah ia satu pembaziran yang besar?

Bagi yang mempunyai mindset kaya, ia tidak nampak sekadar perbelanjaan yang perlu di habiskan. Akan tetapi ia satu pelaburan untuk banyak perkara.

Economy class mungkin agak sempit dan tidak muat untuk diletakkan laptop dan peralatan kerja. Jadi masa 7 jam di dalam penerbangan mungkin hanya dihabiskan untuk tidur atau menonton filem yang bukan kita ingin lihat.

Business class yang agak selesa, luas dan membolehkan orang yang berminda kaya ini untuk menyiapkan kerja dan menghasilkan sesuatu kerja yang baik dan berkualiti. Lihat point pertama di atas macamana cara orang kaya berfikir untuk menghasilkan pendapatan.


Baca : Pelaburan ilmu dengan mempelajari tentang bisnes Home & Mobile Spa







Orang miskin > Scarcity Mindset. Asyik nak menyimpan atau dalam erti kata lain kedekut kerana sering fikir tak cukup cukup

Orang kaya > Abundance Consciousness. Invest kepada diri sendiri untuk dapat lebih




4. MINDSET Orang miskin fikir dah tahu segalanya, MINDSET orang kaya fikir sentiasa kekurangan llmu

Mindset orang miskin > Ego. Banyak bercakap, banyak beri nasihat tetapi bukan untuk diri sendiri. Tetapi orang lain. Dan tak lakukan apa yang diperkatakan.

Sedangkan kita perlu rasa tak tahu banyak perkara, be humble & kind always.

Peribahasa : Jadilah seperti padi, semakin menunduk semakin berisi

Jadi, berusahalah untuk cari ilmu dan sentiasa rasa diri tak cukup ilmu. Tahu yang sedikit, kongsi sedikit kepada yang lain dan terus lakukan. Ilmu sangat banyak untuk dicari. Tak perlu berhenti mencari

Mindset orang kaya > Sentiasa mencari ilmu, grow diri sendiri dan dalam masa sama grow kan perniagaan.



5. Orang miskin fikir duit akan menyebabkan KEROSAKAN,
Orang kaya fikir duit yang kurang akan menyebabkan KEROSAKAN

Ada pepatah inggeris mengatakan, " Money is the roots of all evil "

Mindset miskin akan berfikir duit ini akan menyebabkan kerosakan dan kejahatan sebenarnya. Dan sering berfikir orang kaya ni tak bagus, tak baik dan jika kita jadi kaya akan jadi tak baik dan tak bagus

Mindset kaya pula, selalu fikir kalau takde duit itulah yang akan merosakkan. Contohnya hidup susah, miskin, merempat sehingga menekan diri nya untuk melakukan pekerjaan yang terkutuk seperti mencuri, meragut, menyamun, merompak dan melakukan jenayah

jadi boleh juga betulkan pepatah inggeris tadi kepada " LACK of Money is the roots of all evil ". Kekurangan duit boleh buatkan seseorang tak bahagia, tertekan, stress

Nak jadi orang kaya, jangan fikir duit itu negatif tetapi fikirlah DUIT ITU POSITIF



6. Orang miskin fikirkan NASIB, Orang kaya fikirkan USAHA

Mindset miskin memikirkan segala-galanya adalah nasib (Luck). Kekayaan adalah nasib, kajayaan adalah nasib. Dah berusaha tapi tak berjaya, ianya sebab nasib. Ataupun ada yang menyalahkan takdir

Ya, memang seperti yang diketahui umum takdir kita sudah tersurat dan tersirat. tetapi perlu ada .USAHA.

Katakan orang yang sudah kaya dan berjaya, tidak berusaha. hanya lepak di rumah dan tidak membuat apa-apa usaha, takkanlah mereka boleh kecapi semua yang mereka ada sekarang? Seperti 10-20 tahun lalu mereka  cuma katakan, " Aku nak rileks sahaja. Nasib dan takdir yang akan bawa aku kaya dan berjaya nanti "

Tidak sama sekali. dan ianya takkan pernah berlaku tanpa adanya usaha.

Mindset kaya memikirkan segala-galanya kene usaha, ambil tindakan dan berubah. Sebab semuanya tertakluk kepada diri kita sendiri. dan nasib dan takdir kita mampu berubah dengan usaha yang kita lakukan hari ini.



~~~~~


Jadi itulah 6 perkara yang orang miskin lakukan tetapi tidak dilakukan oleh orang kaya. Semoga tak ada yang dari kita yang membaca entry ini melakukan dan mempunyai mindset miskin lagi. Jika ada, ubahlah kerana sesungguhnya Mindset kaya ini bukan sekadar untuk memiliki kehidupan yang senang di dunia. Malah ia mengajar kita menjadi muslim yang tidak mudah merungut, sentiasa nak perbaiki kelemahan diri dan belajar bersyukur dengan segala yang Allah berikan ujiuan terhadap kita. Ujian tanda Allah sayang :') 








Sunday, October 13, 2019

Kelebihan buat Bisnes Shaklee Berbanding Bisnes Lain



Assalamualaikum !

Setelah banyak entry yang mila mila tulis sejak ber blog ini, memang mila tak nafikan lagi. Terlalu banyak kelebihan bisnes shaklee yang mila dan ramai sudah orang lain dapat.

Rasanya entry tentang 3 C yang shaklee tawarkan sudah cukup membuka mata, banyak peluang dan ruang untuk kita berjaya

Cash, Convention, Car - 3C Yang Anda Boleh Dapat Melalui Shaklee

1. Cash Bonus & Untung Runcit

Shaklee berikan cash bonus sebanyak 5%, 8%, 11%, 14%, 17% dan 21% kepada semua distributor nya. Dan berbeza pula pada peringkat pemimpin kumpulan. Ada banyak lagi bonus & award berbentuk cash yang disediakan seperti

Leadership bonus
Consistency Award beserta cash

Untung runcit pula akan diperoleh setiap kali ahli shaklee menjual produk dengan harga runcit. Lebih kurang 12% - 20% keuntungan

2. Car Bonus

Bukan shaklee berikan sebuah kereta, tetapi berbentuk Cash diberikan secara bulanan kepada ahli yang menepati syarat. Tetapi jika cash tersebut nak digunakan untuk tujuan membeli rumah, atau apa sahaja lah ! Nilai bonus ini boleh jadi lebih besar dari cash bonus :)

3. Convention

Convention ini bukanlah seperti convention yang diadakan untuk semua ahli shaklee ( National Conference ) atau untuk leaders (Business Leader National Convention). Ianya merupakan Trip Percuma tajaan sepenuhnya dari shaklee untuk leaders yang layak.

Trip ini shaklee akan bawa ke negara-negara pilihan shaklee di luar dari Malaysia dan dapat memilih untuk mengerjakan Umrah bagi leaders yang beragama Islam. Setiap 2 tahun, shaklee akan bawa ke HQ Shaklee di California. Ya, ianya SEMUA PERCUMA


Tapi yang 3C ini adalah reward yang shaklee berikan kepada ahlinya yang berjaya. Bagaimana pula bagi yang menyertai shaklee bersama kami di Team Jutawan ? Jeng jeng jeng. Pasti lebih menarik bila ditambah reward dari para mentor di team kami 😍

Mila nak ceritakan ini adalah kelebihan bisnes shaklee dengan menyertai Team Jutawan. Yang pasti bukan biashe biashee hihihi :D

KELEBIHAN BUAT BISNES SHAKLEE  BERSAMA TEAM JUTAWAN BERBANDING BISNES LAIN


1. Proven Products, Proven System, Proven Mentors

Proven Products

Semua produk shaklee menjalani kajian berperingkat dalam masa yang lama sebelum mula dipasarkan. Dan shaklee sangat mesra alam, tiada ujian keatas binatang, dan sangat menitikberatkan soal keselamatan pengguna. Dan hampir semua pengguna produk shaklee merasai kesan yang sangat baik sehingga kan boleh terlihat kesanya pada kehidupan individu




Shaklee juga menitikberatkan soal gaya hidup sihat. Tidak mungkin seseorang mampu bergantung kepada supplement sahaja untuk mendapat kesihatan yang baik, malah perlu lah menjaga pemakanan, bersenam dan mengelakkan aktiviti hidup yang kurang sihat. Buktinya, shaklee mengadakan banyak aktiviti fizikal di samping menekankan supplement sebagai pembantu untuk mendapat hidup lebih sihat.

Aktiviti shaklee yang terkini, Bone Health Day

Proven System

Kita nak jalankan bisnes, produk dah bagus dan terbukti berkesan berdasarkan kajian yang dilakukan dengan terperinci. Ada "orang luar" yang mengesahkan kesahihan kajian tersebut, bukan pihak shaklee sendiri. Tetapi, adakah ia sebuah bisnes yang ada sistem membolehkan ahlinya kekal bertahan, dan berjaya ?

Dengan shaklee jawapannya YA

Sudah banyak bukti, sistem perniagaan shaklee adalah baik untuk semua, tiada unsur penindasan, Patuh Syariah, miliki Sijil Halal yang di update setiap tahun, malah sistem bayaran bonus nya sangat telus dan mudah difahami.



 Bonus shaklee yang membolehkan semua ahlinya mampu untuk memiliki slip gaji untuk memudahkan urusan dokumentasi


Proven Mentor

Dalam.pertimbangan untuk menyertai sebuah bisnes, penting juga kan untuk mengetahui serba sedikit tentang orang yang bakal mendaftarkan kita a.k.a bakal mentor kita. Bukan lah nak memilih apa, tetapi mentor inilah yang bakal bawa dan bimbing kita semasa berbisnes nanti

Contohnya, kita tidak mengambil kisah tentang ini dan sekadar ingin mula berbisnes..risau orang itu adalah bukan mentor bisnes, tetapi hanya inginkan keuntungan semata-mata dari anda.

Beza mentor bisnes yang baik dengan ahli yang tidak bertanggungjawab, mentor akan bantu dari A-Z dari sekecil perkara sehingga peringkat yang lebih tinggi. Dan lihatlah pada organisasi yang dimiliki.

Bertuah rasanya mila berada dalam team jutawan, yang pastinya mempunyai organisasi yang besar dan setiap dari ahlinya berpeluang untuk memajukan diri sendiri dengan cara mengasah bakat kepimpinan yang ada.




Mila juga kini memiliki organisasi sendiri dan insyaAllah juga seorang mentor bisnes  kepada Team Miracle 😊


2. Tak semua bisnes hadiahkan trip 4-5 bintang dan diaturkan semuanya. Siap dapat duit poket !

3. Boleh bawa pasangan, anak dan parents ke trip percuma 

4. Cash bonus UNLIMITED !

5. Staff shaklee yang sangat berdedikasi & membantu bersungguh-sungguh pengedar untuk meningkatkan jualan 

6. Banyak event untuk memberi pengalaman menarik kepada ahlinya

7. Sanggup keluarkan belanja tinggi demi kesedaran tentang kesihatan

8. Tidak pernah gagal membayar bonus ahlinya walaupun berpuluh tahun berbisnes

9. Fokus untuk membina ahli shaklee yang bermatlamat & berjiwa besar. Bukan sekadar pandai berbisnes

10. Menekankan tentang kerohanian & percaya segala usaha untuk maju dalam bisnes adalah usaha untuk lebih dekat pada Allah

Bukanlah berniat untuk memburukkan bisnes lain. Tapi dengan teknologi yang kita ada sekarang, social media menjadi satu platform penting untuk para peniaga dan usahawan membina jenama dan melariskan produk. Tetapi, sering mengucap panjang apabila teknik pemasaran yang digunakan :

- tidak menekankan tentang AURAT. Terlampau seksi dan sakitm mata pula melihatnya
- penggunaan ayat yang langsung tak bertapis. Risau golongan kanak-kanak dan remaja membacanya menjadi lebih "ingin tahu" hal-hal rumahtangga, hubungan suami isteri dan lain-lain. Aduhai
-sanggup buat apa sahaja tanpa tahu halal atau haram

Astagfirullahaladzim. Bukan lah mila atau team bisnes shaklee jutawan ini tak pernah lakukan kesilapan dalam berbisnes. Tapi, syarikat shaklee sendiri sangat menekankan prinsip untuk berbisnes untuk memberi manfaat kepada yang lain, dan matlamat tidak menghalalkan cara ! Apa pun yang kita lakukan untuk bisnes, Allah lah sebaik-baik pembantu

11. Mentor yang ikhlas membantu downline sampai berjaya

Itulah antara kelebihan yang senpat mila tulis pada entry kali ini. Terlalu banyak yang telah mila mila lalui dan perolehi sepanjang baru 5 tahun lebih berbisnes shaklee ini. Tak terungkap semuanya kerana terlalu banyak !

Tiada kata selain bersyukur Alhamdulillah atas semua rezeki yang Allah beri melalui bisnes ini. Mila sentiasa ingin berkongsi segala pengalaman dalam shaklee kerana mila bercita-cita untuk mengajak lebih ramai orang untuk bersama-sama mila merasai pengalaman yang sangat mengujakan ini. 

Betul, tak seronok apabila kita rasa semuanya sendirian..nak juga berkongsi dan ajak orang lain bersama-sama :)

See you at the top !

Saturday, October 12, 2019

5 organ detox dan fungsi




Apakah itu Detox ?



Detox ialah suatu proses pembuangan toksin daripada badan melalui organ organ detox badan.

Apa itu toksin?
Toksin adalah bahan buangan atau racun bahaya yang boleh merosakkan struktur dan fungsi sel badan. Mustahil untuk kita elakkan toksin dari badan kerana toksin berada di mana-mana.

Detox dapat mengeluarkan toksin dari badan dan ia akan menjadikan badan ringan. Selain itu kita juga dapat manfaat kesihatan yang lain hasil dari pembuangan toksin dari badan kita.




Organ detoks manusia terdiri dari:

1) Paru-paru
2) Sistem penghadaman
3) Kulit
4) Hati
5) Buah pinggang

Sangat rugi kalau kita hanya detox pada satu bahagian sahaja, sedangkan ada 5 organ kita yang perlu di 'Detox' kan?

Mungkin anda dengar dan tahu ada banyak jenis program detox, tetapi cubalah anda buat sedikit perbandingan dengan semua program detox yang ada, rasanya tak ada lagi yang fokus kepada 5 organ detox. Biasanya program detox memfokus kan tentang Usus Usus & Usus 😅

Jangan pandang remeh dengan organ detox yang lain. Ianya juga perlu di "selenggara" sebaiknya untuk dapatkan kesan kurus yang dikehendaki dan mendapat kesihatan keseluruhan badan hendaknya.


Jom mila ceritakan satu program detox, iaitu detox shaklee yan g diberi nama khas JOM DETOX JUTAWAN



Diet VS Detox TAK SAMA

kalau tengok pada gambar, Cleansing (Detox) is better than dieting.

Kalau sekadar diet sahaja, berat akan rebound. Kalau detox, and sambung diet, berat takkan rebound. Ia akan maintain. Saya dah try formula ni. Ia benar2 berkesan!



FUNGSI TERPERINCI 5 ORGAN DETOX INI

Organ-organ ini berfungsi untuk membuang segala toksin dalam badan, jika organ-organ detox ini tidak berfungsi dengan baik toksin akan berkumpul didalam badan dan akan menyebabkan badan mula diserang pelbagai MASALAH KESIHATAN dan boleh nampak kesannya pada kecantikan. Jom kita fahami satu-persatu

1) SISTEM PERNAFASAN/PARU-PARU

Ia memainkan peranan penting dalam tubuh badan manusia, ia diciptakan oleh Allah untuk memudahkan kita bernafas dengan baik, ia merupakan satu organ yang cekap untuk menyedut oksigen dari udara. Cuma ada beberapa faktor penyebab paru-paru jadi bermasalah terutamanya perokok tegar, perokok pasif, mereka yang sering terdedah kepada udara yang tercemar dan lain-lain

Menurut perkongsian Public Health Malaysia di facebook:

"Asap rokok merupakan satu  iritasi kepada paru paru. Ia menyebabkan penghasilan mukus atau lendir yang banyak di paru paru.

Apabila terlalu banyak lendir dihasilkan, perokok akan mula terbatuk batuk. Ada yang keluar sebagai kahak, dan ada juga yang tertinggal di dalam paru paru menyebabkan saluran udara tersumbat.

Lama kelamaan, rongga udara dalam paru paru akan mengeras, menebal dan rosak. Pada ketika itu, walaupun individu itu cuba menyedut udara, namun oksigen tidak dapat diserap masuk. Inilah yang bakal dialami oleh 1 dari 5 perokok kronik.

Asap rokok mengandungi lebih 4000 bahan kimia merbahaya. Apabila sel paru paru terdedah kepada asap rokok, lama kelamaan akan berlaku mutasi sel normal kepada sel kanser.

Merokok merupakan PUNCA UTAMA kanser paru paru dan risiko perokok untuk mendapat kanser paru paru meningkat sebanyak 22 kali ganda. Walaubagaimanapun, masih belum terlambat untuk anda berhenti merokok.

Hanya selepas 2 minggu anda berhenti , fungsi paru paru akan bertambah baik. Selepas 10 tahun anda berhenti, risiko kanser paru paru akan berkurangan separuh"

Sebab itulah misi JOM DETOX JUTAWAN adalah memastikan organ detox dapat berfungsi semula dengan baik agar badan kita lebih sihat. Dalam proses detox paru-paru membantu mengeluarkan gas seperti karbon dioksida.

2) SISTEM PENGHADAMAN/USUS

Usus yang bersih daripada segala kekotoran dapat mengekalkan usus yang sihat secara tidak langsung nutrien penting dapat diserap dengan baik. Usus yang sihat juga menjamin sistem imun yang sihat dan dapat mencegah daripada penyakit serius seperti kanser kolon.

kebanyakkan penyakit seperti sembelit, cirit birit, gastrik, ulser perut, kanser berpunca daripada usus yang kotor dan tidak sihat.



Boleh lihat, keadaan usus yang kotor dan bersih

Bayangkan kalau setiap hari kita makan makanan yang berlemak, yang berminyak makanan yang tinggi gula dan garam, apa akan jadi pada usus kita? Organ ini bekerja tanpa rehat setiap hari sentiasa memproses makanan yang masuk kedalam perut kita. Lama kelamaaan usus menjadi kotor dan mengakibatkan setiap nutrisi yang masuk ke dalam badan tidak dapat diserap dengan baik.

So cara terbaik dan selamat untuk bersihkan usus kita adalah dengan detox. Selain detox dengan cara eat clean, berpuasa juga merupakan cara untuk detox usus kita. Dalam proses detox kolon mengeluarkan bahan buangan dari badan melalui pergerakkan usus

3) KULIT

Bayangkan setiap hari kulit kita diserap dengan bahan-bahan kimia yang merbahaya yang biasanya terdapat pada make up, skincare, deodoran, sabun mandi dan lain-lain lagi, tidak termasuk punca dari pencemaran & pemakanan harian kita lagi. Kesan dari ini kulit akan lebih cepat mengalami tanda-tanda penuaan sebelum tiba usia. Atau lagi parah berisiko kepada kanser kulit.


Ada banyak makanan sihat yang boleh membantu unuk mendapatkan kulit yang sihat dan berseri, anda juga boleh mendapatkan kulit yang sihat melalui detox bagi membersihkan kulit, membuang toksin dan melambat penuaan. Makanan yang tinggi kandungan vitamin  A, C, E, dan B12 adalah sangat bagus untuk mengekalkan tahap kesihatan kepada kulit. Detox kulit juga adalah proses pengeluaran toksin dari kulit anda melalui peluh dan liang roma.

4) HATI


Artichokes sering digunakan oleh pengamal perubatan semulajadi untuk rawatan penyakit yang berkaitan dengan hati. ia memmbantu menggalakkan pengaliran lemak dan hempedu ke hati, ia juga berkesan untuk rawatan hepatitis.

Sejenis tumbuhan, Artichokes yang dikaji dapat
Membantu fungsi hati

Dalam budaya kuno seperti di Turki, ramuan Artichokes juga digunakan untuk rawatan pembersih darah dan detox hati, ia telah digunakan untuk meningkatkan fungsi hati, penghadaman dan juga membantu menurunkan paral kolestrol jahat LDL yang tinggi kepada tahap yang lebih rendah.

Rasa dia tak sedap dan pahit, tak tertelan rasanya kalau nak makan begitu sahaja. Jangan terkejut actichokes merupakan ramuan yang terdapat dalam salah satu supplement detox Shaklee. Dalam proses detox hati ia berfungsi untuk meneutralkan toksin dan menapis darah.

5) BUAH PINGGANG

Buah pinggang antara organ yang memainkan peranan penting dalam mengekalkan fungsi tubuh yang sihat. Antara fungsi buah pinggang adalah mengimbangi air, jumlah sel darah merah serta asid dalam badan,  ia juga berfungsi untuk menapis toksin dan lebihan garam dan banyak lagi fungsi lain.

Walaubagaimanapun terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan buah pinggang gagal berfungsi dengan baik antaranya diebetis, tekanan darah tinggi, masalah jantung dan stroke, obesiti, genetik, batu karang.





Seterusnya....

Apa beza program #jomdetoxjutawan ni dengan Program Detox yang lain?

1) Kami sediakan coaching 17 hari di group whatsapp merangkumi Predetox week, Detox Week dan Post Detox Week. Satu satunya Group yang ada Predetox & Post Detox Week.

2) Kami guide untuk detox dengan ilmu. Banyak ilmu yang sangat mahal yang kami kongsikan dalam Group ini yang tidak ada di luar sana.

3) Kami beri meal plan yang di sediakan oleh Pakar Nutrisi dan dipersetujui oleh Doktor. Insya Allah anda tak akan kelaparan. Tambahan lagi suppliment yang kami gunakan adalah satu-satunya suppliment yang mempunyai Landmark study yang memang Selamat, Terbukti dan Berkesan.

4) Program kami TERBUKTI BERKESAN bagi peserta sebelum ni yang betul betul ikuti panduan yang kami beri (boleh rujuk testimoni sebelum ni

5. Kini yang terbaru, kami ada ganjaran wang dikembalikan sekiranya sepanjang program ini tiada apa-apa perubahan kepada kesihatan atau berat anda. Dengan syarat segala arahan coach telah anda patuhi. *term and condition apply.


Jom tengok testimoni, para peserta bukan hanya turun berat badan. Tapi kesihatan mereka juga semakin baik !






Hebat bukan ? !

Dalam badan kita memang ada ada toksin. Jadi lemak lemak dalam badan akan berusaha untuk 'menutup' toksin ini agar ia tidak membahayakan tubuh badan kita. Kesannya, badan kita menjadi gemuk.

Jika kita kurus menggunakan kaedah biasa, lemak lemak tadi akan hilang. Badan akan menjadi kecil dan ringan. Tetapi toksin dalam badan masih tidak dikeluarkan.

Jadi selepas fasa diet dah tamat, kita makan seperti biasa dan ia akan mengakibatkan pengumpulan lemak meningkat untuk menutup toksin yang masih ada dalam badan.

Berat badan akan naik dengan sangat cepat.

Berlainan dengan kurus melalui kaedah Detox. Kita fokus kepada penyingkiran toksin dari dalam badan.

Tempoh Pre Detox, Detox dan Post Detox dalam tempoh 17 hari akan membantu membuang toksin dari dalam badan serta lemak lemak berlebihan.

Apabila berat turun, toksin dalam badan turut dikeluarkan. Ini menyebabkan proses "Rebound" susah berlaku.


So lets start fresh & Jom detox jutawan !

PAUTAN BERKENAAN DETOX (Detox Shaklee) !  (Sila klik dibawah ):













Friday, October 11, 2019

Bekerja tapi nak buat bisnes ? Boleh ke ?



Assalamualaikum !

Bekerja tapi nak buat bisnes ? Boleh ke ?

Kenapa tidak :D

Malah sudah ramai yang membuat 1-2 bisnes dalam satu masa, tetapi masih fokus dengan kerja hakiki.

Entry kali ini juga ada berkaitan dengan entry mila sebelum ni > 5 Sebab Anak muda perlu berbisnes dari awal



Banyak faktor yang menyebabkan seseorang mula berbisnes walaupun sudah ada pekerjaan tetap

1. Kerana memerlukan pendapatan sampingan untuk menampung perbelanjaan kehidupan

2. Minat yang mendalam. Pernah ada yang berkongsi dengan mila dia sudah memulakan bisnes sejak dari sekolah lagi. Sehinggalah menyambung pelajaran, dan mendapat tawaran berkerja..masih minat dengan bisnes.

Tetapi,ada juga yang berpendapat bahawa, sekiranya melakukan aktiviti bisnes ketika sedang belajar ataupun sedang bekerja, ia akan menggangu fokus.

Mereka berpendapat, sekiranya sedang belajar atau bekerja, boleh menggangu masa dan tenaga yang diambil untuk bisnes.

Sebenarnya, ianya terletak pada diri sendiri. Jika jelas matlamat nya pasti akan pandai untuk membahagikan masa..

Jadi mila nak ajak kita sama-sama berfikir, apakah 5 KELEBIHAN BEKERJA SAMBIL BERBISNES YANG MUNGKIN BELUM RAMAI YANG TAHU


1. Earn More, Give More

Tak semua orang fikirkan untuk dapatkan pendapatan lebih kerana tidak cukup belanja sehariannya. Tapi ada yang berfikiran jauh untuk Hidup Memberi

Maksud memberi adalah BERSEDEKAH.

Bayangkan, dengan gaji yang diperolehi hanya lepas untuk keperluan & kehendak sendiri. Tetapi bila nak beri kepada mak ayah, kepada adik beradik, saudara mara yang mungkin dalam keadaan susah, atau jiran tetangga. Barulah disedari tidak dapat memberi dengan PUAS.

2. Upgrade diri, cabar diri

Ada yang merasakan kehidupan sebagai seorang makan gaji seperti tidak mencabar. Datang pagi, punch in, menghadap komputer, dan sedar-sedar punch out. Membosankan dan tiada cabaran !

Apabila melihat kehidupan orang berbisnes yang bertenaga, penuh motivasi setiap hari, aktif, bersosial, berkenalan dengan ramai orang baru, dan sentiasa berusaha untuk memperbaiki kehidupan dengan cara menambah ilmu, pergi ke kelas dan sebagainya. Ramai yang sedar bahawa hidup ini singkat, tidak boleh di sia-siakan masa yang ada dengan banyak membuat perkerjaan rutin dan tidak membangunkan diri.

Apalagi, berkerja sambil berbisnes lah! Tak salah kan untuk dapat kehidupan yang lebih bermakna :D

3. Help more people, money will follow !

Berbalik kepada point no 1 diatas, hidup memberi. Memberi ini boleh dikembangkan lagi kepada memberi pertolongan selain daripada kewangan.

Bagi yang mula berbisnes mungkin akan mula nampak betapa banyak peluang dan ruang untuk memberi dari segi :

~Tenaga - sediakan servis. Tak kisah lah servis apa asalkan niat untuk memudahkan urusan orang lain insyaAllah ada rezeki untuk kita nanti Allah mudahkan. Contohnya servis confirment lady, servis spa, servis food delivery, servis

~Ilmu pengetahuan - ramai juga yang memulakan bisnes dengan cara berkongsi ilmu yang diperolehi. Kadang-kadang tak sangka, ilmu yang sedikit pun bila dikongsi boleh buat duit. Contoh : Berkongsi di laman Youtube, " Tutorial Cara nak pilih ikan segar atau tidak" atau " Tips supaya taknak kucing berak merata ". Dapat banyak likes,followers , subscriber pun boleh buat duit tau.

So Sentiasa hargai ilmu yang kita ada dengan cara berkongsi !


~Peluang menjana pendapatan - sudah ramai yang membina bisnes dan untuk  mengembangkan lagi cawangan atau kedai, perlu ada team ! Sedarlah itu satu peluang kita berkongsi rezeki dan membuka ruang untuk orang lain menambah pendapatan. So kita tak selfish kan dengan selama ini hanya memikirkan tentang poket sendiri sahaja. Kongsi rezeki, Allah tambah kan lagi rezeki kita. Percayalah !


4. Persediaan untuk keadaan yang tak terduga

Sudah berapa ramai dan sudah banyak cerita tentang penutupan syarikat dan pemberhentian perkerja dari syarikat gergasi. Itu menandakan, seberapa kukuh jawatan yang dimiliki sekarang, tidak menjanjikan ia akan kekal sampai bila-bila. Bukan mila nak takutkan atau nak bias kerana mila sendiri berbisnes. Tetapi ianya sebuah REALITI yang terpaksa ditelan, bagi yang pernah merasai pengalaman itu.





Berbisnes ini boleh dijadikan sebagai "back-up" dan tidak membuatkan kita selesa dalam "comfort zone" bekerja. Ya, mungkin akan sedikit penat, tapi pandanglah masa depan yang tak siapa tahu apa kesudahan kita. Sediakanlah payung sebelum hujan.


5. Of course lah dapat duit lebih !

Memang ramai diantara orang yang berkerjaya, tetapi memilih juga untuk berbisnes untuk dapatkan pendapatan lebih untuk menampung kewangan hidup yang meruncing
.
.
.

Kelebihan Bisnes Shaklee, insyaAllah ada semua yang mila sebutkan di atas. Sudah ramai orang berkerjaya yang mula berbisnes shaklee, bukan hanya kerja biasa-biasa, guru, doktor, engineer, lawyer pun join shaklee kerana mereka nampak peluang yang shaklee sediakan.

Baca : Kelebihan Bisnes Shaklee - 3C


Thanks for reading ! :)