Monday, January 28, 2019

Mewariskan Bisnes Shaklee Kepada Anak-Anak

Business Leader Meeting 23 Julai 2018

Bawa anak-anak ke meeting


Masuk part ni I excited untuk betul betul tahu dan faham.

Survivorship.

Tahukah anda shaklee adalah bisnes yang boleh di wariskan? Sebab tu Mila sanggup untuk terus berkerja keras dalam shaklee. Makin banyak income Mila, makin cerah masa depan anak anak Mila inshallah 😊

Anak anak akan jadi BOD (Board of directors) dan bila cukup syarat.. haa boleh lah menikmati hasil bisnes yang Mila wariskan ni.. bila baca section ni dan dengar bagaimana shaklee berurusan dengan amanah raya. Mila makin rasa ya Allah profesional betul lah shaklee ni. Suka , mmg rasa diri ni bukan si penjual shaklee tapi CEO di syarikat sendiri 😍







Hmm mgkn lepas ni drama drama dah boleh buat cerita like.. kau kena kahwin dengan anak kawan ibu sebab dia anak master coordinator shaklee macam Ibu. Nti kau akn jadi pewaris legasi shaklee dia jugak. 😝 haha


Thanks for reading xoxo

Wariskan Bisnes & Pencen Dalam Bisnes Shaklee



Berbaloi ke buat shaklee
dari tahun 2014 ke 2019 ?

Kalau mila cakap buat shaklee ada " Pencen " korang percaya tak? Bisnes ni mila boleh wariskan kat aryan & airis korang percaya tak?

Mila pon tak percaya.  Kalau tak takkan setahun pertama tu mila main2 je. Sebab mila tak percaya lah

Mila anggap tahun 2014-2015 tu mila dalam proses suai kenal. Benda kita baru dengar memang normal tak berapa percaya sgt kan. Tak ambik port sgt apa saja perbincangan. Mila tak serius. Dua tiga post di fb ig pastu mila tak byk update di socmed sepanjang mengandung aryan (anak sulung).

Lepas je bersalin. Umur aryan 4 bulan, mila terus start gear 4 ! Tahu tak kenapa? Sebab dah jatuh chenta dengan set berpantang dia πŸ’“

Still tak tahu pasal pencen ke apa ke. Yang mila tahu set berpantang & set menyusu dia terbaik. Dah tahu baik..mila cerita jela seikhlas dan setulus hati apa kesan yang mila dapat hasil pengambilan semua tu. Dari situ mila mula bina trust dan ramai jadi customer, tak kurang nak jadi anak bisnes juga. Sebulan pertama mila dah lahirkan anak-anak bisnes baru dah. Sebab mila memang clear betul-betul target. Mila nak achive something dalam shaklee ni. It worth to work for it

Dipendekkan cerita, mila terus je konsisten berkongsi semua kebaikan yang mila dapat hasil dari berbisnes shaklee. Samada dari segi pendapatan hingga nilai-nilai positif yang mila dapat. Dan paling berbaloi..mila akui mila belum achive peringkat yang lebih tinggi, tetapi SETIAP BULAN shaklee tak miss bayar bonus mila !

Ye, tak sekali pun shaklee silap tak masukkan bonus ! Mila mmg tak miss cek acc bank. Memang sentiasa je masuk selama hampir 5 tahun ni. So..apa lagi mila nak kan?

Ok..orang boleh ajak mila buat bisnes lain. Yang lebih trending katanya. Yang terkini. Tapi takde pun mila nampak yg dapat berikan BUKTI JELAS dan keyakinan yang mantap, bisnes tu boleh bayar mila setiap bulan ON TIME sesuai dgn usaha mila. Tapi shaklee buktikan.

Team shaklee mila bukan saja offer 1 income iaitu bonus shaklee, tapi kami come out dgn projek yang takde team lain buat iaitu Spa Bergerak Tanpa Kedai a.k.a #TWB. Bayangkan 6 PENJURU INCOME hasil dari projek ini jika betul-betul follow dan NAK.

Career development dalam TWB atau spa yang menggunakan sistem dan produk shaklee ni tak dapat kat mana-mana spa lain. Seriously. Tapi mila ulang sekali lagi lah, bagi yang NAK sahaja. Kalau taknak mila tak bazir masa dah nak bantu. Mila dah boleh bezakan dah antara orang yang nak dan orang cakap nak tapi sebenarnya taknak ni.

Pencen?

Oh ya. Tentang pencen, dan mewariskan bisnes shaklee kepada anak-anak. Shaklee sediakan bonus kepada ahlinya yang qualified untuk dapatkan sejenis bonus ini dan anda akan dapat sampai BILA-BILA. Bonus itulah yang "menggemukkan" total keseluruhan 14 bonus bulanan yang shaklee sediakan. Itulah pencen dari shaklee khas untuk ahlinya yang setia dan perform.

Shaklee dapatkan khidmat dari Amanah Raya untuk urusan pewarisan bisnes kita, oraganisasi yang sedang kita bina sejak dari hari pertama kita mendaftar shaklee. Bukan cakap-cakap saja tau. Shaklee memang serius work for it.


14 jenis Bonus yang shaklee offer kepada semua ahlinya 





Ketika business Leader Meeting, kami di teramgkan dengan jelas tentang Pewarisan Bisnes Shaklee


Jadi, berbaloi tak untuk fokus dan terus berusaha untuk satu bisnes yang takdelah trending sangat. Dah wujud sejak tahun 1915 πŸ˜‚ Tapi sepanjang zaman orang memerlukan makanan yang sihat kan? Sama juga bisnes makanan yang diperlukan setiap masa, tapi shaklee advance lagi. Ianya menjurus kepada pemakanan dan gaya hidup sihat. Yang semua orang nakkan.

Kemudian ditambah lagi dgn idea yang "fresh" dari team kami, SPA SHAKLEE


Bawa anak-anak ke Shaklee Monthly Updates 28 Januari 2019





Lepas tu bawak dorang jalan-jalan dan bermain di playgroud. Mila sangat happy jadi surirumah yang berkerjaya, jalankan bisnes shaklee & TWB 😊



Juga suka mila selalu ingatkan...

Rugi buat bisnes, tapi tak pilih untuk buat bisnes yang ada career development. Ada something yang boleh meyakinkan masa depan kita

LAGI Rugi kalau dah buat bisnes shaklee dan TWB, tapi pilih untuk tidak fokus dan main-main.

Berilah peluang besar macamana sekalipun, samada pencen, bonus unlimited, mewariskan bisnes atau bonus on time tanpa gagal. Tapi tiada daya usaha dan fokus untuk dapatkan..takkan dapat juga.

The choice is yours

Bacaan lanjut : Keistimewaan Menjadi Ahli Shaklee

Wednesday, January 16, 2019

#10YearsChallenge - Dari umur 20 sekarang dah masuk 30 :)



Perasan tak di social media ramai yang sahut cabaran #10YearsChallange ? Mulalah ramai yang share gambar dari tahun 2009 dan compare kan dengan gambar terkini, tahun 2019. Soft reminder : Jangan excited sangat untuk berkongsi gambar lama yang mungkin belum menutup aurat sepenuhnya. Sama-sama kita jaga ya.

Bila terkenang tahun 2009 tu. Bukanlah soal fizikal yang nak di compare. Biasalah wanita lalui bermacam situasi, berkahwin, mengandung, bersalin, menyusukan anak. Memang ramai wanita yang alami perubahan fizikal.

Tapi tak best la kalau kita limitkan sekadar nak tengok bentuk fizikal, jom mila cerita apa yang berbeza tentang diri mila :)

2009 -  umur 20
2019 - dah masuk 30 πŸ™ˆ

Rasa baru je lagi ada perasaan tak sanggup masuk umur 20an. Sebab rasa remaja lagi hehehe 😝. 2009 Tahun pertama degree in Fisheries Science di UMT. Course yang tak sepopular course lain. Tak menjadi pilihan ramai, tapi mila tahu Allah beri yang terbaik untuk mila.

Dari budak fizik terjun ke bidang biologi (mostly subjek ttg bio). Memang tak tahu cara nak adapt pada mulanya. Selalu lah rasa down. Orang lain dah ada basic bio. Kita baru nak mula fahamkan satu demi satu dari awal lagi. Lagi² waktu subjek Microbiologi Asas (gambar dalam lab). Ya Allah ! Memang aku perlu teruskan ke belajar course ni ???

Lab Microbiologi Asas. Terawal sikit gambar ni, tahun 2008.

Pernah ada cita-cita nak jadi architect. Thats why ambil aliran fizik. Tapi tak tahu la..dapat course yang bukan pilihan dalam UPU sobs. πŸ˜‘

Orang tak pandang course ni. Yelah..bukan engineering. Bukan medic. Bukan law. Tapi Fisheries Science. Even family sendiri pon tanya, " nanti nak jadi apa? ". Maksudnya skop kerja selepas grad nanti. Lagi terkilan ada yang dari course lain rendah-rendahkan kami.

" Nanti jadi nelayan ke? ".

Kalau Allah nak takdirkan jadi nelayan supaya kita jadi hamba Allah yang beriman dan tak lupa tuhan, kenapa tidak?

Hehe

Tak marah pun. Cuma jika logik akal orang yang bertanya, nak melayakkan utk jadi nelayan perlukan ijazah tak? 😁

Ehh..dalam duk down down tu. Mila sejenis tak mudah give up. 4 dari 6 semester mila dean list. Mila suka belajar. Jiwa fighter tu adaπŸ˜‰

Boleh baca sini : PERFECTIONIST

Antara subjek lain yang masih segar di ingatan mila,

Aquatic Ecology,
Aquaculture biotechnology,
Shipping & sailing knowledge,
Nutrition & feed technology,
fishing gear technology,
aquatic bateriology & pollution..banyak lagi la. Tak muat nak tulis semua😝

Walaupun dulu takde la excited sangat. Lebih kepada nak kejarkan pointer.Tapi sekarang rasa...wahh..bestnye belajar ! Rindu pulak zaman universiti.

Minggu orientasi kami berbeza tau. Kami orientasi di pulau bidong. Naik bas, kemudian naik bot nak kesana. Antara aktivitinya adalah water confident, jigging (mencandat sotong - betul ke waktu orientasi? Tak pun waktu trip subjek πŸ˜‚. Lupa dah ), dan memang kerap kami ke pulau² untuk kerja lapangan. Best giler

Di Pulau Bidong

Untuk final year project (FYP), mila kerap ke Tasik Kenyir untuk mengambil sample ikan. FYP mila tentang parasit dalam ikan. Kerjanya...bedah ikan, cari parasit, mengadap microscope. Ala-ala scientist giteww tau 😊 Masuk lab. Melukis sample, tentukan species parasit tu sampai la menulis tesis.

Seronok sangat sebenarnya course ni. Bila dah mula rasa happy dan dapat catch up semua, siap promote kat junior2 suruh amik course ni hahaha.  Semuanya berkaitan dengan alam ciptaan Allah ni. Dalam tak sedar mila jadi lebih rapat dengan alam. Nampak kan hikmahnya.

Untuk skop kerja, bidang ni boleh pergi banyak cabang termasuk Fishery Officer, Research Officer, Science Officer, bidang aquaculture dan banyak lagi. Bisnes pon boleh jika pandai manfaatkan ilmu-ilmu yang ada. Contoh : ikan hiasan (ornamental fish), penternakan dll.

Tapi bukanlah rezeki mila untuk teruskan perkerjaan dalam bidang yang mila pelajari ni. Cuma pernah la mila diterima kerja sbg pembantu penyelia perikanan di company penternakan ikan. Menarik juga pengalaman disitu, tak pernah lupa :')

Korang percaya tak, sekarang after 10 years, dan hampir 5 tahun bershaklee (1 tahun makan je, nak masuk 4 tahun berbisnes). Mila semakin boleh relate kan apa yang mila belajar dulu.

Walaupun ada yang cakap, bila jadi surirumah ni. Susah dah nak relatekan ilmu-ilmu yang kita belajar ketika ijazah/master. Tapi mungkin asbab shaklee ni juga berkaitan dengan alam semulajadi, ia berhubung kait !

Yes, ada kaitan hehe.

2019. Surirumah anak 2 yang menjalankan bisnes Shaklee & Spa TWB


Pelet, artemia, dll yakni makanan ikan juga mila pernah belajar. Ia berkaitan dengan nutrition yang diperlukan untuk ikan (dan hidupan lain kami belajar juga udang, ketam, siput dll). Nisbah campuran yang terbaik untuk hasilkan makanan ikan yang berkualiti. Teknik-teknik penghasilan benih untuk hasilkan benih ikan yang berkualiti (ingat lagi tak tidur malam menunggu kat lab tunggu telur ikan menetas πŸ˜‚). Ya Allah banyaknya aku dah belajar dulu ! 😍

Dan walaupun aii kononnya belajar untuk jadi "Doktor Ikan" dulu. Banyak sangat boleh relate dengan manusia. Which is shaklee sangat tekankan pengambilan tentang nutrisi yang baik, untuk menghasilkan sel badan yang sihat. Bagi yang berkeluarga, penting untuk sistem pembiakan yang sihat, anak lahir sihat dan penjagaan kesihatan keseluruhannya . Dah jadi ala-ala " Doktor manusia " pula kan. Tapi dari rumah je la. Surirumah profesional gitew. Lagi best πŸ€ͺ

Amacam. Best kan course mila ni ? Bagi yang suka adventure, naik bot, snorkeling, jigging, fishing, belajar details tentang ilmu perkapalan macam kapal titanic, mesti korang rasa syok giler ! Ni mila cerita rasa nak masuk universiti semula dan score semua paper. Sebab rasa lebih excited bila relate kan dengan shaklee hihi.

Even sekarang surirumah, mila taknak limitkan diri mila untuk selama-lamanya buat rutin yang sama. Why not, mila buat bisnes shaklee betul-betul, sampai tahap "duit berkerja" untuk mila. Dapat income unlimited dalam shaklee. Dapat passive income. One day, mila nak melabur untuk tambahkan ilmu. Study oversea (sambil menyelam minum air 😝). Study bidang yang boleh buat mila happy dan jadi orang boleh beri benefits kepada masyarakat pula. Bagi talk or something yang berguna.

Lawatan Ke Institut Bioteknologi Melaka

Presentation untuk subjek Ekologi Akuatik. Nampak tak tajuk poster ? " Ocean & Health : Ecological Changes by Invasion Of Alien Species "

Lawatan Ke Jabatan Perikanan Putrajaya


Bestnyeeeee😍

Korang, especially surirumah. Sejauh mana bisnes yang dijalankan sekarang dapat di-relatekan dengan ilmu yg korang pernah belajar dulu?  Share lah juga nak tahu😊

Thanks for reading
XoXo

Deko Deko Merah Jambu Beauty Spa | Misi Tercapai !

Yeay ! 15 Sept 2018 mila tulis kat fb nak transform bilik spa ni GUNA DUIT SPA jugak. Alhamdulillah 15 Januari 2019 berjaya ! 😍 (Cek post mila share tadi kat sini BERANI BERIMPIAN )

Bacaan lanjut  : TWB The Glamourous Mobile Spa



Cadar + langsir pink settled✔️
Kipas pink settled✔️
Youth station di almari pink settled ✔️
Sauna pink settled✔️

Alhamdulillah...

Kan dah beritahu, Spa TWB ada 6 penjuru income. So, just beranikan diri je berimpian even benda tu kita tak sure lagi boleh dapat ke tak.

Sejak mila join bisnes spa #TWB ni. Kami belajar satu benda. Iaitu...

Mulakan sekarang ! Jangan tangguh-tangguh. Jangan tunggu semua sempurna baru nak mula.


Pada permulaan bisnes spa, mila melum ada sauna dan kelengkapan yang penuh. Tapi TWB ajar untuk terus bermula dan pandai manage duit dengan betul. Dan mila mila berjaya ubah bilik spa mila sedikit demi sedikit


Belajar ilmu spa dengan TWB. Dapatkan pakej belajar spa lengkap dari TWB. Belajar dan dapat semua barang. Mulakan bisnes Home & Mobile dengan apa yang ada di rumah dulu. Kemudian, you buat spa dan kumpul duit banyak2 untuk upgrade dan tambah mana2 yang perlu sesuka hati sendiri😊

Aii memang sukakan cabaran. Okay skarang mesti target untuk MORE supaya mila tahu berapa jumlah wang perlu di dapatkan. Berapa orang perlu di spa kan. Dan kejar semua penjuru income TWB. Dan set masa bila mila boleh dapat.

Yeah ! πŸ’ͺπŸ’ͺπŸ’ͺ

Jom layan video ni 🌸🌸🌸




Thanks for reading xoxo :)

Tuesday, January 8, 2019

Bagaikan Mimpi - Lunch Gathering With Top Scorer Alumni TWB @Marriot Hotel Putrajaya

Alhamdulillah Thumma Alhamdulillah.


Tak disangka-sangka, usaha mila untuk menutup tahun 2018 dengan sebaik mungkin, Allah reward dengan macam-macam "hadiah" :')

Di awal bulan Disember 2018, mentor kesayangan ada beritahu, beliau akan reward kami para leaders TWB yang tunjukkan performance yang baik dalam bisnes kami, iaitu of course la Shaklee & TWB.

Nak belikan hadiah special untuk kami ketika beliau bercuti ke Las Vegas 100% tajaan shaklee nanti. Nak raikan kami dalam satu majlis yang khas untuk kami je, dan macam-macam lagi lah!

Waktu tu dah teruja sangat. Dah terbayang-bayang banyak perkara best akan berlaku hehe.


Mentor siap share gambar ni. Terus activate kuasa bayangan hehe. Membayangkan mila dah dapat hadiri satu majlis yang special, makan sedap-sedap, pakai cantik-cantik dan eksklusif :)


Sungguh mila tak sangka!


Bagaikan mimpi. Impian jadi nyata !


Apabila founder TWB umumkan untuk adakan gathering kepada para alumni TWB ( mereka yang telah selesai menjalani training Spa dengan TWB). Gathering ini adalah sempena menyambut tahun baru 2019, bermula dengan penuh semangat baru setelah kami terpaksa melalui satu fitnah besar yang membabitkan nama baik TWB. Juga sebagai penghargaan kepada ahli yang terus menunjukkan prestasi yang baik pada Disember 2018, ketika kami lalui saat-saat sukar itu. Diuji dengan hebat.






Alhamdulillah mila salah seorang yang terpilih ! Mila tunjukkan sales yang tinggi pada Disember 2018 & Efektif sebagai Supervisor Shaklee 😊

Invitation letter kepada qualified members. Im sooo proud.


Sebelum event bermula, mentor beritahu nama kami masing-masing di-print oleh pihak hotel dan ada pada seat kami nanti. Wah ! Super excited. Rasa macam sangat Amazzzzing bisnes yang mila jalankan sekarang. Juga rasa sangat di hargai 



Lagi-lagi, bila sampai je Zest Caffe di Marriot Putrajaya tu, mila dapat tahu seat mila special dari Alumni TWB yg lain (nangesss). Mila dapat seat antara TOP SCORER. Iaitu seat dalam bilik khas.

Ya Allah Terima Kasih

TERBAIK DIANTARA YANG TERBAIK

Mila Salah Seorang TOP SCORER




Dan ada lagi seat di luar untuk semua yang tunjukkan prestasi yang baik dalam bisnes Shaklee & TWB. Semua yang hadir hebat ! :)




Jom tengok kami makan apa. Serius tak muat perut oppss. Hehe








Serius, makan tak hengat dunia dah hihi. Dan enjoy sangat. Alhamdulillah.

Semua yang hadir. Tahniah semua :)


Jom tengok video ni. Video by my mentor tunjukkan happening giler event yang kami hadiri pada hari itu. Thanks mentors sebab create this moment for us.




Sambil kami makan-makan. Ada live band dari marriot datang menceriakan lagi suasana




Dan haruslah mila letakkan semua gambar kenangan sepanjang event disini








Dan antara moment terindah pada hari itu apabila mila menerima hadiah TEMPAT PERTAMA dalam Contest Blog TWB. Alhamdulillah. Mila menerima hadiah berupa Full Set Intensive Youth Skincare Shaklee. Ya Allah. Betul-betul rezeki dari Allah :')




Skincare Youth yang dah memang jadi rutin penjagaan kulit mila. Dapat free ! Memang rasa nak melompat tinggi !


Betul kata-kata mentor, kita perlu berani berimpian. Dare To Dream. Gunakan kuasa bayangan dalam menjalani kehidupan seharian kita. Angan-angan itu PERCUMA. Tiada bayaran.

Dan mila banyak belajar dari mentor juga bagaimana untuk mula menanam impian yang besar. Impian ini tidak datang kepada kita tanpa ada pendedahan. EXPOSURE. Jujurnya, mila belajar berimpian besar melalui bisnes Shaklee & TWB. Bukan setakat mila dapat lihat, tapi mila sudah mulai rasa sedikit demi sedikit sesuatu yang pernah mila angan-angankan. Allah beri satu demi satu.

Selepas apa yang mila lalui sebagai seorang surirumah sepenuh masa yang penuh rasa down, rendah diri, dan rasa tak berguna. Tiada pendapatan sedangkan mila seorang lulusan ijazah . Allah hantarkan mentor dari Shaklee bawa mila kembali bersemangat dan terus berusaha untuk dapatkan kehidupan yang lebih baik, yang semua dari kita layak dapatkan. Tinggal untuk kita usahakan sedikit sahaja.

Terima kasih mentor. Terima kasih Allah beri mila peluang rasa pengalaman yang hebat ini.

Thanks for reading