Friday, February 3, 2017

OSTEMATRIX = KALSIUM. Ostematrix boleh gantikan susu ke?

Yang sebenarnya...


KALSUM DAN VITAMIN D SUDAH ADA DALAM OSTEMATRIX!
********************************************************************************






☘Ibu mengandung perlu 

Umur 14-18 tahun ~ 1300mg kalsium + 200IU vitamin D sehari
Umur 19- 50 tahun ~ 1000mg kalsium + 200IU vitamin D sehari




☘Disarankan mengambil 

4 biji Ostematrix sehari = (250mg x 4 = 1000mg kalsium) + (100IU x 4 = 400IU vitamin D)✔


Maka cukuplah keperluan kalsium dan vitamin D sehari






☘Ostematrix diambil sebelum,ketika dan selepas mengandung.

Ketika mengandung setiap hari wanita memerlukan:

400 microgram Asid Folik
1000 miligram Kalsium
200 IU Vitamin D
30 miligram ke bawah Zat Besi
200-300 miligram Omega 3

Berdasarkan Portal Rasmi Kementeriaan Kesihatan Malaysia (www.myhealth.gov.my)





Mila
Your Trusted Shaklee Independent Distributor
ID: 1164704
014-5082724

Ada Apa Dengan Ostematrix, Pil Kalsium Shaklee

 Ostematrix, Pil Kalsium Shaklee Yang Awesome !




➤ Dr segi HARGA, murah sangat. Puluh2 ringgit je, bdk sekolah menengah pon mampu beli. Hihi

➤ Dari segi KHASIAT pulak. Ia adalah tablet kalsium. Kalsium sangat penting untuk elak awak bongkok masa tua. Tak nak kan? Kalsium juga penting untuk kita atasi rasa lenguh-lenguh tengkuk. Bahu etc. Sebab kalsium bantu proses pengecutan otot. Dan kalsium bantu beri tidur yang lena, redakan migrain. Period pain. Kejang-kajang kaki. Masalah sembelit. Haih byk sgt2!

➤ Dari segi KUALITI. Kajian menunjukkan tablet kalsium adalah tablet yang paling keras. Kalau keras macamana nak pecah, larut dan diserap badan? Jadi pemilihan tablet kalsium mesti la yang kualitinya, mampu pecah dalam masa kurang dari 30 min. Dah try buat dah, 16 min ostematrix shaklee dah larut 😌shaklee kot.. Power formula dia

➤ Dari segi MUDAH. Kita ni nak minum susu malas. Nak bancuh malas. Nak beli sekotak siap, sekali bukak kena habiskan cepat sebab cepat basi. Beli kotak kecik-kecik cost pulak lagi banyak. So macamana eh. OSTEMATRIX la beb! Tahu tak bermula usia 19 hingga 50 tahun. Kita perlukan sekurang-kurangnya 1000mg kalsium sehari. Jadi tengok balik apa je sumber kalsium yang kita amik setiap hari, cukup ke?

Tepuk dada tanya diri sendiri.

Saya penjual ostematrix. Contact saya kalau nak jugak ok 😉

Mila
014-5082724

Ajaibnya Zikir


Sebelum nak lelapkan mata malam ni, rasa terpanggil nak share pasal ni dulu. Pasal Zikrullah.


To be honest, mila bukan jenis yang berzikir sangat dulu. Zikir bila terdengar dalam TV atau radio. Barulah mulut ni ikut sama berzikir. Tapi, susah jugak la saja-saja mulut ni nak berzikir. Satu berat mulut, satu lagi belum hadir dalam hati ni kepercayaan yang kuat betapa powernya kuasa zikir. Tak tahu kenapa perlu sangat berzikir. Cuma tahu, akan dapat pahala.


Awal penglibatan dalam shaklee, mentor dah bagi list zikir dan amalan rohani yang lain untuk dijadikan amalan. Masa tu mila baru tahu, ooo kita perlu baca zikir ni, zikir tu. Orang bisnes biasalah kita dengar kan. Amalkan itu, amalkan ini untuk tingkatkan sales.Tapi waktu tu mila sekadar tahu yang sebelum tu kurang tahu. Apatah lagi nak amalkan huhu


Dan jujurnya jugak, mila masih kurang yakin dengan kuasa zikir. Jadi buat biasa2 je. Kadang lupa, kadang ingat. Kadang lupa sampai sebulan malas nak zikir pon ade. Zikir dan wirid lepas solat tu ada la, masa lain2 takde sangat.



Mentor mila ajar ni waktu awal2 berbisnes dulu (1 tahun lepas),

Ya Wahab 1000x sehari
Istighfar 100x sehari
Selawat 100x sehari
Al-Ikhlas 100x sehari



Dan tambah amalan-amalan sunat yang lain lagi. 


Mila tak ikut cakap mentor untuk penuhkan amalan rohani ni setiap hari. Kononnya rasa tak ikhlas kalau zikir sebab nakkan sales. At the end, mila stuck..sales tidak berapa memberangsangkan -.-



Lama mila fikir balik, agaknya sebab tidak dengar kata-kata orang yang dah berpengalaman, iaitu mentor kita. Mentor ibarat cikgu kan. Tak dengar cakap cikgu haaa...terimalah padahnya huhu.


Mila semakin belajar, permulaan segala amalan ni, mungkin akan ada rasa terpaksa. Rasa nanti tak ikhlas la, takut riak la, bimbang sebab nak sales je baru aku nak berzikir. Dan itu sebenarnya normal untuk kita manusia biasa ni. Kalau kita tak paksa zikir sebab nak lebatkan sales, apa lagi yang akan paksa kita untuk buat segala amalan rohani dengan sendirinya? Susah -.-

Biasalah, manusia akan buat sesuatu bila ada dua keaadan :

1) Nak sangat
2) Terpaksa  

So, mila rasa terpaksa dah kene betulkan amalan-amalan rohani termasuk zikir. Muhasabah balik macamana nak dapatkan rezeki sales yang tinggi setiap bulan. Mila fulltime berbisnes Shaklee, kalau mila taknak muhasabah, taknak berubah takkan kemana-mana bisnes ni. So, terpaksa berubah sebab mila nak sangat berjaya dalam bisnes shaklee ni. Mila nak terus jadi fulltime housewife yang dapat jaga anak-anak sendiri. Mila takkan keluar bekerja. Nekad sangat !


Bila dah mula amalkan zikir ni, sikit demi sikit rasa bisnes mila semakin maju. Rasa nampak jalan yang lagi jelas. Nampak progress mila dalam bisnes shaklee ni.


Mila berjaya capai bonus 5%, 8%, 11%, 14%, 17% dan akhirnya mila berjaya rank up Supervisor ! Leader pertama dalam Shaklee. Dan permulaan untuk bonus 4 angka. Alhamdulillah..dah merasa macam gaji waktu bekerja dulu (sebelum kahwin). Langkah demi langkah mila maju. Dan rasa sangat ajaib nya Zikirullah ni. Bukan sekadar sebutan di bibir dan mulut, rupanya ada kalimat yang luar biasa yang membuat hati tenang dan setiasa ingat padaNya


Awalnya tak ikhlas, lama-kelamaan dan jadi amalan yang kalau ditinggal akan rasa bersalah. 


Di samping doa tak putus dan amalan-amalan rohani yang lain. InsyaAllah dah rasa walaupun baru sedikit perubahan yang cuba mila buat, dah nampak rezeki tak pernah putus. Sales semakin meningkat, organisasi mila semakin besar. Alhamdulillah thumma alhamdulillah.


Target untuk rank up ke Senior Supervisor secepat yang mungkin dan mencapai bonus yang lebih besar. Banyak lagi impian mila untuk diri sendiri, untuk family kecil mila, untuk mak ayah perlu dikejarkan. Semoga istiqamah mengamalkan zikir dan semua amalan rohani ini da semakin dekat pada Allah. 

Itulah sebenarnya ajaibnya zikir :)


**trima kasih yong (kalau yong baca entri mila ni..hihi) bagi hadiah tally counter ni lps balik umrah haritu..semoga yong dpt pahala berpanjangan. Doa jgk mila dpt pahala berpanjangan sbb share ilmu ni :)




CARA MENGATASI MASALAH SEMBELIT KETIKA MENGANDUNG & BERPANTANG

Assalamualaikum :)

Apa khabar semua? Harapnya semua dalam keadaan baik-baik sahaja dan berada dibawah lindungan Allah s.w.t. Aaminnn. Mila nak share mengenai Ostematrix Shaklee yang mampu mengatasi masalah Sembelit ketika Mengandung dan Berpantang.



Kepada ibu-ibu yang sedang mengandung atau berpantang, mesti terseksa kerana proses membuang air besar menjadi sukar. Biasanya membuang hari-hari tetapi sebaliknya ketika mengandung atau berpantang, seminggu 2 kali pun SUSAH !


Ok mila nak cerita dulu bagaimana kita boleh sembelit ketika mengandung. Bila si ibu mengandung, hormon estrogen dan progestron akan memainkan banyak peranan penting sepanjang tempoh kehamilan. Antara kesan sampingan daripada tugas kedua-dua hormon ini ialah mual dan muntah, SEMBELIT, sakit tulang, pinggang, punggung dan bahu. Peningkatan hormon progestron menyebabkan otot-otot menjadi rehat. Maka kesan tersebut juga menimpa otot-otot dalam sistem penghadaman. Makanan yang melalui sistem penghadaman bergerak lebih lambat.





 Keadaan akan menjadi lebih teruk apabila kandungan kita makin besar, sebab ia akan menekan rektum. Pengambilan pil zat besi juga boleh menyebabkan sembelit ketika mengandung.



Bagi ibu-ibu yang  berpantang pula, sembelit boleh berpunca daripada :
  • hormon progestron masih tinggi semasa hamil melambatkan pergerakan otot.
  • sistem pencernaan kita berfungsi lebih perlahan semasa proses kelahiran
  • ubat yang diberi untuk mengurangkan sakit ketika proses kelahiran seperti petidina boleh menyebabkan usus lambat berfungsi dari biasa.
  • kita pernah melahirkan anak sebelumnya
  • kita melalui kelahiran yang dibantu seperti forceps atau ventouse
  • pengambilan pil zat besi atau  ubat anti depresi


Luka jahitan menyebabkan ramai ibu-ibu takut untuk meneran kerana khuatir jahitan akan terbuka, Perasaan risau tersebut akan membuatkan kita semakin sukar membuang. Bagi kita orang Melayu, cara berpantang yang rigid juga menjadi salah satu sebab kita sembelit.


Orang tua-tua biasanya tak benarkan minum air dengan banyak. Katanya, kalau minum air banyak ketika berpantang nanti perut buncit dan ada sedikit masalah ketika bersama suami nanti. Sayur-sayuran dan buah-buahan juga kurang diambil kerana pemilihan sayur dan buah yang "sejuk" dan pantang makan. Dahla minum air sikit, sayur dan buah berserat pula kurang diambil, memang la akan menyumbang kepada masalah sembelit ni. Huhu


So, apa yang boleh membantu ibu-ibu berapantang ni adalah telan pil ajaib putih dari syarikat pakcik Shaklee, memang berkesan. InsyaAllah lawas je selalu dan tak sakit-sakit perut sebelum membuang. Ramai dah yang makan pil ajaib ni pun beritahu hal yang sama :)


Pil ajaib yang berwarna putih tu bernama Ostematrix Shaklee, inilah ramuan rahsia yang membuatkan ramai ibu mengandung dan berpantang dapat mengelak dari masalah sembelit.
        


Apa keistimewaan Ostematrix Shaklee sehingga dengan mudah ia mampu menyelesaikan masalah sembelit yang sekian lama membelenggu ibu-ibu mengandung dan berpantang?


Magnesium didalam Ostematrix Shaklee selain daripada membantu dalam asimilasi kalsium kedalam tulang, ia juga secara tidak langsung membantu pergerakan otot usus untuk mengeluarkan najis. 


Magnesium juga menarik air, penambahan air didalam kolon menyebabkan najis menjadi lebih lembut dan mudah untuk dikeluarkan. Disebabkan hal ini ibu-ibu perlu minum banyak air bagi mengelakkan tubuh kita kekurangan air.


Ostematrix Shaklee juga banyak membantu ibu mengandung dimana membekalkan kalsium yang mencukupi untuk ibu dan bayi dalam kandungan. Takdelah ibu-ibu yang sudah hampir due bersalin akan mudah cramp dan tidak lena tidur. Kalsium Ostematrix Shaklee membantu untuk memberikan gigi, sendi dan tulang yang sihat.


Bagi ibu yang sedang berpantang selain daripada membantu mengatasi masalah sembelit, Ostematrix Shaklee juga berperanan
  • membantu ibu-ibu mendapatkan rehat yang berkualiti
  • sebagai sumber kalsium tambahan
  • mengelakkan gigi rosak dan sakit tulang 
  • melegakan otot dan saraf ibu 
  • membantu menambah susu badan


Sebotol Ostematrix Shaklee berharga RM61 sahaja dan terdapat 120 caplet, sebiji Ostematrix adalah bersamaan dengan segelas susu atau 80 biji badam!!! Jika kita buat sedikit kira-kira mudah, sebijik Ostematrix hanyalah berharga RM 0.51 sahaja!

Segelas susu segar berharga tidak kurang dari RM1.50. Kalau ade diskaun maka akan turun RM1.25 segelas. Lebih kurang 3x ganda harga sebijik Ostematrix Shaklee. Wahhh memang jimat ni, pasti kaum ibu suka :)



Bulan Februari 2017 ini pula adalah bulan PROMOSI OSTEMATRIX ! Jadi harga untuk sebotol jatuh menjunam-junam ! :D

Bagi mila, sangat berbaloi untuk dapatkan promosi ostematrix sekarang dengan harga jauh lebih murah :)

1 botol special price
2 botol diskaun 5%
6 botol, PERCUMA 1 botol 

:D :D :D


Ada banyak lagi manfaat Ostematrix Shaklee, mila akan share dientri lain. Jika anda adalah ibu yang sedang mencari penyelesaian untuk masalah sembelit dikala sedang mengandung atau berpantang, maka pilihlah Ostematrix Shaklee, saya yakin anda tidak menyesal!


Hubungi mila untuk konsultasi lanjut atau sebarang pertanyaan tentang Shaklee, mila akan berusaha membantu anda, jangan malu atau segan k :)


Mila
Your Trusted SID
ID: 1164704
pm/whatsapp
014-5082724

Friday, January 27, 2017

Apakah yang terbaik. Vitamin Organik, Vitamin Sintetik atau Vitamin Semulajadi

Thursday, January 26, 2017

Keistimewaan dan Kebaikan Vivix Shaklee

Vivix Shaklee berbaloi-baloi!



Assalamualaikum dan salam bahagia semua. Oh! Sungguh lama saya tak bersiaran di blog kesayangan mila ni. Maafkan mila jika membuatkan uols tertunggu-tunggu dan rindu menunggu entri terbaru dari mila hehe. Apa yang penting mila sentiasa mendoakan kesejahteraan buat pencinta-pencinta Health is Wealth!

Bulan ini ada berita menarik untuk peminat setia Vivix Shaklee. Boleh dapatkan Vivix Shaklee dengan harga superb runtuh. Hanya di bulan Januari 2017 sahaja.

Sebelum tu mari kita mengetahui keistimewaan dan kebaikan Vivix Shaklee ini. Apa yang best sangat? Berbaloikah dengan harga yang ditawarkan?


Keistimewaan Vivix Shaklee

Memperbaiki DNA.
Setiap hari, tubuh kita mengalami kerosakan DNA (salah satunya akibat radikal bebas) yang menyebabkan proses penuaan terjadi begitu cepat. Vivix membantu melambatkan dan melindungi DNA sel tubuh kita dan melambatkan proses tersebut.Vivix sesuai diambil oleh mereka yang selesai menjalani rawatan pemulihan kanser, misalnya kimoterapi, bagi mengembalikan sel tubuhnya kepada keadaan asal.

Memperbaiki tenaga sel.
Semakin tubuh kita terdedah kepada penuaan, semakin cepat sel tubuh kita kehilangan tenaga. Ini akan menurunkan fungsi sel. Vivix membantu menguatkan sel tubuh.

Membantu meningkatkan fungsi otak, kardiovaskular, imuniti dan sendi.
Semakin tua, semakin kita rasa sakit sana sini, ingatan pun makin pudar. Vivix membantu mengembalikan keremajaan.


Kebaikan Vivix Shaklee

  • Menggalakan penuaan yg sihat – awet muda dan anti-penuaan
  • Membantu mengelakkan kanser – merencat sel kanser dari menjadi semakin serius
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung – melindungi jantung
  • Mengurangkan kompilasi diabetes / kencing manis
  • Meningkatkan kesihatan arthritis dan menyokong kesihatan sendi – melindungi saraf
  • Mengurangkan insiden penyakit nyanyuk - merawat alzheimer
  • Membantu merawat penyakit parkinson
  • Membantu memulihkan penyakit strok - angin ahmar
  • Meningkatkan kesihatan imum badan
  • Menggalakan kesihatan keseluruhan

Vivix™ adalah minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol. Mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Elderberi Eropah, Lobak Ungu dan Anggur Muscadine  yang kaya dengan polifenol menjadikan Vivix begitu unik. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.


~ Sumber yang kaya dengan resveratrol
~ Terbukti melambatkan proses  penuaan selular, 
menyokong pertahanan selular & membaiki DNA



Elderberry Eropah & Lobak Ungu :
~ Dua gabungan unik untuk kandungan polifenol antosianin yang tinggi.
~ Antioksidan yang kuat
~ Manfaat kesihatan yang banyak, menyokong kesihatan selular,
menyekat tindakbalas tekanan biologi.

Anggur Muscadine :
 Memberikan kesan antioksidan yang hebat
~ Menyokong fungsi sel, kecekapan dan prestasi keseluruhan

Apa kata mereka mengenai Vivix Shaklee?






Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:
Noor Kamilah Ibrahim (Mila)
♥ sms/whatsApp:  014-5082724



Wednesday, January 25, 2017

KAJIAN LANDMARK STUDY BUKTI VIVIX BERKESAN UNTUK MELAWAN KANSER !

"Salam sis, sy nak tanya pasal VIVIX?
Sy ada terbaca yg Vivix ni boleh menyembuhkan kanser betul ke?
Memang sy ada tengok testimoni yg ramai sembuh dari kanser selepas ambik vivix ni.
Tapi ada tak bukti sahih lain selain dari testimoni macam ujian klinikal yg boleh sy tgk?"
=================================================================================
Kaget sekejap akak bila baca msg dari customer akak ni.
Nampaknya customer akak ni jenis orang yang logic thinking.. yang tak mudah percaya pada iklan dan testimoni semata-mata. Nak bukti yang ada hitam putih atas kertas menunjukkan produk itu betul-betul berkesan dan selamat!

Alhamdulillah, rupanya CEO Shaklee Roger Barnett pun jenis orang yang tak mudah percaya pada hearsay jer..dia pun nak bukti yg produk Shaklee ni betul-betul berkesan dan selamat sehingga sanggup melabur berjuta-juta USD utk kajian saintifik.

Bukan setakat tu, beliau turut propose National Health and Nutrition Examination Survey (NHANES) yg diketuai oleh Dr. Gladys Block iaitu antara orang yang hebat dalam bidang Epidemiologi & Public Health Nutrition untuk membuat kajian ke atas suplement Shaklee..sebagai landmark study.

Tak cukup dengan tu, beliau juga mintak 3rd party scientist untuk buat review semula hasil kajian dijalankan oleh NHANES. Supaya hasil kajian lebih tepat dan tidak berlaku kesilapan dalam kajian.

Jadi nanti tiada lagi pertikaian kot-kot la nanti keluar pulak statement dari anasir-anasir yang hasil kajian dikeluarkan oleh saintis Shaklee ni bias sebab produk sendiri kan.

Dan tindakan yang paling berani diambil oleh Roger Barnett adalah publishkan hasil kajian kepada umum tak kira sama ada hasil kajian menunjukkan baik atau buruk.

Semua orang... maksudnya akak, customer akak dan korang jugak boleh tengok hasil kajian produk shaklee kat sini landmarkstudy.com

Jd, kalau korang jenis orang yang suka tengok data dan graf baru yakin nak beli sesuatu produk boleh la tengok kat landmarkstudy.com 

Dan kalau korang nak produk yang sememangnya dah lepas piawaian kesihatan dan disahkan selamat dan berkesan SHAKLEE lah brand yang patut korang pilih.
credit : Eja Abu bakar



Landmark Study dijalankan keatas 3 golongan :

1. Tidak mengambil supplement
2. Mengambil satu jenis supplements dari produk lain
3. Mengambil pelbagai jenis supplements shaklee


lihatlah keputusannya, yang mengambil pelbagai jenis supplements shaklee mendapat keputusan paling baik bila diukur dari segi paras kesihatannya. kenapa masih ragu dengan produk shaklee? :)

insyaAllah inilah yang terbaik dan tidak ada kesan sampingan jangka panjang









Nutrition jounal. Sumber : www.landmarkstudy.com



Dr. Gladys Block, 
third party yang menjalankan landmark study keatas produk shaklee termasuk vivix